Kedegilan Yang Ekstrimis Melampau di Pihak Persekutuan Kristian Malaysia [PKM] |
Puak Pakiam dalam Persekutuan Kristian Malaysia , akronimnya PKM, sama cam Parti Komunis Malaya punya akronim, membuat satu Kedegilan bersifat Prejudis dan Ekstrimis Melampau. Tanpa mengira sensiviti umat Islam dan tanpa menghormati keputusan Mahkamah Rayuan dan keluhuran Perlembagaan, puak PKM terus menerus menguji kesabaran dan toleransi umat Islam keatas kebiadapan mereka yang mereka sengajakan.
Akhbar THE STAR, adalah milik MCA dan diketahui ianya lebih cenderung kepada pembangkang daripada menjadi akhbar penyambung jambatan harmoni antara agama dan kaum. Klik disini untuk membaca lapuran provokatif dan ekstrimis berkenaan Churches to continue using the word 'Allah'.
Turut dilapurkan, puak MCCBCHST turut bersama menyimbah minyak kerana bersetuju dengan tindakan rayuan yang bakal diambil oleh penerbit The Herald. Tindakan MCCBCHST nampaknya lebih ekstrimis daripada Taliban. Sepatutnya, mereka bertindak menyuraikan kekusutan dan bukan bertindak sebagai Batu Api.
Semua orang tahu bahawa puak PKM bukanlah puak yang sohih mewakili semua penganut Kristian di Malaysia. Mereka menolak alasan penghakiman yang menyebut bahawa kalimah Allah bukanlah sebahagian dan perkara pokok dalam doktrin triniti. Mereka tetap dengan hujah dangkal mereka dengan mengheret kaum pribumi Sabah dan Sarawak yang menganut agama Kristian dalam rencana jahat mereka.
Penggunaan Kalimah 'Allah' tidak disepakati penggunaan oleh semua gereja-gereja didunia. Ada yang menolak, ada yang berbahagi dan ada yang kata boleh. Dan polemik itupun adalah bersifat baharu. Bukannya sejak Majlis Nicea. Kita tahu niat sebenar PKM mahu menggunakan kalimah Allah berkenaan dan bagi tujuan apa. Dan itulah yang kita tolak dan bantah. Niat dan tujuan PKM tersebut.
Tidak menggunakan kalimah 'Allah' pun, penganut Kristian tetap kristian juga. Malah Pope di Rom pun tak pernah berdoa guna kalimah Allah dalam setiap upacara ibadat mereka di Vatikan. Apa mao cerita lagi? Andaikata pun, penganut Kristian tak gunakan kalimah Allah pun, ianya bukan menindas dan menzalimi mereka pun.
Memang jelas kepada kita semua, kalimah ALLAH adalah bahasa ARAB. Dan doktrin teologi triniti Kristian tidak berdasarkan kepada bahasa Arab. Jadi, kenapa PKM masih sengaja berdegil kalau bukan ianya adalah bermotif politik untuk merealisasikan Agenda Pembangkang yang tiada kena-mengena pun dengan Doktrin Teologi Triniti.