Rabu, 29 Oktober 2014

TRAGEDI TANAH RIZAB MELAYU & HAK PEMILIKAN TANAH MELAYU - POLITIKUS KATA MEREKA DEWATA PEMILIK TANAH.

Hati Amat Sedih Melihat Melayu DI Layan Begini 

Mereka Bukan Penjenayah Tapi Mereka Pertahankan Kediaman Mereka.

Pada 1hb Febuari 1974, sewaktu arwah Tun Abdul Razak mahu menjadikan Kuala Lumpur sebagai sebuah kawasan Wilayah Persekutuan dan ibukota Negara, dan Sultan Selangor bersedia menyerahkannya; tidaklah mereka berdua mahukan perkara-perkara buruk berlaku ke atas Melayu yang berhijrah ke Kuala Lumpur dan penduduk asal Kuala Lumpur.

Namun setelah 40 tahun berlalu, kebanyakan kawasan-kawasan penempatan Melayu yang baru selepas 1969; satu persatu mula dirobohkan. Waima dinaikkan flat-flat PPRT, namun ianya tidak mencukupi dan tidak selesa bagi perkembangan dan pembinaan insaniyah.

Sebelum merdeka, semasa Tunku Abdul Rahman melakukan kesilapan menerima dan memberi kewarganegaraan kepada puak pendatang seramai 1 juta orang; Raja-raja Melayu memaklumkan kepada Undang Nan Empat mengenai hasrat Tunku Abdul Rahman. Maka, diperbuatkan oleh Undang Nan Empat satu persetiaan yang kemudian dinamakan WASIAT 7 RAJA-RAJA MELAYU. Persetiaan ini tetap terpakai sehingga kiamat dunia. Tidak boleh diubah walaupun satu huruf. Jika di ubah maka hukuman daripada Allah Hu Ta'ala akan sampai kepada puak yang ingkar dan mungkir. Dan itu sudah pun berlaku.

Antara lain, dimasukkan mengenai Pemilikan Tanah dimana 50% tetap dirizabkan kepada Melayu termasuklah segala gunung-ganang, bukit-bukau, kuala Sungai, Lembah, sungai dan tasik. Tapi, bukit yang pertama terlepas dari pemilikan Melayu ialah Genting Highlands. 

Kini, diketahui bahawa selepas 57 tahun merdeka, tanah rizab Melayu hanya tinggal 12% sahaja. Semasa FELDA ditubuhkan, dimana Melayu diberikan 10 ekar tanah untuk diteroka, pemilikan tanah rizab Melayu meningkat. Bila, berlaku 'Dawn Raid' maka sempurnalah sikit pemilikan tanah kembali ke dalam penguasaan pentadbiran yang diterajui oleh politikus Melayu. 

Keadaan itu menjadi terbalik dan gostan apabila setelah tak mampu nak menangkis serangan puak pembangkang, pentadbiran Pak Lah dan Najib membuka semula pemilikan-pemilikan kepada korporat-korporat yang didalangi kapitalis-kapitalis kaum pendatang puak NWO.

Salah satu mangsa kapitalis NWO ialah para penduduk Kampung Chubadak di Sentul. Oleh kerana undang-undang tanah negara menetapkan bahawa pemilikan tanah terletak kepada pihak berkuasa negeri, maka tak nampaklah kapitalis NWO yang buat jahat. Yang kelihatan buat jahat ialah Pihak Berkuasa. 

Namun begitu, timbul juga persoalan, kenapa Pihak Berkuasa menerima cadangan dan pelan pembangunan daripada pihak kapitalis NWO? Maka, bilamana penentangan dan bantahan di buat, dikatakan menentang gomen. Walhal, yang dibantah dan dilawan bukan gomen tapi pihak kapitalis NWO.

Memang rakyat Melayu musykil dan masyghul, kenapa Pihak Berkuasa, pegawai-pegawai DBKL, Kementerian, Menteri serta politikus Melayu sanggup bersyubahat dan bersengkongkol dengan kapitalis NWO untuk ambil penempatan Kampung Chubadak. Kemanakah penduduk Kampung Chubadak nak pergi dan menetap?

Dan kenapa kepentingan kapitalis NWO diberikan perlindungan berbanding kepentingan penduduk penempatan Kampung Chubadak?

Dan kenapa Pihak Berkuasa tidak memberikan sahaja pegangan hakmilik tanah lot kepada penduduk Kampung Chubadak selama ini? Tidakkah itu akan membuat mereka membayar Cukai Tanah dan Cukai Pintu kepada DBKL? Dan hilanglah apasaja 'Status Kependudukan' mereka di mata Pihak Berkuasa? Inilah yang dipersoalkan dan dipertikaikan. Takkan itu hendak dianggap sebagai 'Melawan Gomen'?

Kita bercerita mengenai HAK PEMILIKAN TANAH bagi orang MELAYU. Bukannya kita bercerita mengenai Hak Pemilikan Tanah bagi warga asing. Sedangkan warga asing melalui syarikat-syarikat EXPATRIAT boleh pulak memiliki aset-aset dan tanah. Kenapa MELAYU tak diberikan HAK YANG SAMA?

Penempatan Setinggan mula bercambah selepas tragedi 13 Mei 1969 bagi mengimbangi jumlah penduduk bukan Melayu di Kuala Lumpur. Malangnya, usaha berkenaan menyebabkan berlakunya gerakan mahasiswa pada tahun 1974 yang melihat penempatan setinggan dirobohkan. Kita boleh bacalah permainan dan strategi siapa sebenarnya dan dalang utama perobohan penempatan setinggan di atas nama Pembangunan di atas hujah 'Nak Tambah Pendapatan Melalui Cukai Tanah & Cukai Pintu' kepada DBKL.

Permasalahan penempatan Melayu di Kuala Lumpur sepatutnya diselesaikan dengan cara Pemberian Hakmilik Tanah Lot kepada mereka. Dan bukannya dengan menerimapakai cadangan-cadangan dan pelan-pelan pembangunan korporat-korporat NWO yang memang bencikan Melayu ada di Kuala Lumpur. 

Melayu tak nak PPRT, Melayu nak Hakmilik Tanah Lot di Kuala Lumpur. Kenapa tak nak beri Hakmilik Tanah Lot kepada Melayu di Kuala Lumpur? Dan kemudiannya dirizabkan sebagai Rizab Melayu?

Sepatutnya, 50% keluasan tanah di Lembah Kelang dirizabkan sebagai Rizab Melayu dan Melayu diberikan pegangan Hakmilik Tanah Lot seluas setengah ekar. Ini adalah Hak Yang Termaktub di dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Seharusnya, sudah dimulakan semula Penstrukturan Semula Pemilikan Tanah di Kuala Lumpur. Di mana pemilikan hartanah melalui Pegangan Hakmilik Strata dikaji semula. 

Manakala, mekanisma harga bagi penjualan hartanah di Kuala Lumpur ditetapkan dan diikat pada satu kadar yang Mampu Beli dan bukan Mampu Tengok. Harga hartanah di Kuala Lumpur sepatutnya ditetapkan dibawah RM200,000.00 sahaja.

Seperkara lagi, pihak perbankan pun amat cemburu dan hasad dengki terhadap pembeli-pembeli hartanah. Mereka enggan memberikan kerjasama yang baik dan bersikap prejudis serta diskriminasi terhadap pembeli-pembeli Melayu.

Politikus Melayu gagal membasmikan amalan-amalan prejudis dan diskriminasi terhadap peniaga dan pembeli Melayu dikalangan korporat dan perbankan yang dikuasai kaum pendatang.

Kita boleh melihat dengan amat jelas amalan-amalan diskriminasi dan prejudis diamalkan dengan bebas oleh kaum pendatang disemua sektor industri dan ekonomi dalam sektor swasta. 

Perkara itu sentiasa didiamkan oleh Politikus Melayu setiapkali dibangkitkan oleh MELAYU. Kenapa hendak mendiamkan suara-suara Melayu yang mahu amalan-amalan itu dihapuskan?

MELAYU hanya mahukan Hak-hak mereka dan tidak mahu Hak-hak kaum pendatang. 

MELAYU juga mahu Hak-hak yang sikit tinggal itu tidak lagi diberikan kepada mana-mana pihak.

INILAH CABARAN BUAT POLITIKUS MELAYU YANG SETIAPHARI KATA MEREKA ADALAH DEWATA PEMILIK TANAH YANG TIDAK MEMPEDULIKAN PEMILIKAN TANAH MELAYU. JIKA MEREKA GAGAL DAN TERUS BERDIAM DIRI, MAKA KEMURKAAN DAN HUKUMAN DARIPADA ALLAH HU TA'ALA MENIMPA MEREKA DAN SELURUH KETURUNAN MEREKA.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...