Sabtu, 8 Februari 2014

"KAU PERLU MERASAI UNTUK KAU MEMAHAMI" FILEM KAPSUL 2020 THE MOVIE.


WOW... dalam masa menghilangkan kebosanan melayan dan menilai episod Da Kajang Sodomi, dan beberapa rentetan peristiwa selepas itu, ambe ternampak pulak di timeline, mengenai laman fesbuk KAPSUL 2020 THE MOVIE dengan tagline yang benar-benar MANTOPS! - 'Kau Perlu Merasai Untuk Kau Memahami ' perghhhh hebat sungguh . Ringkasnya, filem ini mengenai kisah seorang pemuda yang terperangkap dalam kapsul masa di empat zaman berbeza. Wow ... hebat !

Bayangkan, anda terperangkap dalam 'Ruang Masa' di zaman yang berbeza dan hidup melalui zaman-zaman itu kemudian kembali ke masa hayat anda untuk menceritakan kepada semua. Tentu hebat ! Sehebat novel siri Laksamana Sunan karya Ramlee Awang Murshid.

Ambe hidup di zaman dan di masa Tun Dr Mahathir menyimpan amanatnya mengenai Wawasan 2020 dan akan dibukakan pada tahun 2020. Enam tahun saja dari sekarang untuk sampai ke 2020. Generasi Y pada masakini hnya mendengar pengalaman dan tidak merasai pengalaman pejuang-pejuang terdahulu mendapatkan kemerdekaan dan membina sebuah negara bernama Malaysia untuk kita. Filem ini digarap bagi menceritakan detik-detik penting dan zaman-zaman penting sebelum merdeka dan selepas merdeka.

Dalam ilmu fizik kontemporari, ahli fizik tersohor mengemukakan teori mengenai Masa dan Tetingkap Masa atau Gerbang Masa. Teori Lohong Masa bukan lagi satu fantasi dan khayalan. Tapi kini ahli fizik sejak Stephen Hawkngs membicarakan mengenai Teori Masa, mengakui bahawa masa adalah relatif kepada kelajuan cahaya. Bermakna menurutnya punca masa tidak hilang sepertimana yang disangka sebaliknya masa itu meninggalkan kesan dan bekas dalam bentuk medan magnet semulajadi. Cuma masa lampau dan masa depan berada pada garisan selari. Seperti riak air. Ianya tidak mustahil untuk melakukan pengembaraan masa. Hanya saintis belum menemui caranya sahaja. 

Filem Kapsul 2020, ini pada fikiran ambe mahu mengajak dan membawa kita mengembara melalui masa melalui layar perak. Mengingati dan merasi setiap deetik peristiwa penting agar kita memahami apa maknanya mempunyai MALAYSIA dan KEMERDEKAAN. Untuk lebih lanjut apakata anda semua pergi ke laman fesbuk filem berkenaan dan merasai sendiri untuk anda memahaminya.

https://www.facebook.com/kapsulthemovie


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...