Jumaat, 1 April 2011

PRK BUMI KENYALANG :- Burung Pipit Nak Lawan Burung Kenyalang.



1.    Mampukah sekawan burung pipit menipu kawanan Burung Kenyalang ? Sekawan Pipit kata BOLEH ! PIPIT BOLEH ! Ya betul ... BOLEH ... memang BOLEH .... BOLEHHHH BLAAAAHHHHH !!!.

2.    Sekawan Pipit tidak sedar bahawa sarang Kenyalang hanya untuk Kenyalang ... tiada ruang dan tempat untuk Pipit dan Tempua bersarang hata Tempua pun naik malu nak buat sarang rendah, inikan pula sekawan Pipit.

3.    Kenyalang tidak suka habitatnya dicemari oleh najis-najis jijik dan busuk kawanan Pipit yang amat gemar berkicau sewaktu terbang sambil menaburkan najis mereka merata-rata. Lagipun apalah faedah Pipit dapat berikan ?  Kenyalang awal-awal lagi sudah tahu, Pipit hanya hendak menumpang tuah dan bukan membawa tuah. 

4.   Pipit yang tidak tahu permasalahan tempatan di bumi Kenyalang, mahu tunjuk pandai kepada Kenyalang.  Bumi Kenyalang adalah istimewa dan mendahului sekawan Pipit dalam memperjuangkan Hak Samarata. Bumi Kenyalang lebih dahulu mengenali DEWAN UNDANGAN NEGERI dan SISTEM DEMOKRASI.

5.   Pribumi bumi Kenyalang lebih pandai dan cerdik daripada ahli-ahli politkus sekawan pipit yang hanya pandai berkicau sahaja. Bumi Kenyalang lebih makmur dan maju di bawah nilai budaya tempatan mereka. Ideologi terlampau sekawan pipit tidak akan dapat di terima oleh pribumi bumi Kenyalang yang tidak membezakan antara agama, budaya, suku kaum dan fahaman politik. Selama ini mereka hidup dengan 1 fahaman bahawa semua pribumi Kenyalang adalah 1 keluarga besar. 



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...