Lapuran Utusan Online.
Bantah kenaikan diesel
KUALA LUMPUR 11 Jun – Kira-kira 700 nelayan dan pengusaha bot melancarkan tunjuk perasaan di Perlis, Pahang dan Johor hari ini kerana membantah kenaikan harga diesel untuk bot nelayan berkuat kuasa bulan ini.
Demonstrasi aman tersebut dilakukan kerana rata-rata mereka tidak dapat menyerap kos kenaikan harga diesel kepada RM1.80 seliter bermula 1 Jun lalu berbanding RM1.25 seliter harga subsidi kerajaan sebelum itu.
Ulasan JS: Baru naik 0.55 sen seliter. Takkanlah tak boleh serap 0.55 sen. Sebiji bot lau dalam guna berapa liter disel dalam satu ekspedisi penangkapan? Keuntungan yang diperolehi selama ini kemana perginya?
(a) Berapakah jumlah kapasiti disel diperlukan? Takkan sampai 1 000 liter disel bagi setiap 1 ekspedisi?
(b) Berapakah jumlah penggunaan disel sebulan bagi sebuah bot laut dalam?
(c) Berapakah jumlah hasil penangkapan bagi sebuah bot laut dalam?
(d) Berapakah hasil jualan yang diperolehi bagi sebuah bot laut dalam?
(e) Berapa banyakkah disel yang di jual di tengah laut dalam sebulan?
(f) Berapakah nilai hasil tangkapan ikan yang di jual di tengah laut dalam sebulan?
Pengerusi Persatuan Peniaga Ikan dan Pengusaha Bot Kuala Perlis, Yeoh Gin Keat berkata, pemansuhan subsidi diesel bot perikanan laut dalam Zon C2 sekali gus menyebabkan hasil tangkapan berkurangan kerana kos operasi semakin meningkat.
Ulasan JS: Kos Operasi meningkat ? Meningkat hanya 0.55 sen seliter. Purata peningkatan kos operasi tidak mahu dibeirkan butiran ke? Tangkap ikan guna jala. Adakah disel digunakan digunakan sebagai umpan
Katanya, selain kos tambahan untuk beroperasi, para nelayan turut menghadapi ancaman lanun bersenjata termasuk pencerobohan pihak penguat kuasa negara jiran yang dikatakan sering memasuki perairan negara.
Ulasan JS: Bukankah penguatkuasa dan pihak berkuasa kerajaan Malaysia seperti TLDM, Polis Marin, kastam , Jabatan Maritim sentiasa mengawal perairan negara 24 jam sehari semalam?
Tambahan kos operasi apa yang dimaksudkan? Cer citer.
Kasi tengok betul-betul ini kapal TLDM.
“Berikutan bebanan itu, kami mengambil keputusan menghentikan operasi dan ramai daripada kami yang telah menjual bot masing-masing kerana tidak mahu menanggung rugi,” katanya di sini, hari ini.
Ulasan JS: Tolong berikan jumlah sebenar yang menghentikan operasi dan jumlah bot yang telah di jual. Serta berikan butiran kerugian yang dialami. Kalau sudah tidak untung sangat, tutup saja bisnes itu. Kenapa hendak mogok?
Di PAHANG, Pengerusi Persatuan Perikanan Kuantan, Chia Hee Juak berkata, kenaikan itu menyebabkan pemilik bot tidak mampu menanggung kos diesel yang meningkat bagi mengisi 12,000 liter diesel bagi setiap perjalanan.
Ulasan JS: Ok, 12,000 liter untuk satu perjalanan. Amboi, jauhnya pergi tu. Kamonlah hendak temberang pun berpadalah. 12,000 tan bermakna 12 tan yakni sama berat dengan lori kecik 1 tan sejumlah 12 buah ! Amboi, mampu ke sebuah bot laut dalam bawa sebanyak itu kapasiti ?
Ulasan JS: Ok, 12,000 liter untuk satu perjalanan. Amboi, jauhnya pergi tu. Kamonlah hendak temberang pun berpadalah. 12,000 tan bermakna 12 tan yakni sama berat dengan lori kecik 1 tan sejumlah 12 buah ! Amboi, mampu ke sebuah bot laut dalam bawa sebanyak itu kapasiti ?
“Kita tidak boleh cari makan jika keadaan ini berterusan kerana dengan situasi sekarang, kami berdepan dengan kerugian antara RM6,000 hingga RM7,000.
Ulasan JS: Cakap betul-betul lah tauke, rugi dari hasil penjualan ikan secara haram atau penjualan disel secara hram di tengah laut?
Ulasan JS: Cakap betul-betul lah tauke, rugi dari hasil penjualan ikan secara haram atau penjualan disel secara hram di tengah laut?
“Dengan harga diesel lama, kami hanya mendapat untung antara RM1,000 hingga RM2,000,” ujarnya.
Ulasan JS: Mustahil! Lu orang kalau tatak untung busat lu olang tatak bikin bisnes maaa! Lu olang tipo manyak kuat!!!!!
Sementara itu di JOHOR, jurucakap kumpulan nelayan, Tan Ah Fatt, 41, berkata, ramai pemilik bot laut dalam di Endau dan Tanjung Gemuk terpaksa menanggung kos diesel yang berganda selain hasil tangkapan yang tidak menentu menyebabkan mereka mengalami kerugian.
Ulasan JS: Helo tauke, itu kos disel berapa kali ganda naik lu olang kena tampung? Hasil tangkapan tidak menentu ? Selama ini korang takde pun nak bising pasal itu dan meneruskan operasi penangkapan laut dalam.
Ulasan JS: Helo tauke, itu kos disel berapa kali ganda naik lu olang kena tampung? Hasil tangkapan tidak menentu ? Selama ini korang takde pun nak bising pasal itu dan meneruskan operasi penangkapan laut dalam.
Dakwanya, kos bagi menampung kenaikan harga diesel telah mencecah RM12,000 sebulan dan sangat membebankan mereka sehingga menyebabkan banyak bot C2 tersadai di Kuala Sungai Endau kerana tidak dapat turun ke laut.
Ulasan JS : Lu olang manyak kuat tipo lah. Itu cuaca lu olang ada ramalan kaji cuaca. Lagipun selama ini lu olang pun hadapi keadaan yang sama, alih-alih kena beli disel pada harga pasaran lu olang bising pasal cuaca. Lu olang semua bukan olang miskin papa kedana. Lu olang manyak buat untung maa. Jangan tipo lor tauke.
Ulasan JS : Lu olang manyak kuat tipo lah. Itu cuaca lu olang ada ramalan kaji cuaca. Lagipun selama ini lu olang pun hadapi keadaan yang sama, alih-alih kena beli disel pada harga pasaran lu olang bising pasal cuaca. Lu olang semua bukan olang miskin papa kedana. Lu olang manyak buat untung maa. Jangan tipo lor tauke.
“Dengan keadaan cuaca yang tidak menentu ditambah pula hasil tangkapan yang belum pasti memberi pulangan setimpal, kini mereka terpaksa pula menanggung beban kenaikan kos diesel. Mungkin lebih ramai pemilik bot yang tidak mahu turun ke laut kerana takut mengalami
kerugian,” jelasnya.
Ulasan JS : Lu kasi ulang-ulang itu alasan tipo,
(a) Cuaca tidak menentu.
(b) Hasil tangkapan tidak tak pasti.
(c) Beban kenaikan kos disel.
(d) Pencerobohan lanun dan pihak berkuasa negara jiran ke perairan negara.
Itu semua lu olang selalu hadapi. Lu olang dalam ini bisne berapa lama? 1 tahun? 2 tahun? 3 tahun? 4 tahun? woooo, lu olang sudah dalam ini bisnes sudah 20 tahun maa.
Mana ada bisnes tatak rugi sikit-sikit tapi lu olang memang jenis buat bisnes yang untung busat-busat saja
Lu olang juga ada bikin nelayan pesisir pantai dan laut bikin piket bantah sama lu olang punya jahat, tengok gamba bawah.
kerugian,” jelasnya.
Ulasan JS : Lu kasi ulang-ulang itu alasan tipo,
(a) Cuaca tidak menentu.
(b) Hasil tangkapan tidak tak pasti.
(c) Beban kenaikan kos disel.
(d) Pencerobohan lanun dan pihak berkuasa negara jiran ke perairan negara.
Itu semua lu olang selalu hadapi. Lu olang dalam ini bisne berapa lama? 1 tahun? 2 tahun? 3 tahun? 4 tahun? woooo, lu olang sudah dalam ini bisnes sudah 20 tahun maa.
Mana ada bisnes tatak rugi sikit-sikit tapi lu olang memang jenis buat bisnes yang untung busat-busat saja
Lu olang juga ada bikin nelayan pesisir pantai dan laut bikin piket bantah sama lu olang punya jahat, tengok gamba bawah.
Nelayan Pesisir Pantai membuat bantahan kepada kerakusan pengusaha bot dalam
SITUASI SEBENAR.
1. HASIL TANGKAPAN & KESELAMATAN:-
(a) Kebanyakan pengusaha bot laut dalam menggunakan pukat tunda atau dikenali sebagai Pukat Rimau. Kapasiti sebuah pukat tunda mampu menangkap bertan-tan ikan dari pelbagai jenis dan saiz
(b) Setiap jenis ikan mempunyai musim tertentu dan tidak pernah mengalami kekurangan. Bot laut dalam dilengkapi dengan sistem sonar dan kemahiran awak-awak dalam mengesan kumpulan ikan yang bergerak. Adalah mustahil mereka melakukan tangkapan secara rawak dan bergantung harap kepada nasib semata-mata. Mereka amat mahir mengenalpasti lubuk-lubuk ikan berkuantiti banyak. Mereka tahu bila, di mana dan bagaimana untuk mendapatkan tangkapan yang pasti.
(c) Orang yang biasa turun ke laut amat mahir dan tahu pergerakan kapal-kapal lanun serta pergerakan kapal-kapal pihak berkuasa negara lain. Mereka tahu di mana sempadan laut negara dan laut antarabangsa, Mereka dilengkapi dengan sistem GPS, radar dan sistem komunikasi radio.
(d) Bot-bot laut dalam juga seringkali diiringi oleh bot peronda marin seperti yang ditunjukkan di dalam gambar ini.
2. KEDUDUKAN KEWANGAN & KOS OPERASI.
(a) Pengusaha-pengusaha bot laut dalam semuanya golongan berada dan kaya raya. Mereka adalah tauke-tauke besar yang berpendapatan tinggi. Mereka mempunyai kontrak hadapan perbekalan yang kukuh di semua pasar borong, hypermarket, pasaraya dan memonopoli pasaran ikan di seluruh negara.
(b) Kos upah buruh awak-awak dan jurumudi adalah rendah. Upah ini ditentukan oleh tauke-tauke pengusaha bot laut dalam. Kos operasi dan kos disel hanya merupakan 5% daripada jumlah keuntungan yang mereka perolehi walaupun mereka membeli disel pada harga RM1.80 seliter.
(c) Kos operasi adalah jauh terlalu rendah berbanding dengan margin keuntungan yang mereka perolehi selama ini. Sebulan mereka memperolehi keuntungan dalam julat RM 150,000.00 - RM RM 200,000.00 minima. Bagi satu perjalanan, mereka pasti memperolehi sekitar RM 50,000.00 keuntungan bersih.
(d) Ini belum termasuk lagi keuntungan hasil menjual ikan dan disel di tengah laut. Mereka juga menjual hasil ikan di Singapura secara besar-besaran dan mengikat kontrak perbekalan dalam tempoh masa tertentu.
TIDAK TIMBUL SOAL KERUGIAN YANG MEMBAWA MALAPETAKA BESAR KEPADA OPERASI PENGUSAHA-PENGUSAHA BOT LAUT DALAM.
REALITINYA.
(a) Penarikan subsidi disel kepada pengusaha-pengusaha bot dalam tidak akan menyebabkan kekurangan bekalan ikan dalam negara sebaliknya ianya akan menyebabkan monopoli mereka dapat di kawal sekaligus harga ikan di pasaran dapat dikuasai semula oleh penawaran dan permintaan.
(b) Tauke-tauke besar pengusaha bot laut dalam mampu menanggung kos kerana mereka bukanlah golongan nelayan miskin papa kedana. Memasing ada kereta mercedes seperti Aljuburi.
(c) Ini merupakan tindakan sabotaj bagi menekan kerajaan BN dan sebagai kerjasama antara mereka dengan pihak pembangkang terutama DAP untuk menaikkan kemarahan rakyat. Walhal, harga kenaikan barangan keperluan selama ini diputarbelitkan oleh mereka untuk mengaut keuntungan berlebihan di samping menikmati subsidi disel daripada kerajaan selama ini.
(d) Hasil tangkapan ikan selama ini mereka jual di luar negara dan mereka tidak pernah pun menurunkan harga ikan di pasaran walaupun mereka menikmati subsidi disel daripada kerajaan, Mereka merampas hak nelayan pesisir laut.
(e) Tindakan kerajaan ini bakal menguntungkan nelayan pesisir laut dan pantai serta pengusaha ikan sangkar. Mereka inilah golongan yang perlu di bantu oleh kerajaan dan tauke-tauke pengusaha bot laut dalam yang kaya raya serta bongkak besar kepala.
Pepuak Tauke besar ini jangan dipercayai kelentong mereka. Di beri mereka gigit, tak di beri mereka tetap gigit juga. Apabila BN memperolehi majoriti 2/3 kembali di Parlimen dan DUN percayalah kelompok ini juga akan datang menjilat kembali. Tarak buleh percaya punya orang. TEPUK DADA TANYA IMAN.