Isnin, 25 Jun 2012

ROSMAH JUGAK YANG BUAT PENDIDIKAN PERCUMA !


PAPAGOMO memetik sumber PERAK TODAY mengulas mengenai Pendidikan Percuma yang mana ROSMAH MANSUR selaku isteri kepada DS Najib telah memulakannya terlebih dahulu melalui program PERMATA. Program ini pernah di kritik hebat oleh puak Republika Lembu Kepala Hitam kerana Bajet Permata diluluskan dalam Bajet beberapa tahun lepas malah ianya diperlekehkan sebagai BAJET ROSMAH. Ternyata , Bajet PERMATA digunakan sepenuhnya oleh ROSMAH bagi kebajikan dan kepentingan rakyat jelata :-
Isteri Perdana Menteri, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor adalah pelopor kepada pendidikan awal kanak-kanak di negara ini yang mendapat pengiktirafan di peringkat nasional dan antarabangsa.
Melalui Program Anak PERMATA negara, kanak-kanak yang berumur bawah lima tahun yang tinggal di luar bandar berpeluang menikmati pendidikan awal yang berkualiti.
Setakat ini, lebih 20,000 kanak-kanak di seluruh negara mendapat kemudahan itu yang ditawarkan kira-kira 600 pusat PERMATA.
Pegawai Tugas- Tugas Khas Perdana Menteri, Rizal Mansor, berkata sepanjang mengenali isteri pemimpin nombor satu negara itu, Rosmah seorang yang berfikiran panjang dan begitu menyayangi bangsa dan negara ini tanpa rasa berbelah lagi.
Salah satu usaha yang dipelopori Rosmah ialah penubuhan Pusat Anak Permata Negara yang bertujuan memberi pendidikan awal kepada kanak-kanak yang berumur bawah lima tahun dengan pendapatan keluarga di bawah RM1,500 sebulan.
“Idea yang dipelopori oleh Rosmah ini memberi peluang kepada lebih 20,000 kanak-kanak dari keluarga berpendapatan rendah di seluruh negara mendapat pendidikan awal yang berkualiti.
“Setakat ini, terdapat lebih 600 pusat PERMATA yang beroperasi di seluruh negara, sekaligus membuktikan keprihatinan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Rosmah dalam meningkatkan taraf pendidikan awal di kawasan luar bandar.
“Selain itu, wawasan jauh juga Rosmah membuka jalan kepada penubuhan PERMATA Pintar yang mengumpulkan kanak-kanak pintar yang berpotensi menjadi golongan profesional dan pemimpin negara masa depan.
“PERMATA Seni turut diwujudkan bagi mengumpulkan kanak-kanak yang berbakat dalam bidang seni termasuklah muzik, koir dan tarian manakala PERMATA Insan pula ditubuhkan bagi melahirkan ilmuwan Islam dengan kerjasama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM),” katanya sebagai tetamu jemputan program Misi Selamatkan Negara anjuran Nadi Rakyat di Pulau Langkawi, hari ini.
Menjawab tuduhan peruntukan program PERTAMA bernilai RM100 juta dikaitkan dengan Rosmah, Rizal berkata:
“Tuduhan itu tidak berasas sama sekali kerana wang itu tidak pernah sampai ke Pejabat Perdana Menteri sebaliknya peruntukan itu digunakan bagi menjayakan program itu termasuklah membina bangunan PERMATA di seluruh negara yang membabitkan nilai RM500,000 sebuah,” katanya lagi.
Kemurnian hati Rosmah dalam membantu golongan memerlukan juga terbukti apabila menyerahkan sumbangan RM550,000 kepada Persatuan Autisme Kebangsaan Malaysia (NASOM) hasil projek rock melon yang diusahakan sekitar Seri Perdana.
Baca seterusnya di sini  


REPUBLIKA HALAL HARAM DEPAN BELAKANG SAMA SAHAJA PAKATAM.


Perkara ini berlaku di Johor di bawah anjuran AMK Johor. 

Kenapa menghidangkan makanan HARAM dan HALAL dalam satu MAJLIS yang sama?

Makan Haram apa yang dihidangkan? Daging Babi ? Arak sebagai minuman ? 

Pepuak begini hendak dijadikan KERAJAAN PUSAT dan KERAJAAN NEGERI?

Pepuak begini ke yang nak diharapkan MEMPERTAHANKAN KEDUDUKAN AGAMA ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI DI DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA?

Inilah amalan dan fahaman serta semangat REFORMASI yang bakal menghancurkan kedamaian antara kaum dan agama di negara ini!

REFORMASI membuka semua pintu-pintu KONFLIK TANPA ADA PENGURUSAN KONFLIK TERBAIK !

Akibatnya, rakyat akan bersengketa sesama sendiri sepertimana yang berlaku di Republik Indonesia semasa REFORMASI menguasai semangat, jiwa dan mentaliti rakyatnya. Ramai warga Indonesia keturunan Cina menjadi mangsa keganasan yang tak terkawal dicetuskan oleh REFORMASI !!!!

TOLONG JANGAN GELAK BILA BACA PENAFIAN PKR PAKATAM MENGENAI WANITA MISTERI.

Awat Lain Beno Muka nya ???? Tetiba Dari Kurus Menjadi Tembam Gedebab????

Berikut adalah PENAFIAN TERBANGANG yang pernah diskripkan oleh Puak Republika Kepala Lembu Hitam Pakatam dan para penganut mereka :-
Monday, 25 June 2012
SERI KANDI BAGI PENAGNUT UMNO , UMMI HAFILDA SUDAH KANTOI!!!!... MEMANG SAH BELIAU KAKI PENIPU DAN PEMFITNAH NOMBOR SATU UNTUK UMNO!!!....WANITA MISTERI YANG DITUDUH BELIAU ADA KAITAN DENGAN DATUK SERI ANWAR IBRAHIM, TAMPIL BUAT PENAFIAN SECARA RASMI..
Wanita misteri yang dikaitkan dengan kes pemilikan akaun induk berjumlah RM3 bilion oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini muncul menafikan menjadi proksi kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.
Zaliah Zakaria, 56, bagaimanapun mengakui mengenali isteri Anwar, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail ketika memegang jawatan Presiden dan juga pemilik Syarikat Wira Tangkis Sdn. Bhd.
Katanya, syarikat itu banyak memberi sumbangan dalam kejohanan badminton Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri (Bakti) pada akhir 1990-an semasa Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Beliau turut mengakui pernah menaja aktiviti sukan air salah seorang anak Anwar di Pulau Pinang semasa Ketua Pembangkang itu dalam penjara selain menerima kunjungan Wan Azizah yang baru pulang dari mengerjakan umrah semasa menetap di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE).
"Hubungan kami sekadar kawan kerana saya juga meminati sukan badminton. Saya tidak mengenali Anwar malah tidak pernah terlibat dalam politik.
"Oleh itu saya hairan bagaimana nama saya dikaitkan dengan Anwar dan berita ini pernah berlaku pada 13 tahun lalu tetapi saya biarkan.
"Namun kali ini disebabkan wajah saya disiarkan (Mingguan Malaysia) saya tiada pilihan selain untuk tampil menjelaskan perkara sebenar," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Wajah Zaliah dipaparkan di muka depan Mingguan Malaysia hari ini berikutan pendedahan ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali berhubung seorang wanita yang dikatakan sangat dikenali oleh Anwar.
Dalam pendedahannya, Ummi Hafilda mendakwa, Anwar kenal sangat dengan wanita tersebut yang bukanlah seorang istimewa atau ahli korporat tetapi cukai pendapatan mencecah RM50 juta.
Selain itu, Ummi Hafilda mendakwa, wanita itu memiliki atau mempunyai kaitan dengan 62 hartanah mewah berupa kondominium dan banglo kebanyakkan di Pulau Pinang.
Berikutan dakwaan itu, Zaliah meminta Ummi Hafilda agar tampil bersama bukti-bukti bagi membersihkan nama beliau dan keluarganya.
Selain itu, beliau juga meminta Anwar mengeluarkan kenyataan segera bagi menafikan hubungan mereka seperti didakwa pihak tertentu.
Dalam pada itu, Zaliah mendakwa memiliki aset berbentuk wang tunai dan hartanah berjumlah RM100 juta hasil daripada perniagaan lumba kuda yang dijalankannya pada akhir 1990-an.
Menurutnya, bagaimanapun kesemua asetnya bertukar hak milik semasa beliau ke Dubai untuk melupakan kesedihan ekoran kematian anak lelakinya pada Januari 2000.
"Seminggu semasa berada di sana (Dubai), pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) membuat serbuan di rumah saya dan menyita 10 buah peti besi di Bukit Jambul, Pulau Pinang mengandungi wang tunai, barangan kemas dan dokumen penting.
"Pada masa sama, saya dinasihatkan oleh peguam supaya tidak pulang sehinggalah setahun baru saya pulang ke tanah air namun mendapati semua aset termasuk wang tunai berjumlah RM26 juta di dalam bank telah dipindah milik," jelasnya.
Beliau berkata, harta-hartanya yang lain termasuk empat buah rumah di Pulau Pinang bernilai kira-kira RM3.68 juta.
Katanya, pada masa itu beliau turut diburu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berkaitan dengan cukai pendapatan berjumlah lebih RM50 juta hingga beliau diisytiharkan muflis tidak lama selepas itu.
Sementara itu, Ummi Hafilda ketika dihubungi memberitahu, beliau tidak pernah mendakwa mengenali Zaliah secara peribadi.
Katanya, pendedahan yang dibuat adalah bertujuan semata-mata mahukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kaitan antara wanita berkenaan dengan Anwar.
"Ini bukan isu kenal atau tidak kenal. Saya sendiri tidak pernah mendakwa bahawa saya mengenal perempuan berkenaan (Zaliah) secara peribadi.
"Pendedahan yang saya lakukan itu bertujuan untuk membantu siasatan SPRM berhubung kes pemilikan akaun induk bernilai RM3 bilion oleh Anwar. Saya telah serahkan bukti dan sekarang tugas SPRM menyiasat apa kaitan, hubungan atau penglibatan perempuan itu dengan Anwar," katanya.
 Wow ! Sila beri perhatian kepada rangkap berwarna merah. Anda sendiri nilaikan Ini bermakna Ummi Hafilda tidak bercakap bohong langsung ! Wanita Misteri mengakui memiliki harta dan aset berpuluh juta dan bermastautin di luar negara malah PEGUAMNYA MENASIHATI BELIAU !

WANITA MISTERI juga telah di saman oleh LHDN dan kini MUFLIS ! Pada pendapat anda adakah WANITA MISTERI tersebut BERCAKAP BENAR DALAM PENAFIANNYA ? 

Atau sekadar mahu melarikan diri dari masaalah yang sedang membelenggunya ?

RAFIZI DEDAH PENYELEWENGAN PENSTRUKTURAN SEMULA KONSESI AIR.

JAGA KAU MADU TUA ! AKU NAK BOGELKAN KO !!!!

Kenyataan Terbaru Rafizi mengenai perletakkan jawatannya:-

Keputusan peribadi saya untuk menarik diri dari jawatan di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor telah diperbesarkan oleh media Umno bahawa kononnya ia petanda wujud keretakan di dalam pentadbiran Kerajaan Selangor yang ditunjangi KEADILAN.
Saya telah menjelaskan seawal minggu lepas bahawa ia keputusan peribadi yang telah lama saya rancang demi menumpukan perhatian sepenuhnya kepada usaha KEADILAN dan Pakatan Rakyat menumbangkan Umno/Barisan Nasional.
Saya mula-mula menyatakan hasrat untuk menarik diri dari pentadbiran Kerajaan Selangor dalam bulan Oktober 2011 semasa KEADILAN mula menumpukan perhatian serius membongkarkan penyelewengan NFC. Memandangkan tarikh pilihanraya umum belum jelas ketika itu, saya diminta menangguhkan hasrat itu.
Kini, pembubaran Dewan Rakyat perlulah dibuat dalam tempoh kurang dari satu tahun. Dengan kepastian ini, saya yakin masa dan tenaga saya lebih baik ditumpukan kepada usaha merancang kempen KEADILAN dan menyusun strategi menghadapi pilihanraya. Apatah lagi apabila pentadbiran Kerajaan Selangor di bawah kepimpinan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim adalah utuh dan telah mempamerkan pencapaian cemerlang setakat ini.
Oleh yang demikian, saya sekali lagi menegaskan bahawa perletakan jawatan ini adalah satu tindakan biasa yang juga dilandaskan pada asas moral kerana seorang ahli politik tidak wajar dibayar gaji dari wang rakyat apabila tumpuannya cenderong kepada aktiviti politik partinya.
Malang sekali, konsep kebertanggungjawaban sebegini tidak wujud di dalam Umno/Barisan Nasional. 
Saban hari, Umno/Barisan Nasional menggunakan jawatan dan kemudahan kerajaan yang ditanggung oleh rakyat untuk membayar pimpinan dan aktivis mereka; sedangkan keseluruhan masa digunakan untuk berkempen politik bagi parti mereka.
Contoh penyelewengan wang rakyat sebegini ialah kehadiran lantikan politik di jabatan-jabatan kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan sedangkan mereka bertugas untuk Umno/Barisan Nasional.
Malah, sebuah jabatan khas iaitu JASA ditubuhkan semata-mata untuk membayar gaji pimpinan dan aktivis Umno/Barisan Nasional yang kemudiannya digunakan sepenuhnya untuk berkempen politik.
Sudah menjadi budaya Umno/Barisan Nasional bahawa seorang pemimpin berebutkan jawatan politik untuk mendapat tempat di dalam kerajaan dan menikmati habuan lumayan sedang mereka tiada sumbangan kepada kerajaan.
Oleh sebab itulah, Umno/Barisan Nasional cepat-cepat memutar belitkan tindakan saya menarik diri dari Kerajaan Selangor kerana mereka berfikiran budaya politik di dalam KEADILAN sama seperti yang diamalkan mereka.
KEADILAN adalah sebuah parti reformasi. Budaya politik kami berbeza dan saya cukup tidak selesa menerima gaji dari tabung rakyat apabila tumpuan saya lebih kepada kerja politik. Selain mahu menumpukan sepenuhnya kepada usaha menumbangkan Umno/Barisan Nasional, saya juga mahu terus kekal dengan perjuangan reformasi yang memisahkan kerja politik dari dana rakyat.
Rakyat akan dapat menghakimi sendiri putar belit Umno/Barisan Nasional ini apabila saya makin lantang membongkarkan rasuah dan penyelewengan mereka.
Hari ini bermula siri pendedahan besar berhubung Projek LRT Ampang yang melibatkan Dato’ Seri Najib Tun Razak sendiri.
Esok saya akan mula duduk berbincang dengan Cik Faekah Hussin untuk meneliti semula fail-fail penyelewengan yang berlaku di Selangor semasa pentadbiran Umno dahulu, sebagai menyahut seruan pimpinan Umno agar saya membongkarkan penyelewengan yang berlaku di Selangor.
Oleh kerana penyelewengan yang berlaku hanyalah semasa Umno memerintah, maka senanglah saya menumpukan sepenuh perhatian menyiasat penyelewengan ini seperti yang diminta mereka.
MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
25 JUN 2012
Hamba punya komen mudah sahaja .... bagaimana dengan Skandal Penstrukturan Semula Air, surat sokongan Faekah kepada permohonan anak saudaranya untuk jadi panel peguam, penyelewengan isu hasil pasir, penyelewengan dan salah tadbir Yayasan Selangor, serta lantikan pegawai-pegawai kerajaan Negeri yang menjadi ahli PKR, DAP dan PAS ?


GEMPAR !!!! MUBALIGH KRISTIAN BERKELIARAN DI SELANGOR - TAHNIAH KHALID G .


KAWASAN KUALA SELANGOR,PUNCAK ALAM,SAUJANA UTAMA DAN SHAH ALAM MUBALIGH KRISTIAN MULA TEST MARKET SEBAR DAKYAH DI RUMAH ORANG ISLAM!!

Hari ini, sekitar jam 10.00 pagi sehingga 11.20 pagi, penduduk-penduduk Kuala Selangor,Puncak Alam,Saujana Utama Dan Shah Alam digemparkan dengan kedatangan mubaligh-mubaligh Kristian menyebarkan dakyah dari rumah ke rumah. Jumlah mubaligh-mubaligh berkenaan sekitar 14 orang. Mubaligh-mubaligh Kristian berkenaan terdiri daripada warga Barat, Filipina dan Jepun. Terdapat seorang mubaligh yang kelihatan membawa seorang bayi kecil untuk meraih simpati agar penduduk di taman berkenaan membuka pintu.

Kedatangan mubaligh-mubaligh berkenaan didalangi oleh kaum India dan Cina yang bukan dari penduduk-penduduk Seksyen 23. Penyokong-penyokong PAS yang lantang kononnya mempertahankan Islam kelihatan berdiam diri. Mubaligh-mubaligh berkenaan hanya bergerak keluar dari taman berkenaan selepas penduduk-penduduk tempatan melahirkan rasa tidak puas hati mereka dengan cara terbuka.

Nampaknya gerakan mubaligh kristian telah melancarkan tindakan drastik untuk menarik orang Islam menganut agama Kristian. Sedih apabila Khalid Samad hanya memandang sepi gerakan ini umpama mengahalalkan perkara yang boleh meruntuhkan akidah Islam. Fikirkan mana hala tuju sebenar PAS dalam menegakkan agama Islam.
 — withWak Ben and 48 others.
 ·  ·  · Saturday at 6:32pm ·








Petikan kiriman di fesbuk. Kita tahu Hak Kebebasan Beragama di Jamin oleh Perlembagaan Malaysia. Tapi di Selangor ada Akta yang melarang Pengembangan Agama dan Kepercayaan lain di kalangan orang Islam. 

Menggunakan para Mubaligh Kristian dari negara-negara lain untuk beroperasi mengembangkan agama Kristian tidak bermakna penaja dan organisasi atau pelakunya dikecualikan dari tindakan Akta tersebut. 

Kita juga ingin tahu apakah tindakan dua orang Khalid iaitu Khalid Samad dan Khalid Ibrahim dalam hal ini. Terutamanya Khalid Ibrahim selaku EXCO HAL EHWAL AGAMA ISLAM. 

Tindakan ini ternyata mencabar perundangan negara serta tidak menghormati sensitiviti beragama. 

Tindakan ini juga mencabar kedaulatan Raja-raja Melayu sebagai KETUA AGAMA ISLAM DI NEGERI-NEGERI MASING-MASING.

Puak Republik Lembu Kepala Hitam Pakatam amat wajib di tolak demi menjaga keharmonian dan perhubungan baik di antara agama. 

Tolong jangan tanya kepada PAS PAKATAM. Apa hendak diharapkan kepada PAS PAKATAM dalam mempertahakan AKIDAH dan TAUHID, PAS PAKATAM hanya berminat untuk mempertahankan KERUSI sahaja menurut kata Pok Nik !

TEPUK DADA TANYA IMAN WA CAKAP SAMA LU
DAP MUSUHI ISLAM & MELAYU
PKR KAKI PENIPU
PAS BUAT-BUAT TAK TAHU !

REPUBLIK NEPOTISMA PAKATAM : FAEKAH ANAK BAIK KERANA JAGA FAMILI NEPOTIS.


Belum reda isu percakaran dalam PKR Selangor kini timbul pula dakwaan membabitkan Setiausaha Politik MB Selangor, Faekah Husin yang dikatakan telah mempengaruhi keputusan pengambilan panel peguam oleh Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB).

Berdasarkan pendedahan oleh Sel13.Com, Faekah dilaporkan telah menggunakan kepala surat Pejabat Menteri Besar Selangor untuk menyokong permohonan anak saudaranya yang memiliki kepentingan dalam firma guaman Sidrek Zeenat Asyiqin & Associates.

Ini diperakui sendiri beberapa Pimpinan beberapa Cabang PKR Pro Azmin Ali yang sekian lama menyiasat perkara tersebut.
Hasil semakan oleh portal tersebut mendapati, Zeenat Asyiqin Binti Dato’ Ahmad Zaki yang merupakan rakan kongsi firma guaman tersebut adalah anak kepada abang kandung Faekah, Dato' Ahmad Zaki Bin Husin.

Sekadar untuk rekod, Dato' Ahmad Zaki Bin Husin adalah bekas Ketua Pengarah BPR bermula dari 24 Mac 1999 hingga 23 Mac 2001. Sekarang beliau adalah Pesuruhjaya Kehakiman di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Portal tersebut turut melampirkan dua bukti bertulis bagi menyokong pendedahan berkenaan yakni surat serahan tangan yang diterima oleh Faekah diikuti dengan surat sokongan dari Faekah kepada PNSB.

Pada Julai 2010, MB Selangor, Khalid Ibrahim pernah mengeluarkan arahan melarang pihak berkepentingan dalam kerajaan negeri daripada mengeluarkan sebarang surat sokongan terhadap mana-mana permohonan tender atau kerja.

Jelas terdapat kontradiks diantara arahan tersebut dengan situasi terkini yang membabitkan Faekah.

Timbul persoalan yang agak mengasak minda kita, adakah dalam kes Faekah ini polisi dan arahan tersebut terkecuali?

Apakah Khalid Ibrahim sengaja memejamkan mata membenarkan penyalahgunaan kepala surat pejabatnya semata-mata untuk membantu sanak saudara dan ahli keluarga Setiausaha Politiknya?

Apapun, amat wajar untuk pihak berkuasa khususnya SPRM memberi perhatian serius dalam isu ini dan melakukan siasatan rapi terhadap Faekah dan ahli keluarganya demi kepentingan umum.

Soal besar atau kecil nilai sesuatu kontrak yang diperolehi bukan persoalan kerana sebarang unsur salah guna kuasa apatah lagi untuk kepentingan kroni dan ahli keluarga sendiri tidak boleh dipandang sepi.:- Gelombang Rakyat.

CAGCAI REPUBLIK NEPOTISMA PAKATAM AKUI BAHAWA TINDAKAN FAEKAH ITU SEKADAR MENJAGA KEPENTINGAN FAMILI NEPOTISNYA. KALAU TIDAK MATI KEBULUR LAH FAMILI NEPOTISNYA,

PERANAN KARTUNIS DI IKTIRAF PM.. ZUNAR MENANGIS !



ZUNAR di jamin menangis !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...