Apapunlah oranglain hendak katakan mengenai DS Najib, bagi ambe, beliau berjaya melakukan sesuatu yang amat luarbiasa. Dalam keadaan di hentam tanpa henti sejak beliau menjadi Perdana Menteri, beliau mampu memacu negara ini. Bukan calang-calang pemimpin yang mampu melawan arus desakan dan kritikan dari semua pihak. Baik dari pihak musuh ataupun dari pihak dalaman sendiri.
Orang-orang yang dulu membodek Najib bagai nak rak, kini bagai nak gila pula mengkritik Najib. Dulu, bila ada orang yang mahu mendekati Najib, merekalah yang menjadi batu api memburuk-burukkan oranglain. Macam-macam cerita dongeng mereka jaja. Semata-mata nak 'rapat' dan tunjuk merekalah yang paling setia dengan Najib. Tapi lakonan tetap lakonan. Sampai bila boleh bertahan lama pun.
Orang-orang yang dulu membodek Najib bagai nak rak, kini bagai nak gila pula mengkritik Najib. Dulu, bila ada orang yang mahu mendekati Najib, merekalah yang menjadi batu api memburuk-burukkan oranglain. Macam-macam cerita dongeng mereka jaja. Semata-mata nak 'rapat' dan tunjuk merekalah yang paling setia dengan Najib. Tapi lakonan tetap lakonan. Sampai bila boleh bertahan lama pun.
Akhirnya, lakunan mereka terdedah sendiri. Banyak hikmah di sebalik keputusan PRU13 lalu. DS Najib bukanlah orang bodoh dan berfikiran cetek. Pengalamannya luas. Pandangannya jauh. Hatinya kepada rakyat. Kata-katanya jujur. Benar-benar ikhlas mahu membantu rakyat. Pemimpin yang baik selalunya di duga dengan ujian-ujian getir dan pahit. Tapi mampu di tanggung olehnya.
Melalui ujian-ujian dan dugaan-dugaan yang perit, dan getir sahaja mampu menguatkan semangat dan jatidiri pemimpin. Bukan semudah yang di sangka, untuk melawan puak-puak ektrimis DAP multi rasis dan anarkis PKR. Bukan calang-calang pemimpin mampu mengalahkan kedua puak tersebut. Kalau bukan kerana perancangan dan gaya kepimpinan DS Najib, sudah tentu pada hari ini ramai yang kehilangan 'periuk nasi' atau bertukar 'kolam'.
Pemimpin yang baik dan kuat biasanya bersendirian. Tapi Allah Ta'ala sentiasa bersamanya. Dan setiap kebaikan biasanya akan mengambil sedikit masa untuk nampak kebenarannya. Ini kerana Allah Ta'ala tu Maha Adil kepada semua makhluk-Nya. Pepatah dah kata, "Kemana kuah kalau tak tumpah ke nasi?". Ramai yang melupakan pepatah itu.
DS Najib menjadi Perdana Menteri, dan masih mampu membawakan kemenangan kepada Barisan Nasional, kerana Allah Ta'ala meletakkan beliau di situ. Adalah hikmahnya kenapa Allah Ta'ala memilih beliau, dari 29 juta penduduk Malaysia ini menjadi PM. Dan kita sentiasa di suruh bersangka baik kepada Allah Ta'ala. Bahkan dalam Al Qur'an disebutkan, apa yang kita fikir buruk kepada kita, sebenarnya ada banyak kebaikan didalamnya.
Sekarang ini ramai yang fikir keputusan PRU13 adalah keburukan kepada masadepan Barisan Nasional dan UMNO. Ambe lebih percayakan Allah Ta'ala. Apa yang nampak buruk sebenarnya ada banyak kebaikan. Nak jumpa kebaikan didalamnya, maka hendaklah kita berlaku baik dan bersangka baik. Bagi ambe, bumi Malaysia ini Bumi Bertuah dan keramat. Mustahillah, Allah Ta'ala meletakkan pemimpin yang tak bagus di Malaysia.
Setiap kejadian yang berlaku ada hikmahnya. Bagi mereka yang sentiasa di dorong oleh hawa nafsu, hijab hikmah kejadian tidak akan terbuka. Kesabaran dan istiqamah dalam niat dan perbuatan adalah kuncinya. Beruntunglah bagi mereka yang mengetahuinya.
Daripada kita bersengketa dan berbalah pendapat mengenai kejadian yang telah berlaku, lebih baik kita menyusun gerakan maju ke hadapan bersama. Selagi nyawa masih di badan, selagi itulah ada harapan dan sinar. Bila kita bersama menyusun gerakan, niscaya lama kelamaan akan tewas binasa juga, segala kebatilan dan kejahatan puak DAP cinabeng tongsan multi rasis dan anarkis PKR. Keduanya pun bukan KEBAL atau tak LUT.