Jumaat, 4 Mac 2011

N 27/28 - PERMAINAN BROKER POLITIK: Barua Dalam Sekam.


1. Berapa ramai yang sedar tentang kewujudan BROKER POLITIK di Malaysia? Dan siapakah BARUA-BARUA mereka ? JS sendiri menyedari kewujudan kelompok ini sejak sekian lama. Mereka amat berbakat dalam memainkan watak-watak mereka. Di depan mata kita, pijak semut, semut tak mati. Di Belakang kita, gajah pun mereka panggang dan bakar.

2. Apakah MODUS OPERANDI mereka? JS tidak mahu mengulas lebih panjang dan lebar. Secara ringkas dan umum, mereka akan berbaik dengan semua pihak. Sepanjang tempoh JS terlibat dalam politik, JS mempunyai pengalaman tersendiri sejak era 1980an bermula dari AL JUBURI masuk UMNO.

3. 1980 - 2011, 1 tempoh yang begitu panjang, rata-rata kader-kader muda broker politik berumur dalam lingkungan 30an yang lahir dalam tahun 1980an dan mula direkrut pada tahun 2008- 2011 dan masih berterusan. Pelapis mereka dalam julat umur 20an dilatih dan diberikan pendedahan secara berperingkat-peringkat sehinggalah jatidiri dan halatuju politik mereka mengikut acuan  yang dikehendaki. 

4. Rangkaian bos-bos mereka pula terdiri daripada otai-otai lama politikus yang mula mengambil kem masing-masing sejak wujudnya TIM A dan TIM B. SEMANGAT 46, serpihan PKR, dalam PKR, dan mengwujudkan rangkaian dalam PAS.

5. Pada waktu Al Juburi dilepaskan dari Penjara Sg Buloh, ramai yang tertanya-tanya dan persoalan itu semakin mengecil sejak kebelakangan ini. Itulah FASA KE 2 dalam pergerakan BROKER POLITIK. Semasa era Tun Dr Mahathir, Broker Politik ini menjadi lumpuh tapi masih bergerak dalam kumpulan kecil di dalam PARTI KEADILAN NASIONAL.

6. Apakah matlamat dan pergerakan mereka seterusnya ? Nanti JS sambung kerana dalam PRK KERDAU dan MERLIMAU ini kelompok tersebut semakin risau dan resah kerana pergerakan mereka sudah diketahui. Kita lihat nanti bagaimana mereka hendak mengekang pendedahan mengenai mereka. Pastinya mereka akan melakukan PEMBUNUHAN KAREKTER terlebih dahulu. 

7. Tidak sukar untuk mereka melakukannya, pada pendapat mereka, tapi mereka adalah mahkluk dan sebagai mahkluk sudah tentu mereka tiada upaya dan kekuatan untuk mengatasi TAKDIR ALLAH SWT.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...