Ahad, 30 Disember 2012

PERLEMBAGAAN NEGARA KAFIR KAH ATAU HJ HADI ANACONDA SEJAM YANG MENGKAFIRKANNYA?

AMANAT HAJI HADI.

Salah satu yang di sebut dalam AMANAT HJ HADI ialah mengenai status PERLEMBAGAAN MALAYSIA yang disifatkannya sebagai PERLEMBAGAAN PENJAJAH, PERATURAN KAFIR & JAHILIYAH. Betul ke rumusan Hj Hadi Anaconda Sejam mengenai status Perlembagaan & peraturan di Malaysia neyh? Atau rumusannya jauh dari REALITI SEBENAR. Jom kita kupas pendek. 

Suruhanjaya Reid ditubuhkan untuk merangka satu Perlembagaan bagi Tanah Melayu yang merdeka. Keanggotaannya dipersetujui oleh Raja-raja Melayu. Wakil Raja-raja Melayu pun ada dalam Suruhanjaya Reid. Ianya bukan 100% diwakili dan dilantik oleh British. 

Dan dalam saranan Suruhanjaya Reid akhirnya bersetuju meletakkan Fasal mengenai AGAMA RASMI PERSEKUTUAN yakni AGAMA ISLAM. Kemudian KES RUJUKAN KEPADA MAJLIS PRIVI DIMANSUHKAN. Seterusnya, FASAL 121 (A) mengasingkan dengan jelas bidangkuasa Mahkamah Sivil dengan Mahkamah Syariah. Carilah dalam mana-mana perlembagaan dan peraturan jahiliah dan kafir di dunia ini yang ada FASAL YANG SAMA seperti PERLEMBAGAAN kita mengenai fasal-fasal yang disebutkan tadi. 

Perlembagaan kita juga memperuntukkan dengan jelas kuasa dan bidangkuasa hal ehwal agama Islam dan memberikan perlindungan yang ketat kepada agama Islam. 

Sebenarnya setelah berlalu 56 tahun merdeka, bentuk dan format asal Perlembagaan sudah banyak di pinda dan di ubah mengikut citarasa tempatan. Sudah banyak fasal-fasal di ubah dan di pinda. 

Fikir sejenak dan tambahkan pembacaan lagi.
Adakah benar dan betul rumusan Hj Hadi Anaconda Sejam mengenai status Perlembagaan kita?
Bila difikirkan kembali memang jelaslah AMANAT HAJI HADI ANACONDA SEJAM BERSIFAT ANTI ISLAM. 

HJ HAJI NAK JAWAB SATU JAM .. AKU NAK TANYA SEPULUH JAM BOLEH?

PENING DOH NI BOOH ..
MUNG HADI MINTA SATU JAM LA .. CEQ NAK DEMO BANTAH SHAMSIDAR JADI SAKSI.

Mengulas sedikit mengenai syarat yang di minta oleh Hj Hadi.
Hj Hadi minta satu jam untuk ke udara memperjelaskan Amanat nya yg di buat pada 1981. 
Alasan yang diberikan oleh Hj Hadi ialah kalau beliau perjelaskan di luar saluran rasmi yang selalu beliau kutuk, beliau kata kenyataannya akan di putar belit. 
Antara reaksi yang di terima ialah:-
C.N. Afghan kata Hj Hadi tak layak letak syarat macam tu kerana masa beliau buat Amanatnya beliau tak letak apa-apa syarat.
Pak Lah pondok Geting kata, kalau Hj Hadi tak tarik balik amanatnya Hj Hadi berdosa. (Dah berdosa pun selama 31 tahun ni)
Dato Seri Rais Yatim kata pula, beliau boleh beri peluang syarat Hj Hadi tapi terpulanglah kepada budibicara setesen tv bagaimana hendak menyiarkannya samada secara berita atau makluman awam. 
Berikut adalah klip video Hj Hadi mintak 1 jam siaran langsung, tapi air muka nya pun nampak sangat tak selesa dan tak berapa nak ikhlas serta jujur pada lidah tak bertulangnya.
Tiapkali wartawan ajukan soalan 'Adakah Dato akan tarik balik ?" Hj Hadi nampak tak begitu selesa nak jawab soalan itu.
Jelas dari bahasa badan Hj Hadi dalam klip video di bawah beliau begitu tak selesa dan berada dalam zon 'self-denial'. Kira nak mengelat dan mengelak lah.
Perlu lah di ingat bahawa selama ini Hj Hadi menafikan wujudnya Amanatnya itu.
Malah beliau turut bersilat lidah untuk mengekalkan Amanat nya dengan macam-macam gaya penyampaian.
Penganut pas bolehlah beliau tipu dan kekalkan penipuannya sebab penganutnya tak berfikir dan berikiran jumud mudah di tipu.
Amat jelas dalam klip video di bawah Hj Hadi masih berdegil mahu mempertahankan pendapatnya mengkafirkan sesama Islam yang menyokong UMNO.



Dah tengok klip audio di atas apakata kita dengar pula klip video di mana beliau mengeluarkan Amanatnya tersebut. Klip audio inUniti berjaya di rakam dan diterbitkan oleh Meida UMNO Terengganu. tahniah kepada mereka.



Apa pendapat anda ?
Nyatakan pendirian anda melalui Media Sosial dan di laman fesbuk dan twitter rasmi Dato Seri Rais Yatim dan Hj Hadi serta yang berkaitan.
Sila nyatakan pendapat anda dengan BERANI!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...