Rabu, 4 Januari 2012

TAHNIAH PDRM ! 4 KLIP VIDEO KEBENARAN KEJADIAN DI UPSI.
















PESANAN DARIPADA BAPA MALAYA DAN MALAYSIA KEPADA ANAK-ANAK KECIL BERMAIN API.




TEPUK DADA TANYA IMAN!

ANAK KECIL MAIN API DAN USTAZ AZHAR MAIN GITAR.. PEMIMPIN MELAYU MENDIAMKAN DIRI.

Sabariah Penolong Kanan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Johor Jaya 2, ibu kepada Amalina.

Pertama sekali, ibu kepada Amalina telah membuat kenyataan balas mempertahankan Amalina. Sila baca di blog Badut Rakyat. Menariknya ibu Amalina dengan memberikan alasan:-
1. Kesal kerana gambar itu bersifat peribadi
2. Gambar itu adalah gambar lama.
Tiada penerangan diberikan mengenai lelaki omputih tersebut. Hantam sajalah. Kalau ibunya sendiri mengiyakan perbuatan Amalina. Kita sudah menegur. Kita memohon maaf di atas perasaan tersinggungnya. Kita hanya menegur dan bukan berniat mengaibkan.


Kedua berkenaan dengan pendedahan mengenai kecederaan yang dialami oleh Safwan Anang dan Amar Rasyidi (baca di blog Dr Novandri  telah banyak mengupas dari sudut perubatan):-
1. Luka yang dialami tidak sepadan dengan dakwaan di pukul.
2. Lapuran doktor mengesahkan tiada tulang rusuk patah. Dibuktikan dengan keupayaan Safwan Anang meregangkan kedua tangannya tanpa sebarang masalah (gambar di blog Dr Novandri).
3. Pemeriksaan x-ray juga mengesahkan tiada tulang rusuk patah.
4. Tiada kesan lebam akibat tumbukan kuat dan perlahan.
5. Kesemua tanda-tanda kecederaan laserasi dan abrasi bukan terhasil dari tumbukan dan pukulan.

Bekas Pelajar dari kiri ke kanan
Shazmi Munir - bekas pelajar UM ditamatkan pengajian kerana CGPA kurang 2.00 mata
Ahmad Syukri - turut gagal di KUIS kerana CGPA kurang 2.00 mata bekerja dengan ahli parlimen R.Sivarasah
Ahmad Syukri Che Ab Razab - gagal di UMS dan di KUIS kerana CGPA kurang 2.00 mata.

Ketiga, pendedahan mengenai pencapaian akademi dan latarbelakang individu yang terbabit dalam rusuhan tengahmalam buta di UPSI (baca di blog Double -Y). Kepala-kepalanya adalah bekas mahasiswa yang bekerja dengan ahli Parlimen Pakatan.

Keempat, mengenai ugutan Ahmad Syukri Ab Razab kepada pengurusan UPSI yang telah menggantung sementara kemudahan kolej kediamaan Yuyu Luna. Kedegilan Yuyu Luna untuk terus tinggal di kolej kediaman atas alasan hanya menerima Notis secara lisan. Sudah buat salah enggan memikul tanggungjawab di atas kesalahan.


Kelima mengenai amukan anak-anak muda peminat ustat artis Azhar Idrus. Apabila ustat kesayangan mereka di tegur kerana melakukan perkara syubahat yang mampu menyesatkan akidah, anak-anak muda tersebut mengamuk. Enggan menerima HALAL TETAP HALAL dan HARAM TETAP HARAM.


Di waktu Hasan Ali sibuk membanteras maksiat pada malam sambutan tahun baru, ustat Azhar Idrus terus membuai lena mengkhayalkan anak muda dengan petikan gitar. Demikianlah antara lima kisah ANAK KECIL MAIN API.


Pada 901 kita akan melihat lagi anak-anak kecil itu bermain api. Agak malang kerana sehingga ke saat menjelang 901, belum ada lagi pemimpin Melayu yang bersuara dan menegur secara lantang berdasarkan kebijakan. Jika ada pun ianya dilakukan seolah-olah mereka merestuinya.

Sikap sebegini hanya menampakkan kelemahan mereka sebagai pemimpin. Semua pemimpin Melayu yang tertinggi dalam mana-mana parti politik seolah-olah 'mendiamkan diri'. Merekalah sepatutnya membuat teguran dan nasihat kepada anak-anak kecil yang sedang galak bermain api. 

Jangan tunggu sehingga api itu membakar kembali diri anak-anak kecil tersebut dan diri mereka pula nanti. Padamkanlah 'Mainan Api' anak-anak kecil itu sebelum terlambat.

Ingat pesanan orangtua , 'Api Semasa Kecil Menjadi Kawan Bila Besar Menjadi Lawan.'

TEPUK DADA TANYA IMAN!

901 DAN RUSUHAN DI UPSI DUA ISU YANG TIADA 'COMMON SENSE'

Takrifan Common Sense : Sound and Prudent Judgement based on a simple perception  of the situation or facts.
Takrifan yang sama dalam bahasa Melayu ialah KEWARASAN yakni pendirian wajar dan munasabah berdasarkan kepada tanggapan mudah ke atas peristiwa dan fakta-fakta

Dalam isu rusuhan UPSI kita mempunyai 'persepsi mudah' dan 'peristiwa dan fakta-fakta. Begitu juga mengenai isu 901, kita mempunyai 'persepsi mudah' dan 'peristiwa dan fakta-fakta'. apa yang diperlukan bagi kita ialah membuat pendirian wajar dan munasabah.

Adakah tindakan para perusuh UPSI (SMM, Adam Adli, Safwan Anang) melakukan demo pada tengahmalam ialah suatu kewarasan?

Adakah tindakan perusuh UPSI (SMM Adam Adli, Safwan Anang) melakukan provokasi selepas diberikan keizinan oleh polis untuk melakukan upacara demo pada tengahmalam buta selama 30 minit itu suatu kewarasan?

Adakah menyokong dan bersetuju dengan tindakan perusuh UPSI (SMM Adam Adli dan Safwan Anang) itu suatu kewarasan?

Adakah memfitnah polis dengan tuduhan-tuduhan tidak berasas adalah suatu kewarasan?

Adakah meneruskan kempen FACK 901 merupakan suatu kewarasan?


Al marhum Tunku Abdul Rahman pernah menulis mengenai rusuhan mahasiswa robot pada Disember 23 dan 30, 1974, sebagai kolumnis STAR seperti berikut:-
They are quite naturally part of the student 'ego' movement that is widespread throughout the world. They like to be known, they like to be seen, like to be heard, just like grown-ups, whereas in fact they are too young. Unless their parents pander to their whimps and fancies, THEY CRY AND THROW THINGS ABOUT TO GIVE VENT TO THEIR TEMPERS.
Dengan kata lain, al Marhum Tunku Abdul Rahman telah memberikan suatu KEWARASAN dan KEBIJAKAN mengenai saikologi dan trend mahasiswa di Malaysia.


Pada waktu almarhum Tunku Abdul Rahman menyatakan kewarasan dan kebijakan itu, Anwar Ibrahim dan Isham Rais adalah versi Adam Adli dan Safwan Anang di tahun 1974.

Perbezaannya ialah pada 1974, Anwar Ibrahim dan Isham Rais adalah sebahagian pergerakan 'ego' mahasiswa. Namun pada waktu itu mereka tidak dirobotkan oleh kerana ada pemimpin pembangkang yang menunggu perbicaraan kes jenayah liwat.

Agak malang kerana selepas itu , Isham Rais membawa 'ego' itu keluar negara selama 25 tahun manakala Anwar Ibrahim membuang 'ego' itu apabila Tun Dr Mahathir memberikan apa yang Anwar Ibrahim mahukan tetapi kembali semula kepada 'ego' itu bila beliau kehilangan pemberian itu.

Justeru itu adakah Adam Adli dan Safwan Anang menyedari hakikat ini atau mereka berdua hanya memikirkan 'EGO' PELAJAR mereka sahaja semata-mata hanya mahu dikenali, didengari dan dilihat? 

Jika tidak dipenuhi kemahuan mereka maka mereka akan menangis dan membaling segala keamanan yang ada bagi menzahirkan kemarahan mereka tanpa mempedulikan nasib masyarakat lain dan anak-anak kecil?

'ANAK KECIL MAIN API'

TEPUK DADA TANYA IMAN!

SIAPA BAKAL GANTI ANWAR IBRAHIM SELEPAS INI..?

Dalam kesibukan kempen FACK 901, kita agak terlupa mengenai soal siapakah pengganti Anwar Ibrahim? 
Betul ke ada pengganti Anwar Ibrahim? 
Jika ada siapakah individu tersebut? 

Adam Adli-kah?

Anang Safwan-kah?

Khalid Ismath-kah?

Ahmad Syukri Abd Razak-kah?

Syazni Munir Mohd Ithnin-kah?

Azmin Ali-kah?

Nurul Izzah-kah?

Shamsul Iskandar-kah?

CheguBard-kah?

Isham Rais-kah?

Tia Chua-kah?

Tengku Razaleigh-kah?

Sapudin Nasution-kah?

Nik Nazmi-kah?

Sapudin Abdullah-kah?

Fariz Musa-kah?

Rafizi-kah?

Atau sebenarnya tiada pengganti lagi ?
PKR sedang menggertak UMNO/ BN untuk melakukan rusuhan pada 901. Kononnya untuk membela nasib Anwar Ibrahim. Semua petunjuk mengarahkan kepada Anwar Ibrahim mahu melakukan rusuhan terancang. Jika anda di gertak oleh pihak lawan seperti Anwar Ibrahim, adakah :-
  1. Anda akan mengikuti gertakan tersebut; atau 
  2. Anda akan meneutralisasikan gertakan tersebut; atau
  3. Anda akan menyahut gertakan tersebut; atau
  4. Anda biarkan saja gertakan tersebut; atau 
  5. Anda berusaha menghalangnya; atau
  6. Anda hanya tunggu dan lihat.
TEPUK DADA TANYA IMAN!




901 - JOM LAYAN APA OMPUTIH KATA MENGENAINYA.














Patutlah Pak Haji Anwar Ibrahim rileks dalam gabra. Beliau terlebih dahulu menabur fitnah-fitnah mega di luar negara. Kemudian barulah beliau menggerakkan jentera PKR untuk mengamok bagi pihaknya pada 901.

Azmin Ali telah pun mengarahkan agar setiap cabang PKR menghantar 100 orang dan berkonvoi ke lokasi kompleks Mahkamah Jalan Duta pada 901. Tujuannya ialah untuk mendapatkan impak sepertimana Spring Tok Arab.Manakala Sam Ketot telah diarahkan mendapatkan sokongan daripada DAP rasis dan PAS. Hamba yakin DAP rasis akan menghantar seramai 10 orang kecuali PAS yang akan menghantar paling ramai para demonstran terlatih.

Kesimpulannya, Anwar memang tetap meneruskan ugutan 901. Kita tunggu sahajalah apa yang bakal berlaku pada 901 nanti. Kalau beriya-iya nanti ada pula pemimpin dan ahli UMNO marah pula.

Diharapkan ianya tidak menimbulkan panik dan menyebabkan barangan runcit habis di pasaran kerana rakyat bimbang berlaku sepertimana berlaku di Mesir.

Mungkin dalam dua ke tiga hari lagi akan berlaku panik yang dicetuskan oleh DAP rasis. Tengok ler je nanti.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...