بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
"INI BAHASA ALHIKAYAT
YANG TIDAK AKAN DIFAHAMI
MANUSIA JELMAAN
YANG
TIADA FAHAM
BAHASA ALHIKAYAT"
KU NAN berazaman hendak menghukum mana-mana manusia yang memberi sedekah kepada pengemis di ibukota metropolitan.
Tapi tiada KU NAN menyatakan samada akan menghukum pengurusan BAITUL MAL atau mana-mana manusia yang mampu yang tak memberi sedekah kepada lapan asnaf.
Apa yang KU NAN nak laksanakan itu adalah Hak Prerogatif beliau selaku yang diberikan kuasa.
Kita hanya mampu beri pandangan dan pendapat jika tiada bersetuju.
Yang dimaksudkan KU NAN mungkin mengenai Industri Pengemis Negara yang semakin berleluasa ketika ini.
Tapi kenapa ianya berleluasa dan berlaku di sebuah negara yang didakwa politikus sebagai mewah, makmur, aman dan kaya-raya?
Biarlah ambe bersajak dengan Bahasa Alhikayat kenapa dan mengapa ianya berlaku.
Manusia Jelmaan
- Sedar atau tidak, dikalangan kita sudah ramai spesis Manusia Jelmaan.
- Apakah Manusia Jelmaan ?
- Manusia Jelmaan ini bukanlah seratus peratus daripada benih manusia tapi bercampur dengan benih iblis jin dan setan.
- Apakah dalilnya? Cuba kaji surah An Naas
- Ingat tak dulu ada sebuah hadis yang pemes yang sentiasa diperkatakan semasa kursus perkahwinan?
- Hadis berkenaan memperingatkan jika tiada membaca Basmalah dan ta'awwuz ketika bersama isteri maka setan iblis dan jin akan menyetubuhi dahulu isteri-isteri.
- Carilah hadis berkenaan dan bertanya kepada jurunikah qariah dan imam yang bertauliah.
- Maka yang lahir nanti adalah spesis Manusia Jelmaan.
- Selain itu adalah manusia yang jenis lahir dari Ibu Tumpang , anak yang lahir di luar ikatan pernikahan sah mana-mana adat dan agama.
- Dan selain daripada itu semua, adalah jenis-jenis perkahwanan campur antara alam manusia dengan alam Jin yang selalu diceritakan oleh nenek moyang kita terdahulu.
Manusia Sebenar Manusia / Manusia Asli / Manusia Sejati / Manusia Insani
- Manusia pertama ialah ADAM alaihis salaam.
- Dijadikan dari campuran tanah, air, api dan angin
- Bila jasad itu sudah siap ditempa maka dimasukkan roh.
- Kemudian selepas dari itu dari campuran air mani kedua jantina
- Dikandung dalam rahim ibu yang kokoh selama 9 bulan 10 hari.
- Dalam kandungan itulah juga lembaga janin yang sempurna dimasukkan roh.
- Bila dilahirkan kedunia dengan tali pusat, temuni, air mentuban dan darah
- Diberikan nama dan nombor kad pengenalan sijil kelahiran dan kewarganegaraan mengikut undang-undang yang terpakai ditempat dimana bayi itu dilahirkan.
- Bila sampai ajal, maka matilah masuk liang lahad sedalam enam kaki dalam tanah.
4 Jenis Manusia Jelmaan Yang Merosakkan Agama Bangsa Negara Di Malaysia
- Yang pertama, ialah jenis yang suka kata benda halal tu haram dan yang haram itu halal. Contoh amalan LGBTX dan kebebasan murtad. Yang nak hapuskan identiti bangsa lain seperti penghapusan hak-hak istimewa Melayu.
- Yang kedua, jenis menghisap darah manusia. Lintah darat, buaya darat dan ular sawa. Ini jenis manusia jelmaan yang gunakan nikmat seperti ilmu, kuasa, pengaruh dan wang untuk menindas dan menzalimi manusia lain. Contoh seperti golongan kapitalis riba' dan Ah Loong Bukit Beruntung. Dan mereka yang bergiat dalam aktiviti Pemerdagangan Manusia.
- Yang Ketiga, jenis manusia menahan rezeki oranglain. Sekarang ini adalah jenis dari segala pencuri dan penyamun serta perompak termasuk perasuah dan pemberi rasuah. Paling ramai dikalangan Politikus dan anak-anak buah mereka. Yang enggan bersedakah dan enggan mengeluarkan zakat serta enggan menginfakkan sebahagian rezeki mereka perolehi kepada oranglain. Suka mengambil usaha kerja oranglain. Mencari glamer dan sukakan publisiti. Tidak mengira samada rezeki itu dari sumber haram atau syubahat. Pusat perjudian yang berlambak-lambak. Membenci dan menghalangi oranglain berbuat kebajikan kepada oranglain. Yang mengamalkan kronisma dan nepotisma. Yang mengutamakan kelompok mereka sahaja.
- Yang keempat, manusia yang jenis suka adu-domba. Ini pun paling ramai sekarang berada dalam kelompok-kelompok dan kluster-kluster Politikus. Kerana berebut jawatan, kuasa, pengaruh, pangkat dan wang ; melambungkan gosip-gosip liar dengan cerita suku betul serta separuh betul untuk menyebarkan persepsi. Bermain politik kebencian. Bermain dengan emosi dan mencetuskan kemarahan. Membawa Agenda Personal yang merosakkan ramai manusia lain. Suka memburukkan oranglain hanya kerana tiada mendapat sokongan daripada orang itu. Suka membuat propaganda dan pembunuhan karekter seseorang. Suka tikam belakang. Jenis gunting dalam lipatan, musuh dalam selimut dan duri dalam daging. Sendiri mau ingat lah.
Kesimpulan / Solusi
- Akibat terlalu ramai sangat manusia jelmaan kini berada di hirarki tertinggi kepimpinan dan memegang kuasa, ramai manusia asli tertindas dan dizalimi oleh mereka,
- Manusia Jelmaan paling ramai berada dalam parti-parti politik dan dalam pentadbiran negara.
- Mereka juga mempunya kroni dikalangan manusia asli/ sejati / manusia insani
- Bagi manusia asli / sejati / insani satu-satunya jalan keluar dan menguasai manusia jelmaan ialah dengan kembali semula kepada ajaran-ajaran Al Quran Nuur Kariim.
- Mengambil semula tempat dan melaksanakan amanah asal manusia dijadikan Allah Ta'ala.
- Mencari ilmu-ilmu agama yang mampu membawa kepada Kenal Siapa Allah, Siapa Muhammad dan Siapa Adam.
- Memakmurkan kembali bumi ini dengan menguasai semula ilmu-ilmu pentadbiran dan ekonomi
- Kembali menjunjung perintah agama dan tidak lagi mengikuti kata-kata manusia jelmaan
- Benar-benar mengenali siapa Manusia Jelmaan dan Siapa Manusia Asli/ Sejati / Insani
- Membersihkan dan menyucikan semua kekotoran dan kejahatan yang sedang disebarkan manusia jelmaan dengan kekuatan ilmu agama.
"Tugas Manusia Asli / Sejati / Insani ialah Memakmurkan Bumi Dengan Melaksanakan Segala Ajaran dalam Al Quran Nuur Kariim melalui mengenali sebenar kenal Siapa ALLAH, siapa MUHAMMAD dan siapa ADAM agar dapat mengenali diri sendiri dan membezakan mana manusia jelmaan dan mana manusia asli/ sejati / insani"