Isnin, 6 Februari 2012

PARTI ADAT & SUKANG PUTAR ALAM.


Sekali lagi PAS Pusat mengambil-alih tampuk pemerintahan negeri Kedah dari Azizan. Kesian betul. Penat-penat rakyat Kedah buat undi protes, akhirnya PAS Pusat juga yang perintah negeri Kedah Darul Aman. MB Kelantan tidak pula pernah dikacau ganggu oleh PAS Pusat. Inilah Dwi Standar yang diamalkan oleh PAS Pusat. 

Pakatang Haramjadah ini hanya berani dengan mereka yang gentarkan mereka. Jika kita tunjuk lebih berani daripada mereka sudah pastilah PAS akan menikus.

Mana-mana parti politik tupperware Pakatang memang tidak layak dijadikan kerajaan di peringkat negeri mahupun di peringkat Persekutuan.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

KAK IJAT SERKUP BLOGER PKR YANG MENGEKORINYA.


Amat mengejutkan ! PKR sanggup mengupah blogernya untuk mengekori ke mana saja Kak Ijat pergi. Sg Rapat Online menulis:-
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mendakwa hidupnya kini diekori oleh ‘paparazi Si Jambu’ yang diupah pihak tertentu untuk mengintip dan mengorek rahsia bagi merosakkan reputasi politik beliau.
Beliau berkata, perkara itu terbongkar semasa membuat lawatan ke Perak selepas pulang dari mengerjakan umrah minggu lalu.
Kata Shahrizat, beliau dimaklumkan ada seorang 'paparazi muda' dan dengan perwatakan lembut mengikuti pergerakannya untuk mengetahui apa yang dilakukan setiap masa.
Malah menurut Shahrizat, ‘paparazi Si Jambu’ akhirnya terbongkar dan mendedahkan mengenai apa yang dilakukannya sebelum ini serta setiap langkah beliau, akan dijadikan modal politik.
"Si Jambu itu berjaya ditangkap dan selepas menyoalnya, dia memberitahu diberi upah oleh Rafizi dan Zuraidah yang selama ini beria-ria menyerang saya. Matlamat dia mengupah Si Jambu, untuk mencari kesalahan saya.
"Orang berkenaan akan dihebahkan kepada semua orang. Saya telah beritahu kepada Si Jambu, adakah dia hendak ganti jawatan sebagai Ketua Wanita Umno? Kalau dia mahu, saya akan serahkan padanya, tetapi masalahnya, dia lelaki," katanya pada sidang media selepas melawat 11 bayi yang baru lahir di wad bersalin Hospital Kuala Lumpur (HKL), hari ini.
Ditanya Si Jambu itu diupah oleh siapa, Shahrizat berkata, pergi tanyalah PKR terutama, Pengarah Strateginya, Mohd Rafizi Ramli dan Ketua Wanita parti itu, Zuraida Kamaruddin.
Kedua-dua mereka sebelum ini telah menggesa agar Shahrizat meletakkan jawatan.
Sehubungan itu, Shahrizat berkata, sebagai tanda kenangan, Pergerakan Wanita Umno akan memberi hadiah berupa sehelai baju berwarna merah dan putih bertulis, ‘ini jawatan Ketua Wanita yang kamu mahu’ kepada 'Si Jambu' itu tidak lama lagi.
"Mereka berdua ini yang beria-ria mahu saya berundur dari jawatan Ketua Wanita dengan mengaitkan isu Nasional Feedlot Corporation dan kedudukan saya dalam politik terutama sebagai menteri dan Ketua Wanita.
"Saya telah menjelaskan, isu ini tiada kena-mengena dengan saya kerana ia melibatkan urusan perniagaan, namun mereka tetap menyerang. Hanya ALLAH yang mengetahui apa sebenarnya berlaku dan mereka, pembangkang lebih teruk dan menjadi agresif apabila saya berdiam diri," katanya.
Makin parah PKR berpolitik. Kebencian PKR ini sudah banyak merosakkan pelbagai perkara. Usaha desperado terkini PKR amat menggelikan hati. Bayangkanlah jika PKR menjadi kerajaan Pusat. Mana-mana individu yang tidak disukai oleh PKR bakal menjalani kehidupan yang serba meresahkan kerana sentiasa saja diekori ke mana sahaja. Adakah ini amalan Hak Kebebasan Bergerak PKR? Tolak PKR dalam PRU 13 bermakna anda memperjuangkan Hak Kebebasan Bergerak. Tindakan PKR itu lebih teruk dripada penguatkuasaan mana-mana Akta Darurat berkenaan Hak Kebebasan Bergerak. Jelas kepada kita semua PKR tidak mengamalkan apa yang mereka laungkan selama ini.  Jangan lagi tertipu dengan permainan tolol PKR.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

CINTA PUNYA PASAL KISAH AHLI PKR DI TAHAN PIHAK BERKUASA INDONESIA.

BATAM, 5 Feb - Seorang rakyat Malaysia ditahan oleh petugas Imigresen Batam atas dakwaan memiliki paspot palsu dan tinggal lebih dari tempoh yang dibenarkan di negara tersebut.
Menurut Detiknews.com, lagak warga Malaysia tersebut mencurigakan kerana memiliki paspot Indonesia, KTP dan KK yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen di Batam.
Dari hasil pemeriksaan, rakyat Malaysia ini dikenali sebagai Azmin Heli yang berasal dari Kuala Lumpur yang lahir pada 27 Mei 1975. Azman Heli ini beralamat Jalan 4H, Ampang Selangor 68000 Malaysia. Beliau juga turut dikatakan sebagai salah seorang ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Malaysia sewaktu disoal siasat. 
Beliau ditangkap selepas petugas imigresen mengesan KTP dan KK yang ditemui adalah palsu yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Batam. Selain itu, turut dirampas adalah Akta kelahiran palsu yang dikeluarkan oleh Pejabat Dinas Pendaftaran Penduduk Kabupaten Karimun.
Hasil pemeriksaan menunjukkan, Azmin Heli, warga Malaysia ini masuk ke Indonesia, melalui pelabuhan Tanjung Balai Karimun pada 15 Februari 2009 lalu dan turut memiliki paspot Malaysia.
Soal siasat ke atas Azmin Heli mendapati beliau telah tinggal lebih dari jangkamasa yang dibenarkan menggunakan visa sementara. Azmin juga mengaku menetap di beberapa buah bandar di Indonesia termasuk di Pekanbaru, Jakarta malah di beberapa daerah seperti Cengkareng, Cingkawang, dan Pondok Kelapa.
Dari keterangan Azmin, perbelanjaan beliau dibiayai oleh keluarga dan PKR selama menetap disini.
Beliau turut mengaku dinasihatkan tinggal di Indonesia oleh keluarga dan pimpinan PKR kerana didakwa diancam oleh kerajaan Malaysia.- KLPOS.
Papa Gomo ada membuat ulasan menarik mengenainya. Rakan bloger GWM mempercayai Azmin Heli yang dimaksudkan ialah boboi Elizabeth Wong. Berdasarkan kepada analisa dan pendapat kedua rakan bloger  ternyata PKR mampu melakukan banyak kejahatan dan mempunyai niat tersembunyi.

Pada pendapat hamba PKR ini sudah menjadi ancaman besar kepada negara. Perbuatan PKR menampung kehidupan ahli PKR tersebut memberikan bayangan kepada kita sejauhmana PKR berkemampuan melakukan pelbagai jenis kejahatan.


INTERPOL amat wajar melakukan penyiasatan terhadap kegiatan PKR tersebut kerana membabitkan dakwaan mengenai pemalsuan dokumen perjalanan dan pengenalan diri negara jiran. Pihak berkuasa Malaysia pula bagaimana? Takkan hendak didiamkan saja PKR berbuat sesuka hati mereka?

TEPUK DADA TANYA IMAN!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...