Rabu, 20 Ogos 2014

TUN DR MAHATHIR WAJIB BANTU DS NAJIB PERBETULKAN KESEMUA SALAHLAKU SEMUA PIHAK.

Cencaluk - Semua Orang Boleh Makan Tapi Tak Semua Orang Mampu Menelan.

INI HARI ambe nak sentuh Tun Dr Mahathir, idola majoriti rakyat dan kesayangan orang ramai. Sentuhan kasih-bersayang-sayangan. Ambe tiada mengkritik, menegur kerana ambe bukanlah mantan PM selama 22 tahun. Mahupun, Presiden UMNO selama 22 tahun. Tiada samataraf ambe dengan TDM itu dari segi pangkat, kejayaan dan hartabenda. Dan tiadalah jasa ambe kepada agama, bangsa dan tanahair sepertimana jasa-jasa TDM yang amat dikasihi. Juga tiadalah ambe ni menulis sebarang buku seperti TDM. Mahupun kerana didorong oleh sebab ambe ini penyayang kepada DS Najib kerana semua orang tahu ambe pernah tulis Najib Takde Telor. Namun, belum pernah lagi ambe menulis TDM Tiada Bertelor. Ambe mengakui ambe menulis ikut sedap Rasa dan ikut suka Hati ambe. Ambe juga sering menulis secara keras mengenai salahlaku-salahlaku para jejuak dan para penjawat parti yang buat parti macam harta pesaka mak bapak mereka. Pada hari ini, ambe nak sentuh kasih bersayang sayangan TDM.

TDM ialah seorang Melayu berdarah campuran. Bukanlah keturunannya itu asli Melayu. Arwah bapanya seorang keturunan dari benua India yang mencari rezeki disini.Kemudian berkahwin dengan ibunya seorang asli Melayu. Keturunan ibunya banyak mempengaruhi jiwa dan perkembangan diri TDM. Ayahnya waima bukan asli Melayu tetap menjadi seorang yang berjiwa Melayu dan sayangkan Melayu.

TDM ini seorang anak yang amat sayangkan ibunya dan amat menghormati bapanya. Dan bapanya seorang yang amat penyayang kepada ibunya. Suasana inilah yang banyak mempengaruhi jiwa TDM dalam pembawaannya. Namun begitu adalah sikit rasa kurang didalam jiwa TDM kerana bukan berdarah asli Melayu seratus peratus. Semasa kecil ada lah juga diusik-usik rakan-rakan. Perkara itu memberi bekas dan kesan kepada jiwa TDM. Jadi beliau berazam untuk mengubah Melayu itu mengikut acuannya sendiri. Itulah salahlaku pertama olehnya. 

TDM amat menyintai kebebasan dan kemerdekaan. Tiada suka beliau akan penindasan, penjarahan dan penghinaan sesama manusia. Beliau tiada bersetuju dengan marhum Tunku Abdul Rahman kerana beliau tiada bersetuju mengenai daulat keturunan Raja-raja Melayu. Pada beliau, perlulah diubah segala sumpah-seranah akujanji dulukala jika Melayu nak berjaya. Itu salahlaku beliau yang kedua.

Beliau amat sayangkan Melayu kerana kasih sayang itu terikat kepada kasih sayang kepada ibunya. Cintakan keluarga adalah sifat mulia yang ada pada TDM. Sifat itulah mendorong beliau banyak berbuat kebajikan dan kebaikan. Beliau percaya semakin banyak kebaikan semakin tinggi dan mulia bangsa keturunan ibunya yang dikasihinya. Sebab itulah, mulutnya tetap menegur dan menasihati setiap pesakit yang datang ke kliniknya.Beliau mahu keturunan ibunya tidak menjadi hina dina dan dipandang remeh oleh orang luar. Keceluparan mulutnya adalah salahlaku ketiga.

Setelah beliau dberikan peluang dan ruang menjadi PM dari 1980, beliau mengangkat Anwar Ibrahim masuk ke dalam UMNO. Kerana beliau tiada percaya sangat dengan pemimpin UMNO yang ada pada waktu itu. Beliau mahu merubah pemikiran dan tradisi lama Melayu. Itu salahlaku keempat oleh beliau

Pertama yang dilakukan oleh beliau ialah mencari gaduh dengan British. Waima beliau berjaya mengumpul segala dana kekayaan Melayu tradisi untuk mengambil semula tanah-tanah daripada korporat British, tapi beliau menggunakan khidmat puak Rothschilde. Itu salahlaku yang kelima oleh beliau.

Kemudian berlaku peristiwa Memali. Beliau memandang orang beragama sebagai suatu ancaman. Beliau yakin dan percaya bahawa ISLAM yang diamalkan Melayu adalah penyebab utama Melayu tidak maju. Maka dalam menyedarkan Melayu, secara tidak sengaja beliau mempersendakan dan mempermainkan AGAMA mengikut hawa dan arus kepentingan politik. Beliau kurang percaya Hidup Beragama mengikut amalan Melayu itu mampu memberikan kesejahteraan dan keselamatan di dunia dan di akhirat. Beliau memperkenalkan Polisi Penerapan Nilai-nilai ISLAM mengikut acuan politik. Akibatnya, Hj Hadi keluarkan Amanat mengkafirkan sesama Islam. Itu adalah salahlaku keenam oleh beliau.

Beliau turut memperkenalkan Konsep MELAYU BARU. Beliau mahu Melayu yang Baru. Dan beliau anggap Melayu Lama tidak relevan dan sesuai. Itulah salahlaku beliau yang ketujuh.

Falsafah Politik beliau yang berdasarkan kepada , "Lebih baik Setan Yang Dikenali dari Malaikat yang tidak dikenali' adalah salahlaku yang kelapan oleh beliau.Secara tak sengaja beliau menjadikan Melayu bersengkongkol dengan puak penentang dan menerimapakai manusia setan/ iblis menjadi kawan dan penasihat.Akibatnya, banyak hak dirampas daripada pewaris yang berhak. Dan lahirnya terlalu ramai manusia berhati iblis/ setan.Lama kelamaan, manusia setan/iblis menguasai segenap hirarki pemerintahan dan setiap aspek kehidupan. Tiada tempat bagi Manusia Insani.

Beliau telah menghilangkan imuniti Raja-raja Melayu kerana beliau bersangka bahawa tiada patut disembah Raja-raja Melayu. Ini kerana beliau sendiri cuai dan alpa mengenai sejarah dan sebab musabab kenapa Allah Ta'ala wujudkan Raja-raja Melayu. Sedangkan Allah Hu Ta'ala menciptakan Nabi nya Adam alaihis salaam dan sekelian diperintah sujud kepada Nabi Adam kecuali iblis yang ingkar kerana sombong dan bongkak. Begitulah juga hal ke atas Tun Dr Mahathir. Ini kerana beliau menjadikan manusia setan/iblis/hewani sebagai rakan dan penasihat. Ini salahlaku beliau yang kesembilan.

Pada 1987, berlaku pemilihan hebat dikalangan UMNO LAMA. Timbul Tim A dan Tim B. Akibat dari situ, UMNO LAMA dibubarkan/diharamkan pada 1988. Dan Beliau menggunakan kesempatan itu untuk menubuhkan UMNO BARU mengikut acuan beliau sendiri. Ini salahlaku beliau yang kesepuluh. Itu juga bermakna tiada lagi UMNO ASAL yang ditubuhkan di istana Johor. Yang ada sekarang adalah UMNO BARU ciptaan beliau. Beliau juga turut memecat Ketua Hakim Negara untuk memastikan perancangan UMNO BARU berjalan lancar.Bukanlah ambe kata beliau jahat dan sangap. Beliau berbuat demikian kerana menurut pandangan beliau itulah yang terbaik untuk memajukan Melayu. Ambe cuma memperjelaskan salahlaku TDM atas duduk perkara itu.

Pada masa yang sama, akibat terpengaruh dengan nasihat-nasihat manusia setan/iblis/hewani, beliau mencampuri urusan hal ehwal pewarisan 4 Undang Negeri Sembilan. Pewaris asal digantikan dengan perlantikan politik. Ini salahlaku beliau yang kesebelas. Campurtangan itu menyebabkan Institusi Raja-raja tidak lagi berdaulat sepenuhnya. Sepatutnya campurtangan itu tidak berlaku kerana terjadi peristiwa dimana seorang Dato Undang tiada kelihatan imbasan pada cermin.

Beliau telah diberikan Surat Peringatan memperbetulkan semua salahlaku termasuklah semua Raja-raja Melayu selama 23 tahun bermula dari tahun 1991 oleh seseorang melalui marhum Pawang DiRaja Jelebu marhum Mubin. Tetapi, penulis surat itu yang dtahan dan cuba ditangkap oleh beliau. Dan beliau tiada mengendahkan Surat Peringatan itu. Akibatnya, dalam tahun 1997-1998, beliau dikianati oleh Anwar Ibrahim. Beliau berhadapan penentangan daripada manusia-manusia setan/iblis/hewani yang beliau jadikan rakan dan penasihat. Atas nasihat YAM TYD Negeri Sembilan bersama Pawang DiRaja Jelebu marhum Mubin, beliau akur untuk meletak jawatan pada 2003.

Beliau gantikan dengan Pak Lah. Tapi akhirnya, beliau menentang Pak Lah dan Pak Lah meletak jawatan. Kini beliau sokong DS Najib tapi akhirnya beliau juga menarik balik sokongan kepada DS Najib. Sepatutnya, menurut Surat Peringatan yang terdahulu, beliau wajib bekerjasama dengan DS Najib memperbetulkan semua salahlaku-salahlaku yang dinyatakan didalam Surat berkenaan. Tapi beliau masih serba -salah mungkin kerana takut dipersalahkan dan dicemuh. Atau mungkin beliau sememangnya tiada bertelor.

Begitulah hal duduk perkara dalam soal Tun Dr Mahathir menarik sokongan dan mengkritik DS Najib. Beliau masih kabur dan samar untuk memperbetulkan semua salahlaku-salahlaku mengikut nasihat-nasihat yang diberikan kepada beliau selama 23 tahun.

Selagimana beliau masih enggan, kabur dan samar untuk memperbetulkan semua salahlaku-salahlaku berkenaan, selagi itulah puak-puak penentang manusia iblis/hewani/ setan yang pernah beliau jadikan rakan dan penasihat akan berterusan membuat onar dan huru-hara dalam negara. Beliau sepatutnya memansuhkan saja Wawasan 2020. Dan sepatutnya beliau memulihkan semula semua hak pewarisan yang telah beliau cemari selama ini. Tidak mencukupi untuk beliau hanya memohon maaf tanpa memperbetulkan semua salahlaku-salahlaku yang berlaku.

Akhirkata, tiadalah ambe menyuruh beliau berdiam diri atau meletak jawatan tapi ambe mohon beliau cerah dan cerang mata bekerjasama dengan DS Najib; memperbetulkan kesemua salahlaku semua pihak sepertimana yang beliau pernah terima nasihat untuk berbuat demikian selama 23 tahun lalu. Beliau perlu memilih samada mahu berlagak sombong, angkuh dan ingkar atau mulai sedar bahwa beliau duduk di Tanah Jawi yang bukan kepunyaan dan milik keluarganya,

Beliau wajib memohon maaf secara terbuka bersama 4 orang pawang yang pernah bersama beliau. Dan selepas itu beliau wajib bekerjasama dengan DS Najib memperbetulkan dan memperbaiki semua salahlaku dan urusan yang belum selesai.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...