Selasa, 27 Mac 2012

ISU SMS - BILA AMANAH SEBAGAI SPEKER DUN DIKHIANATI KUASA DISALAHGUNA.


Bunyinya macam lekeh sangat. Isu nya macam kecil sangat. Tapi sedarkah anda perbuatan seorang speker DUN yang menyebelahi parti politik dan sekutu parti politik adalah satu perbuatan mengkhianati amanah yang diberikan. Walaupun perlantikannya sebagai speker DUN adalah di atas sebab persengkongkolan parti politiknya dengan sekutu parti politiknya itu tidak memberikannya hak untuk bertindak menjangkaui dan melangkahi tugas dan peranannya sebagai speker DUN. Pada setiap masa dalam tempoh perlantikan jawatan speker beliau wajib memperlihatkan sikap neutral. Begitulah konsep amalan demokrasi di negara ini. Beliau adalah speker bagi sebuah dewan yang mewakili kepentingan rakyat jelata samada yang menjadi pengundi ataupun tidak. Beliau bukan seorang speker bagi sebuah Dewan Makan, Dewan Badminton, Dewan Tari-Menari, Dewan Main Guli atau Dewan Futsal mahupun Dewan SMS. Selama ini parti politiknya menjerit terpekik terlolong mengenai ketelusan, kredibiliti dan Akauntabiliti yang menjurus kepada amalan tidak pilih kasih dan bulu. Jadi ianya bukan berbunyi lekeh mahupun ianya adalah satu isu yang kecik. Ini berkaitan dengan kredibiliti seorang speker DUN bukannya kredibiliti seorang pengadil congkak-congkik atau polis sentri. Si speker ternyata terbelit dengan kata-katanya sendiri. SMS yang di hantar olehnya yang menjadi isu ialah sms yang menggesa ADUN Pakatanista mengambil peluang bercakap mengenai apa yang telah dilakukan oleh Pakatanista selama 4 tahun ( mana lah ADUN Pakatanista nak cakap pun sebab takde apa yang di buat selama 4 tahun ini). Oklah. mula-mula speker tu kata hantar kat Hasan Ali sebab beliau 'Terlupa' Hasan Ali tak jadi EXCO... wahhhh ini macam punya Alzheimer punya orang pun boleh jadi Speker ? Jangan plak nanti beliau dakwa beliau 'Terlupa' beliau adalah Speker DUN ! Kemudian beliau kata sms di hantar kepada semua ADUN samada BN atau Pakatanista ... dia cuma tunjuk Blackberry nya saja lah .. Wow ! Blackberry tu kira elaun Speker ke? Huh mana satu nie ? Dah kantoi biasa ler ... meh dengar sendiri apa beliau kata dalam klip video ini .. Anda nilaikan sendiri ...


TEPUK DADA TANYA IMAN!
Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...