Rabu, 21 November 2012

ALAMAK! PKR LUBUK KAWAH SUDAH HANTAM ANWAR IBRAHIM @NajibRazak

 
(klik pautan untuk ke artikelnya yang berkenaan)

Berikut ialah sajak yang di petik daripada blog Hj Suhaimi Said seorang otai dalam politik yang kini berkecil hati dengan pkr . Ya la .. siapa kata pkr mengutamakan cacai dan jentera mereka pun? Apa-apa pun jom kita baca sajak sindirian Hj Suhaimi Said kepada pkr dan Anwar Ibrahim bertajuk AKULAH ORANG YANG PALING HEBAT.
 
 
Akulah orang yang paling hebat
apa kerja pun aku tak perlu buat
kalau bercakap akulah orangnya
yang amat pandai dan berdarjat

Aku tahu seribu satu ilmu
nak cakap tentang dunia
akulah yang paling tahu
nak cakap tentang akhirat
akulah ulamaknya
bahkan nak cakap fasal perempuan
aku jugalah ular dalam semaknya

Siapa boleh lawan aku
bukankah aku seorang intelek
aku ada setempeket
kerja aku bukan menoreh getah
kerja aku bukan menyadat sawit
kerja aku bukan di kebun pisang
kerja aku bukan di ladang gersang
kerja aku bukan menangkap ikan di sungai
aku orang yang hebat amat-amat
aku menulis di akhbar-akhbar
aku berucap di pentas politik.

Siapa tak kenal aku
Akulah yang bersama Dato Seri Anwar Ibrahim
Dato Seri Anwar  sentiasa menghubungi aku
ditengah malam dia mahu check aku dah tidur ke belum
akulah orang yang paling digemari oleh Anwar
akulah pilihan Anwar, no less!

Tanpa aku perjuangan di kawasan ini tidak bermakna
tak usah ganggu gugatlah aku ni
aaku ada sumpah keramat
aku tak perlu kepada kawan yang ramai
tak perlu aku kepada jentera
apa guna banyak bendera
bukan bendera atau poster yang mengundi aku
rakyat seluruhnya di belakang aku
aku manusia pilihan kerana aku hebat
tanpa aku siapa lagi?

Ini bukan gurindam anak kampong
ini bukan gurindam anak tani
ini bukan gurindam anak nelayan
ini bukan gurindam anak pekerja
ini bukan gurindam anak kakitangan kerajaan
ini bukan gurindam anak polis
ini bukan gurindam anak tentera
ini bukan gurindam anak bomba
ini bukan gurindam anak rela.

Ini gurindam pejuang negara
manusia terpilih yang tidak ada galang gantinya
Akulah orangnya!
Akulah manusianya!
Amboihai, hebatnya AKU!

haji suhaimi said
10.11.12
baitul fath, kg batu 4,
jalan maran, temerloh,
pahang.
 
 kah...kah...kah...kah.....

KELEBIHAN & KEMEWAHAN IBU KANDANG PKR BERNAMA ZURAIDA.

 
 
IBU KANDANG INI dilahirkan di Sumatera. Akibat desakan hidup, ibu kandang ini di bawa berpindah ke Singapura pada masa Singapura masih berada dalam Malaysia. Selepas perpisahan Singapura dari Malaysia, famili ibu kandang ini memutuskan untuk menetap di Malaysia. 
 
Belaiu bermula sebagai penjual buah-buahan. Hanya mempunyai sebuah kereta jenis myvi. Semuanya itu berubah mendadak bila beliau dicalunkan oleh pkrngok di Ampang dan menang. Setelah empat tahun bergelar YB, kehidupan ibu kandang itu berubah sekelip mata. 

Dari Myvi kini ibu kandang berkenaan adalah pemilik tiga buah kenderaan termewah di pasaran:-
1. Volvo XC90 2.5T
2. Toyota Hilux Double Cam 2.5 AT
3. Mercedes Benz E240

Ini baru empat tahun menjadi YB. Kalau dilanjutkan lagi sepenggal agak-agak kilang Mercedes, kilang Toyota dan kilang Volvo pun beliau mampu memiliki saham. Agaknya lah kan. Kira hebat lah pemimpin pkr dan pakatam ahzab. Dalam empat tahun mampu merubah nasib mereka dari melarat ke jutawan.

Begitu licik pemimpin pakatam ahzab menipu rakyat. Kasi rakyat marah kepada UMNO/BN supetul-betul depan mata rakyat depa dok rompak sana sini. Dalam kerakosan dan kerasokan mengumpul harta segera dan mengekalkan kekuasaan, pemimpin pakatam ahzab sanggup melakukan apasaja seperti orang yang tengah mabok todi haram. Habis semua di hadapan mereka langgar je. 

Pemimpin pakatam ahzab sudah tak kenal halal dan haram lagi. Bagi pemimpin pakatam ahzab apa yang terpenting buat mereka ialan pengumpokan harta kekayaan peribadi. Peduli apa pemimpin pakatam ahzab kepada rakyat. Rakyat bagi pemimpin pakatam ahzab ialah barang mainan dan hamba abdi mereka untuk mencapai hasrat dan matlamat peribadi mereka.

Negara nak jahanam ka,
Bangsa nak jahanam ka
Agama nak masuk longkang ka,
Pemimpin pakatam ahzab tak peduli itu semua asalkan depa kaya-raya dan mampu perhambakan rakyat selama mereka mampu.

Tolong sedar lah rakyat !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...