KLIK DI SINI DR DAPHNE LOKE
TEPUK DADA TANYA IMAN!
NUSA DUA, Bali 27 Jan. - Berkuatkuasa serta merta, pihak berkuasa Malaysia dan Indonesia tidak akan lagi menangkap nelayan dari kedua-dua negara yang didapati menjalankan aktiviti di kawasan maritim belum dimuktamadkan persempadanannya, sebaliknya mereka akan diminta meninggalkan kawasan berkenaan.Pada masa yang sama, agensi berkaitan di kedua-dua belah pihak akan terus memberi penerangan kepada nelayan di negara masing-masing supaya mengelak memasuki kawasan-kawasan terbabit bagi mengelakkan sebarang masalah berlaku.Kesepakatan ini terkandung dalam Memorandum Persefahaman (MoU) Garispanduan Bersama Tentang Pelayanan Terhadap Nelayan oleh Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia dan Indonesia, yang ditandatangani di sini hari ini.Garispanduan bersama itu, yang dimuktamadkan dalam masa dua bulan setelah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono mencapai persetujuan di dua pertemuan iaitu pada Oktober di Lombok dan semasa sidang kemuncak ASEAN di Bali pada November tahun lepas.Persefahaman ini dibuat berdasarkan hasrat pimpinan tertinggi kedua-dua negara untuk menjaga kesejahteraan rakyat, khususnya nelayan yang mencari nafkah secara turun temurun di kawasan perairan kedua-dua negara. - BERNAMA
kalid gagap keluarkan kenyataan. pkr akan tetap lindungi hak melayu. kenyataan ini dilakukan pada 27 november 2011.lindungi hak melayu kata kalid ?semalam aku terlihat iklan di shah alam. pkns kabarnya akan buat apartment bernama kristal view di seksyen 7 shah alam .luas apartment 1100 sq ft dan nilai minima RM330 ribu.itu baru apartment. rumah baru di seksyen 7 pulak nilaiannya hampir satu juta.nak lindung hak melayu atau nak pelingkup hak melayu.mana pergi janji pakatan nak buat rumah mampu milik ? Baca seterusnya di GAP
Menghampiri empat tahun PKR dan DAP memerintah Selangor , entah berapa banyak musuh yang mereka cipta pun sudah tak terkira lagi.Daripada rakyat biasa kepada ahli parti mereka sendiri hinggalah kepada pegawai-pegawai kerajaan, semuanya mereka bermusuh.Dulu Datuk Khusrin menjadi mangsa permainan politik mereka. Maklumat yang kami terima beberapa minggu lepas pula mengatakan Pegawai Daerah Petaling,Dato’ Zulkepli Bin Ahmad pula yang menjadi mangsa permainan politik PKR dan DAP.Punca pergaduhan antara Khalid Ibrahim dengan Datuk Zul adalah kerana isu tanah sekolah.Khalid Ibrahim mengarahkan Datuk Zul agar tanah-tanah yang telah digazetkan sebagai sekolah kebangsaan tetapi belum lagi dibina sekolahnya agar diberi kepada sekolah jenis kebangsaan cina.Keengganan Datuk Zul menuruti perintah Khalid Ibrahim telah menyebabkan Khalid menghantar surat kepada Ketua Setiausaha Negara meminta agar Datuk Zul ditukarkan.Khalid sekali lagi menunjukkan kebodohannya dalam pentadbiran sebagaimana kes perlantikan Datuk Khusrin dulu. Beliau bukan tidak boleh , malah tidak layak untuk meminta supaya pegawai daerah ditukarkan. Kuasa tersebut terletak di tangan Setiausaha Kerajaan Negeri dan juga Ketua Setiausaha Negara. Orang yang layak menghantar surat kepada KSN adalah Datuk Khusrin sebagai SUK Selangor. (baca selanjutnya di pautan SEL 13)
UMNO seringkali membuka ruang yang sangat besar kepada mana-mana orang untuk menyertainya, kemudian memberikan bantuan atas dasar perjuangan membentuk Melayu yang lebih bermaruah berbanding Melayu pada zaman penjajahan yang menjadi balaci dan abdi orang lain, termasuklah kepada golongan imigran.Namun pada masa yang sama, UMNO juga membuka ruang kepada golongan PARASIT yang tidak peduli dengan perjuangan UMNO tetapi melihat UMNO sebagai ruang untuk mereka menghisap darah setiap manusia di negara ini. Menariknya, mereka berjaya menutup perangai busuk haramjadah itu kerana mereka kononnya menyokong UMNO. Dan yang terlebih-lebih menariknya, mereka ini pula membela orang-orang yang lapar kuasa dalam UMNO agar kehadiran mereka dilindungi dan kepentingan mereka dijaga.Salah seorang daripada PARASIT yang paling jahanam di dalam UMNO adalah Razak Mohd Nor. Aku dah buat tiga pendedahan tentang Razak Mohd Nor dalam tiga posting sebelum ini:(a) PENDEDAHAN BERCILI! SIAPAKAH RAZAK MOHD NOR DAN NUMIX ENGINEERING NI SEBENARNYA!(b) PENDEDAHAN BERAPI! RAZAK MOHD NOR DAN NUMIX ENGINEERING YANG ZALIM!(c) PERBICARAAN DUA PENGARAH NUMIX ENGINEERING DITETAPKAN PADA 11 APRIL!PARASIT ini menggunakan UMNO untuk memperolehi pelbagai projek mega tetapi kemudian melakukan penipuan yang MAHA DAHSYAT. Penipuan itu tidak menjejaskannya kerana terdapat ramai pemimpin UMNO yang turut bersekongkol dengan PARASIT ini kerana PARASIT ini menaja mereka, terutama yang bercita-cita nak jadi Ketua Bahagian mahupun sebagai calon wakil rakyat.PARASIT seperti Razak Mohd Noor sentiasa selamat berada di dalam UMNO kerana mereka bukan sahaja dilindungi, malahan kawan baik pun boleh dibelinya dengan wang ringgit yang dikaut daripada penipuan yang dilakukannya. Kawan-kawan baik ini pula akan mencari mana-mana individu yang akan mendedahkan tentang modus operandi dan penipuan yang dilakukan oleh Razak Mohd Noor untuk ditutup mulut, sama ada dengan cara perundangan, mahupun dengan cara yang mampu mereka fikirkan. Baca selanjutnya di sini PRAPUKARI