Seburuk-buruk dan sejahat-jahat gambaran yang diberikan oleh pembangkang kepada pemimpin UMNO dan parti komponen didalam Barisan Nasional, mereka yang diburukkan ada jasa besar kepada rakyat. Tak perlu nak diperincikan satu persatu. Semuanya maklum, apa yang dinikmati pada hari ini adalah hasil polisi-polisi awam para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional. Sememangnya, tidak adil menafikan sumbangan dan jasa pemimpin atas dasar marah dan benci semata-mata.
Amat mendukacitakan sekali, bilamana pihak pembangkang, terutama puak Anwarinas dan pro Komunis serta cauvinis rasis DAP gagal menterjemahkan kata-kata lidah tak bertulang mereka dipentas-pentas ceramah kepada tindakan proaktif memberikan sumbangan dan jasa kepada rakyat. Sebaliknya, kita melihat pembangkang terlampau-lampau berpolitiking.
Pembangkang bertindak seperti orang gila yang tak siuman. Sepanjang tempoh dari 2008 sehingga kini, setiap apa yang mereka katakan didepan mikrofon, tak pernah pun mereka terjemahkan kepada tindakan. Mereka bercakap pasal kebebasan bersuara, bila mereka dikritik , mereka menyaman dan menyalahgunakan prosiding menghina mahkamah.
Mereka bercakap mengenai perpaduan dan anti rasis. Tapi mereka tidak pernah menyukai dan menghormati pun budaya dan agama serta bahasa orang Melayu. Mereka bercakap mengenai hak asasi, tapi mereka seringkali melanggar hak asasi itu dalam pelbagai bentuk tindakan demonstrasi jalanan.
Mereka bercakap mengenai ketirisan dan urustadbir cekap, tapi mereka gagal menguruskan kewangan negeri yang mereka tadbir dengan baik. Mereka hanya berbangga dengan tabungan. Tapi enggan membelanjakan wang tersebut unutk manafaat rakyat.
Majoriti rakyat kini amat kecewa dengan pihak pembangkang dan masih marah kepada UMNO/BN waima agak reda sikit. Nampaknya, puak pembangkang dan UMNO/BN perlu segera mengatasi masalah peribadi sesama mereka. Rakyat dah jeu dan letih tengok Dewan Rakyat menjadi Medan Sarkis.