AL KISAH BUDAK PENGEMBALA KAMBING
DALAM GUDANG
(Punca Utama UMNO Di Benci Rakyat dan Melayu)
Seorang otai UMNO memberitahu hamba dalam sesi minum kopi campur teh tarik. Katanya, " Masalah UMNO ialah masalah Budak Pengembala Kambing Dalam Gudang"
Lalu Hamba bertanya, " Maksud To' Ayah?"
Sambil matanya merenung sayu beliau menjawab " Terlalu ramai yang tidak sepatutnya berada dalam jawatan diberikan jawatan. Ibarat budak pengembala kambing duduk dalam gudanglah. Apa yang dia tahu nak uruskan sebuah gudang?"
Sambil menghela nafas panjang beliau menyambung "Apabila kita memberikan amanah kepada yang tidak tahu akibatnya pekerjaan tidak sempurna. Bila pekerjaan tidak sempurna sudah tentu menimbulkan kemarahan rakyat. Bila ada kemarahan sudah tentu timbulnya kebencian"
Bila direnungkan kembali kata-katanya, Hamba bersetuju. UMNO menjadi lemah bukan kerana fitnah DAP, PAS atau PKR. Lihat sahaja semasa era Tun Dr Mahahtir. UMNO di sanjung dan dijadikan harapan semua bangsa baik tua atau muda. Hatta kebangkitan Reformasi pun tidak mampu menerjah UMNO.
Kata-katanya itu bersesuaian dengan kata Tun Dr Mahathir serta ucapan DS Najib dalam PAU 2011.
Seterusnya To' Ayah berkata " Jika budak pengembala kambing kembali kepada pekerjaan mereka dan menyerahkan kembali Gudang kepada Pengurus Gudang, UMNO akan menang lebih besar dalam PRU 13 dan rakyat kembali menyokong UMNO tanpa sebarang syak lagi."
Persoalannya sekarang adakah Budak Pengembala Kambing yang kini duduk dalam Gudang sanggup berkorban demi sebuah perjuangan tanpa balasan dan pengorbanan tanpa batasan? Masih belum cukupkah kekayaan dan kemewahan yang diperolehi semasa berada dalam Gudang? Hamba hanya tahu menghisap Gudang Garam Nusantara berwarna Merah Putih berharga RM3.50 bebas duti dari Langkawi sahaja.
TEPUK DADA TANYA IMAN!