Ahad, 28 Jun 2015

DAHSYAT ! ADA MENDIANG DAPIGS SABAH DIDAPATI MENIPU & MENYAMAR PRIBUMI SABAH

kredit kepada Ir Jebat Modern (sumber asal info) 

BISMILLAHI ALLAHU AKBAR 

Kita nak tengok lar apa CEC Dapigs nak ambil tindakan ke atas salah seorang puaknya di Sabah yang didapati bersalah oleh Kota Kinabalu Native Court menyamar dan menipu taraf pribumi Sabah. Berikut adalah laporannya di petik dan di ambil daripada akaun fesbuk Ir Jebat Modern :-

TIPU DAN MENYAMAR SEBAGAI KAUM PRIBUMI SABAH - PENGERUSI DAP SABAH TURUT TERLIBAT SAMA !!!
Demi tamakkan tanah dan mahu membolot kekayaan hasil bumi Sabah, ada pihak yang menipu sijil pribumi mereka. Dan semalam, SPRM telah bertindak dan menangkap beberapa orang daripada mereka turut ditangkap.
Seluas 2,000 hektar tanah yang diperuntukkan untuk Bumiputera di Pantai Timur Sabah dan RM10 juta yang dibeli oleh bukan-Bumiputera dalam Amanah Saham Bumiputera, telah dibekukan oleh SPRM. (RUJUK SINI) TAnah dan saham ASB itu telah dibeli dengan menggunakan sijil pengakuan pribumi palsu atau Sijil Anak Negeri. 14 orang individu telah dikenalpasti.
Berita ini, langsung tidak mendapat perhatian daripada Lim Kit Siang. Tidak disebut langsung oleh DAP mahupun mereka yang banyak bercakap tentang ketelusan, kejujuran dan anti penyelewengan.
Menariknya, salah seorang daripada mereka yang terlibat adalah Pengerusi DAP Sabah yang juga merupakan Ahli Parlimen Kota Kinabalu yang cukup terkenal dengan penentangannya terhadap pembinaan sebuah masjid. Masjid disifatkannya sebagai punca segala masalah kerana bising pada waktu subuh dan menyesakkan jalanraya pada hari Jumaat.
Sijil Anak Negeri milik Jimmy Wong telah ditarik balik pada September 2012 pada ketika dia masih lagi seorang ADUN Sri Tanjung. Sebelum itu, kesahihan Sijil Anak Negerinya telah dipersoalkan dalam sidang DUN.
Akhirnya sebuah lembaga penyiasat yang dilantik telah menarik balik Sijil Anak Negeri Jimmy Wong.
Jimmy Wong mengaku sebagai Sino-Kadazan. Sedangkan jalur keluarganya langsung tidak menunjukkan setitik darah Kadazan pun dalam tubuhnya memandangkan kedua-dua ibu bapanya adalah Cina sepertimana yang terdapat dalam sijil kelahirannya.
Itulah yang DAP kecohkan sangat... pasal kesamarataan, pasal meritokrasi kononnya tetapi hakikatnya keinginan besar mereka untuk menguasai Sabah dan Sarawak adalah tanahnya. Mereka sanggup berbuat apa-apa sahaja, hatta menipu Sijil Anak Negeri.
Hairannya, DAP juga yang begitu hebat mendakwa mereka adalah parti berbilang kaum. Bila dah parti berbilang kaum, mereka seharusnya ada jati diri dengan setiap anggota dalam parti itu tidakperlu menyamar sebagai kaum lain semata-mata kerana mahu membolot tanah dan peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan kepada Bumiputera.
Kah kah kah , itu ler sapa suruh percaya pepuak mendiang dapigs lagi ?

Itu baru sikit je.... kalau di bongkar lagi, lagi banyak penyelewengan dan salah laku puak mendiang dapigs ini di mana-mana saja.

Inilah puak yang Bajet Suci tapi sebenarnya terpalit dan penuh dengan hipokrasi, cauvinistik dan penipuan kepada orang ramai.

BULAN MADU 18 BULAN & RESTORAN 24 JAM.



Kesemua bahan kredit kepada rakan fesbuk tuan peguam Ahmad Shuaib & Dato Roslan Latiff.


BISMILLAHI-ALLAHU AKBAR 

Bila seorang menteri dari JPM memaklumkan cadangan nak tutup restoran 24 jam, maka melalaklah dan bertempik sekelian berok & siamang dalam hutan kutok Najib. 

Bila MKT UMNO putuskan agar pemilihan ditangguhkan selama 18 bulan, maka sekali lagi melalaklah & bertempiklah sekelian berok & siamang dalam hutan kutok Najib. 

Kenapa ambe gelarkan mereka sebagai berok & siamang dalam hutan? Kerana mereka ada otak tapi akal insani dan nafsu insani takde. 

Kerana apa ambe katakan mereka tidak mempunyai akal insani & nafsu insani ? Sebab mereka hanya mencari-cari kesalahan dan keburukan oranglain dan membawa Budaya Pecah-Belah melalui adu-domba. Hukum rimba menjadi pegangan mereka. 

Sahidan Kasim tak salah sangat dalam hal memaklumkan kepada orangramai selaku pemberitahuan mengenai cadangan menghadkan masa operasi restoran 24 jam. Itu tugas beliau selaku menteri yang diberikan tanggungjawab. Beliau sekadar melaksanakan tugasan beliau. Nak hentam pun kasi lah solusi lain. Jangan hentam keromo peribadi beliau waima ambe pun tak berapa setuju dengan beliau dalam banyak perkara.

Seperkara lagi, cadangan tu bukan datang daripada beliau. Cadangan itu datang daripada Majlis Sosial Negara. Beliau cuma membuat makluman umum. Kat situ kenalah beri beliau Sahidan Kasim Manafaat Keraguan (Benefits Of the Doubt).

Akhirnya DS Najib memberikan jaminan bahawa cadangan itu akan dibatalkan berdasarkan kepada status beliau di media sosial. 

Berkenaan dengan keputusan MKT UMNO menangguhkan pemilihan selama 18 bulan pula, apa masalahnya pun? Jika benar pepuak arwah Tun M mengaku mereka adalah Pejuang Kebenaran dan suara arwah Tun M itu 'Suara Rakyat' (rakyat gak di jual) apa nak bising pun pasal penangguhan pemilihan selama 18 bulan? 

Pada masa arwah Tun M, UMNO LAMA diharamkan terus ! Ni mujurlah pada masa Najib, pemilihan ditangguhkan selama 18 bulan. Honeymoon je la selama 18 bulan. Nak kecoh pasaipa? Penangguhan pemilihan tu beri manapaat kepada semua pemegang jawatan yang sedia ada termasuklah pepuak memusang arwah Tun M. 

Penangguhan itu pun beri manapaat kepada kesemua ahli UMNO & kepada Melayu Pribumi. Sekurang-kurangnya, boleh dielakkan banyak pertelagahan dan adu domba yang sia-sia semasa pemilihan. 

Lagipun, MKT UMNO bikin keputusan setelah ambilkira dan pertimbangkan kehendak akar umbi dalam UMNO. 

Memang tipikal lah bagi pepuak memusang berjanggut nak melalak bertempik dan melolong sebab takde peluang nak adu domba dan pecah belahkan UMNO. 

Sekarang ni ambe selaku Melayu Pribumi Ori nak tengoklah sejauhmana kekuatan memusang arwah Tun M selama 18 bulan ini. Samada fitnah adu domba mereka masih mampu nak menipu dan membohongi rakyat atau mereka sendiri akan di makan fitnah-mehnah adu domba mereka sendiri. 

Barulah padan muka memusang puok arwah Tun M cam puok PASMA, dapigs & PKR yang kini sesak napas sebab PR dah masuk jirat. Mengagau semua memusang politik sekarang neyh. 

Mana larat Kartel arwah Tun M nak sponsor gerakan jatuhkan Najib selama 18 bulan lagi. Pokai depa. Perkara yang sama jugak akan berlaku ke atas PASMA dan DAPIGS serta PKR. Mana larat pemberi dan penaja mereka nak taja mereka kekalkan sebuah 'Kerajaan PR yang dah Mendiang'. 

Lazimnya, mana-mana gerakan adu-domba dan gerakan fitnah-mehnah yang bertebaran akan memusnahkan dan membinasakan kembali pihak yang melakukannya. Contoh paling jelas , lihat apa berlaku kepada Mendiang Pakatan Rakyat sekarang. 

Sekali lagi ambe tegaskan di sini, apajua tak puashati arwah Tun M kepada Najib, sepatutnya arwah Tun M setelkan secara diam-diam, secara anak-beranak dengan Najib dan bukan dengan cara menghasut secara terbuka mengajak oranglain yang takde kena mengena turut menyerang Najib. 

Tak ke itu menunjukkan betapa busuknya hati arwah Tun M neyh ? Buka lah mata hati dan mata aqal serta mata fikir luas-luas. 

Sedangkan arwah Tun M mempunyai akses terus kepada Najib dan setel secara diam-diam. Ambe tak percaya langsung apajua alasan & justifikasi yang arwah Tun M berikan kerana pada ambe, track rekod beliau pun tak bersih pun sepanjang 22 tahun. 

Bak kata satu prinsip perundangan, ' Yang Minta Keadilan Mestilah datang Dengan Tangan Yang Bersih' " He Who Seeks Equity Musk Come With Clean Hands' . Tangan arwah Tun M tak bersih pun sama lah dengan tangan-tangan pepuak dapigs, pkr dan PASMA serta PAS. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...