Khamis, 10 Mac 2011

KULTUS TOGHUT MAHADEWATARAYA PAS 11: Kambing Pun Husam Musa Stim RM6 juta


1. Ini adalah kisah duka lara nestapa perasan seorang pengusaha kambing projek  toghut PAS yang melibatkan Husam Musa dan wang RM 6 juta. Pemimpin toghut PAS seperti Husam Musa dek terlalu lama menjadi batu granit berlumut dalam lanskap politik di Kelantan.

2. Kisahnya bermula pada tahun 2008 sewaktu toghut PAS membuat keputusan untuk membayar harga setiap undi di Kelantan bagi mengekalkan tampuk kekuasaan dengan seekor kambing baka Jamnapuri dan Boer. Diulangkan di sini untuk tatapan mesra para pemuja manusia setan dalam toghut Mahadewataraya PAS baka kacukan Kambing Kelate Husang Musang:-

KRONO :
PASIR MAS: Pusat Jualan ternakan Negeri akan diwujudkan di kawasan tanah rezab haiwan di Kampung Repek dekat sini, yang akan diurus syarikat PK Ecoresort Sdn Bhd dengan pemantauan dan khidmat nasihat Jabatan Perkhidmatan Haiwan serta Fama.
Menurut Pengerusi Pertanian dan Industri Desa, Dr Nik Mazian Nik Mohamed, pada masa akan datang Kelantan dijangka mampu mengeluarkan baka kambing jenis tempatan yang mungkin dikenali sebagai ‘kambing Kelantan’.


Sebelum ini kerajaan negeri telah berjaya melancarkan program Jihad Ternak – penternakan kambing secara komersial jenis baka Jamnapari dan Boer.
Perasmian pusat itu dilakukan semalam. Manakala sebelah malamnya solat hajatdiadakan di tapak pusat jualan tersebut.



Dr Nik Mazian berkata, dengan adanya pusat jualan ternakan, kerja-kerja pemasaran akan menjadi lebih mudah memandangkan ia akan menjadi pusat tumpuan utama pembeli kambing jenis baka baik.
Oleh itu beliau berharap penternak dan pengusaha yang ingin memasarkan kambing disaran memanfaatkan pusat tersebut.
“Sebelum ini kerajaan negeri memperkenalkan program Jihad Ternak yang mana pusat penternakannya terletak di Rong Chenok dekat sini, bertujuan untuk mengembangkan baka kambing.
“Dan pusat jualan pula diwujudkan sebagai salah satu tempat untuk peserta yang terbabit dengan program Jihad Ternak mendapat baka kambing yang terbaik,” ujarnya.
Selain itu matlamat jangka panjang kerajaan negeri bagi menjadikan Kelantan sebagai ‘hub penternakan’.

Petikan Akhbar bertarikh 30 Julai 2007


Apa cerita dengan hasil dari pembangunan Projek Kambing yang di buat? Apa kesudahan nya? Takkan lah dari 2007 sampai sekarang tak nampak nampak lagi hasil yang di bangunkan dengan Projek Kambing Janapari ni?

"Sebanyak RM6 juta dikatakan telah dimasukkan ke dalam akaun Akademi yang sebahagian bertujuan digunakan untuk melaksanakan projek berkenaan. Projek itu selain dibantu oleh akademi, ianya dibantu oleh individu lain yang dikenali menjadi proxy si baju merah petak-petak ( HUSSAM MUSA)."

"Khabarnya cerita mengenai hal ini sudah sampai kepada pengetahuan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat? Beliau telah pun dipanggil dan telah membuat pengakuan kepadaTok Guru untuk membayar balik wang berkenaan. Orang yang boleh dirujuk ataupun dijadikan perawi untuk mengetahui hal Zulkefli ini ialah Ustaz Rahimi salah seorang pegawai khas Husam di Kubang Kerian dan juga sdr Khir Zuhri bekas pegawai Akademi."


HUSAM KENA BAYAR HUTANG ATAU NIK AZIZ YANG TANGGUNG BALA !

Isu Projek buat Rakyat Kelantan ini akhirnya di mamah Anai anai walhalkan Projek yang Bagus dan terbaik ini telah di bina dan di mulakan dengan cukup berjaya.

Apakah Nik Aziz akan terus lepas tangan dalam hal ini? Jika Begini pentadbiran Nik Aziz maka Apa yang di katakan olehnya dalam Membangun Bersama Islam adalah Hipokrit semata mata.

Wang Yang RM 6 Juta Macam mana boleh LESAP begitu sahaja?


HUSANG MUSANG BAYOR LE HUTANG ! 
jangan nayakan sedara seagama!
doa dia masa ini makbul tau





DAHULUKAN RAKYAT
BERANI DAN BENAR
ALLAH BERSAMA UMNO/BARISAN NASIONAL
UMNO ITU ISLAM TULIN!
INGAT PAS INGAT TOGHUT KULTUS
INGAT PKR INGAT TOGHUT KULTUS DAJJAL AL MASIKH
INGAT DAPIGS INGAT TOGHUT KULTUS KOMUNIS CAUVINIS RASIS TEGAR

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...