Ahad, 8 Julai 2012

CATATAN SEJARAH YANG CUKUP MENARIK DARI BLOGER LAMAN PAHANG.

20120101

Rawa di Pahang
Berikut adalah serba ringkas catatan olen Neguai tentang Rawa di Pahang.

RAO [RAWA]{diPAHANG}
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
Mencari@menyusun keturunan itu harus dibuat supaya tidak putus zuriat
Khas untuk AHLI WARIS PAHANG di seluruh Malaysia yang mencari kebenaran dalam sejarah silam yang hilang

INGATAN

NABI MUHAMMAD S.A.W. { RASULULLAH} MENYEBUTKAN :   KETURUNAN DARI BANI HASHIM [sebelah ibu] DAN BANI ABU MUTALIB [ sebelah ayah], TIDAK BOLEH MAKAN [AMBIL/MENERIMA] HARTA ZAKAT DAN SEDEKAH.

Tanggapan  yang keturunan nabi [ susur dari saidina ali dan Fatimah rasulullah kepada saidina hussain]  tidak boleh makan harta zakat perlu diperjelaskan dan diperbetulkan. Bukan sahaja dari susur tersebut sahaja yang dimaksudkan tetapi melibatkan susur yang lain dari bani hashim dan bani abu mutalib. Kalau ada ahli waris yang termasuk dalam susur  keturunan yang tersebut beringat-ingatlah.
Padah nya amat berat dan dasat kepada mereka dan keturunan mereka.

TOLONGLAH JUJUR DALAM MENYUSUN SALASILAH, JANGAN SEMBUNYIKAN  YANG BENAR DAN SALAH (menipu)DARI SUSUNAN KETURUNAN

Jangan dipersalahkan orang lain [hidup atau mati] diatas kekeliruaan yang telah berlaku, kita sebagai ahli waris yang masih bernafas dan bernyawa ini [yang mempunyai akal dan NUR islam pemberian dari ALLAH, berfikirlah dengan waras], harus memperbetulkan  tanggapan yang salah  dan jangan sekali-kali hanya bersangka-sangka semata-mata kerana kita akan dipersoalkan didepan ALLAH , dipadang mashar pada hari pembalasan nanti. Adakah tuan-puan telah ada jawapan untuk mempertahankan diri,,,,,, untuk itu???????

YA ALLAH ya tuhankami, kami berlindung pada Engkau dari hembus bisik syaitan dan kami berlindung kepada Engkau dari kehadiran syaitan.

YA TUHAN KAMI, BERILAH  KAMI DARI SISIMU RAHMAT DAN SEMPURNAKANLAH BAGI KAMI PETUNJUK DARI URUSAN-URUSAN KAMI.

Ya Tuhan kami, tuanglah kesabaran atas diri kami dan tetapkanlah pendirian kami dan tolonglah kami terhadap orang-orang kafir.
Ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau jadikan hati kami sesat setelah Engkau berikan kami petunjuk dan berilah kami rahmat pada sisimu, sesungguhnya Engkau zat yang Maha Pemberi Kurnia.

Soalan;
1. RAWA apa maksud nya?
2.Orang RAWA nak khawin , cari orang GUAI, kenapa? Dan apa maksudnya?

Jawapan;
RAWA disebut dalam bahasa RAO makna 
1.    Sawah, Paya atau Pamah
2.    RAO adalah nama pahlawan utama MAJAPAHIT, yang pulang ke tanah Rawa dan keturunannya digelar orang RAO. Apabila orang Rawa nak khawin,  cari orang guai ,  sebab Rawa Guai adalah jati dan keturunan diRAJA , dari seorang yang bergelar MAHARAJA OMBAK,( dalam bahasa kita) dan ini ada susur galur dari keturunan Raja AGONG ISKANDAR ZULKAINAIN. Sultan Taufik yang ada sekarang adalah sultan yang ke 35 sejak cucu iskandar zulkanain. [ ini bukan dongen]

Baca seterusnya di sini LAMAN PAHANG

@SukanMsiaXVPhg Antara Yang Menarik Di Temerloh #MGamesXV

Sukan Menjana Perpaduan. 



EXCO PAHANG, YB DATO SHARKAR MENGHADIAHKAN SENYUMAN.

Di Temerloh Pahang, diadakan acara lumba Basikal dan Silat. Pada hari ini, jom tengok sikit-sikit pasai gambar Lumba Basikal. Pasukan Pahang berjaya memenangi satu pingat emas setakat ini. Sukan berbasikal ini dikatakan sukan paling bagus untuk kesihatan manusia. Kenapa?

Berbasikal mampu mengeluarkan enzim adrenalin yang mampu mengubat dan merawat sel-sel dalam tubuh badan manusia. Mengayuh basikal adalah senaman yang melibatkan pergerakan anggota tubuh badan yang konsisten dan samarata. Apakata anda semua mencuba senama berbasikal unutk kesihatan bersama-sama rakan-rakan dan kejiranan anda? Ianya mampu mengeratkan hubungan sesama kita di samping menyihatkan tubuh badan. 










Jom kita raikan dan memeriahkan SUKMA XV !
Ini adalah SUKAN UNTUK RAKYAT MALAYSIA 

Masaalah Moral Membarah Di Kalangan Rakyat.

Kita kena berlaku adil lah. Kalau sebelum ini hamba mengkritik mengenai isu moral tak senunuh di kalangan pemimpin maka pada kali ini hamba menulis pula mengenai moral lagi tak senunuh di kalangan rakyat termasuklah hamba sendiri. Sambil kritik orang lain kita juga mengkritik diri kita sendiri, itulah pendirian hamba selama ini. memanglah ramai yang akan salah faham. 

Tapi takpa lah itu pun hamba sanggup tanggung. Asalkan kita tak menulis secara prejudis berlebihan dan membodek terlampau atau menulis untuk tunjuk Siapa Lebih Power dan Siapa Lebih Pemes. Apa yang penting ialah kita hendak membina sebuah Impian Terbaik dan Bukan setakat Bermimpi Yang Terbaik Sahaja. Impian dan Bermimpi tak sama maksudnya dalam bahasa Melayu. Kenalah faham mengenai perbezaan maksud di antara kedua kalimah tersebut. Samalah Perbezaan Di Antara Berjanji Ditepati walaupun di anggap bersifat logrolling Dengan Berjanji Untuk Dimungkiri. 

Kembali kepada tajuk artikel ini. Pertama jangan marah sebab hamba pun sedang mengkritik diri hamba juga dan kedua jangan melatah sebab mana ada yang sempurna pun di dalam dunia ini. Tapi kita semua di bawah satu amanah untuk menjadi bertambah baik dari sebelumnya bak kata DS Najib lagi Jadikan Hari Esuk Lebih Baik Dari Hari Ini" 

Contohnya ialah, jika semalam kita bergadoh dengan kawan-kawan, hari ini kita berbaik-baik semula waima lah apa orang lain nak kata pun.Walaupun kawan-kawan kita itu mengkhianati kita dengan mendedahkan segala rahsia peribadi kita kepada umum. Kita maafkan sahaja tapi selepas itu jangan lah kita bercerita lagi soal peribadi dan mengadu masaalah dengan kawan-kawan jenis macam tu. Barulah aman dunia. Janganlah kita membalas pula perbuatan itu dengan mendedahkan pula segala rahsia peribadi kawan-kawan kita itu walaupun kita mampu berbuat demikian Akan berpanjanganlah masaalah tersebut dan kita tak akan mampu mara ke hadapan. Kerana apa? Kerana ada yang lebih penting dari Kepentingan Diri Sendiri seperti Kepentingan Umum , Agama, Bangsa dan Negara. 

Jangan fikir bahawa perkara-perkara yang di anggap remeh-temeh tak mampu bergolak menjadi lebih besar sehingga mampu mengolakkan sebuah negara ! Sesekali jangan ! Sebab itulah kadangkala kerana atap bocor pun mampu mengalih sokongan sebuah kampung kepada pihak lain. Jangan atap dek kerana sebiji tayar pun mampu buat satu DUN dan PARLIMEN berubah sokongan. Malah sebab sebiji durian pun mampu mengubah sokongan satu negeri kepada seorang pemerintah. 

Di antara masaalah di kalangan rakyat Malaysia ialah terlalu mempercayai cerita-cerita sensasi tanpa menimbangkannya kembali. Sebagai contoh, kita selalu dengar cerita si polan kata si anu tunjuk geran setebal ini (ukuran digambarkan dengan mendepa tangan seluas-luasnya) dari bonet keretanya. Kamonlah ! Mana ada orang kaya mewah simpan geran dalam bonet kereta. 

Kita jarang bertanya kepada pembawa cerita. Kita kena pandai bertanya dan pandai mencelah ketika pembawa gosip bercerita. Bertujuan untuk menguji sejauh manakah kebenaran cerita yang di jaja oleh mereka. Hamba pernah dengar cerita dulu kononnya Pak Lah garu kepala bila diberikan taklimat mengenai perbelanjaan besar penyelenggaraan Putrajaya. Kemudian hamba tanya kepada pencerita ' Macaman Pak Lah garu kepala" Kemudian si pembawa cerita pun tunjukkan aksinya. Kemudian hamba bertanya "Kau ada ke dalam taklimat tu?" Pembawa certa kata 'Takde !" Jangan lu orang fikirlah sendiri kan. 

banyak lagi yang nak disebutkan tapi hama ada kerja lain nak buat lainkali kita cerita secara jujur. Jangan marah yea. Sama-sama kita perbaiki diri kita semua. Assalamualaikum wbt !

Kebocoran Maklunat- Baru Betul Cara Tok Janggut

Barulah betul bentuk cara dan gaya penyampaian  Tok Janggut pada kali ini. Begitulah  sepatutnya seorang penulis matang menulis untuk menyampaikan sesuatu isu. Kita juga hairan bagaimana pihak pembangkang mempunyai pelbagai maklumat. Di sini hamba cadangkan agar semua agensi dan jabatan kerajaan merubah semula dan mengkaji semula SOP KERAHSIAAN. Kita tak mahu penyakit jual maklumat ni menjadi barah kepada semua. Ambil saja contoh yang berlaku di kalangan cytro pro BN di mana berlakunya banyak kebocoran maklumat peribadi yang merbahayakan keselamatan diri harta dan nyawa kepada cytro keluarga mereka. Kita hindarkan prejudis dan syak wasangka. Tapi pada masa yang sama kita mahu memperketatkan SOP KERAHSIAAN. TANPA KERAHSIAA KETAT MANA -MANA KERAJAAN MAMPU DITUMBANGKAN DENGAN MUDAH DAN DIKUASAI OLEH PIHAK MUSUH. 

KITA MAMPU DIKALAHKAN JIKA TIDAK PANDAI MENJAGA KERAHSIAAN RAHSIA DAN MELINDUNGI KERAHSIAAN SESAMA KITA. RAHSIA ITU ADALAH SATU AMANAH BESAR. PERGI KE PAUTAN INI http://sanggahtokjanggut.blogspot.com/2012/07/siapa-konduktor-yang-mengokestrakan-isu.html

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...