Selasa, 1 Januari 2013

2013 - BERAKHIRNYA ERA SASAULISMA DI MALAYSIA POREBER.

TIADA GAMBAR. 

Bila tahun 2012 melabuhkan tirainya serta kegagalan usaha puak dap pkr pas dalam ritual satanik mereka di ambang 2013 , timbul satu kesedaran dalam lubuk hati.
Jadi Hamba nak kongsikan bersamalah.
Hamba benar-benar yakin dan percaya bahawa tahn 2013 ini adalah tahun berakhirnya perjuangan sasaulisma-komunisma-militanisma (Syiah, Khawarij, Muktazilah, Plural, Liberal, Demokrat).
Setakat para macai dan cacai mereka menyalak-nyalak itu perkara biasa.

Hj Hadi ana-konar-da sejam sudah terkedu nak mengulas dan mengelak mengenai Amanat nya Sendiri.
Satu perkara Hamba nak kongsikan di sini.
Amanat Hj Hadi timbul semasa negara meraikan kejayaan PNB menguasai saham Guthrie pada tahun yang sama. 
Anda boleh lakukan kajian sendiri mengenai tarikh-tarikh berkaitan.
Pada masa itu juga Anwar Ibrahim join UMNO. 
Agak anih kerana Anwar Ibrahim membiarkan saja Amanat Hj Hadi itu tanpa sebarang negosiasi di balik tabir agar Hj Hadi menarik semula Amanat tersebut.
Hamba yakin Anwar Ibrahim dan Hj Hadi memang bersengkongkol dah lama sejak 1981 lagi.
Objektif mereka cuma nak berkuasa saja. 
Menurut sumber yang dipercayai, mereka berdua sudah lama merancang untuk menguasai parti UMNO, PAS dan memarginalkan pengaruh parti-parti politik lain.
Mereka mahu memastikan tiada saingan bila mereka berkuasa penuh nanti. 
Perancangan mereka seringkali gagal dan menemui jalan buntu. 

Kenapa Hamba yakin perjuangan sasaulisma-komunisma-militanisma dap pkr pas berakhir pada tahun ini?
Budaya masyarakat Malaysia menolak sebarang corak dan bentuk provokasi melampau .
Masyarakat Malaysia juga jenis 'mengalah' dan suka memaafkan. 
Kemarahan rakyat Malaysia pada 2008 disebabkan oleh tiada penampan dan pemampan seperti sekarang.
Kini, hasil perjuangan fesbuker, twitter dan bloger pro umno/BN beserta parti-parti komponennya berjaya menyekat fitnah-mehnah pas dap pkr.

Ini di bantu dengan polisi-polisi yang memberikan gambaran BN/UMNO melakukan perubahan bersesuaian dengan kehendak dan aspirasi rakyat jelata. 

Lama-kelamaan selama empat tahun neyh, rakyat sendiri menilai dan membaca semua pendapat yang pro dan kontra. Mampu memperolehi maklumat daripada kedua belah pihak dalam satu isu yang sama. Mula-mula memang lah tak nampak kesedaran lagi. 
Bila momentum mula terbina dari pelbagai gelombang barulah pada hari ini kita melihat hasilnya.
Di mana masyarakat sudah mula menilai semula dan tidak lagi mempercayai bulat-bulat apa yang dilemparkan oleh macai dap pkr pas terhadap BN/UMNO. 

Segala topeng dan penyamaran dap pkr pas dan wajah sebenar mereka sentiasa didedahkan,
Hipokrasi mereka turut disebarluaskan.
Rakyat mula berfikir.
Rakyat mula sedar.
Rakyat dah muak dengan hipokrasi dan pembohongan dap pkr pas. 
CAKAP TAK SERUPA BIKIN

Sebab itulah berakhirnya era sasaulisma dap pkr pas di Malaysia untuk selama-lamanya.

MANDAT 60 BULAN CUMA JADI 20.276 BULAN SAHAJA.

TIADA GAMBAR.

Jika anda hendak tahu apa perkembangan yang berlaku di Dataran Merdeka pada waktu ini sila layari blog Cucu Tok Selampit dan The Flying Kick. 
Hamba malas nak melayan ritual-ritual satanisma puak dap pkr pas yang terlalu primitif dan terkebelakang. 
Memandang pusingan baru bumi mengelilingi matahari bermula sekali lagi, jadi eloklah kita membicarakan perkara-perkara yang mampu membawa kita ke hadapan melangkaui batas sempadan masa dan angkasa barulah boleh kita menjadi PERKASA. 

Tidak dinafikan dalam 2013 kemungkinan besar PRU 13 diadakan memandangkan mandat PRU 12 akan berakhir pada bulan Mac 2013. 
Apakah garis panduan yang perlu kita pertimbangkan sebelum memilih mana-mana pihak untuk memegang mandat selama lima tahun mentadbir negara?
Sudah tentu kita memerlukan satu garispanduan bebas yang tidak terikat dengan mana-mana dogma dan propaganda mana-mana pihak yang bersifat politik dan kepartian semata-mata.
Kita lupakan sebentar semua slogan-slogan daripada semua pihak.
Sekarang kita ambil pendekatan yang bebas pengaruh.
Kita gunakan MATEMATIK MUDAH.
Jom kita mengira.
Tapi pengiraan ini , of course lah akan mengabaikan beberapa faktor bagi memudahkan pengiraan.
So, ianya bukan muktamad sekadar memberikan satu gambaran alternatif untuk mencetuskan satu kesedaran yang seringkali kita alpa dan abaikan.
Beberapa andaian generalisasi digunakan. 
But we need something to start off with from a viewpoint. 

Baiklah kita mulakan dengan tempoh masa lima tahun.
5 tahun bersamaan dengan 60 bulan.
Tempoh masa ini sama dengan tempoh pembayaran balik pinjaman kereta. 

60 bulan bersamaan lebih kurang 240 minggu
240 minggu bersamaan dengan 1,825 hari.
1,825 hari bersamaan dengan 43,800 jam.

Kurang lebih mandat lima tahun bersamaan dengan 43,800 jam. 
Itulah jangkahayat bagi mana-mana pihak yang dapat mandat dalam PRU 13 nanti. 
Dan itulah juga jangkahayat bagi mandat PRU 12. 

Bolehkah kita mengira jam bekerja pula bagi bakal ADUN dan AHLI PARLIMEN dalam jangkahayat mereka memegang mandat rakyat selama 43,800 jam?

Mengambilkira dalam satu hari, manusia hanya mampu bekerja 8 jam sahaja, tidur 8 jam dan 8 jam untuk aktiviti-aktiviti lain, kita memperoleh pengiraan di bawah ini. 
Dalam pengiraan ini kita mengabaikan cuti umum dan cuti minggu.

JAM BEKERJA.
8 jam sehari x 1,825 hari =  14,600 jam bekerja. 
seterusnya, 
14,600 jam bekerja / 24 jam = 608.3 hari.
seterusnya, 
608.3 hari/30 hari = 20.77 bulan
seterusnya 
20.77 bulan/12 bulan = 1.68 tahun. 

Kesimpulannya: bagi mandat lima tahun , semua ADUN & AHLI PARLIMEN berkhidmat hanya selama 1.68 tahun sahaja yakni kurang lebih satu perlima dari lima tahun. Tak sampai pun dua tahun ! 

Berdasarkan kepada MATEMATIK, mandat lima tahun hanya dimanafaatkan selama 1.68 tahun sahaja manakala bakinya 3.32 tahun kira rakyat beri free je la kepada ADUN & AHLI PARLIMEN jika ADUN & AHLI PARLIMEN hanya bekerja 8 jam sehari sahaja selama lima tahun punya mandat. 

Jadi berdasarkan kepada MATEMATIK tadi sekurang-kurangnya kita mempunyai gambaran kasarlah siapa yang hendak kita pilih kan?
Kalau kita pilih mereka yang kuat tidur macam dalam gambar ini ....


bermakna mereka telah 'mencuri' dan mengurangkan lagi jumlah 1.68 tahun tersebut. 
Maka mereka dikategorikan dalam MENIPU.
macam puak anti Lynas menipu mengenai MOGOK KENYANG mereka.

BN menawarkan kepada anda bakal ADUN & AHLI PARLIMEN :-
1. Bebas rasuah
2. Bebas bankrupsi 
3. Inklusif
4. Bertenaga dan berdaya saing.
5. Bukan kaki tidur atau kaki ponteng buat kerja !
6. Mampu bekerja lebih dari 8 jam sehari.

Kini anda mempunyai satu garispanduan yang bebas.
Dan anda sendiri tahu bagaimana hendak mempelbagaikannya agar anda dapat menafaatkan sepenuhnya perkhidmatan ADUN & AHLI PARLIMEN yang bakal di berkhidmat dalam batasan 1.68 tahun waima diberikan mandat selama lima tahun. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...