Sabtu, 2 Jun 2012

NIZAR SOSIALIS AKUI PAS BAKAL MUSNAH.


Semasa PAS Kedah meraikan Agenda Pemberontakan secara Aman ke atas pemerintahan Islam di Malaysia melalui samaran Himpunan Rimba Hijau di Alor Star yang dihadiri oleh kanak-kanak sekolah dan veteran PAS,  Nizar Sosialis membuat satu kejutan yang amat manis buat semua pecinta keamanan. Dalam keterujaan Nizar Sosialis mahu menghapuskan semua orang-orang beriman di dalam UMNO dan menumbangkan kerajaan Islam, Nizar mengatakan bahawa pemberontakan secara aman melalui Himpunan Rimba Hijau ini menjadi titik tolak kepada kemusnahan PAS di semua peringkat. Nizar Sosialis yang sebelum ini hebat di kritik kerana sindrom amnesia selektif berkenaan pembelian enambelas plat nombor bagi kegunaan EXCO Perak semasa pentadbirannya terdahulu dan memberikan anugerah pemilikan 99 tahun kelihatan semakin terdesak mencari semula kepopularitinya semula.


Kepimpinan Pusat PAS dan PAS Johor di cabar mengenakan tindakan tatatertib ke atas Nizar Sosialis. Sehingga ke saat ini kepimpinan PAS Pusat dan Johor masih mendiamkan diri. PAS perlu cepat sedar bahawa mereka sudah semakin jauh dari ajaran Islam. Lagipun sekutu persengkongkolan mereka sentiasa membuli PAS sehingga PAS tiada maruah dan harga diri lagi.

TEPUK DADA TANYA IMAN WA CAKAP SAMA LU
DAP ANTI ISLAM & MELAYU
PKR KAKI PENIPU
PAS MATI KUTU DI BULI SEKUTU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...