RIDHUAN TEE bila menulis , beliau menulis dari hatinya kerana itu penulisannya begitu memberikan kesan sehinggakan mampu membuat pembacanya memberikan reaksi. Beliau tidak pernah menulis sesuatu isu itu melainkan beliau benar-benar memahaminya terlebih dahulu. Adalah silap jika kita menyangkan Ridhuan Tee tidak tahu apa yang di tulis olehnya. Minda analitikalnya begitu tajam. dan membina. Berikut adalah penulisan beliau membelasah minda korup ultra kiasu yang pada pandangannya tidak membantu apa pun bagi perkembangan sihat negara ini.Ridhuan Tee ini amat ditakuti oleh golongan ultra-kiasu Sudah tiba masanya kita membantu beliau dalam menyebar luaskan penulisan beliau di dalam alam siber.
Beliau tidak mempunyai sebarang kepentingan yang hendak dipertahankan melainkan beliau hanya mementingkan ISLAM dan tidak gemar dengan budaya ultra kiasu yang selama ini menjadi punca utama kenapa MALAYSIA tidak dapat melangkah dengan jauh. Sudah lama beliau memperjuangkan agar Budaya Ultra Kiasu di ubah !Belaiu tidak penat dalam memperjuangkannya.
Beliau tidak mempunyai sebarang kepentingan yang hendak dipertahankan melainkan beliau hanya mementingkan ISLAM dan tidak gemar dengan budaya ultra kiasu yang selama ini menjadi punca utama kenapa MALAYSIA tidak dapat melangkah dengan jauh. Sudah lama beliau memperjuangkan agar Budaya Ultra Kiasu di ubah !Belaiu tidak penat dalam memperjuangkannya.
SEBUT SAHAJA NAMA Ibrahim Ali pada pandangan ultra kiasu seolah-olah sedikitpun tidak ada kebaikan yang ada pada dirinya. Begitu juga segelintir kalangan umat Islam. Semuanya buruk belaka. Bila ditanya pula kepada golongan ultra ini akan pandangan mereka terhadap kenyataan-kenyataan rasis pemimpin parti politik perkauman dan NGO seperti Dong Zong, Jiao Zong, Dong Lian dan Dong Jiao Zong, termasuk beberapa Dong lagi, semuanya baik belaka. Mereka dinobatkan sebagai wira.
Marilah kita membuat senarai semakan (check list), berapa banyak kebaikan dan keburukan Ibrahim Ali. Saya yakin kita akan terjumpa juga dengan beberapa kebaikannya. Janganlah kita tolak secara pukal seseorang hanya kerana sedikit ‘kesalahannya’. Ibrahim Ali yang saya kenali memang seorang yang lantang memperjuangkan nasib Melayu (Islam) sehingga dicop sebagai rasis.
Tidakkah kita terfikir, kadangkala perlu ada juga orang yang lantang seperti ini sebagai reaksi atau respon kepada pertubuhan ekstrem atau ultra yang lain. Bangsa lain lantang dikatakan hak, orang Melayu lantang dikatakan rasis. Tidak perlu pergi jauh, lihat sahaja tuntutan MIC dalam Perhimpunan Agong ke 65 pada 31 Julai 2011. Ini belum lagi parti-parti komponen Barisan Nasioanl yang lain. Semuanya meletakkan kepentingan bangsa, bangsa dan bangsa.
Pelik sungguh politik negara ini, bila mana pertubuhan Melayu menuntut hak mereka dikatakan sebagai rasis. Tetapi bila pertubuhan bukan Melayu dan parti komponen BN dikatakan sebagai hak minoriti. Politik apakah ini?
Saya yakin Ibrahim Ali tidak akan menindas dan menganiaya orang bukan Islam jika ditakdirkan mempunyai kesempatan memegang kuasa. Islam tidak membenarkannya. Yang jelas, beliau bukan penzina (peliwat), penjudi, peminum arak dan tidak melakukan dosa besar. Berbanding dengan pemimpin ultra lain, yang sudah jelas terlibat melakukan dosa besar, tidak pula dibesar-besarkan peribadinya, malah dianggap sebagai orang berjasa.
Sehingga ke tahap ini, mereka tidak segan silu mengangkat pendosa-pendosa ini sebagai pemimpin kaum mereka. Pada mereka, peribadi pemimpin bangsa mereka tidak penting, selagi mereka mempertahankan hak-hak bangsa mereka dan aib mereka disenyapkan. Malah mereka akan dinobatkan sebagai hero dan wira. Maka tidak hairanlah jika pendosa-pendosa ini disanjung dan dijunjung.
Mereka juga tidak dianggap sebagai rasis. Berbeza pula pendekatannya apabila perkara yang sama dibangkitkan oleh orang Melayu, maka secara tiba-tiba peribadi pemimpin bangsa Melayu itu menjadi penting dan disensasikan dengan begitu buruk sekali. Apa sahaja yang keluar dari mulut orang Melayu tersebut seperti Ibrahim Ali ini dan kaitan dengan namanya, semuanya rasis atau berniat jahat. Permainan politik licik apakah ini? Kita masih buta.
Pada mereka latar belakang seseorang tidak penting, yang penting hak-hak bangsa mesti dipertahankan. Inilah cara ultra kiasu berfikir, yang pada pandangan saya berjaya mengaburi mata umat Islam. Kita pun sama terikut-ikut dengan rentak mereka.
Mungkin selepas ini saya juga dikategorikan termasuk dalam kumpulan Ibrahim Ali. Terpulanglah… Apa yang saya tahu, pendekatan saya berbeza dengan Ibrahim Ali. Saya tahu apa yang saya buat.
Ketika Ibrahim Ali menawarkan anugerah kepimpinan oleh Perkasa kepada UiTM, saya berada bersama beliau sebagai panelis dalam majlis forum tersebut. Pegawai atasan akademik dan pentadbiran UiTM bertepuk tangan dengan pengumuman anugerah tersebut, seolah-olah menerima sebagai tanda setuju. Saya tidak dengar Ibrahim Ali menamakan anugerah tersebut dengan namanya.
Saya fikir tawaran itu tidak salah. Selaku rakyat Malaysia, Ibrahim Ali berhak berbuat demikian. Naïf sangat kita jika menolak sumbangan seseorang hanya kerana namanya tidak enak didengar, kecuali hasil daripada pendapatan haram.
Tidak ramai kalangan kita yang tampil ke hadapan memberi sumbangan (sedekah) walaupun telah kaya raya melalui sistem yang membenarkan kita menjadi kaya. Setiap bangsa telah dikayakan, sibuk membantu bangsanya sendiri. Tetapi bila ada seseorang yang menawarkan bantuan secara ikhlas mungkin, kepada bangsanya, disebabkan oleh namanya yang tidak enak didengar dan boleh menjejaskan periuk nasi dan reputasi kita, kita tolak seratus peratus. Politik rimba apakah ini?
Pada hemat saya, kesilapan UiTM adalah dengan memberikan nama anugerah tersebut atas nama Ibrahim Ali, yang pada perkiraan saya agak tidak wajar nama beliau ditonjolkan dan mungkin Ibrahim Ali pun tidak setuju, walaupun wang itu datang daripada poketnya. Isu ini mungkin tidak akan menjadi sensasi jika anugerah tersebut dinamakan Anugerah Kepimpinan Terbaik dan disenyapkan nama Ibrahim Ali dan Perkasa.
Yang amat memelik saya, kenapa batang tubuh seseorang itu yang menjadi sasaran. Kita menuding jari siapa benar, siapa salah, bukannya mencari apa yang benar, apa yang salah! Apakah anugerah itu salah? Jika salah, betulkan, bukan dengan menolak secara total. Inilah pemikiran ultra kiasu, politik rimba, politik bebal dan politik pandir yang amat sukar untuk dipadamkan dan kita terikut-ikut sekali.
Banyak juga anugerah yang ditaja oleh syarikat judi, arak dan sebagainya, kenapa kita tidak tolak dan cemuh anugerah tersebut. Adakah Ibrahim Ali lebih hina daripada arak dan judi? Pada saya daripada mengambil anugerah yang ditaja oleh syarikat judi dan arak, lebih baik saya menerima anugerah Ibrahim Ali, jika itulah namanya dan memang tidak ada pilihan.
Ada yang mencadangkan nama-nama seperti Arsyad Ayub, Ani Arope, Ishak Mohamad, Awang Had Salleh, dijadikan anugerah. Saya tidak menolak nama dan tokoh tersebut, kerana mereka memang wajar untuk didendangkan kewiraannya. Jika kita bertindak waras, senyapkan nama Ibrahim Ali atau Perkasa, letakkan nama-nama tokoh besar tersebut. Kenapa tidak dibawa berbincang sehingga menyebabkan kawan makan kawan, kawan jadi lawan? Jika dibaca matlamat anugerah tersebut, tujuannya adalah murni untuk mencari pelajar terbaik dan serba boleh serta menggalakkan budaya persaingan, selain membantu merangsang pelajar bagi mengikuti program dan aktiviti berkaitan dengan peningkatan maruah dan martabat bangsa pelajar.
Adakah anugerah-anugerah seperti ini tidak terdapat di Kolej New Era, Kolej Tunku Abdul Rahman, Universiti Tunku Abdul Rahman, Universiti Terbuka Wawasan dan universiti-universiti yang dipunyai oleh kaum-kaum tertentu? Berapa banyak nama Lim Lian Geok dinobatkan? Adakah perjuangan parti-parti politik dan NGO perkauman yang saya sebut ini tidak rasis. Jika mereka boleh menyediakan pelbagai anugerah, kenapa pertubuhan Melayu yang menawarkan anugerah ini dianggap rasis? Ini cara pemikiran yang sukar untuk negara berkembang maju. Kita sanggup terima sumbangan daripada syarikat judi dan arak, tetapi menolak sumbangan seorang insan yang dianggap sebagai rasis. Adakah ini wajar?
Kita hanya pandai berkokok. Sanggupkah mereka yang berkokok menyediakan anugerah tersebut? Jika sanggup, Alhamdulillah. Jika tidak, jangan perlekehkan kerja amal orang lain yang bertujuan membangunkan anak bangsanya.
Di negara-negara Barat, anugerah-anugerah yang diambil berasaskan kepada nama-nama mereka yang memberi sumbangan adalah perkara biasa. Mereka tidak saling mencemuh, walaupun pada pandangan kita mereka adalah pendosa dan orang zalim. Misalnya, Presiden Bush, Hitler, dan sebagainya. Jika kita mengambil batang tubuh mereka, mereka tidak layak dinobat sebagai wira.
Berapa ramai orang telah dibunuh ketika mereka menjadi pemimpin? Apakah kita boleh memaafkan Bush yang telah membunuh begitu ramai umat Islam melalui arahan yang dikeluarkan semasa menjadi presiden Amerika? Begitu dengan Hitler, Mao Tse Tung, Shih Huang Ti dan sebagainya. Nama-nama ini tetap disanjung dan tidak kurang anugerah diberikan atas nama mereka. Kenapa kita tidak mengutuk?
Menyerang batang tubuh seseorang adalah perbuatan yang keji dan tidak sepatutnya berlaku. Apabila orang Melayu menuntut hak mereka, dituduh sebagai rasis. Tetapi apabila kaum lain menuntut hak mereka secara ekstrem, maka itu dikatakan hak atau merit untuk mendapatkan keadilan.
Lebih malang lagi kita terpaksa tunduk kepada tuntutan dan desakan ini kerana tiada pilihan. Malah mereka tidak segan silu mengungut untuk keluar daripada barisan jika permintaan mereka tidak dipenuhi.
Akibatnya, masa depan pribumi dan Islam semakin tidak menentu. Hak orang lain semakin semakin, manakala hak sendiri semakin terhakis. Kerusi menteri bukan Melayu dalam kabinet semakin bertambah. Manakala kerusi orang Melayua atau Islam terus statik dan tidak mustahil semakin berkurang. Apabila sedikit kuota atau keistimewaan mereka ditarik balik untuk memberi laluan kepada bangsa mereka juga, disebabkan oleh parti politik berbeza dalam komponen yang sama, heboh satu Malaysia. Mereka ibarat cacing kepanasan. Tetapi apabila kerusi Melayu atau Islam berkurang, senyap, tidak ada yang bersuara termasuk orang Melayu (Islam) sendiri.
Sampai bilakah umat Islam boleh bertahan dengan ‘formula’ yang tidak mencerminkan keadilan ini. Sejak dahulu lagi saya mencadangkan supaya diwujudkan formula keadilan berasaskan kehendak Islam iaitu meletakkan sesuatu pada tempatnya. Bukan formula barat berasaskan kepada kesamarataan. Barat sendiri tidak mengotakan formula mereka, mengapa kita perlu mengikut apa yang mereka kemukakan tetapi mereka sendiri tidak pernah dipenuhi. Mereka mengemukakan formula yang boleh menyebabkan kita berantakan sesama sendiri. Sejarah membuktikan, Islam mampu memberikan keadilan tetapi bukan kesamarataan, kerana agama Islam itu sendiri tidak boleh disamaratakan dengan agama lain.
Ayuh! Wahai umat Islam, bangun dan bertindak. Jangan terus lena dibuai mimpi. Sekadar memegang tampok kekuasaan negara, belum menjamin masa depan jika hak semakin terhakis. Apa guna menang sorak kampung tergadai.
Orang lain, walaupun mereka tidak menjadi Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri, mereka semakin jauh ke hadapan meninggal kita. Apa guna kuasa berada di tangan jika anak bangsa terus merempat di bumi sendiri dan diselubungi dengan pelbagai gejala sosial yang menakutkan. Kekuatan ekonomi masih jauh lagi untuk dikuasai.
Apakah sesuatu bangsa itu boleh menjadi kuat dengan memegang kuasa sahaja? Sejarah membuktikan bahawa kuasa ekonomi boleh membeli kuasa politik. Kuasa politik tidak akan bertahan lama jika tidak disertai dengan kuasa ekonomi. Dalam dunia hari ini, kuasa ekonomi adalah segala-galanya (dengan tidak menafikan kuasa Allah SWT).
Kenapa Yahudi berjaya menguasai dunia hari ini walaupun bilangan mereka hanya sekelumit? Jawapannya, mudah kerana mereka menguasai ekonomi dunia. Kekayaan dunia berada di tangan mereka. Maka tidak hairanlah, saban hari umat Islam menjadi mangsa kerana mereka tahu bahawa umat Islam adalah ancaman kepada mereka.
Maka, berbagai jalan dicari untuk melemahkan umat Islam. Salah satunya pecahkan umat Islam dan sogokkan mereka dengan keseronokan sosial. Biar kita leka dengan kuasa yang ada. Pada pemikiran kita, dengan kuasa yang ada, kita boleh bertahan lama. Sebenarnya, tidak. Kuasa yang ada tanpa sokongan kuat ekonomi dan lain-lain, menunggu masa untuk pupus entah ke mana.
TEPUK DADA TANYA IMAN