Ahad, 29 September 2013

SPAD: Pegawai Penguatkuasa Yang Handal Bijak Berani @SPADChannel


Salah satu fitnah yang sering menjadi modal puak pembangkang ialah mengenai 'kelemahan' penguatkuasaan. Kononnya, tahap dan taraf penguatkuasaan adalah begitu lemah di Malaysia. Kononnya, dicemari oleh amalan 'rasuah berleluasa' dan ketidakcekapan pegawai penguatkuasaan. Pagi tangkap, tengahari dah dilepaskan. Dan sudah tentulah antara 'lauk' puak pembangkang ialah SPAD. Kerana SPAD dibawah seliaan terus Y.A.B. PM. 

Tapi, SPAD sentiasa berada seratus langkah dihadapan pembangkang. Dan pembangkang pula menjadi 'lauk' santapan berkaitan dengan isu penguatkuasaan. Pada 20hb September lalu, bertempat di Pusat Latihan Kor Polis Tentera di Kem Genting Klang, seramai 94 pelatih tamat kursus induksi sebagai Pegawai Penguatkuasa SPAD. Sebanyak 15,000 permohonan diterima SPAD, dan seramai 750 orang disenarai pendek dan hanya 94 orang sahaja diterima. Dari keseluruhan jumlah 94 orang, seramai 46 orang ada lah graduan daripada pelbagai bidang antaranya forensik, statistik dan lain lain bidang.

“Kita tekan kan kepada kualiti lebih dari kuantiti itu sebab nya kita tidak ambil mengikut jumlah dan sebab itu kita rekrut ramai bertaraf graduan” menurut Pengerusi SPAD, Tan Sri Hamid Albar.

“Kita tidak ada jumlah ramai seperti Polis dan JPJ kerana berdasarkan had dan kemampuan dan hanya perlu bijak membahagi kan tugasan” kata Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar. Buat masakini, SPAD mempunyai seramai 402 orang pegawai penguatkuasaan diseluruh negara. 

Beberapa rekrut telah mendapat anugerah pelbagai kategori , anugerah pelatih ketabahan terbaik ialah kPP Mohamad Faiz Ahdon, dan anugerah Pelatih tempur tanpa senjata terbaik ialah PP Mohd Hizam Hussien. Syabas kepada mereka berdua. Pelatun terbaik juga turut mendapat anugerah dimana Platun 3 menjuarai nya. 

Melihat kepada komitmen tinggi SPAD dalam melatih rekrut-rekrut penguatkuasa baru, kita boleh tersenyum lebar dan berpuashati. Waima, ada insiden dimana para pegawai penguatkuasa SPAD, diancam dan dikepong semasa menjalankan tugas, tetapi mereka tetap berani dan sanggup menghadapi cabaran tersebut. Dengan penambahan bilangan anggota yang baru, bertaraf graduan dan muda-muda belaka, segala fitnah buruk dan jahat pembangkang terhadap SPAD, akan dibuktikan salah oleh anak-anak muda yang semuanya adalah anti-rasuah dan mempunyai 'No-Bulshit attitude'. 

SPAD: Kuatkuasa SPAD ICOP DiKawasan Tanah Tinggi @SPADChannel

Menyedari aspek keselamatan bagi bas yang beroperasi di kawasan Tanah Tinggi, dan mengambil iktibar dari kejadian bas Genting terhumban kedalam gaung, SPAD menguatkuasakan SPAD ICOP. Kejadian tersebut sedang siasat secara terperinci oleh SPAD dari aspek pengurusan syarikat bas berkenaan dan aspek keselamatan. Berikut ialah kenyataan media SPAD mengenainya. 
KENYATAAN MEDIA

PELAKSANAAN KOD AMALAN INDUSTRI S.P.A.D. – KESELAMATAN UNTUK PENGENDALI BAS BAGI OPERASI DI KAWASAN TANAH TINGGI

KUALA LUMPUR: 27 September 2013 - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sedang menjalankan siasatan dalaman ke atas syarikat bas yang terlibat dengan kes kemalangan Bas Henti-henti di KM 3.5 Jalan Genting Highland. SPAD akan meneliti secara terperinci segala aspek keselamatan dan pengurusan penyelenggaraan syarikat tersebut.

Memandangkan kepentingan aspek keselamatan bagi pengendali bas di kawasan tanah tinggi, SPAD telah mengeluarkan Pekeliling mengenai pelaksanaan kod amalan industri bagi keselamatan pengendali bas yang beroperasi di kawasan tanah tinggi. Pekeliling ini amat penting sebagai makluman dan rujukan semua pengendali bas di kawasan tanah tinggi berhubung dengan pelaksanaan Kod Amalan Industri (ICOP) SPAD - Keselamatan. Antara keperluan yang terkandung di dalam pekeliling yang telah diwajibkan bagi kenderaan adalah seperti Pemasangan Global Positioning Satelite System (GPS), Anti-lock Braking System (ABS), CCTV kamera di ruang ‘dashboard’ atau ruang yang bersesuaian, sistem keselamatan brek seperti Engine Retarder/exhaust brake dan pematuhan peraturan keselamatan antarabangsa mengenai keselamatan super structure kenderaan (U.N.E.C.E Rule 66/A.D.R.) serta tali pinggang keledar untuk semua kerusi  penumpang (U.N.E.C.E Rule 80).

Untuk makluman, dibawah SPAD ICOP-SHE yang telah berkuatkuasa pada 9 September 2013, pegawai keselamatan dan penyelia syarikat telah diwajibkan memantau pemandu dan kenderaan sebelum perjalanan dimulakan. Langkah kawalan tambahan yang dikuatkuasakan oleh SPAD adalah bertujuan untuk menangani kelemahan-kelemahan dari aspek keselamatan operasi di kalangan pengendali bagi mengurangkan risiko kemalangan di kawasan tanah tinggi.

Dalam masa yang sama, SPAD telah menubuhkan Jawatankuasa Inkuiri Kes Kemalangan Bas – Genting yang berlaku pada 21 Ogos 2013. Jawatankuasa tersebut akan diketuai oleh En Mohd Nur Ismal Kamal, Ketua Pegawai Eksekutif SPAD dan dianggotai oleh pihak PDRM, JPJ, MIROS dan lain-lain agensi yang berkaitan.

Berita Baik ! Selamat Tinggal DAP & Dinasti Lim !

DAH PUAS KENA GOMOL, BARU DIA NAK SEDAR DIRI?? Sedar pun diri tu. Dah puas dah kena gomol dan diperkudakan oleh puak - puak DAPigs tu baru la dia nak terngadah ye. Baru la dia nak berpijak bumi yang nyata.....Sekian lama dia dipergunakan oleh DAPigs, apa yang dia dapat? Selama dia jadi Panglima yang menjaga Bontot Si Guan Eng tu, ada orang peduli pada dia?.....Tak ada kan? Jadi apa manfaat yang dia dapat masuk parti tu dulu? Tak de apa jugak ye tak. Maka sebab itulah dia keluar dari parti tu kot. Sebab dia dah tersedar.

Bagus la dia cepat sedar. Jangan la jadi macam orang lain yang masih ada dalam parti DAPigs tu. Sampai hari ni masih lagi nak terus mempertahankan parti Ultra Chauvinist.

Masih jugak diorang merelakan maruah mereka diperlekehkan dan harga diri mereka dilacurkan. Mungkin itu la yang membanggakan diorang kot.

Yang paling sedih ialah orang luar yang tetap jugak nak jadi Pak Angguk Saja untuk parti DAPigs tu. Entah apa yang diorang dapat tak tau la.

Makin merugikan perjuangan sendiri ada la. Tapi itu pun diorang masih tak sedar jugak ke? Kesian sungguh! Dah dipergunakan oleh puak - puak DAPigs tu pun diorang masih tak sedar diri. Inilah masalahnya bila wujud orang yang Gila Kuasa!!! Cakap apa pun tak guna!!! Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) Rahmad Isahak hari ini bertindak keluar dari DAP berkuatkuasa hari ini.

Beliau tekad meninggalkan parti tersebut setelah kecewa dengan kepimpinan yang diterajui Setiausaha Agung, Lim Guan Eng.

"Saya hilang kepercayaan terutamanya terhadap setiausaha parti, oleh itu, saya di sini mengumumkan keluar daripada parti berkuatkuasa serta-merta.

"Parti ini sentiasa menggambarkan ia parti berbilang kaum tetapi hakikatnya tidak. DAP bukan parti untuk orang Melayu.

"Sekumpulan kecil orang Melayu dipergunakan untuk menghidupkan teg parti berbilang kaum. Tiada satu kerusi untuk orang Melayu daripada 19 kerusi Dewan Undang Negeri (DUN) yang ditandingi DAP pada pilihan raya umum yang lalu di Pulau Pinang,

Eloklah tu, daripada sokong puak-puak Gila Kuasa cam Kit Siang anak beranak, lebih baik menumpukan usaha-usaha murni memperkasakan Kuasa Politik Melayu.. DAP memang dah lama menutup pintu kepada Melayu. 

SPAD: Penubuhan Jawatankuasa Inkuiri Kemalangan Bas Genting.@SPADChannel

Tragedi kemalangan bas Genting pada 21hb Ogos lalu masih terbayang jelas pada kita. Ramai yang terkorban. Nyawa adalah sesuatu yang bernilai. Tak boleh diganti dan dicari dipasaraya dan hypemarket atau boleh dibeli pada Mega Sale pada setiap hujung tahun. Nyawa adalah amanah besar daripada Allah Ta'ala kepada manusia untuk dijaga dan dilindungi oleh manusia. Kita tidak boleh mengabaikan nyawa. Ianya mestilah dihargai dan dipulangkan kembali kepada Maha Pencipta-Nya dalam keadaan baik dan sempurna. 

Sebagai melaksanakan arahan daripada Y.A.B Timbalan Perdana Menteri, yang mahu siasatan terperinci dilaksanakan keatas tragedi tersebut, sebuah Jawatankuasa Inkuiri ditubuhkan oleh SPAD dan dianggotai oleh panel daripada:-
  1. PDRM, 
  2. Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), 
  3. JPJ, 
  4. Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS)
  5. Jabatan Kerja Raya (JKR)
  6. dan agensi-agensi berkaitan yang dikenalpasti oleh SPAD.
Fungsi utama Jawatankuasa ini adalah untuk menilai semua bukti-bukti dan laporan kemalangan tersebut yang dikemukakan oleh MIROS dan PDRM serta agensi-agensi lain. Kemudian membuat cadangan kepada kerajaan, agar punca-punca kejadian yang sama atau yang lebih teruk dapat dikesan bagi mencegah berlakunya kejadian yang sama pada kenderaan-kenderaan awam lain dimasadepan. 

Jawatankuasa tersebut diketuai oleh Pegawai Eksekutif SPAD, Encik Mohd Nur Kamal. Selain itu, SPAD akan memberikan tumpuan khusus kepada pengauditan keselamatan terhadap pengendali bas henti-henti dan bas ekspres. Audit Keselamatan tersebut akan dilakukan berdasarkan pekeliling SPAD ICOP Bil 6/2013 yang berkuatkuasa pada 20hb Ogos, 2013. 

Mungkin ada yang skeptikal dan berpandangan sinis mengenai Jawatankuasa Inkuiri tersebut. Tapi pada hemat ambe, ianya suatu inisiatif untuk melangkah kehadapan. Kita ini jangan terlalu banyak sangat berpandangan negatif. Satu hapa pun tak boleh dibuat jika kita membelenggukan diri dengan sifat-sifat negatif. Jadi, kita sekali-sekala perlu meletakkan kepercayaan tinggi kepada badan-badan dan agensi-agensi berkaitan menjalankan tanggunjawab dan amanah mereka. 

SPAD: Persidangan Antarabangsa Ke 3 Sistem Rel Asia @SPADChannel.

Pada 1hb-3hb Ogos ini telah berlangsung Persidangan Antarabangsa Rel Asia ke 3 di Kuala-Lumpur. Kita berpeluang mendengar dan meneliti kertas-kertas kerja yang dibentangkan nanti. Satu peluang yang amat bak buat mana-mana rakyat yang ingin tahu mengenai perkhidmatan rel. Pakar dan pegawai-pegawai tinggi dari luar negara seperti, Jepun, USA, Sri Lanka, Thailand, Korea dan Filipina akan membentangkan pelbagai aspek mengenai perkhidmatan rel. 

DiMalaysia, dibawah bidangkuasa SPAD, perkhidmatan rel seperti LRT, Monorel dan Komuter memang mendapat sambutan daripada rakyat. Manakala projek MRT dan keretapi laju ke Singapura pula sedang dilaksanakan. Waima kedua projek tersebut mendapat kritikan dari dalam dan luar, tapi respons daripada rakyat kebanyakan adalah positif. Majoriti berpendapat kedua projek tersebut mampu membawa manafaat besar kepada rakyat dimasakini dan dimasadepan dan mampu mengatasi masalah kesesakan lalulintas diwaktu puncak. 

Sebelum ini, pada 10hb September 2013, Pengerusi SPAD merasmikan Bisnes Rel Asia 2013, di Kuala Lumpur. Antara tetamu kehormat ialah Y.A.B Perdana Menteri. Ianya satu 'strategic event' bagi menyampaikan maklumat mengenai 'marketing insights', pembangunan projek dan inovasi di antara pihak swasta dengan agensi kerajaan dalam perkhidmatan dan bisnes rel. 

Pada kali ini pula, persidangan mengenai semua aspek perkhidmatan dan bisnes rel di Asia. Nampaknya, kerajaan dan SPAD amat serius dalam mempertingkatkan mutu perkhidmatan dan bisnes rel sebagai pengangkutan awam yang efektif dan cekap serta mudah diakses oleh rakyat. Malah, sebelum ini, SPAD juga menyokong dan membantu Sistem e-Tiket yang dilaksanakan oleh perkhidmatan bas KLIA. 

Segala usaha-usaha untuk mencelikkan rakyat dan pihak swasta mengenai kepentingan dan potensi besar perkhidmatan rel membuktikan kerajaan cakap serupa bikin. Satu janji ditepati. Program mempertingkatkan perkhidmatan rel bukan satu janji kosong. Ianya benar-benar dilaksanakan melalui SPAD. Memanglah setiap usaha itu kita kena bersabar untuk melihat hasilnya. Namun, hasilnya boleh dijangka melalui komitmen bersungguh-sungguh melalui usaha-usaha yang dibuat. SPAD bukanlah satu badan yang ditubuhkan untuk bersandiwara. Ianya ditubuhkan untuk buat kerja dan itulah SPAD lakukan, yakni Buat Kerja bersungguh-sungguh.

Tunggulah artikel-artikel mengenai perkembangan persidangan itu nanti. Macam-macam ada bagi menambah pengetahuan untuk mencelikkan kita mengenai peri pentingnya perkhidmatan rel dimasadepan. Kerana penggunaan tanah pun semakin terhad untuk membina lebuhraya-lebuhraya dan jalan-jalan baru. 

SPAD: Patuhi Had Laju Pengusaha Bas Dan Lori Diberi Amaran @SPADChannel

Kematian akibat kemalangan jalanraya di Malaysia adalah penyumbang terbesar kepada punca kematian di Malaysia. Lebih ramai nyawa rakyat Malaysia terkorban didalam kemalangan berbanding dengan punca-punca lain. Salah satu punca utama kemalangan maut ialah kecuaian pemandu memandu melebihi had laju yang ditetapkan. Sudah banyak nasihat dan teguran diberikan. Namun kedegilan mengatasi segala-galanya.

Terkini, SPAD sekali lagi mengeluarkan Amaran kepada pengusaha bas dan lori agar mematuhi had laju. Sejak 2010, bas persiaran dan bas ekspres dilengkapi dengan sistem GPS (Global Positioning System).
Pemasangan GPS merupakan syarat perlesenan. Ini bagi memudahkan pemantauan pengendali bas dan SPAD memantau pergerakan mana-mana bas dari satu lokasi ke satu lokasi. Pemantauan dibuat atas aspek keselamatan termasuk perlanggaran had laju. 

SPAD telahpun menguatkuasakan SPAD ICOP (Industrial Code Of Practice)- menitikberatkan keselamatan dari aspek pematuhan had laju, yang merupakan agenda keselamatan yang paling kritikal. Pada hemat ambe, bas dan lori bukan mudah dikendalikan jika dipandu terlalu laju kerana muatan yang mereka bawa. Secekap manapun pemandu, bas dan lori yang membawa muatan tidak mudah dikawal bila berada dalam momentum kelajuan tinggi. Dan impak pertembungan akibat kelajuan tinggi sungguh mengerikan!

SPAD tidak akan teragak-agak dan tidak akan berkompromi untuk mengambil tindakan drastik dan tegas keatas pengendali dan pemandu kerana kesalahan perlanggaran had laju. Kerjasama dengan PDRM dan JPJ akan memudahkan SPAD untuk mengesan dan menghukum mereka yang melanggar had kelajuan. Dalam hal ini, SPAD akan mengambil tindakan menggantung lesen pengendali dibawah seksyen 27,45 atau 62 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010, bila dibuktikan kesalahan perlanggaran had laju berlaku. Pekeliling mengenai perkara ini telah berkuatkuasa pada 20hb Ogos 2013 dan menjadikan pematuhan had laju sebagai Syarat Wajib Lesen Pengendali. 

Kita selaku pengguna dan rakyat pula, berharap benarlah, agar pengendali bas dan pengusaha lori serta para pemandu mereka mematuhi had laju. Lori dan bas bersaiz besar. Saiz besar lebih banyak menyimpan tenaga kinetik bila berada dalam kelajuan tinggi.Ini memberikan impak hentaman jauh lebih merbahaya bila berlaku perlanggaran akibat kelajuan yang tidak dapat dikawal. Memang ngeri bila melihat lori dan bas yang dipandu laju memotong dan melintas disisi kereta yang saiznya lebih kecil berbanding bas dan lori. Pusat graviti bas dan lori pun jauh lebih kecil kerana saiz yang besar. Oleh itu, lebih selamat bilamana pemandu dan pengendali bas dan lori mementingkan aspek keselamatan dari keuntungan semata-mata. Nyawa tak boleh dibeli dipasaraya. Kerugian perniagaan masih boleh diganti.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...