Jumaat, 6 April 2012

AZMIN ALI KAMU SURUH ZURAIDA PECAT AHLI PKR YANG JUJUR SEBAB KAMU TAHU KAMU SALAH KAN?


Intergriti ?

Kebebasan Bersuara?

Pilihanraya Adil Telus Bersih?

Perjuangkan hak rakyat?

Azmin Ali ambil jalan mudah. 

Azmin Ali tak berani pikul amanah.

Azmin Ali takut dengan dosa sendiri.

Azmin ALi tak mahu BERSIH kan dirinya sendiri tapi mahu BERSIH kan Sistem Pilihanraya yang membolehkannya menjadi Ahli Parlimen?

8 tuntutan BERSIH ?

1 tuntutan daripada seorang ahli PKR yang jujur pun Azmin Ali tak mampu nak jawab.

PKR TAK LAYAK MEMERINTAH SELANGOR.

PKR BULI PAS SAMPAI PAS JADI BENGAP.

TOLAK PKR, ANDA SELAMAT.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

PR DRAKULA MUSNAHKAN BELIA, BN MEMBINA BELIA.

 
HBN -lwn- BERSIH 3.0

PAGI PENGHULU SEGALA HARI, kenalah bersopan dan beradab. Bukan pada hari Jumaat sahaja malah kalau boleh dan mampu pada setiap hari dan masa. Tapi maklumlah, tengah berperang dengan puak Dajal, jembalang, Hantu raya, Toyol, Pelesit, Jin Ifrit, Drakula dan Vampira Pakatan ini mana boleh buat macam tengah bercinta. Ketegasan wajib dipertunjukkan kepada puak-puak hantu dan jin ifrit Pakatan, Kalau tak, diaorang makan naik lemak dan naik minyak. Puak hantu dan jin ifrit Pakatan wajib di layan dengan tegas dan keras. Kalau sopan dan lembut. kita pula kena lanyak dengan mereka.

Ok lah hari ini kita buat perbandingan antara PR Drakula dengan BN dalam soal gerakkerja kedua pihak ke atas belia Malaysia. Kementerian Belia dan Sukan (KBS) selama beberapa tahun ini dan pada tahun ini telah memperkenalkan HARI BELIA NEGARA. Semua belia di ajak berkumpul selama 5 hari di Putrajaya. Macam-macam aktiviti disediakan untuk belia. Tujuannya ialah meraikan belia di samping membina jatidiri belia. Pada tahun lepas, HBN berjaya menghimpun seramai 1 juta orang belia. Pada kali ini KBS mensasarkan dua juta orang. Kalau terlebih dua juta orang kira bonus buat belia. 

HBN ini banyak manafaat kepada belia. Belia tak perlu Duduk dan Bantah tengah panas dengan harapan agar DAP PKR PAS akan berubah menjadi puak baik. Atau perlu menjerit, melalak, dan menyanyi lagu minta SPR memutihkan daftar pemilih. Pendekata, HBN adalah untuk belia dan apasaja yang belia lakukan adalah untuk diri mereka sendiri. takde kena mengena dengan apa-apa agenda politik. Masa inilah juga para belia boleh berniaga. Pengunjung ramai. Kalau jual barang harga RM 1 sama dengan gaji Penasihat Ekonomi Selangor selama 5 hari pada kadar pembelian 10,000 orang sehari dah dapat hasil RM10,000.00. Barulah berbaloi. Duit dapat, sistem pilihanraya tetap adil telus dan bersih juga. Boleh jumpa semua Menteri dan Perdana Menteri lagi pulak tu. Tak menyusahkan orangramai. Tak kena sumpah seranah orangramai. Mak bapak kat rumah pun hati senang. 

Kalau takat Duduk dan Bantah dan mungkin di bayar elaun RM200 apalah sangat, Nak RM200 sekarang tak susah manapun. Nak masuk dalam sejarah pun sebab Duduk dan Bantah apalah maknanya. Melakar nama dalam sejarah dan memberikan sumbangan besar kepada negara bukan terhad kepada Duduk dan Bantah. Kalau sertai HBN, duit dapat hasil berniaga. Seluruh dunia pun akan respek sebab belia Malaysia nampak berdisplin dan berdaya saing melakukan aktiviti positif. Bayangkanlah penjanaan ekonomi dalam masa 5 hari dengan jumlah pengunjung melebihi 2 juta! Aman. Tak kecoh. Dunia akan lebih menghormati belia.

Mana yang belum mendapat pekerjaan pada masa inilah berpeluang mencari pekerjaan di gerai-gerai pekerjaan. Sambil bersantai sambil buat duit. Buat aktiviti yang menyihatkan minda dan mencabar fizikal. Dapat hadiah. Dapat penghargaan. sistem pilihanraya tetap telus adil dan bersih juga. 

Mungkin kerana kejayaan-kejayaan besar HBN inilah maka ada pihak tak senang hati dan dengki pada belia. Tak suka tengok belia buat aktiviti positif. Hendak tengok belia menaruh nyawa pada mimpi-mimpi yang tak pasti. Sistem pilihanraya tetap adil, telus dan bersih seperti biasa juga.

Para belia mempunyai piihan. Samada untuk melakukan sesuatu untuk diri mereka sendiri melakukan sesuatu semata-mata untuk kepentingan belia tua dalam Pakatan Drakula. Sistem pilihanraya tetap adil, telus dan bersih juga.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

29 IBU TUNGGAL MANGSA KERAJAAN DRAKULA SELANGOR.


NEGERI BERKEBAJIKAN ?

MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR?

BANTUAN KEPADA IBU TUNGGAL?

GERAN SELANGOR KU RM350 JUTA?

TUUUU .. KERATAN AKHBAR DI ATAS ITULAH HASILNYA BILA MENGUNDI PAKATAN DRAKULA PKR PAS DAP.

BANYAK LAGI PAKEJ 'BERKEBAJIKAN' KERAJAAN DRAKULA SEDANG MENANTI ANDA

TEPUK DADA TANYA IMAN! 


PEMBOHONGAN JAWATANKUASA PEMANDU BERSIH YANG WAJIB ANDA KETAHUI.


Beginilah , adalah mustahil sistem pilihanraya kita ini adalah seperti yang di dakwa oleh Jawatankuasa BERSIH. Jika ianya benar maka pada hari ini satu kerusi pun PKR DAP PAS tak mampu menangi. Penipuan oleh SPR ? Buat apa SPR nak menipu pun? Ada faedah ke kalau SPR menipu ? SPR tak bertanding pun dalam pilihanraya. Ada ke parti politik nama SPR?

Satu perkara yang perlu kita ingat ialah pendaftaran pemilih bukan dilakukan oleh SPR sahaja. Pendaftaran pemilih terutamanya pindahan pemilih ke lokaliti Pusat Mengundi dilakukan oleh parti politik juga. Yakni parti yang akan bertanding di dalam pilihanraya. Jadi bolehkah kita mempercayai 100% apasaja yang dijadikan bukti oleh PAS DAP PKR kononnya ada penipuan dengan 'print screen' semakan online SPR? 

Ada banyak kemungkinannya tau. Kalau setakat print screen ini macam-macam boleh di editkan semula. Ok lah katakan tak di edit, tak ke anda hairan bagaimana butiran individu pemilih itu diketahui dengan tepat? Pemilih ada 12 juta tau. Semakan online SPR hanya berkisar kepada tempat mengundi anda sahaja. Kita sendiri tahu berapa ramai yang berkongsi nama sama dengan ejaan sama.Ini disahkan dengan perbezaan angka pada nombor kad pengenalan. Dah tentulah maklumat tersebut diketahui oleh PKR atau DAP atau PAS kerana mereka jugalah yang sengaja membuat pendaftaran yang salah dan pemindahan pemilih tersebut. Gilo ke nak semak 12 juta nama pemilih satu persatu ??? 

Mengenai masa kempen selama 21 hari pula. Tahukah anda sebab musabab tempoh kempen 21 hari itu dibatalkan dulu? Ini kerana pengalaman pahit tragedi 13 Mei 1969, di mana DAP menggunakan kesempatan selama 21 hari itu untuk mengapi-apikan sentimen perkauman. Lagipun sekarang zaman internet. maklumat cepat sampai. malah setiap hari PKR DAP PAS dok berkempen di fesbuk dan di laman sosial. Tak termasuk hantar macam-macam sms.Maklumat hanya di hujung jari jek. Itu belum masuk bab sembang kedai kopi lagi. 

Kita semua maklum bahawa PKR DAP PAS sejak 4 tahun lepas setiap bulan setiap minggu setiap malam buat ceramah politik di sana sini. PAS setiap hari di masjid-masjid kariah. Tempoh berkempen 21 hari pada zaman teknologi maklumat amat maju tak memberikan kesan dan impak besar pun. Buang apa kos dan masa jika ianya tak menjejaskan apa-apa pun? Iya tak ? 

Dari 8 tuntutan BERSIH, 7 dari nya dipenuhi dan di ambil serius oleh SPR. tapi makan masa lah. Nak buat jamban pun makan seminggu gak. Inikan pula nak menguruskan 12 juta lebih pemilih berdaftar. 

Bab rasuah, bukan ke Ambiga sendiri pernah berkata Rasuah Kecik dihalalkan? Apa cerita ini? Rasuah apa? Takkanlah kegiatan turun padang dan memberikan bantuan kepada rakyat dikatakan rasuah? Pok Nik pun pernah beri Zakat Pilihanraya pada masa PRK Galas dulu. Pemilihan PKR, PAS dan DAP pun dipenuhi dengan pelbagai dakwaan rasuah oleh ahli-ahlinya. 

Jadi apa matlamat BERSIH sebenarnya? Matlamatnya tidak lain dan tidak bukan hanya memberikan tekanan kepada SPR agar SPR jadi kelam kabut. Tidak dipercayai. Ini adakan diputarbelitkan oleh pembangkang jika keputusan PRU 13 tidak memihak kepada mereka. Hati-hatilah wahai rakyat Malaysia. Takkanlah kita hendak berkerajaan kerana protes jalanan dan bukan melalui proses demokratik secara aman. Fikirkanlah.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

AZMIN ALI KATA AKAR UMBINYA BUTA DAN TULI !


Apabila FMT meminta Azmin Ali memberikan penjelasan mengenai hasrat akar umbinya di cabang Ampang tempohari, kita menjangkakan Azmin Ali akan mengeluarkan kata-kata yang setaraf dengan slogan intergriti, ketelusan, kredibiliti ikutan PKR Drakula. Amat memeranjatkan kerana jawapan Azmin Ali langsung tidak mencerminkan kesemuanya itu, Sebaliknya Azmin Ali memberikan jawapan yang mengguris hati akar umbinya sendiri seperti berikut:-
‘Hanya yang buta dan tuli percaya fitnah itu’.. itulah jawapan Azmin Ali ! Wah bongkak dan angkuhnya pemimpin PKR kepada akar umbinya sendiri.
Ini membuatkan kita berfikir sejenak, jika Kak Ijat boleh meletakkan jawatan kerana mengamalkan sikap telus dan membuktikan beliau seorang pemimpin yang ada intergriti dan kredibiliti , kenapa Azmin Ali tak mampu melakukan perkara yang sama seperti Kak Ijat?

Adakah pada pandangan para pemimpin PKR, mereka semuanya adalah suci dan bersih hanya semata menjawat jawatan penting dalam PKR? dari jawapan Azmin Ali ni jelaslah kepada kita bahawa pemimpin PKR melayani akar umbi mereka dengan kasar dan biadap. 

Selama ini pemimpin PKR mengatakan pemimpin UMNO dan BN adalah bongkak, elitis, sombong dan angkuh. Pada hari ini kita melihat sebaliknya berlaku dan ternyata pemimpin PKR meletakkan diri mereka melebihi Tuhan dan setaraf dengan Dewa.

Barulah kita faham kenapa sejak 4 tahun lepas, ramai ahli PKR cabut lari dan meninggalkan PKR. Kita juga faham kenapa selama ini PKR drakula telah membuli PAS tetapi amat takut dengan hantu lompat Cina DAP. 

Kalau dengan akar umbinya sendiri yang menjadi tulang belakang PKR dikatakan Azmin Ali sebagai BUTA DAN TULI sudah tentu layanan yag lebih teruk bakal di terima oleh rakyat jelata yang bukan ahli PKR drakula. Cara nak selamatkan diri daripada PKR drakula ialah dengan mengundi BARISAN NASIONAL sebagai pengajaran kepada kesombongan sikap bangsawan elitis PKR.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...