TPM TSMY, PERASMIAN perhimpunan 3 SAYAP.
Semalam malam kat PWTC, hari Selasa 25/11/2015, telah berucap panjang dan lebar selama 3 jam di hadapan perwakilan 3 sayap UMNO BARU.
Semalam malam kat PWTC, hari Selasa 25/11/2015, telah berucap panjang dan lebar selama 3 jam di hadapan perwakilan 3 sayap UMNO BARU.
- Tajuk ucapan beliau ' Merekayasa Perubahan Mendepani Masadepan' (jika masih relevan). 61 perenggan dengan tajuk kecil dimulai dengan:-
(i) Sejarah Perjuangan UMNO,
(ii) Cabaran Perubahan Zaman :-
a) Memperteguh Kedudukan Istimewa Melayu dan Bumiputera
b) Agenda Ekonomi Bumiputera dan Merapatkan Jurang Ketidaksamaan Adalah Agenda Nasional,
c) Memperkukuh Manhaj Wasatiyyah Dalam Menangani Cabaran Dan Ancaman Terhadap Islam
d) Pendidikan Sebagai Wahana Kemajuan dan Perpaduan Nasional
(iii) Persepsi Orang Muda Terhadap UMNO
(iv) Harapan Orang Muda Terhadap UMNO
(v) Merekayasa Perubahan - TSMY dalam ucapannya telah dapat menggarap kenyataan hakiki dan keluh-kesah kaum majoriti 67.4% di negara ini. Beliau telah berjaya mengenalpasti masalah-masalah sosial dan cabaran semasa ekonomi Melayu dan Bumiputera.
Akhirnya kita dapat juga mendengar 'Suara Perjuangan UMNO' yang sebenarnya. - Adalah benar, selepas 23 tahun DEB dimansuhkan; jurang ketidaksamaan dalam kek ekonomi semakin membesar dan bukan mengecil. Faktor utamanya ialah kerana serangan ekonomi liberal dan sikap puak swasta mengamalkan diskriminasi ke atas orang MELAYU di mana-mana jua.
- Amalan diskriminasi pihak swasta ke atas Melayu goes unchecked dan tak pernah pun di tengok-tengok dan di tegur-tegur. Bila Melayu komplen, mulut Melayu di gam dengan Pita Birokrasi dan sindiran sumpah seranah.
Takkan nak tunggu Melayu plak sumpah seranah semua pihak swasta. Itu bisa di atur dan di provokasi sampai pihak swasta rasa depa lebih teruk dari najis khinzir. - Ambe bersetuju bahawa Agenda Ekonomi Melayu merentasi kementerian, GLC (maksudnya sampai ke pelabur dan pihak swasta) tapi bagi ambe lebih baik PUNB dan MARA jadi TAIKO BUSAT, Telan semua kompeni swasta dan perbankan. Jadikan MELAYU RAJA EKONOMI. Apa nak pedulikan plak kaum cha? Kan depa dok kata depa handal dan boleh hidup di mana jua tanpa bantuan gomen.
- Berkenaan Kaum Muda plak, bagi ambe kaum Muda ini pun bakal jadi Dinosur Purba dalam perjalanan waktu dan masa. Sekarang memanglah mereka muda, esok lusa mereka jadi Dinosur Purba. Maka apakah sebenarnya sumbangan dan jasa yang diperlukan daripada mereka?
- Mudah sahaja, mereka perlulah menjadi matang dan penyambung warisan perjuangan Melayu dahulukala. Janganlah sampai sebab korang muda maka tiada ruang diberikan lagi kepada puak dinosur purba bersama korang. Jangan sampai gadaikan lagi semua prinsip perjuangan asal UMNO LAMA & BARU. Jangan bawa fahaman liberalisma dan pluralisma. Buktikan terlebih dahulu khidmat dan jasa korang kepada Melayu, Islam, masyarakat setempat dan negara. Jangan hanya sekadar mengharap kepada usia muda yang esuk lusa jadi usia dinosur purba.
- Majoriti pemimpin UMNO BARU baik yg bertaraf dinosur purba dan muda, mempunyai pemikiran lateral straight line. Mudah melatah. Dan mudah menjenamakan mana-mana sapoter sendiri yang mengkritik gaya kepimpinan mereka. Mereka gagal melihat di luar kotak selamat. Dan Sifat Rasa Bagus daripada orang lain memang tak boleh dipisahkanlah daripada mereka. Terlalu kecil dan sedikit di antara mereka yang benar-benar dapat memahami kondisi. Mereka tiada fokus dan tumpuan dalam pekerjaan.
- Kegagalan para pemimpin UMNO BARU di peringkat cawangan dan Bahagian ialah kerana sikap dan sifat mereka yang bersaing sesama sendiri. Mereka gagal untuk bekerjasama demi kepentingan agama, bangsa dan negara. Mereka melupai untuk hadir pada setiap waktu solat berjemaah dengan kariah pdm mereka. Bila kelemahan ini mereka mampu atasi, pengaruh polotikus PAS-PKR akan berjaya di kekang dan dineutralisasikan.
- Pemimpin dan saf kepimpinan UMNO BARU di peringkat Pusat, cawangan dan Bahagian masih belum mengamalkan sikap inklusif dan masih amalkan sikap ekslusif. Mereka tidak berinteraksi secara aktif dengan kumpulan sasaran dan kumpulan pengundi. Mereka amat jarang mengeteh dengan para penyokong serta pengundi mereka sendiri. Bila kelemahan ini mereka mampu atasi, mereka akan mampu dipercayai oleh orang ramai kembali.
- UMNO BARU bukan sahaja perlukan suntikan semangat dan bakat anak-anak muda baru. Mereka perlukan satu lonjakan paradigma menjadi lebih berilmu dan mengikis sikap elitis dan egositik mereka. Mereka perlu menjadi lebih kondusif, proaktif serta inklusif. Bukan setakat menjadi lebih liberal dan plural; itu puak PKR-PAS punya peranan.