MENTERI-MENTERI MALAYSIA TERMASUK PERDANA MENTERI BODOH-BODOH BELAKA - CHINA PRESS.
Rakan bloger Mymassa mendedahkan pada hari ini serangan yang dilakukan oleh China Press. Idea serangan itu merupakan idea DAP Rasis berdasarkan kepada beberapa katakunci. Hanya DAP Rasis sahaja selama ini mengatakan UMNO /BN berfikir cetek.
Semalam serangan simbolisma oleh mahabahlol robot Melayu yang didalangi oleh PKR dan di bantu oleh gunting dalam lipatan melakukan serangan. Pada hari ini China Press pula.
Apa pula selepas ini?
Apakah momentum yang mahu di bina?
Bilakah saat puncak meletus momentum tersebut?
Bagaimanakah mahu meneutralisasikan kesemua tindakan-tindakan ini ?
Kita baca dahulu terjemahan artikel yang bertujuan menghasut rakyat. Ini bagi memperkuatkan tindakan simbolisma yang telah dilakukan oleh mahabahlol robot pada hari semalam.
Tajuk: Tahap Akal Tinggi dan Rendah Yang Bercanggah, 15 Disember 2012
Penulis: Hu Yuan, China Press.
Jika kita halusi percakapan orang-orang politik yang sedang memegang kuasa, apa yang ada sekarang ini berkaitan penyelewengan dan rasuah di negara ini seperti satu kanser yang terus merebak dan terus dibudayakan, dan tidak dapat dirawat lagi, mungkin kesilapannya bukan dari penyelewengan atapun melakukan rasuah oleh pegawai-pegawai atasan mahupun oleh ahli politik itu sendiri. Mereka langsung tidak berniat untuk kegiatan itu, tetapi kerana mereka sendiri tidak mengetahui bahawa perbuatan mereka itu sudah pun terjebak kepada penyelewengan dan rasuah, kerana disebabkan akal mereka sendiri yang terlalu cetek!
Contohnya duit yang ada di tangan kerajaan sekarang ini (sekurang-kurangnya ada billion ringgit), tidak dapat digunakan di tempat yang perlu. Dengan itu ada orang-orang hebat yang mencadangkannya, kenapa kita tidak laburkan sahaja duit berlebihan itu (duit itu adalah dari cukai pendpatan rakyat yang bodoh), buatlah sedikit projek ternak lembu ternak kambing, ternak ayam dan itek, bela ikan dan udang yang boleh jadikan aktiviti sampingan. Sekurang-kurnagnya duit itu bukan milik sendiri, ada kuasa untuk mambazirkannya, jika tidak dibazirkan bermakna merugikan.
Jika nak bazir duit lebih mudah beri kepercayaan orang-orang sendiri (kroni), dengan itu duit dari si bodoh si pembayar cukai itu terpaksa diberikan kepada orang-orang sendiri, (kepada suami, anak-anak, isteri, menantu, adik beradik dan sebagainya)
Apabila rakyat tahu perbuatan itu perbuatan salah! Sebaliknya pegawai-pegawai tinggi kerajaan (menteri-menteri) cuba perah otak untuk cari sebab-sebab dan punca kenapa ia berlaku, sebaliknya dikatakan mereka tidak jumpa sebab-sebab dan kesilapan itu.
Apa yang pegawai tinggi kerajaan berkata: tiada yang salah! Atas sebab-sebabnya seperti di bawah:-
1, Saya tidak serah duit itu kepada diri saya sendiri, saya sendiri pun tiada kepentingan dalam itu, setiap orang (walaupun suami isteri), masing-masing ada dompet duit sendiri.
2, Duit ini bukan milik sesiapa pun, duit ini akhirnya akan diserahkan kepada orang, jika tidak diberikan kepada keluarga sendiri ia akan diberikan kepada keluarga orang lain, duit seperti ini memang diberi, dan duit yang di sana pun diberi juga, sememangnya duit itu seperti garam boleh dibuang ke laut, bermakna beri kepada sesiapa pun duit itu, bukankah tiada apa-apa perbezaannya?
3, Sedangkan duit-duit ini memang untuk diberikan kepada orang, kenapa nak ambil tahu macam mana duit itu digunakan? Duit-duit rakyat yang bodoh itu, siapa yang bazirkan dan bagaimana ia bazirkan, tiada apa-apa perbezaannya, mana ada kesilapan yang mereka buat?
Sebab Itu Mereka Sangat Marah!
Sebab itu apabila pegawai-pegawai tinggi kerajaan (menteri) mendengar kes itu adalah kes rasuah dan penyelewengan kuasa, mereka mengamuk dan melenting marah yang membara! Ahli politik dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan memakai baju berlogo bendera Malaysia di badan, angkat tangan kanan laungkan cintakan negara ini, angkat tangan kiri laungkan cintakan negara ini, duit cukai rakyat yang bodoh itu sebaliknya mereka duit itu sudah bukan milik sesiapa lagi, jika tidak diambil, orang lain akan mengambilnya, adakah itu dikatakan rasuah? Bukankah dengan itu mereka anggap apa yang dinamakan rakyat telah menghina mereka, sebab itu mereka rasa sangat marah yang membara-bara!
Penerangan ini sama seperti seorang lelaki curi makan luar, apabila mereka ditangkap, tindakan pertama yang mereka sebut ialah: semua orang lelaki di dunia ini memang suka curi makan luar, jika tidak curi makan luar (main perempuan lain) bermaka itu bukan lelaki, sebab itu mereka kata curi makan bukan kesalahan orang lelaki! Kesilapannya, setiap kali dia curi makan kenapa di Hotel yang sama, di bilik Hotel yang sama, mungkin juga dengan perempuan yang sama! Itu bukan kerana masalah akhlak orang yang curi makan, ia kerana masalah nasib tidak menyebelahinya!
Melihat isu rasuah dan penyelewengan kuasa di negara kita, kudisnya memang berpunca dari sini: tahap kesedaran rakyat sudah meningkat tinggi, sebaliknya tahap kesedaran pegawai-pegawai tinggi kerajaan(menteri-menteri) agak cetek, secetek seperti (perpatah Cina) busung tumbuh di ponggong sendiri, tanggalkan seluar tunjukkan kepada orang lain. Aduh sungguh cetek tahap akal mereka ini, mereka kini di posisi undur ke belakang, sebaliknya mereka sangkakan mereka sedang maju ke hadapan. Tumbuh bisul dianggap ia telah melahirkan sebutir intan mutiara!
Sebab itu tahap fikiran rakyat yang tinggi apabila berjumpa dengan tahap pemikiran pegawai-pegawai kerajaan (menteri-menteri) yang cetek akalnya, akan berlaku percanggahan, inilah yang dinamakan kudis kanser sedang menular.
Terjemahan diurus selia oleh Mymassa.
Para pemimpin UMNO akan dilagakan sesama sendiri melalui beberapa siri insiden yang akan dilaksanakan mengikut pelan perancangan Anwar Ibrahim.
Impak yang dikehendaki ialah mengujudkan persepsi kuat bahawa UMNO/BN tidak bersedia untuk menghadapi PRU13. Penajaman konflik / dialektika akan diteruskan bagi menjamin kejayaan persepsi tersebut.
Dalam kemelut ini suatu PASUKAN / KUMPULAN PENYELAMAT TERANCANG akan ditimbulkan untuk mendapat keyakinan penuh kepimpinan tertinggi UMNO mengetuai jentera PRU13.
Selepas ini akan diletuskan pula insiden yang memalukan GLC-GLC tertentu.
Namun adakah DS Najib mudah diperdayakan?
Kenalpastilah terlebih dahulu Pak Dalangnya.
TEPUK DADA TANYA IMAN!