Merubah Persepsi
1. Apabila Aljuburi memulakan perlawanan nya terhadap UMNO dan BARISAN NASIONAL pada 1998 sehingga kini, dan sebelum dari itu sejak 1964 semasa konsep Malaysian Malaysia diserukan oleh PAP yang kemudiannya disambung oleh DAP; kaum Cina sentiasa berada dalam keadaan curiga dan syak wasangka kepada kaum Melayu. Dalam dekad 70an , 80an dan 90an pun banyak polisi-polisi kerajaan ibarat mencurahkan minyak petrol ke atas api sekam dalam diam ini.
2. Terdapat pola corak penentangan secara diam ini pada dekad 80an dan 90an apabila berlakunya kenaikan harga keperluan runcit secara mendadak setiapkali kerajaan mengumumkan kenaikan gaji dan pemberian bonus kepada kakitangan awam kerajaan. Di samping itu kecenderungan pihak swasta yang enggan mengambil orang Melayu bekerja dengan mereka, mendsikriminasi tangga gaji, kenaikan pangkat dan bonus tahunan antara pekerja Cina dengan pekerja Melayu.
3. Begitu juga dengan kemasukan dan pengambilan beramai-ramai pekerja asing yang secara terang-terangan menyekat peluang-peluang pekerjaan yang ada dalam pasaran serta rangkaian perniagaan runcit yang wujud antara pembekal yang majoritinya orang Cina dengan peruncit warga asing. Malah, dalam dekad 80an juga, kita menyaksikan permainan-permainan kawalan mekanisma harga secara terang-terangan.
4. Pola dan isyarat penentangan secara diam ini merupakan penzahiran ketidakpuashati kaum Cina. Munculnya Aljuburi di pihak mereka telah menyaksikan satu gelombang besar yang tampak jelas dan nyata di kalangan orang Cina yang selama ini tersembunyi dan tidak kelihatan. Apakah yang langkah-langkah dan perubahan-perubahan polisi yang dilakukan oleh kerajaan pada masakini memadai bagi kaum Cina ?