Sabtu, 10 November 2012

BERITA GEMPAR! CABANG PKR KUALA KRAU PAHANG DI TUTUP!

SUMBER BERITA ASAL DI AMBIL DARIPADA BLOG WZWH.

Pada 6hb November 2012 lalu di blog milikmya http://lubokkawah.blogspot.com/2012/11/terbukti-pak-long-adalah-seorang.html Hj Suhaimi Said Ketua Cabang PKR Kuala Krau Pahang telah mengeposkan
entri berkenaan hasratnya untuk meletak semua jawatan dalam PKR seperti berikut :-
Dengan sikap buruk Pak Long itu tidak memungkinkan saya dapat memberikan sebarang kerjasama lagi kepada Sekretariat PKR Pahang, dan saya teruslah meminta Setiausaha PKR Cabang Kuala Krau memanggilkan satu Mesyuarat Jawatankuasa Cabang untuk saya meletakkan jawatan 
Anita Karim selaku Setiausaha PKR Cabang Kuala Krau telah pun menghantar Notis Mesyuarat JK untuk 18.11.12 itu, tetapi pada petang ini beliau memanggil beberapa Orang Jawatankuasa yang penting seperti Timbalan Ketua, Naib Ketua dan sebagainya untuk perbincangan terlebih awal.
Azmi Zainon pula menalipon saya mengatakan bahawa jika saya letak jawatan, semua AJK PKR Kuala Krau akan turut sama meletakkan jawatan pada 18.11.12 itu.
Memandangkan keadaan-keadaan ini, saya merasakan saya sudah menjadi orang yang sudah tidak bertempat di PKR pahang.  Oleh itu saya membuat keputusan untuk meninggalkan semua jawatan saya didalam parti diantaranya Ketua PKR Cabang Kuala Krau, Naib Pengerusi 1 PKR negeri Pahang, Ahli Majlis Pimpinan PKR Pusat dan Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Pusat.
Hj Suhaimi Said merupakan salah seorang pemimpin PKR Pahang yang amat cergas dan aktif menggerakkan dan memperluaskan pengaruh PKR di kawasan-kawasan FELDA di Pahang dan penempatan orang asli di Pahang.

Pengalaman politiknya adalah luas. Beliau pernah menyertai UMNO. Ketegasan pendirian beliau amat terkenal dan amat jarang beliau menarik balik sebarang niat beliau untuk melakukan sesuatu tindakan jika telah berkecil hati. 

Jadi kita nantikan sahaja pengumuman daripada Hj Suhaimi Said pada 18.11.2012 ni. Kita maklum PKR sememangnya mempunyai banyak masalah dalaman yang begitu kronik dan tak mampu lagi diberikan ubat penawar hatta dengan wang berjuta ringgit sekalipun. 

Puak PKR ini memang terkenal dengan sifat tamak dan tikam belakang sesama sendiri. Lebih-lebih lagi bila dekat PRU 13 semuanya bercita-cita hendak menjadi calun waima tak layak pun. Tapi dalam PKR beruk pun mampu dicalunkan.

N. SURENDRAN NAIB PRESIDEN PKR PERJUANGKAN HAK ETNIK INDIA DARI MANA NI?

NONE

Hamba tak faham dan sukar nak mengerti hak etnik India/ Tamil dari negara mana yang N Surendran hendak perjuangkan sebenarnya? Imigran dari Tamil Naidoo? Pelarian Tamil Eelam dari Sri Lanka? Pendatang Tanpa Izin etnik India? Atau pemegang kad pengenalan merah yakni pasangan suami/isteri yang berasal dari negara lain tapi berkahwin dengan warga Malaysia dari etnik India? Yang mana satu? 

Apa motif dan niat sebenar N Surendran? 

Label yang digunakan oleh N Surendran ialah 'Etnik India Tidak Ada Negara" (Stateless Indians). Dan di dakwa oleh N Surendran jumlahnya mencecah bilangan ribuan ! Amboi ramai benor yea. Tapi pemimpin pakatam ahzab mana pernah berkata benar pun. 

Yang hamba tahu tiga bulan lepas di Selangor berlaku satu kempen pertemuan dengan pemilik kad merah yakni mereka yang mempunyai status permastautin tetap kerana bernikah dengan pasangan mereka yang merupakan warganegara Malaysia. Adakah golongan ini yang dimaksudkan oleh N Surendran yang angkanya mencecah ribuan orang? 

Kelompok jenis ini sebenarnya adalah warganegara asing yang diberikan status penduduk tetap kerana dulu Malaysia ada membuat Program Rumah Kedua.Maka berbondong-bondonglah kelompok ini termasuk yang bukan profesional dan yang masuk secara haramjadah ke Malaysia. Entah macamana mereka berkahwain dengan warga tempatan dan akhirnya mendapat status Penduduk Tetap. Kesetiaan kelompok ini kepada YDPA dan Perlembagaan Malaysia belum pernah teruji sedikit pun. 

Mereka datang dari negara yang mempunyai sistem pemerintahan, sistem pendidikan, budaya dan amalan agama serta sejarah yang jauh berbeza dengan Malaysia. Mana mungkin kita boleh mengharapkan mereka mampu mencerna dan memahami sejarah perjuangan kemerdekaan negara ini? Mereka tidak dilahirkan di negeri ini. 

Pada analisa Hamba yang tak seberapa ini, motif dan matlamat N Surendran aka Pakatam Ahzab ialah:-
  1. Menambah jumlah pemilih berdaftar di kalangan etnik India secara drastik bagi mengulangi kejayaan pada PRU 12 tanpa memikirkan kesan panjang kepada keseimbangan dan keharmonian negara di masa depan; dan 
  2. Sengaja mencari pasal di saat-saat akhir menjelang PRU 13 untuk mendapatkan perbatuan politik berbentuk ugutan Politikal kepada kerajaan BN; dan 
  3. Menimbulkan rasa tidakpuashati terhadap apajua keputusan eksekutif pentadbiran DS Najib mengenai tuntutan berkenaan.
Secara positifnya kita perlu menyerahkan kepada kebijaksanaan pemerintah pada masakini. Kerana bila berlaku sebarang masalah di masa depan kita boleh salahkan pemimpin di masadepan kerana tak pandai mengawal keadaan. Betul tak? Kebiasaannya sebarang kesilapan keputusan dan polisi yang di buat pada hari ini hanya akan ternampak dalam masa berpuluh tahun yang akan datang. Masa itu semua yang membuat keputusan pun sudah berpindah alam termasuklah para pembodek dan punahsihat.

Oleh kerana Presiden PERKASA Dato Ibrahim Ali pun sudah menyetujuinya maka secara otomatisnya seluruh rakyat Malaysia ..OOPPSS ... penyokong BN/UMNO wajiblah menyokong usul dan cadangan perjumpaan DS Najib dengan HINDRAF...erkkk. Agak keliru. Tapi tak mengapa politik di Malaysia memang begitu sentiasa keliru dan kacau-bilau tapi rakyat dan ekonomi masih berjalan dengan baik serta lancar. Tak gitu ?

Benar kita memerlukan undi dan sokongan etnik India. Cuma yang kita tak perlukan ialah pemimpin politik dan parti politik seperti N Surendran, HINDRAF dan Pakatam Ahzab yang sentiasa menimbulkan masalah bila tiada masalah. 

Hamba berharap benar  supaya pada kali ini bukan sahaja kebijaksanaan itu digunakan tetapi juga keberanian yang luarbiasa dalam keadaan mencabar pada kali ini. 


CIS ! BERANI PAKATAM AHZAB PAKSA MELAYU BEBAS BERAGAMA! @NajibRazak


Nurul caught lying ! She blames Utusan , but MalaysiaKini has it too
Video here :http://stopthelies.my/?p=2035 
She was caught on video – just like her father, who was caught on video have sex except in this case, she was caught saying Malays should have the freedom to choose their religion and that there should be no compulsion for Malays to be Muslims.
Her urban, middle class Christian listeners at the Tabernacle Church in Subang naturally cheered and applauded. She was fishing for the Christian votes and she gladly played to the gallery. Here was Nurul – the Saviour which the church has been waiting.
In fact, churches had sent messages to their congregation to fast and prayed for changes in the coming elections. Many church leaders have used their FB to campaign openly for PR. It is done openly.
We know where the church stands. We know there is no neutrality when all the speakers at the Tabernacle church were from Pakatan Rakyat.
But God is great. Nurul forgot that her comments would not go down well with the majority of conservative and religious Muslims who would be the decider in the polls.
Liberals and non-Muslims would support Nurul but ultimately, it will be the heartland Malays that will decide the outcome.
So Nurul went on a damage control mode. She denied. She threatened Utusan Malaysia with a suit but the video has already gone viral. We produced here what Malaysiakini – the pro-Pakatan Rakyat website – has reported.
Utusan can summon Steven Gan and Premesh Chandran to testify in court if Nurul proceed to sue!
Posting fesbuk daripada rakan di fesbuk Tan Khai Beng (MCA P.Pinang).

Kini kita bertanya kepada diri kita sendiri adakah kejahatan akan mengatasi kebaikan? 

Bagi kebaikan mengatasi kejahatan perlulah ada orang yang beragama melebihi satu perempat pada satu-satu masa. Jika jumlah sedemikian tidak dapat diperolehi pada satu-satu masa, maka kejahatan lebih melata daripada kebaikan. 

Dikatakan orang beragama ialah mereka yang ta'at mengamalkan tatacara agama yang mereka panuti tidak kira samada Islam, Hindu, Budhha, Taois dan Kristian. Yakni lebih tepat ialah mereka yang menjauhi permusuhan sesama manusia dan permusuhan di antara agama. Juga mereka yang menyukai kepada kebaikan dan melakukan kebaikan. Bukan merujuk kepada mereka yang berjiwa berontakan (revolusioner) dan ekstrimis agama serta mereka yang mengamalkan cara hidup di luar tabie'.Tidak juga merujuk kepada amalan berpolitik. Kerana dalam politik kemenangan itu diutamakan. 

Memaksa Melayu untuk mengamalkan kebebasan beragama bermakna mengurangkan jumlah orang beragama di Malaysia. Semakin kurang bilangan Melayu menganut agama Islam semakin melata dan meratalah kejahatan di negara ini. Bila itu berlaku dan terjadi kesudahannya ialah kemusnahan dan kemudaratan kepada rakyat jelata yang membawa kepada kesengsaraan penghidupan dan kehidupan.

Mahukah kita memilih jalan tersebut?


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...