Isnin, 18 Oktober 2010

HIKAYAT TANAH BERTUAH (3)

1921 - 1939 Tahun Masihi

(1) Dalam jangkamasa 18 tahun ini, empayar-empayar Eropah baru sahaja selesai berperang sesama sendiri dalam Perang Dunia Pertama. Empayar Rusia telah jatuh dan digantikan dengan sebuah kerajaan Komunis dalam REVOLUSI BOLSHEVIK manakala empayar Uthmaniyyah Turki telah tergugat dan berpecah menjadi semakin lemah.

(2) Di benua Asia, Jepun telah bangkit sebagai sebuah empayar yang menggerunkan. Manakala Dinasti Qing yang terakhir China telah digulingkan. China pada masa ini berada dalam keadaan kacau-bilau dan perang saudara yang maha hebat.Akibat tekanan sosio-ekonomi dan politik, ramai orang Cina menjadi imigran ke Asia Tenggara dan mereka di sebut sebagai CINA SEBERANG LAUT. Keegoan dan kebongkakan orang Cina telah dibentur dan dilentur oleh kuasa-kuasa Eropah dengan hebat sekali sehinggakan mereka hilang jatidiri mereka sebagai sebuah bangsa yang hebat. Mereka menjadi 1 bangsa yang lemah dan dihinakan di tanahair mereka sendiri.

(3) Pada masa ini juga, pihak-pihak kongsi gelap Cina telah dikhianati oleh kelompok revolusioner mereka. Apabila, Dinasti Qing ditumbangkan, kongsi-kongsi gelap Cina yg merupakan tulang belakang serta pemberi dana utama kpd gerakan revolusi di China dilupakan. Ini mengakibatkan berlakunya Perang Saudara dan timbulnya 1 fasa di sebut THE WARLORDS ERA. Hong Kong merupakan Hub Utama kegiatan kongsi gelap sementara Pulau Pinang menjadi Hub Kedua pada zaman itu. Sekali lagi berlaku gelombang ke 2 penghijrahan orang-orang Cina ke Asia Tenggara. Kebanyakkannya kecewa dan mahu mencari keselamatan sementara dengan harapan keadaan di negeri China semakin pulih. Namun tinggal impian kosong, apabila tercetus pertempuran antara golongan KOMUNIS dengan KUOMINTANG dan tercetusnya PERANG DUNIA KE DUA yang dimulai dengan penaklukan MONGOLIA sebagai platfom tentera Jepun melancar serangan ke atas Tanah Besar China.

BAJET 2011- Lelucon Anwar


BAJET 2011
(Lelucon Anwar)

BELANJAWAN NEGARA  bagi tahun 2011 telah dibentangkan dan menunggu perbahasan serta kelulusan di Parlimen. Dengarkata, pelawak politik tanahair si Anwar akan beraksi lelucon di Parlimen pada hari ini. Anwar disebut berkata akan membongkar satu persatu kepincangan Bajet 2011. Hari ini adalah hari yang dijanjikan oleh Anwar untuk berbuat begitu. Kita nantikan saja apakah lelucon yang bakal di bawa oleh Anwar. Kita pasti bahawa ianya akan menggelikan hati dan membuat kita tertawa. Mungkin pada kali ini Anwar 'menjanjikan' beribu-ribu kotak serta Surat Akuan bagi menyokong 'pembongkaran' nya.

Di laman sosial terkenal, para barua dan juak Anwar telahpun mendendangkan irama Bajet 2011 Bajet RM (Rosmah Mansur) tak kurang pula mengatakan bahawa projek pembinaan 100 tingkat sebagai membazir.Mafuz telahpun menjadi adiwira-mee segera dengan mempersoalkan kerajaan tidak prihatin kepada kakitangan awam kerana ketiadaan bonus.

Walauapa pun pecacai Pakatan Haramjadah katakan & Anwar mahu 'bongkar' kan yang pasti adalah mereka bakal menerima durian runtuh dari kenaikan gaji guru-guru KAFA, skim Rumah Pertamaku dan peluang-peluang pekerjaan di bawah PERMATA serta peruntukan RM70 juta bagi NGO-NGO.

ANCAMAN FAHAMAN ASING.


MISI SELAMATKAN NEGARA 
(ANCAMAN FAHAMAN ASING)

Berapa ramaikah di antara golongan anak muda sedar & tahu siapakah sebenarnya musuh mereka yang mengancam negara dan anak cucu mereka di kemudian hari? Berapa ramai pula di kalangan mereka yang bergelar mahasiswa/i di IPTA & IPTS sedar bagaimana ancaman ini dipropagandakan? Apakah bentuknya? Rupanya ? Wajahnya? Siapa? 

Musuh sesebuah negara tidak pernah datang dalam bentuk jet pejuang,kereta kebal, kapalselam, tentera artileri dan tentera berjalan kaki,. Itu merupakan ancaman terakhir. Apakah yang akan dilakukan terlebih dahulu? Musuh akan menyusup masuk melemahkan dahulu fikiran rakyat terutama golongan muda melalui penyebaran fahaman-fahaman yang membangkitkan kemarahan dan kebencian kepada pemerintah negara yang hendak dihancurkan. Paling tidak, diharapkan agar berlaku perang saudara. Perang saudara ini tidak perlu berlaku dalam bentuk peperangan sebenar, tapi dalam bentuk perpecahan dan pergaduhan berpanjangan. Jika berlaku pertumpahan berdarah itu kira bonus buat musuh.

Pertama-tama, musuh akan menggambarkan seolah-olah pemerintah itu zalim dan kejam serta bersifat menindas. Kononnya berlaku ketidakadilan dalam pelbagai aspek kehidupan sosial, agama, ekonomi & sejarah. Kononnya berlaku gejala rasuah yang berleluasa. Kononnya berlaku penindasan kaum. Kononnya ada berlaku penyelewengan kuasa. Kononnya negara masih terjajah dengan penjajah-penjajah lama dan pelbagai kononnya. Itu sudah pun berlaku semenjak 10 tahun lalu apabila ramai yg berteriak REFORMASI !

Tahukah anak-anak muda itu asal-usul REFORMASI? Ianya bukan baru tapi sudah ada sejak abad ke 16 lagi. Fahaman REFORMASI inilah yg mencetuskan pelbagai masalah dunia sehingga sekarang. Ianya bermula dari gerakan REFORMASI AGAMA. Berkembang menjadi gerakan politik yang melahirkan fahaman-fahaman politik seperti SOSIALISMA yang melahirkan KOMUNISMA, UNITARIANISMA, DEMOKRAT dan REPUBLIKAN. Melahirkan DEMOKRASI dalam bentuk samar. Kononnya kuasa rakyat memilih pemerintah. Ianya melahirkan revolusi-revolusi seperti REVOLUSI PERANCIS, REVOLUSI BOLSHEVIKS, REVOLUSI di China yg menumbangkan Dinasti Qing, REVOLUSI PERUSAHAAN, REVOLUSI PEMIKIRAN, mencipta zaman RENAISSANCE dan mencipta 2 perang dunia dan beribu perang saudara.  Kini ancaman itu kembali timbul di Malaysia. 

Anak-anak muda mudah dipengaruhi minda dan jiwa mereka kerana manusia pada perkembangan ini menyerap cepat dan beremosi tinggi disebabkan perkembangan yang berlaku dalam pertumbuhan tubuh badan. Jika salah ditangani maka membawa padah buruk sekali kepada masyarakat dan negara. Kematangan manusia hanya sempurna pada umur 40 tahun, dan ini ada disebutkan di dalam Al Qur'an. Fikiran-fikiran dan jiwa-jiwa muda mudah terpedaya dengan hiasan-hiasan indah dalam sesuatu fahaman. Kekurangan pengalaman hidup dan kematangan berfikir menjadi 2 unsur yang sangat dimanipulasikan oleh musuh-musuh negara ke atas anak-anak muda. Apabila mereka mencapai umur kematangan pada usia 40 tahun, tiada lagi jalan berpatah balik untuk mereka. Mereka akan hidup dan mati di atas apa yang mereka percayai. Inilah yang sedang diusahakan oleh musuh-musuh negara. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...