Ahad, 14 Ogos 2016

THE 5 OTAK-OTAK IN THE MAT BUNGA'S MAHATHIR BIRTHDAY PARTY.

Otak-otak Memang Sedap Di Makan 


Bismillahi 
Assalamu'alaikom 

Tajok pada hari ini ialah menu Otak-otak. Bukan dari Johor bukan dari Kay El tapi dari Benua Tanah Sindhi. Tak pasti sejarah resipi Otak-otak ini tapi dipercayai bermula dari armada Alponso Terbuka kaki semasa tewas melawan angkatan laut Melaka di bawah Orang Selat dulu. Maka, setelah membuat bedah siasat kekalahan, Alponso Terbuka-Kaki sedar bahawa angkatannya kekurangan vitamin otak-otak. Barulah Alponso Terbuka-kaki meminta tukang masak kapal nya mencari resipi untuk vitamin otak-otak yang di tiru bulat-bulat dari satu resipi di Tanah Tausug, 

Di atas itu hanya cerita dongeng pasal Otak-otak dan kaitannya bagaimana angkatan Alponso Terbuka-Kaki mampu menawan Kota Melaka tapi gagal menawan empayar Melaka.

Bila dikaitkan dengan pergerakaan Parti Mat Bunga Mahathir pada hari ini, beliau sedar beliau kekurangan vitamin otak-otak yang menyelerakan dan laris di pasar Ramadan. Beliau cuma minat makan popiah.

Beliau tahu popiah tak sehebat otak-otak yang penih berkhasiat berbanding dedak dan pisang Raja. Maka, bagi mengalahkan otak-otak produk BN, beliau menggunakan strategi pemasaran menghitamkan khasiat otak-otak. 

Beliau menyuruh semua tukang masak dan penjual pasar ramadan yang bersimpati dengan beliau memberitahu kepada pembeli, popiah beliau lebih sedap dan berkhasiat berbanding otak-otak. 

Bagi melakukan itu, beliau meminta pinjaman Ah Loong Bukit Beruntong ntah kat mana kerana kempen ini memerlukan banyak wang dan memakan masa selama 20 tahun. 

Beliau sedar tak boleh harapkan pasukan marketing beliau di Tanah Amarika sebab orang Amarika cuma tahu makan burger sahaja. Mana lah orang Amarika reti makan popiah dan otak-otak. 

Beliau turut meminta tukang-tukang masak terhandal di kalangan tukang masak Tanah Naga Main Bola menambah baik dan improvisasikan resipi popiah. Malah beliau turut mempengaruhi beberapa Tukang Hidang otak-otak di dapor BN supaya mensabotaj ramuan-ramuan otak-otak. 

Akhirnya, jejuak beliau menemukan ramuan terhebat yakni Herba Hibiscus yang terbokti mampu mengobati sakit kepala yang terok dan demam panas. Di tambah sikit dengan bahan kimia Botox bagi kesan awet muda sementara. 

Pokok pangkalnya, herba Hisbiscus mempunyai musim dan tak tahan lama. Baja yang diperlukan adalah mahal impot dari Amarika.

Buat masa ini, beliau tak mempunyai apa-apa dagangan bagi Barter Trade mahupun aliran tunai yang mencukupi. Beliau perlu melakukan pasaran secara berperingkat-peringkat untuk menampakkan otak-otak tak berkhasiat.

Begitulah kisahnya yang masih belum tamat tapi ada kesinambungannya nanti.

Terima kasih kerana anda begitu penyabar nak baca artikel ini sampai habis.

MAHATHIR MOHAMAD SUDAH CAPEK & NAJIB JAUH DI HADAPAN

Mahathir Sepatotnya Berehat & Enjoi Persaraan 

Bismillahi 
Assalamu'alaikom 

Mahathir Mohammad sudah penat tu. Umurnya pun sudah 91 tahun. Di usia emas matang seperti itu Mahathir sepatotnya berehat dan enjoi persaraannya sambil bernostalgia pencapaiannya.

Najib sudah jauh ke hadapan beliau (Mahathir). Beliau (Mahathir) sepatutnya mengakui bahawa beliau sudah kalah dalam perlumbaan dengan Najib. Kalah dengan polotik gentleman Najib. Kalah dengan kepintaran Najib berpolotik.

Mahathir tak perlu lagi mendengar dan terpengaroh dengan hasutan-hasutan para pendengki yang mahu melihat beliau mengaibkan dirinya sendiri dalam kekalahan kepada Najib.

1MDB bukanlah skandal sebaliknya hanya sebuah hasutan polotikal sahaja. Mahathir sepatutnya sedar bahawa segala strategi politikal beliau mampu di baca 100 langkah ke hadapan oleh Najib.

Mahathir patut bangga kerana akhirnya beliau mampu digantikan dengan seorang pemimpin seperti Najib meneruskan legasi-legasi negara ke persada dunia. Tindakan Mahathir mahu mengalahkan Najib adalah perbuatan sia-sia.

Mahathir tahu beliau takkan dapat mampu mengalahkan Najib. Beliau tahu keupayaan dan kekuatan Najib. Beliau juga tahu segala usaha murni Najib mahu melindungi beliau dan menutop segala kesalahan pemerintahan beliau.

Mahathir juga tahu Najib berada dalam polotik lebih lama daripada beliau sendiri. Pendekata, Mahathir tahu Najib seorang bijak berpolotik dan amat sukar untuk dikalahkan. 

Beliau juga tahu Najib mempunyai sokongan padu dan kuat daripada akar umbi dan rakyat. Beliau juga tahu apa yang beliau lakukan terhadap Najib hanya memperkukuhkan kedudukan Najib dan mengembalikan kepercayaan kepada Najib. 

Beliau tahu apa saja serangan terhadap Najib tidak sedikit pun mencalarkan dan melemahkan semangat dan moral Najib.

Beliau tahu beliau sudah tersilap perkiraan terhadap Najib sama seperti beliau tersilap perkiraan dengan Anwar Ibrahim.

Mahathir juga tahu Najib mempunyai semangat kental dan jitu dalam menghadapi apajua cabaran dan tidak mudah mengalah.

Mahathir tahu Najib mempunyai semangat sama seperti marhum Tun Abdul Razak. Dan Mahathir tahu Najib tahu segala dan setiap rahsia-rahsia sulit nya. 

Mahathir tahu Najib dah masak dan paham benar cara Mahathir dan penasihat-penasihat Mahathir bertindak dan berfikir.

Mahathir tahu Najib melakukan perkara-perkara dan tindakan-tindakan yang betul dan benar.

Mahathir tahu Najib tak bersalah dalam dalam sebarang fitnah-mehnah yang dilemparkan terhadap Najib.

Cuma Mahathir ini degil saja dan enggan mengaku kalah salah dan silap. Kerana selama ini beliau di bodek dan di puja melambong-lambong oleh pengampu-pengampunya.

Dan Mahathir amat tahu bahawa Najib akan menang akhirnya. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...