Selasa, 6 September 2011

KEM BADBADOO SOMALIA, SANGGUP KE PEMIMPIN & PENCACAI PAKATAN SOSIALIS PRO KOMUNIS BERBAKTI DI SANA?

Pemimpin dan pencacai pakatan sosialis pro komunis hanya pandai bercakap dan bercakap mulut takde insurans.Pengorbanan arwah Noramfaizul bukan sia-sia dan kematiannya itu bakal mencetuskan kesedaran global ke atas penderitaan rakyat Somali yang 100% beragama Islam. 

Di Somalia hampir 750 ribu orang bakal menghadapi maut akibat kebuluran dan hidup terlalu dhoif. Tidak kira kanak-kanak kecil, orang dewasa mahupun orang tua. Semuanya berisiko tinggi menghadapi maut.Hanya golongan tentera, para militia dan pemimpin-pemimpin tinggi mereka sahaja yang hidup senang lenang. Bila ada pihak yang mahu membantu dan beri bantuan makana serta perubatan, ada pihak tertentu tidak suka dan tembak ikut suka hati mereka. 


Kebanyakan rakyat Somalia menderita pelbagai penderitaan. Bantuan makanan yang di hantar oleh KP1M hanya berjumlah 550 tan yang hanya mampu memberikan makanan kepada 5 ribu orang selama sebulan itupun jika tidak di cilok oleh pihak militia.

Rakyat Somalia bukan sahaja memerlukan bantuan makanan, perubatan malah mereka juga perlukan kem-kem penempatan yang lebih selesa. Penginapan sihat, bekalan air, bekalan elektrik dan pekerjaan. Mereka tidak mempunyai tempat mengadu kalau di Malaysia ini masih banyak lagi orang fakir miskin boleh mengadu.

Bagi rakyat Somalia , Mereka perlu makan agar tidak mati, berpakaian agar tidak telanjang berbeza dengan fahaman Pakatan Sosialis Pro Komunis, Makan selagi Kenyang, Berpakaian nampak Telanjang. 


Hambe menyeru kepada semua ahi UMNO dan rakyat Malaysia, jika anda menderma sebanyak RM 20 seorang setiap bulan selama setahun anda hanya berbelanja sebanyak RM 240 sahaja unutk membantu berjuta rakyat Somalia selama setahun. Belanja rokok kita pun lebih RM 240 sebulan.

Yakinlah dan percayalah, walaupun sebutir beras anda berikan kepada rakyat Somalia, kebaikan anda itu akan di balas oleh Allah s.w.t. dengan keamaan, kesejahteraan dan keselamatan kepada negara untuk anak cucu cicit di kemudian hari di Malaysia. BERDERMALAH WALAUPUN HANYA 50 sen (Tapi takkan 50 sen je brader !)


KHALID G KENA PELEKUK DENGAN JAIS SEBAB PANDAI-PANDAI BERI TAZKIRAH TAKDE TAULIAH.

Kalau di Kelantan lain cerita lah. Di Kelantan, pemimpin-pemimpin PAS ini besar serban dan kepala , tauliah tidak ada pun boleh mengajar agama. Asal ada kad keahlian PAS dan para jemaah lain iktiraf. PAS ini berlagak lebih daripada Majlis Islam Agama negeri masing-masing. Mereka fikir merekalah Badan Autoriti Agama lebih tinggi daripada Majlis Agama Islam Negeri. Lebih hebat daripada Mufti, Kadhi dan para imam bertauliah dan berwatikah.Jangan bangkang dan lawan mereka, ke nerakalah jawabnya. 

Atas pemikiran begitulah Khalid Gereja berani besar kepala beri tazkirah tanpa tauliah. Perkara itu berlaku dalam bulan Ramadan lalu.16hb Ogos di surau Taman Seri Sementa Klang. Dr Rani juga turut dikenakan tindakan yang sama atas kesalahan yang sama. 

Tauliah Dr Rani Othman telah tamat tempoh pada Ramadan lepas dan tidak dilanjutkan oleh MAIS.

Perbicaraan ke atas Khalid Gereja telah ditetapkan pada 24hb November depan di mahkamah syariah Kelang setelah beliau dilepaskan di atas jaminaan secara lisan oleh totoknya.

Kesalahan di bawah 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor yang membawa hukuman denda RM3,000.00 atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya sekali. Jika sabit kesalahan, kita tidak perlu lagi panggil Khalid Gereja YB. 

PAS mulai sekarang patut belajar menghormati Majlis Agama Islam negeri-negeri dan patut belajar merendah rendah. Jangan asik hendak berkokok dan menyangka diri lebih pandai daripada orang lain dalam hal ehwal agama Islam. 

Majlis Agama Islam di semua negeri-negeri sepatutnya lebih tegas terhadap mana-mana pemimpin dan ahliPAS yang berani memberi tazkirah tanpa tauliah sah. 



UOLLS JANGAN JELES MAQ (GUAN ENG) PERGI CHINA SEWA KAPALTERBANG ..APA KELAS MAQ NAIK PENERBANGAN KOMERSIL.

"Hari tu Maq pergi jalan-jalan tau ... maq pergi China dengan famili.. hari merdeka lagi. Eiiii .. tak kuasa maq nak pergi Australia cam Jib check kepala lutut. Maq pergi EEENNNN....JOOOOOYYYY ! Maq sewa kapal terbang lagi .. apa kelas maq nak naik penerbangan komersil, maq kan KM Republik Penang! Kalo Kawan maq kos perubatannya PBAPP boleh tanggung ... maq punya sewa kapal terbang apa lah sangat ... kan maq kena pergi meeting sana sini .. kesihatan kena jaga .. nanti maq saket ..siapa susah? PABPP jugakkkk syuuusaaahhh ..Ahaa !"

Mereka (Pakatan Antoo Jembalang Komunis) marahkan DS Najib pergi ke Australia buat rawatan lanjut pada 31 hb Ogos, 2011 sebagai tidak patriotik (dah tiada isu hendak hentam DS Najib). Pada masa yang sama, Guan Eng berada di China pada 31hb Ogos tidak pula mereka tahu menahu. Siapa pula yang tolong bayarkan sewa kapalterbang Guan Eng ke China.

Maq tolong jawab ..... ke Maq tak kesaah ????

MEH LAYAN CERITA SI TANGGANG PEMIMPIN PKR DI SUMPAH IBUNYA MATI EKSIDEN,

Jom kita kongsikan bersama satu artikel mengenai kisah benar seorang pemimpin PKR di Gombak menjadi si Tanggang Moderen akibat di sumpah oleh ibunya sendiri agar beliau mati eksiden, Kisah ini di ambil daripada blog Perak Today dan sebelum ini di kongsikan bersama oleh bloger mymassa, http://peraktoday.com/wp/?p=29515

“Kali ni mak dah tak dapat menahan sabar..disumpahnya Azmin!
“Mak kata, biar suatu hari nanti Azmin terlungkup accident dalam perjalanannya nanti, biar dia rasa akibat derhaka kepada ibunya”, kata ahli keluarga Azmin yang menghubungi saya semalam.
Apakah kisanya? Ikuti petikan di bawah ini:-

Semalam, saya berpeluang untuk berkomunikasi dengan anggota keluarga Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR, yang merupakan Ahli Parlimen Gombak. Tak payahlah saya sebutkan “siapa” dan beliau merupakan adik beradik Azmin yang keluar dari perut ibu yang sama. Dalam perbualan saya dengannya semalam, beliau sempat menceritakan peristiwa yang berlaku di rumah ibunya pada Hari Raya Aidilfitri, baru-baru ini.


Menurut beliau, Azmin dan keluarganya sudah hampir 10 tahun tidak beraya di rumah ibu kandungnya itu. Dan Hari Raya kali ini pun, Azmin hanya pulang beberapa hari selepas 1 Syawal. Sebelum pulang ke rumah ibunya, seperti biasa, Azmin akan menghubungi ibunya untuk bertanyakan sama ada keluarga Kak Long, Kak Lang, Ummi Hafilda dan adik-beradiknya yang lain ada di rumah ibunya atau tidak. Bertanyakan hal itu, Azmin menggunakan bahasa yang sangat “lembut” dengan ibunya…


“Betina-betina sundal sial tu ada kat rumah mak tak?” soal Azmin pada ibunya.


“Astaghfirullah Min..diorang semua tu kan anak-anak mak juga..” balas ibunya.


“Ahhhh..! Tak payah nak ceramah…betina-betina sundal semua tu ada ke tidak?”, Azmin memotong cakap ibunya.


Dan Azmin, bersama Shamsidar dan anak-anak mereka pulang juga ke rumah ibunya itu. Menurut ahli keluarga Azmin ini, ketika pulang ke rumah ibu mereka, Azmin buat perangai “elok”nya. Masuk saja ke rumah, Azmin terus meluru kepada ibunya yang berada di dalam rumah. Ketika itu, beberapa orang adik beradik Azmin, termasuk abang ipar Azmin berada di luar beranda rumah bersembang-sembang sesama mereka…


Tiba-tiba, Azmin bergegas keluar bersama keluarganya. Mukanya bengis, masam dan tak manis langsung! Melihat keadaan itu, ahli keluarganya berpandangan sesama mereka dan kemudian masuk ke dalam rumah mendapatkan ibu mereka. Ibu Azmin sedang menangis! Sambil tersedu sedan, ibu Azmin menceritakan tentang apa yang berlaku di dalam rumah ketika Azmin “berhari raya” bersama ibunya pagi itu…


Menurut ibu Azmin, Azmin berang kerana ibunya tidak memaklumkan tentang adik beradiknya yang lain turut berada di rumah itu ketika dia ke sana. Azmin sebenarnya tidak mahu langsung berjuak muka dengan adik beradiknya seperti Kak Long, Kak Lang, abang-abang iparnya, terutama sekali Ummi Hafilda seperti mana maklum. Azmin menggelar kakak-kakak dan adiknya itu sebagai “betina sial”, “sundal” dan pelbagai gelaran nista pada mereka.


Menurut ibu Azmin, Azmin marah “menyinga” kerana mendapati adik beradiknya turut berada di rumah ibunya ketika kehadirannya itu. Belum sempat anaknya menjamah nasi impit di meja makan, Azmin menengking anaknya…


“Jangan makan..! Jangan duduk..! Semua tu najis…! Semua yang ada dalam rumah ni semuanya najis! Perlu disamak..!!!” tengking Azmin pada anak-anaknya.


Malah Azmin turut membaling kerusi yang diduduk anaknya seraya mengatakan bahawa adalah haram untuk menyentuh semua perabot, makanan dan apa yang ada dalam rumah ibunya kerana bernajis serta perlu disamak terlebih dahulu…


Jerkahan Azmin itulah yang menyentap hati ibunya. Ibu Azmin menangis! Memang selalu Azmin mengguris hati ibunya dengan kata-kata nista sebelum ini, namun beliau masih dapat menahan sabarnya. Iyalah, sejahat mana pun Azmin, dia tetap anak yang dilahirkannya. Namun kali ini Azmin sudah melampaui batas. Ibu Azmin sudah hilang sabar…


“Min..baik kau keluar Min…keluar!” jerkah ibunya yang sudah menjangkau umur 76 tahun itu.


“Kalau kau balik nak buat kecoh begini, baik kau keluar..! Keluar..!!!”, hati ibu Azmin parah terluka.


Tanpa berlengah panjang Azmin bertindak keluar sambil membawa anak dan isterinya bersama. Mungkin menuju ke Perak, ke rumah mertuanya. Ibu Azmin tersedu-sedan di dalam rumah. Adik beradik Azmin terpaksa menenangkan ibu mereka. Namun, kesabaran ibu tua itu sudah sampai ke tahap maksima. Azmin sudah melampau! Beginikah layanan yang diberikan terhadap ibunya? Sudahlah duit raya pun tidak dihulurkan, Azmin buat ibunya menangis di Aidilfitri pula..!!!


“Kali ni mak dah tak dapat menahan sabar..disumpahnya Azmin! 


“Mak kata, biar suatu hari nanti Azmin terlungkup accident dalam perjalanannya nanti, biar dia rasa akibat derhaka kepada ibunya”, kata ahli keluarga Azmin yang menghubungi saya semalam. 


Saya terkedu dan beristighfar mendengar cerita ini mengenai perihal akhlak Azmin dan cara layanan yang diberikan kepada ibunya. Azmin memang hati kering sehingga ibunya sendiri pun sanggup dilukai hati ini. Tidakkah Azmin tahu bahawa mengatakan “ah..!” sekali pun pada ibu sudah memadai baginya untuk mendapat dosa besar? “Madunya”, Anwar tidak ajarkah mengenai perkara ini?


Paling mengejutkan saya ialah mengenai kenyataan ibu tua itu yang sangat hancur hatinya diperlakukan begitu oleh Azmin, anak yang dikandungnya selama 9 bulan dan dibesarkan hingga besar…


“Azmin anak yang derhaka!” kata ibunya dalam sedu sedan dan penyesalan yang amat sangat. 


Persoalannya, apakah jenis manusia yang memperlakukan ibunya sendiri sedemikian rupa? Siapakah yang menghasut dan memperngaruhi Azmin hingga berubah dari seorang anak yang sangat baik kepada seorang yang berkelakuan seperti syaitan itu? Apakah yang mendorong Azmin hingga sanggup menderhaka kepada ibu kandungnya yang sudah uzur itu?


Saya terkedu. Dan setelah mendengar aduan ahli keluarga Azmin ini, demi Allah, sekiranya saya sebahagian dari adik beradik Azmin, sudah tentu teruk Azmin saya kerjakan. Adalah menjadi kepantangan dalam hidup saya untuk melihat jenis manusia yang sanggup berkurang ajar dan menitiskan air mata seorang ibu! Saya tidak tahu sama ada pembaca boleh tahan atau tidak dengan “binatang” yang berperangai begitu. Namun pada saya, memang nahas saya kerjakan..!!!
Dahsat peel pemimpin-pemimpin PKR. Ibu sendiri pun tidak dihormatinya apatahlagi orang lain. Itulah tahap taksobnya kepada 'kekasih hatinya' si Anwar Ibrahim sehingga keluarga dan ibunya sendiri di buang jauh-jauh.



ISU MAT SYABU KOCAK DUIT PBAPP GUAN ENG KENA BALUN LAGI DENGAN DR NOVANDRI.

Dah .... belum sempat Guan Eng hendak panaskan mee tiramnya yang mahal, Dr Novandri beri sepakan tanpa bayangan ke muka Guan Eng. Adeeh sakit hati Guan Eng kena penerajang secara lisan dan tulisan. 

Ada ke patut Guan Eng kata tak salah Mat Syabu pergi masjid. Ya Lah Guan Eng masjid mana dan untuk tujuan apa? Takkan PBAPP pada 9 Julai 2011 ada buat jamuan berbuka puasa di masjid Negara. 

Nampaknya menurut diagnosis Dr Novandri, Guan Eng pun berjangkit virus tolol Mat Syabu. Bukan ke Mat Syabu dikenakan Perintah Larangan sementara oleh mahkamah agar tidak berada di Kuala Lumpur pada hari tersebut? 

Dalam banyak-banyak masjid di Ibukota , masjid Negara juga Mat Syabu hendak pergi, kenapa? Mat Syabu pergi ke masjid Negara bukan untuk bersolat atau menghadiri sebarang jamuan berbuka puasa (Pakatan Sosialis Pro Komunis DAP buat majlis berbuka puasa di Gereja Sel saja bukan di masjid, masjid cuma jadi tempat senamrobik) tetapi Mat Syabu ke masjid Negara untuk berkumpul bersama-sama peserta perhimpunan haram Bershit 2.0, Berpada-padalah Guan Eng bila kelentong. Nampak sungguh Guan Eng is a stupid bloody foolish fella. 

Rakyat Malaysia semua tahu lah Mat Syabu berada di Kuala Lumpur untuk sertai perhimpunan haram. Tak perlu lah lagi Guan Eng kelentong sana sini. Faktanya semua rakyat sudah tahu. 

Pengakuan Guan Eng mengenai pembayaran kos perubatan Mat Syabu oleh PBAPP akan membuka lebih banyak lagi pekung dan kelemahan ketara serta polisi C.A.T In The Hat DAP. 

Dengarkata, ada pihak dalaman PBAPP akan mengambil tindakan drastik di atas segala kelemahan DAP memandangkan PBAPP semasa era Guan Eng begitu banyak 'Keuntungan Negatif dan Keuntungan Defisit'.

Seronok juga melihat bagaimana sakitnya hati Guan Eng selepas ini bila di henyak dan sepak terajang secara lisan dalam tulisan. Bravo Dr Novandri !




UMNO PERJUANGKAN KEMERDEKAAN GUNA AKAL BUKAN PELURU.

SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN DARI 1 OGOS SAMPAI 16 SEPTEMBER, eloklah kita buka kembali lipatan sejarah dan berhujah dengan puak-puak tolol Pakatan Sosialis Pro Komunis mengenai PEJUANG KEMERDEKAAN. Kita kaji dan analisa hujah-hujah dangkal mereka dan patahkan semangat mereka dengan hujah-hujah yang mudah di terima akal. 

Terus terang JS katakan, tidak perlu menyingkap jauh ke dalam sejarah yang ada untuk kenal siapa pejuang kemerdekaan dan siapa bukan. Kalau setakat Mat Indera itu buatlah perbandingan dengan sejarah Kiai Salleh.

Isu mengenai AMCJA -PUTERA dan deraf Perlembagaan Rakyat 1947, kajilah siapa anggota-anggota AMCJA-PUTERA itu dan selidiki apakah yang diperjuangkan oleh AMCJA-PUTERA serta HARTAL 1947. Berikut saya petik mukasurat pertama CADANGAN PERLEMBAGAAN RAKYAT 1947 yang disediakan oleh AMCJA-PUTERA. 




JELAS AMCJA-PUTERA BERJUANG UNTUK MENDAPATKAN HAK-HAK POLITIK SAMARATA DAN BUKANNYA BERJUANG UNTUK KEMERDEKAAN 





Terjemahan Bebas dari perenggan di atas :-
" Realisasi implikasi (kesan-kesan) Perjanjian Mc Micheal (Kesatuan Malaya) dan Perintah Kesatuan Malaya dalam Majlis 1946 telah membawa penentangan hebat di pihak orang Melayu yang keistimewaan-keistimewaan mereka terjejas teruk. (berbanding keadaan sebelum Perang Dunia ke 2) apa yang mereka (orang Melayu) fikirkan sebagai cubaan kerajaan British mengambil kesempatan ke atas keadaan yang tidak menentu pada waktu itu (1945-1946) mengurangkan kuasa-kuasa kedaulatan Raja-raja Melayu."


Komen JS : Penentangan Melayu terhadap Kesatuan Malaya (Malayan Union) bukan sahaja kerana kuasa-kuasa kedaulatan Raja-raja Melayu dikurangkan. Tetapi juga kerana menentang  menjadikan Tanah Melayu sebagai Tanah Jajahan British 100%. Ini bermakna orang Melayu tidak ada lagi perlindungan daripada Raja-raja Melayu. Bukankah ianya turut menjejaskan kepentingan rakyat Raja?


Jelas dari nada tersebut, AMCJA-PUTERA berjuang untuk mengekalkan Sistem KESATUAN MALAYA (MALAYAN UNION) yang menjadikan TANAH MELAYU sebagai TANAH JAJAHAN BRITISH sepenuhnya. 


Ternyata AMCJA-PUTERA adalah suara rakyat British yang bersaing dengan suara Rakyat Raja Melayu. Antara keduanya sudah tentulah suara rakyat British yang setia seperti AMCJA-PUTERA tidak menuntut kemerdekaan. 


"Penentangan tersebut dikepalai oleh wakil-wakil aristokrasi Melayu yang kedudukan istimewa mereka terjejas teruk akibat perjanjian McMicheal"


Komen JS: Di sini sudah jelas tuduhan melulu kepada kepimpinan UMNO yang telah di label sebagai ARISTOKRAT MELAYU sama seperti labelan pada hari ini. Label tersebut telah diberikan oleh golongan Melayu berhaluan kiri kerana pengaruh komunisma. 


Sedangkan kepimpinan UMNO majoritinya adalah rakyat biasa saja. 


"Parti-parti politik Melayu progresif yang menyertai kempen penentangan tersebut atas dasar skim Kesatuan Malaya telah dikuatkuasakan secara tidak demokratik yang menyediakan sebuah perlembagaan yang tidak demokratik dan memisahkan Singapura dari Malaya."


Komen JS : Di sini AMCJA-PUTERA memutarbelitkan fakta sejarah dan memberikan suatu gambaran samar mengenai kelompok Melayu. Jarum halus telah di cucuk oleh mereka untuk memecahbelahkan Melayu melalui labelan MELAYU ARISTOKRAT dan MELAYU PROGRESIF. 


Sedangkan penentangan UMNO terhadap KESATUAN MALAYA adalah kerana bersatunya suara Melayu menentang Malayan Union atas sebab-sebab Malayan Union mahu menjadikan Tanah Melayu ini 100% Tanah Jajahan British dan membuka kewarganegaraan dengan bebas. Tiada lagi dua kategori kerakyatan (Rakyat British & Rakyat Raja)

Memang cukup jelas cadangan KESATUAN MALAYA (MALAYAN UNION) datangnya dari PEJABAT TANAH JAJAHAN BRISTISH untuk menjadikan TANAH MELAYU 100% TANAH JAJAHAN seperti Melaka dan Pulau Pinang (Negeri-negeri Selat) dan melenyapkan terus sebarang gerakan dan usaha KEMERDEKAAN. 


Apabila PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948 mula menjalani proses perbincangan sekitar tahun 1947 bagi menggantikan KESATUAN MALAYA 1946 akibat penentangan orang Melayu yang bersatu di bawah UMNO, yang mana ianya menjadi suatu proses ke arah KEMERDEKAAN, ianya telah di tentang hebat oleh AMCJA-PUTERA. 


Sebagai langkah penentangan, AMCJA-PUTERA telah membuat USUL PERLEMBAGAN RAKYAT di atas tersebut bagi memastikan SEMANGAT KESATUAN MALAYA diteruskan. PERLEMBAGAAN RAKYAT 1947 bukanlah USAHA BERSEPADU MENUNTUT KEMERDEKAAN pun. 


Fakta Sejarah telah di putar belit oleh puak PAKATAN SOSIALIS PRO KOMUNIS. Ianya lebih bermatlamat menjaga kepentingan kaum imigran rakyat British sahaja yang risaukan hak-hak politik mereka tidak di pelihara dan dilindungi di bawah PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948.

APA HENDAK DIHAIRANKAN MAT SYABU TAKUT BERDEBAT, BELIAU MEMANG PENAKUT.


Mat Sabu awal-awal lagi sudah angkat bendera putih enggan dan cukup takut berdebat dengan Ketua Pemuda UMNO. Tawaran telah di buat oleh Pemuda PAS Pusat Kelantan untuk berdebat. Itu saja kemampuan Pemuda PAS, berdebat-berdebat sampai terjelir lidah tapi jalanraya di Kelantan mereka tak mampu hendka naik taraf. 

Alasan yang diberikan oleh Timbalan Presiden PAS yang paling tak berguna itu ialah lebih baik diserahkan kepada Pemuda PAS Kelantan. Pemuda PAS Pusat Kelantan pula terhegeh-hegeh cam beruk makyeh hendak berdebat kononnya mempertahankan maruah parti. Debatlah setakat yang mana mampu. Kalau setakat pertahankan maruah parti melalui air liur, sami tok cha lagi terer jampi mantera. 

Selepas berdebat boleh  minum teh tarik atau minum jus Tok Guru banyak-banyak sebab kering tekak tapi penyelesaian positif tetap tidak ada. Mentaliti berpolitik sepreti ini banyak merugikan umat Islam. Tiada kemajuan. Orang lain sibuk buat kerja membangunkan negara, pemuda PAS sibuk hendak berdebat samada Mat Indera adalah pejuang kemerdekaan. Disebabkan mentaliti sperti inilah PAS tidak pernah maju ke hadapan dalam sebarang isu. Pemuda PAS cuma tahu berdebat sahaja. Buat kerja pembangunan haram tak reti buat kos dna pengiraan untung rugi.

Di satu segi pula kita melihat bagaimana PAS begitu mementingkan soal remeh temeh. Sepatutnya Mat Syabu yang berdebat untuk mempertahankan kenyataannya. Sebelum ini beliau di petik dalam wawancara Sinar Harian sebagai tidak takut berhadapan dengan mana-mana pihak. 

Cabaran berdebat oleh PAS dalam isu serangan balai polis di bukit Kepong (kenyataan Mat Sabu menyanjung tinggi Mat Indera) . Orang lain buat kenyataan, orang lain yang nak berdebat pertahankan kenyataan itu, mana logiknya? Inlah mentaliti bengong PAS. 

Diharapkan juga agar KJ benar-benar bersedia untuk berdebat dan jika ilmu berdebat itu masih kurang eloklah KJ tidak berdebat dengan puak-puak bengong PAS yang sudah bersedia dengan hujah-hujah putar alam. Perdebatan ini eloknya disertai oleh pemidato terhebat. Kita tidak mahu nanti, maruah UMNO tercemar jika KJ gagal menguasai audiens dan kelihatan seperti kena balun kow-kow. 

Berdebat ini memerlukan seseorang pendebat mempunyai kemahiran Ilmu Mantiq dan kelancaran lidah kepantasan berfikir. Keberanian saja tidak mencukupi. Segalanya berlaku secara spontan. KJ ada ke kualiti itu?


KENAPA PEJABAT PEGUAM NEGARA KELIHATAN LETIH?

RAFI AWANG KECHIK telah membincangkan mengenai kelembapan tindakan oleh Pejabat Peguam Negara yang keihatan berada dalam situasi keletihan dan kelembapan bertindak. Menurutnya, terlalu banyak jenayah-jenayah politik yang dilapurkan dalam tempoh masa tiga tahun ini gagal diambil tindakan sewajarnya oleh pejabat Peguam Negara sehingga menjejaskan kredibiliti Menteri KDN dan maruah PDRM di mata rakyat. 

Beliau turut mengkritik keletihan pengurusan dan perjalanan Jabatan Peguam Negara atas sesuatu tindakan setelah kertas siasatan selesai dilaksanakan. Menurutnya, keletihan yang kelihatan pada Jabatan Peguam Negara memberikan gambaran buruk di mata rakyat. 

Kritikan beliau memang berasas. Semenjak kes liwat pertama Anwar Ibrahim, Pejabat Peguam Negara menerima kritikan hebat dari pihak Pakatan Sosialis Pro Komunis. Malah selepas tsunami 2008, Pejabat Peguam Negara kelihatan seperti alah malu untuk mengambil tindakan ke atas mana-mana pemimpin Pakatan Sosialis Pro Komunis. Kebanyakan peguam berada di sebelah pihak Pakatan Sosialis Pro Komunis dan kebanyakannya merupakan peguam yang berpengalaman dalam kes-kes perbicaraan. Silap satu koma pun dalam kertas pertuduhan boleh terus koma sesuatu kes. Ini fakta.

Menurut sumber bebas di kalangan peguam terkanan (kebanyakannya bersifat berkecuali) yang sudah beramal dalam bidang guaman selama lebih dua puluh tahun, salah satu punca keletihan yang ada pada pejabat Peguam Negara kerana kebanjiran pendakwaraya-pendakwaraya muda yang kurang berpengalaman. Majoritinya adalah lepasan graduan baru. Kita tahu dalam tempoh 10 tahun lepas, ramai mahasiswa/i dalam fakulti undang-undang negara adalah anti-kerajaan dan ramai yang begitu simpatetik kepada Anwar Ibrahim. 

Kerjaya sebagai pendakwaraya biasanya tidak begitu menarik kerana jam kerja yang melebihi 12 jam sehari termasuklah risiko kena hamput dalam mahkamah disebabkan kurang persediaan. Ini di tambah lagi dengan karenah jadual bertugas yang kadangkala terpaksa berulang alik ke mahkamah-mahkamah Tinggi dan Sesyen yang berada di luar kawasan. 

Pejabat Peguam Negara amat perlu mengambil langkah-langkah segera bagi mengemaskini sistem jabatan dan mengatasi kekurangan tenaga kerja berpengalaman dan mahir. Fungsi dan peranan Pejabat Peguam Negara adalah amat penting kerana kuasa pendakwaan sesuatu kes jenayah adalah terletak dalam bidangkuasanya. Jika mereka masih kelihatan keletihan sudah tentulah pihak-pihak berkuasa lain turut letih. Revamp brader ... revamp !




TEMPAT YANG PALING SELAMAT DI BUMI.

Tepat jam 1.55 pagi tadi telah berlaku gempa bumi pada skala richter 6.6. Gegaran tersebut turut dirasai di Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kuala Lumpur. Lokasi kejadian Gempa bumi tersebut berlaku di lokasi 2.973°Utara, 97.997° Timur pada kedalaman 110.1 kilometer dan kira-kira 100 kilometer dari arah Barat Daya Medan.Tiada Amaran Tsunami dikeluarkan oelah Jabatan Meteorologi Malaysia

Di Samoa dan Tonga turut berlaku gempa bumi 6.6 skala richter. Gempa bumi di bawah laut berlaku pada kedalaman 35 kilometer, 256 kilometer dari ibu negeri Samoa, Apia pada pukul 10.52 malam (5.52 petang waktu Malaysia)
.
Sebelum itu, gempa bumi berukuran 6.1 pada skala Richter berlaku di pantai Vanuatu awal pagi semalam. Di Samoa dan Tonga turut berlaku gempa bumi pada skala richter 6.4.




Kejadian gempa bumi kerapkali berlaku diakhir zaman. Terdapat suatu teori saintifik yang selama ini di tekan dari pengetahuan umum. Salah satu kuasa apungan bagi bumi ialah kerana wujudnya gas-gas semulajadi. Gas-gas semulajadi ini terbentuk kerana mendapan minyak mentah.Apabila gas-gas semulajai dilepaskan akibat carigali minyak mentah, ini mengakibatkan berlakunya ruang kosong. Ini membawa ketidakseimbangan kepada apung bumi. Kesannya ialah berlaku gangguan kepada pergerakan plat bumi yang sentiasa bergeser. 


Oleh itu, kita hendaklah berusaha keras untuk mencari sumber tenaga alternatif lain. Ini hanya boleh dicapai melalui ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan hanya boleh berkembang pesat dalam keadaan politik yang stabil. Politik yang stabil hanya boleh dicapai melalui jalan kesederhanaan., Tempat yang paling selamat di bumi pada masa ini ialah Semenanjung Tanah Melayu  Ianya adalah sesuatu perkara serius perlu direnungi oleh kita semua. 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...