KEHADAPAN SEKELIAN PEMIMPIN & PACAI PR.
Semoga Allah Ta'ala Robbul Jalil Tuhan Sarwa Sekelian Alam memberikan rahmat hidayah petunjuk kepada kamu semua. Selawat dan salam ke atas Rasullullah s.a.w. dan ke atas keluarga serta para sahabat nya.
Wahai sekelian pemimpin dan pacai PR,
Selaku manusia yang diberikan hati dan perasaan oleh Allah Ta'ala Yang Maha Pengasih dan Penyayang,
Tidakkah hati-hati kamu berasa sedih dan sayu melihat mereka yang kehilangan buat selama-lamanya?
Kebahgiaan mereka di rampas dalam sekelip mata oleh pengganas Kiram 50sen
Tidakkah pengalaman mereka menjadi suatu petunjuk kepada kamu?
Pemimpin-pemimpin kamu hanya dipenjarakan
Kemudian mereka lepas bebas kembali ke pangkuan keluarga mereka
Penderitaan pemimpin kamu hanya sementara
Tapi penderitaan mereka yang di dalam gambar itu berpanjangan sehingga ke akhir hayat mereka,
Mereka kehilangan kerana kerakusan dan ketamakan oranglain
Mereka tak pernah pun mengusik mana-mana orang
Mereka tak pernah mengutuk, menghina apatahlagi bercita-cita hendak menawan Putrajaya
Mereka hanya mahu menjalani kehidupan biasa
Mereka hanya mahu mengucup dahi orang yang mereka sayangi di pagi hari
Mereka hanya menyambut kepulangan orang yang mereka sayangi dengan senyuman di petang hari
Mereka hanya mahu ketawa bersama orang yang mereka sayangi di malam hari
Mereka tidak peduli dengan kata cacai, cerca , maki hamun kamu kepada orang disayangi
Asalkan mereka masih mampu bersama orang yang mereka sayangi
Apakah permintaan mereka itu satu bebanan kepada kamu semua?
Kini orang yang mereka sayangi telah menyahut panggilan Illahi
Berkorban nyawa demi memastikan agar kamu dan pemimpin kamu masih mampu berceramah siang malam
mengutuk,
mencerca,
memaki hamun dan
menghina
mereka dengan berbagai panggilan buruk
Kini mereka sudah tiada....
Tapi pemimpin dan kamu dalam PR masih meneruskan
cacian,
makian,
hinaan dan
kutukan
kepada mereka
Apakah pengorbanan nyawa mereka dan kesedihan pilu keluarga mereka masih belum cukup memuaskan nafsu serakah pemimpin kamu dan kamu dalam PR?
Masihkah belum cukup memuaskan hati pemimpin kamu dan kamu dalam PR merampas kebahagian keluarga mereka?
Masihkah belum cukup airmata dan darah mereka buat kamu semua dalam PR mahu menuju Putrajaya?
Apakah nanti kamu dalam PR akan mengajarkan generasi kamu bahawa yang harus di sanjung ialah pengganas Kiram 50sen seperti pengganas Komunis?
Apakah hati-hati kamu semua di dalam PR sudah tiada perasaan belas kasihan?
Apakah hati-hati kamu semua di dalam PR bergembira dengan penderitaan dan kesusahan oranglain?
Apakah sudah tiada walau secubit sifat kemanusiaan di dalam hati-hati pemimpin dan kamu dalam PR?
Jika inilah harga yang perlu di bayar oleh rakyat yang kamu PR tuntut
Maka rakyat jugalah akan membalasnya dengan tuntutan yang lebih besar dari itu daripada kamu PR.
Tidakkah terusik jiwa dan hati kamu PR untuk berhenti menjadi agresif dan revolusioner?
Sudah tiada maknakah kedamaian dan ketenangan buat kamu PR?