Sabtu, 18 Februari 2012

WAN JIJAH MENGAMOK SAKAN!

Akaq Wan Jijah mengamok sakan ! Ini semua gara-gara kegagalan Nurul Izzah menguruskan dengan baik majlis sambutan Tahun baru Cina buat Papa Tersayang Anugerah Mama.Malah Papa Terhebat pula menerima kemaluan yang amat besar bila diaibkan oleh pengundi India yang hadir dengan kata-kata:-

"You la penipu., tipu kaum India"

"Appa I told you already, you asked help from PKR, they'll never help you, better ask form BN lah"

Di petik daripada rakan bloger Pisau:-
Ceritanya begini.
Seperti yang diceritakan sebelum ini, kehadiran Anwar dengan anaknya yang juga diangkat menjadi Bakal Perdana Menteri oleh kuncu-kuncu PKR (berapa banyak Bakal PM la ko punya family ni daa..) di Taman Seri Sentosa begitu hambar, siap dijerit-jerit pula oleh budak Cina PKR sendiri.
Mengikut jadual, Anwar sepatutnya selepas dari Tmn Seri Sentosa, terus ke Majlis di Brickfields tepat jam 4 ptg dalam gerak-gempurnya ke kawasan-kawasan Parlimen KL pada Hari Wilayah itu.
5 khemah disediakan di Brickfields dgn jangkaan 3,000 tetamu akan hadir.
Jika di Tmn Seri Sentosa, 10 khemah disediakan dgn jangkaan 5,000 dtg tapi hanya sekitar 350 yang hadir (kehadiran 7% dari jangkaan), di Brickfields pula kehadirannya pula dikira sukses untuk Program Nurul Izzah iaitu sekitar 300 org yang hadir dari jangkaan 3,000 orang (10%).
Itupun di Brickfields patut pukul 4 mula tapi Anwar dtg lambat pasal kosong, so dia pusing2 tunggu org ramai sikit. Bila orang tak ramai-ramai juga, ramai org luar yg dipaksa bergegas datang. Banyak agaknya dr Bkt Bintang, sebab nampak ramai yg pakai baju PKR Bkt Bintang.
Semasa Anwar berucap, terdengar laungan dari pengundi India, "you la penipu", "tipu kaum India".Tapi yg paling mahal sekali ialah peristiwa semasa Anwar nak masuk kereta.
Sebelum masuk kereta, ada pakcik tua bawak baby dgn anak 18 tahun selamba datang jumpa Anwar mintak duit, "datuk seri, pls help me, want money".
Anwar jem, dan terus taichi pakcik tua ni pada kuli barunya Naib Presiden PKR N.Surendran. Anwar sendiri cepat-cepat masuk kereta dan belah. Lepas dia belah, Surendran bagi pakcik tua tu RM100. Tapi entah apa yang jadi, Surendran marah2 pakcik tu, tinggikan suara.
Entah apa yg Pakcik tu mintak tak lah dengar sangat, tapi Surendran suruh pakcik tu pergi ofis Nurul Izzah, Pusat Khidmat PKR di Lembah Pantai. Pakcik tu balas balik, dia kata dia dah 2 kali undi pakatan, dah banyak kali pergi ofis Nurul tapi tak dilayan. (Apa lah, orang Pusat Khidmat PKR ni pemalas ke hapa?)
Semasa itulah anak Pakcik tu tadi, yang menjadi tajuk Artikel ini, bersuara lantang,
Apa kata anak pakcik tu?
Selamba je anak dia cakap di depan orang ramai,
"appa i told you already appa, y u ask for help from pkr, they'll never help you, better ask from bn lah"
Jem kepala otak semua penyokong PKR di situ.
Dan yang tambah syoknya ialah bila Anwar belah, habis semua yg datang tadi dalam 300 orang, belah sekali. Tinggal lah 25-30 org.
Nurul yang memang dijadualkan berucap pun mula lah berucap, tapi tinggal 25-30 org je dgr Nurul.
Nurul oh Nurul, inilah akibatnya bila pandai berjanji dan bercakap, tapi kerja tak ada, pemalas, tahu nak glamer di luar negeri.
Memang lingkuplah nampaknya Nurul Izzah kena penangan Raja Nong Chik pilihanraya kali ini.-BeritaLembahPantai
Read more: http://www.pisau.net/2012/02/gara-gara-nurul-izzahpm-di-hentam-kaum.html#ixzz1miGddJwH
Akhir-akhir ini Anwwar Ibrahim sentiasa menerima cemuhan dan sindiran daripada rakan-rakan sekutunya sendiri dari DAP dan PAS.

Dalam kenyataan terbaru, Pok Nik dikatakan mendesak Anwar Ibrahim memberikan penjelasan mengenai kenyataannya berkenaan isu menyokong regim zionis. Pok Nik mentindir Anwar Ibrahim dengan nada sini bila mengatakan bahaawa Anwar Ibrahim berhutang penjelasan kepadanya da PAS walaupun Anwar Ibrahim tidak menghormatinya dan PAS.

Malah DAP pula memberikan isyarat mahu melepaskan diri daripada beban politik yang di bawa oleh Anwar Ibrahim akibat kenyataan kontroversi tersebut.

Akhirnya rakan-rakan sekutu Anwar Ibrahim sedar barulah sedar bahawa Anwar Ibrahim tidak boleh dipercayai dan regim sosialis Pakatan hancus adalah sebuah ilusi yang tak terjangkau akal yang waras.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

ANWAR BERKECIL HATI BILA DAP MENYOKONG PALESTIN.

KUALA LUMPUR – Selepas dibidas oleh  ramai ramai termasuk sekutunya, Pas kerana  menyokong negara Israel, Datuk Seri Anwar  Ibrahim hari ini menerima satu lagi tamparan  apabila sekutu rapatnya, DAP juga tidak sealiran  dengan pandangannya.
Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua menegaskan  parti itu juga mengutuk sekeras-kerasnya tindakan  Israel terhadap rakyat Palestin serta tetap dengan  pendiriannya tidak menyokong negara itu dan  mengiktirafkan kewujudannya.
Beliau berkata, tindakan Amerika Syarikat  menyokong Israel tanpa menilai sama ada perkara  itu betul atau sebaliknya adalah sesuatu yang  terkutuk.
“Kita menyokong sepenuhnya agar rakyat Palestin  mendirikan sebuah negara yang bebas dari Israel  dan diiktiraf oleh semua negara di seluruh dunia,”  katanya kepada pemberita selepas  menyempurnakan majlis pembukaan rasmi  cawangan pertama restoran Penang One di sini  hari ini.
Baru-baru ini, Anwar dalam The Wall Street  Journal (WSJ) menyatakan sokongannya  terhadap usaha memastikan keselamatan negara  Israel.Tony Pua juga berharap agar dunia mengambil  pendirian untuk menyokong Palestin supaya  membentuk sebuah negara bebas. – mynewshub.my
Habislah Anwar Ibrahim dan PKR pada kali. Kedua sekutu PKR sudah mula menyimpang dari matlamat dan perjuangan regim sosialis Pakatang hancus. Kedua sekutu PKR sudah mula menghentam dan mengkritik Anwar Ibrahim dan PKR secara terbuka. 

Tapi bolehkah kita mempercayai kata-kata para pembohong seperti mereka?

TEPUK DADA TANYA IMAN!

ULAMA PERLU KELUAR DARI ZON SELESA.

Dalam kemelut politik pada hari ini, ulama perlu keluar dari zon selesa mereka. Ulama tidak boleh lagi berada di kalangan sesama mereka. Mereka perlu menjadi proaktif dan progresif dan memainkan peranan yang lebih aktif menyatupadukan umat Islam di negara ini.Pandacngan ini disuarakan oleh Dr Mohd Zuhdi. Ustaz Fathul Bari berpendapat bahawa umat Islam amat perlu di ajar dan didik bagaimana menguruskan perselisihan (khilaf) agar tidak sampai menjadi punca perpecahan. Umat Islam wajib berlapang dada mengenai semua kekhilafan dan tidak perlu mempertajamkan kekhilafan. 

Mufti negeri Perak, Datuk Harussani pula mengingatkan umat Islam di negara ini agar mengutamakan agama dari politik. Menyuarakan suara hatinya Datuk Harussani mengingatkan peranan semua umat Islam menjaga akhlak yang baik. Menjauhi cerca, maki hamun, memperlekehkan sesama sendiri, menjauhi sumpah seranah dan sentiasa menjada adab sopan tatatertib.

Ustaz Fathul Bari turut menyeru semua umat Islam agar benar-benar mengetahui hakikat sesuatu perbuatan, pertuturan dan tindakan yang dilapurkan oleh media. Ini bagi mengelakkan berlakunya fitnah secara berleluasa yang boleh membawa kepada perpecahan umat.

Hamba amat bersetuju dengan pandangan ketiga-tiga tokoh agama tersebut. Sudah tiba masanya para ulama di Malaysia bersatu hati dan menumpukan segala usaha mereka menyatupadukan umat Islam di negara sebagai peranan mereka. Golongan tersebut amat perlu keluar dari zon selesa mereka dan memangkinkan semangat perpaduan sesama umat Islam.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

CARTA HATI ? ERK ... BIAR BETOL NAJWA.

CINTA? Siapa kata cinta tak penting dalam kehidupan manusia? Tanpa Cinta Manusia Tidak boleh hidup. Malah manusia itu diciptakan dengan sifat kecintaan. Semua manusia mencari cinta. Naluri manusia sentiasa mahu dicintai dan menyintai. Merasai cinta tidak sama sepertimana manusia merasai makanan dan minuman.Kerana cinta ada manusia sanggup terjun bangunan dan sengaja berdiri di hadapan keretapi yang laju (contoh dalam filem Hindustan). Jadi dalam segenap bidang kehidupan manusia itu cinta adalah kuasa ajaib yang memberikan tenaga kehidupan kepada manusia. Tidak ada manusia yang akan kekal berterusan hidup di dalam kebencian. Tidak ada manusia yang akan sanggup hidup tanpa cinta. Dalam cinta ada dua unsur penting iaitu rindu dan cemburu. Tentunya kita amat berbangga dan berbesar hati jika mengetahui bahawa di dalam carta hati kekasih terhebat kita, nama kita berada di tangga teratas. Jom layan Carta Hati daripada Najwa Latif.


JADILAH PENCINTA TERHEBAT !

TEPUK DADA TANYA IMAN!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...