Sabtu, 16 Jun 2012

NIZAR MARAH SULTAN JOHOR KERANA KERETA INI.


DULU NIZAR PEMILIK KERETA DAN NOMBOR PLAT AGS 10.
TAK HAIRAN KENAPA KINI NIZAR MARAH KEPADA SULTAN JOHOR KERANA NOMBOR PLAT WWW 1 KERANA NIZAR LAMBAI TAK MAMPU LAGI SELEWENGKAN WANG RAKYAT UNTUK MEMBELI KENDERAAN MEWAH BAGI MELETAKKAN NOMBOR PLAT YANG CANTIK-CANTIK MEMANDANGKAN SULTAN JHOR GUNAKAN WANG SENDIRI.


AS SHEIKH AKRIMA S.A. SABRI, IMAM MASJIDIL AQSA DAN MANTAN MUFTI PALESTIN





PWTC, KUALA LUMPUR: Seminar Antarabangsa Mentaati Pemimpin. Pada hari ini setakat pada jam tiga petang tadi, sebanyak empat kertas kerja telah dibentangkan oleh para ilmuwan yang dikenali dan disegani di dalam dunia Islam. 

Pada masa ini As Sheikh Akrima SA Sabri, imam Masjidil Aqsa dan mantan mufti Palestin sedang membentangkan kertas kerja bertajuk "Harapan Ummah Kepada Kepimpinan Dunia Islam". 

PAS PAKATAM KENA LEMPANG DALAM ISU PENANGGUHAN HAJI.

Mari kita dengar bagaimana para ilmuwan menempeleng puak PAS PAKATAM di sini 

selamat mendengar dan mendapat manafaatnya untuk semua.

SEMINAR ANTARABANGSA MENTAATI PEMIMPIN.

banner fiqh

KUALA LUMPUR, PWTC: Sekarang sedang berlangsungnya pembentangan kertaskerja oleh para panel yang terdiri dari para ilmuwan terkenal di dunia Islam pada masakini. Maaflah takde Azhar Idrus untuk buat lawak bodohnya mengenai Rosmah dan Najib Razak. Atau Pok Nik untuk membahaskan segala fatwa Sosialis Religusnya. Di dalam seminar ini juga tidak ada ostat Ronnie Liu, ostat Nga Kor Ming, Kalipah Sosialis Guan Eng, ostazah Teresa Kok dan ostazah Elizabeth Wong. Di dalam seminar ini yang ada hanyalah para ilmuwan dan para ulama tersohor yang tidak mempunyai sebarang keahlian dalam mana-mana parti politik pun. Mereka juga bukanlah apa yang dimomokkan oleh para cagcai Pakatam sebagai ulama UMNO. 

-Seminar Antarabangsa Fiqh Mentaati Pemimpin diadakan bagi menghimpunkan tokoh ilmuan dunia Islam untuk membincangkan dan merumuskan kaedah-kaedah siasah syar’iah (politik Islam) yang boleh membimbing umat ke arah perpaduan yang utuh mengikut keadaan semasa.

Objektifnya ialah:-


Memberi kefahaman dan kesedaran tentang kaedah-kaedah dalam siasah syari’ah (politik Islam) yang luas, benar dan menyeluruh.

- Membentuk kesatuan pemikiran di kalangan umat Islam tentang cabaran yang ditempuhi pada waktu ini.

- Mengumpulkan tokoh ilmuan Islam bagi berbincang dan merumuskan kaedah-kaedah dalam siasah syari’ah (politik Islam) yang wajar diamalkan pada waktu ini.

Sila ke pautan http://www.fiq2012.com/



SELAMAT DATANG KE REPUBLIK PAPANTANDA SELANGOR WARGA SINGAPURA!

SHAH ALAM: Kenyataan Karpal Sungh yang mengakui perjuangan DAP Pakatam masih belum selesai sehinggalah Malaysia mempunyai seorang Perdana Menteri dari bukan Melayu. Bagi mencapai matlamat itu maka amat perlulah merubah Malaysia ini menjadi sebuah Republik Papantanda yang tersohor dan setaraf dengan mana-mana Negara Republik seperti Indonesia, Filipina, Singapura, Vietnam, Laos dan Myanmar. Sosialis dan komunis adalah ibarat kentut dengan taik, berpisah tiada. Jika seluruh negara-negara dalam ASEAN menjadi REPUBLIK bukankah itu suatu impian Zionis akan terlaksana?

Jika Komunitas Utam Kayu Jakarta Timur menjadi pencetus dan pengajar anak-anak muda dalam Pakatam samada dari PKR atau PAS menjadi revolusioner Liberalisma dan Pluralisma maka warga Singapura menjadi pencetus dan penggalak Republik Cauvinis Cina bagi DAP Pakatam. Apa bezanya warna kulit dan bahasa warga Singapura dengan DAP Pakatam? Mereka seketurunan dan sefahaman. Mereka datang melancong ke Selangor, begitulah alasan kerajaan Republik Papantanda Pakatam Selangor. Kini ada istilah baru dalam industri perlancungan di Republik Papantanda Pakatam Selangor yakni PERLANCUNGAN POLITIK. 

Kalau dulu tradisi warga Indonesia datang ke Malaysia untuk mencari pekerjaan kini di bawah Republik Pakatam Selangor, warga Indonesia datang sebagai penasihat dan ketua-ketua ritual sosialisma untuk memimpin anak muda kita menjadi tunas-tunas Republik Baru.

Kalau dlu warga Singapura datang ke Malaysia untuk bersantai dan melancung kini mereka datang sebagai pencetus-pencetus dan pengajar-pengajar idealisma sosialisma dan republik kepada anak-anak muda Malaysia. 

Lonjakan pertambahan pendaftaran pengundi baru di Selangor mendadak naik. Dari mana mereka semua ini datang? Mustahillah kalau semua hantu-hantu dibangkitkan dari kubur dan jirat Cina. Memandangkan jumlah jirat Cina tidak banyak kedapatan di Selangor.

DAP Pakatam Selangor menguasai sepenuhnya dan berkuasa penuh di peringkat PBT. Sedangkan di peringkat PBT lah penentuan kawasan PDM. Secara terbuka warga Singapura menganjurkan kursus PACA. Kita masih tertanya-tanya kenapa Guan Eng membawa Bapa Republik Singapura melawat dan bergambar dalam pejabat Ketua Menteri di KOMTAR? 

Kita juga hairan dan pelik apabila segala butiran perundingan mengenai tanah KTMB di Tanjung Lumpur serta segala negosiasi diplomatik mampu diketahui oleh DAP Pakatam. Kita juga merasa anih kenapa Ketua Menteri Republik Pulau Pinang sering berulang-alik ke Singapura.

Kita merasa terkejut apabila Republik Papantanda Pakatam Selangor mengatakan soal murtad bukan tanggungjawab utama bagi sesebuah kerajan Republik seperti mereka.

Kita turut terperanjat apabila kepimpinan PAS Pusat memecat Hasan Ali kerana mengkritik amalan LGBTX Anwar Ibrahim dan mempertahankan kesucian akidah agama Islam. 

Sampai bila kita hendak sentiasa terperanjat dan terkejut kerana tindakan Pakatam? Hentikanlah apa yang Pakatam lakukan. Mari bersama membanteras kezaliman Pakatam. Anda semua mampu menghalang Pakatam dari menjadikan Malaysia sebah REPUBLIK NGERI RAKYAT MALAYSIA. 

DAP PAKATAM MENGAJAR ANAK MUDA INI MENJADI KURANG AJAR?

1MALAYSIA 1SUARA 1MATLAMAT
SAYANGI SELANGOR YAKINI BN 
JADIKAN HARI ESUK LEBIH BAIK DARI HARI INI.


ALAM MAYA:  Budaya dan sejarah Kesultanan Melayu jauh berbeza dengan sistem monarki England. Monarki England pernah ditewaskan oleh bala tentera ahli Parlimen England yang mencetuskan Magna Carta. Malah monarki England di cabar buat kali kedua oleh Oliver Cromwell dan Parlimen British dalam dua Perang Saudara Inggeris pada 1642-1648. Raja Charles 1 telah di hukum bunuh oleh Oliver Cromwell  Disebabkan itulah munculnya terma Parliamentary Supremacy di dalam perundangan Perlembagaan British. Sehingga kini mana-mana Raja dan Ratu England tidak boleh memasuki ruang utama Dewan Rakyat Parlimen British. Selepas itu Oliver Cromwell menjadikan seluruh Britain sebagai sebuah Republik tulin selepas Raja England di hukum bunuh pada 1649-1658. Sepanjang tempoh itu seluruh England, Scotland dan Ireland berada dalam kancah peperangan. Republik yang ditubuhkan oleh Cromwell tidak mampu bertahan lama selepas kematian Cromwell apabila kumpulan Royalis berjaya merampas kembali Parlimen dan mengembalikan semula sistem beraja England. Akhirnya pada 1661 bersamaan ulangtahun ke 12 pembunuhan Raja Charles 1, mayat Oliver Cromwell telah di gali semula dan di hukum oleh Parlimen Britain sebagai pengkhianat. Mayatnya telah di gantung dengan rantai. Setelah itu kepala mayatnya di pancung. Badan mayatnya di buang ke dalam lubang manakala mayat kepalanya pula di sula pada sebatang kayu di hadapan bangunan Westminster sehingga 1685.

Di nusantara, tiga kesultanan Melayu Sumatera Timur yang kaya-raya dan tidak menindas rakyat menjadi fitnah puak komuns dan sosialis Indonesia pada 1948. Melalui laungan Ketuanan Rakyat, kesemua Sultan dan kerabat kesultanan Melayu Sumatera Timur telah di bunuh dan di bakar oleh puak komunis dan sosialis dalam satu malam. Adakah tindakan tidak berperikemanusiaan ini yang Pakatam mahu tiru melalui kem Utan Kayu Jakarta Timur?

Sesuatu yang menarik mengenai Oliver Cromwell ialah beliau ini seorang yang setaraf ustaz dan Tok Guru bagi agama Kristian. Beliau menggunakan Bible sebagai inspirasi melawan Raja England. Beliau sentiasa menggunakan ungkapan-ungkapan Bible di dalam ucapan-ucapannya semasa melawan Raja England. Beliau adalah seorang Puritan. Oliver Cromwell adalah seorang ahli agama Kristian dan seorang ahli politik. Anda sendiri boleh membuat perkaitan dengan Nizar Lambai dan Pas Pakatam dalam isu nombor plat.

Berbeza dengan monarki England, kesultanan Melayu tidak pernah berperang dengan Parlimen Malaysia sejak 1957. Krisis perlembagaan pada 1988 tidak membawa kepada Perang Saudara. Malah peralihan kuasa politik di antara Sultan Melayu dengan rakyat melalui Parlimen berlaku secara aman apabila kemerdekaan Malaysia di capai pada 1957. Rakyat dengan Raja Melayu bersatu menuntut kemerdekaan tanahair. 

Kalau di England ada Magna Carta maka di sini kita mempunyai Wasiat 7 Raja-raja Melayu. Kita amat musykil dengan cara berpolitik Pakatam yang kelihatan mahu meniru semula dan membangkitkan sejarah hitam Parlimen Britain dengan monarki England semasa Oliver Cromwell berkuasa dan sejarah hitam di Sumatera Timur. Jika Kesultanan Melayu dihapuskan oleh Pakatam walau dengan apacara sekalipun natijahnya adalah kepada rakyat jelata juga akhirnya. 

Kesultanan Melayu tidak melakukan sebarang kesalahan atau menzalimi rakyat jelata. Krisis perlantikan Menteri Besar Perak adalah kerana kedegilan puak Pakatam yang tidak mahu menghormati dan menerima keputusan ADUN pihak mereka melompat. 

Adalah jelas dari cara Pakatam berpolitik mereka sememangnya mahukan sebuah Republik Tulin yang sama model dengan Republik Cronmwell tapi bersifat kecinaan cauvinis berdasarkan kepada prinsip Sosialis Religus. Jika kita terus membiarkan Pakatam menyebarluaskan fahaman revolusi ini maka akan berlakulah pertumpahan darah atau Perang Saudara Pertama di Malaysia. Kita telah melalui zaman darurat di mana rakyat jelata berperang dengan komunis. Kini rakyat jelata berhadapan pula dengan puak sosialis yang beriya mahu menjadikan Malaysia sebuah Republik, menghapuskan kesultanan Melayu, menghapuskan agama Islam, menghapuskan Hak Istimewa Melayu, menghalalkan perkahwinan sejenis, memaafkan rasuah-rasuah dan mengucar-ngacirkan keadaan aman damai selama ini. Apakah anda mahu kita terlibat dalam kancah Perang Saudara semata-mata mahu menubuhkan sebuah Republik yang bersifat anti Melayu dan anti Islam?

PAKATAM memang membahayakan rakyat Malaysia !

KENAPA TIBA-TIBA BANYAK KERETA PLAT SINGAPURA KELIHATAN DI SELANGOR?

SHAH ALAM: Anda mungkin telah membaca artikel daripada mymassa sebuah blog pro BN yang mendedahkan penglibatan warga Singapura mengadakan kursus PACA (Polling Agent Counting Agents). Blog yang sama juga mendedahkan mengenai penglibatan beberapa diplomat asing dalam BERSIH 3.0. Selain itu anda mungkin telah membaca artikel pendedahan AIDC mengenai Kem Latihan gerila Anwar Ibrahim (bukan gerila angkat senjata) tapi gerila Perang Saraf bertempat di Komunitas Utan Kayu Jakarta Timur, Jakarta, Republik Indonesia. Kem itu dikendalikan oleh rakan-rakan Anwar Ibrahim dari bekas wartawan suratkhabar yang pernah diharamkan oleh kerajaan Indonesia. Ini mengingatkan kita kepada penangkapan bekas teman lelaki kepada Eli Wong di Batam. Sejak dua hari lepas ada yang menceritakan kepada hamba mengenai keanihan kereta-kereta nombor plat Singapura kelihatan semakin kerap kelihatan di sekitar Klang, Shah Alam dan Sepang. Ada juga yang bercerita mengenai kehadiran anak-anak tauke kedai Cina yang dulunya dikatakan telah berhijrah ke Singapura kini kembali kelihatan di rumah kedua ibubapa mereka. 

Sekadar renungan buat semua, kita seringkali mendengar persepsi Pakatam mengenai PRU 13 di mana mereka mendakwa ianya akan menjadi suatu pilihanraya yang terkotor sekali dalam lipatan sejarah. Welaweh ! Puak Pakatam ini kalau bab menujum dan ramalan memang sehandal Dajal Almasikh (Dajal turut dikatakan mempunyai ciri mahir membuat andaian dan ramalan). Bila difikirkan kembali secara rasional ketidakwarasan dan ketidaksiuman persepsi Pakatam tersebut, ramalan sedemikian bertujuan menakut-nakutkan rakyat jelata. Persepsi itu juga merupakan suatu tekanan dan desakan saikologi kepada kepimpinan DS Najib. Bagi hamba sudah tentulah Pakatam akan berkata sedemikian kerana merekalh yang bakal mencetuskan segala huru-hara dan menjadi punca utama PRU 13 menjadi yang paling kotor (walaupun sebenarnya tidak sedemikian).

Fitnah adalah lebih merbahaya dari jenayah membunuh. Hukuman kepada fitnah tidak seberat jenayah membunuh menurut perundangan negara. Paling kuat pun kena saman malu jek. Membuat fitnah dan menyebarkan fitnah di Malaysia adalah semudah A. B dan C. Lalu bagaimana hendak mengatasinya? Secara jujur hamba katakan di sini hanya kesabaran yang amat tinggi serta mengambil sikap menyelidiki terlebih dahulu setiap pekhabaran adalah cara terbaik mengatasinya. Tapi berapa ramaikah di antara kita yang mampu melakukannya jika tiada yang mahu menentang fitnah-fitnah yang bertebaran dengan bersungguh-sungguh?

Adakalanya sikap berdiam diri terhadap fitnah itu lebih banyak mendatangkan kemudaratan daripada kemanafaatan. Pakatam sentiasa memarakkan api kemarahan rakyat jelata dan perkara ini sedang diredakan  oleh kepimpinan DS Najib.Marilah kita bersama-sama kepimpinan DS Najib untuk menentang kejahatan fitnah Pakatam dan meredakan gelojak kemarahan yang dipaksakan ke atas rakyat jelata. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...