Khamis, 5 Januari 2012

ANAK IKAN ANWAR MERUSUH & BUKTI ANWAR LARI KE LUAR NEGARA.

Tengkiu macha ! .. hangpa buat kecoh nooo, ceq pi lari ambik Suaka Politik di luar Negara. Nanti ceq bantulah dari luar negara. Hangpa ikut cakap Lim Kit Siang Noooooo.....


KLBOYZWANGSA mendedahkan satu klip video ceramah Anwar Ibrahim di Johor. Ceramah itu pada 3 Januari 2012. Beliau menyebut bahawa beliau akan ke India dan selepas itu negara lain pada 9hb Januari 2012. Berkemungkinan besar semasa rusuhan dan/atau beliau akan meminta penangguhan atas alasan mendapat jemputan. Berkemungkinan besar juga beliau tidak akan hadir di mahkamah. Berkemungkinan besar juga beliau akan melakukan gerak kerja dari luar negara selepas rusuhan 901. Permohonan mendapat suaka politik di luar negara (sepertimana yang pernah dilakukan oleh Isham Rais) boleh diperkuatkan lagi dengan rusuhan 901. Justeru itu jelaslah, rusuhan akan tetap berlaku pada 901. Jumlah perusuh mungkin dalam sekitar 30 ribu sehingga 50 ribu orang. Jumlah ini mampu memberikan impak kepada simpati dan belas kasihan di luar negara untuk memberikan Suaka Politik kepada Anwar Ibrahim dan keluarganya. Hamba akan sambung lagi. Tontonilah klip video ini.


Liciknya Anwar Ibrahim. Orang lain bakal mendapat susah dan beliau senang-senang melarikan diri ke luar negara untuk menyelamatkan dirinya sendiri.
Kepada para demonstran 901 tak perlu anda menyusahkan diri anda lagi. Suaka Politik untuk Anwar Ibrahim sudah lama tersedia di luar negara.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

901- TINDAKAN ITU LEBIH PENTING DARI BERCAKAP.


Setakat pada saat ini. Hishamuddin sudah bercakap (Tun Faisal blog) Ismail Mina rakan Anwar Ibrahim sudah bercakap (GAP blog). Pemberi maklumat kepada Papa Gomo juga sudah bercakap (Papa Gomo Blog). Kumpulan agamawan pun sudah bercakap. 

Hari ini 5hb Januari 2012, di pihak Anwar sedang hebat melakukan gerak kerja untuk 901. Di pihak UMNO pula cukup hebat ..... hebat bercakap tak berhenti , tindakan tiada. Pemimpin UMNO sejak Pak Lah memang hebat dalam tunjuk pandai dari tunjuk kuat.


Jika hamba menteri KDN, hamba akan lakukan perkara-perkara berikut secara tegas:-
  1. Mengubah lokasi persidangan mahkamah ke tempat yang lebih selamat dan sukar di akses oleh para demonstran. Setakat hendak beri keputusan. Dalam sidang video pun boleh. Yea tak? Kemudian buat siaran langsung mengenainya. Biar semua rakyat tahu.
  2. Membuat reman selama 2 minggu ke atas semua kepala-kepala dan orang yang disyakki akan melakukan kacau ganggu pada 901.
  3. Menyelaraskan gerak kerja dengan semua pejuang maya.
  4. Mengadakan bacaan YaaSiin 41 serta majlis tahlil di setiap masjid selama 3 hari berturut-turut. Ini kerana majlis tahlil mampu menghindarkan bala bencana.
  5. Mengambil perintah mahkamah untuk injuksi tahanan rumah ke atas semua pemimpin politik pada hari itu.
  6. Mengambil perintah mahkamah melarang semua berada di lokasi dalam jarak 5 kilometer.
  7. Mengetatkan kawalan keselamatan di kompleks mahkamah Jalan Duta mulai sekarang.
  8. Mengetatkan perlindungan kepada Hakim Datuk Mohammad Zabidin Mohd Diah.
  9. Mempersiapkan Pelan Membantu peniaga yang bakal menerima kerugian.

Membiarkan pihak polis menangani bersendirian isu ini akan mendedahkan pihak polis kepada pelbagai fitnah mega. Semua pihak wajib mengambil tanggungjawab dan memainkan peranan dalam memastikan gagalnya 901 ini. Takkan pak polisi sahaja kena hentam. Bagaimana pula kerahan askar Wataniah, RELA, penguatkuasa DBKL serta ahli-ahli UMNO yang berjumlah 3.32 juta orang?


Jika tidak mahu ianya berlaku maka eloklah di buat tangkapan dan tahanan segera. Niat dan tujuan Anwar Ibrahim melancarkan 901 sudah terang dan jelas. PKR dan pakatan tidak berselindung lagi dalam hal ini. 


Jika dibiarkan sahaja tanpa ada tampak tindakan-tindakan tegas maka ini memberikan persepsi kepada rakyat jelata bahawa kerajaan BN adalah lemah dan penakut.


Sebagai pilihan terakhir, biarkan saja para demonstran mengamok dan melakukan kerosakan. Biarlah negara dalam keadaan huru hara selama tiga bulan. Tapi adakah itu tindakan yang bijak?

Biarlah menjadi cerdik bertempat daripada cerdik tapi hilang tempat.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

901 BILA PELIWAT & PENGHISAP GANJA NAK TUNJUK KUAT.


Baru-baru ini ada seorang bekas pemimpin UMNO berkata bahawa si peliwat dan pakatan bukanlah ancaman. Tambahnya lagi adalah salah membantai Adam Adli. Malah katanya bloger pro UMNO ini tidak fokus dan kurang inteligen. Ya hamba bersetuju kerana orang seperti beliaulah yang menyebabkan kuasa politik Melayu Islam semakin terhakis dan anak-anak muda Melayu bermain api.

Si peliwat dan kumpulan pemikir penghisap ganja mahu mengertak kuasa politik Melayu Islam dengan 901. Silakanlah. Bagi orang-orang UMNO seperti hamba dan ramai lagi tidak kisah pun dengan 901.

Kami tahu ini semua adalah permainan-permainan pengkhianat-pengkhianat Melayu Islam.Kami sedar bahawa masih ramai lagi pemimpin-pemimpin Melayu Islam mahukan si peliwat menjadi pemimpin. Kami tahu ramai pemimpin-pemimpin Melayu tidak mempercayai Anwar Ibrahim seorang peliwat dan seorang penzina. 

Kami juga tahu 'Rahsia Terbesar' Anwar Ibrahim. Pihak polis dan raja-raja Melayu bukanlah sebodoh dan setolol yang mereka fikirkan. Malah orang-orang UMNO dan bloger UMNO juga tidaklah sebodoh dan setolol yang difikirkan oleh kumpulan penagih ganja UBU.



Kumpulan peniaga seperti individu di dalam klip video di atas tidak akan berdiam diri lagi. Mereka sudah bosan dengan karenah-karenah demonstrasi jalanan yang merosakkan perniagaan mereka. Kepada penganjur dan peneraju 901 anda perlu berfikir semula. Pada kali ini anda akan di tentang hebat oleh majoriti pengundi senyap dan golongan yang sudah bosan dengan sikap anak kecil main api anda.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

PENDEDAHAN KELEWAAN KAK WAN JIJAH & PERANAN ISHAM RAIS.



Kerosakan berlaku kerana perbuatan segelintir perseorangan yang mendapat kepercayaan. Diburukkan lagi oleh tindakan sesetengah pemimpin Melayu dengan sengaja menambah nilai kerosakan sedia ada. Berdasarkan kepada pendedahan yang di buat oleh AIDC (klip video di bawah) , Lokman Noor Adam sendiri mengakui bahawa ada campurtangan George Soros. Dana-dana daripada George Soros disalurkan kepada ngo-ngo di dalam negara untuk menimbulkan huru-hara dan konflik.



Lokman Noor Adam mendedahkan peranan yang dimainkan oleh Isham Rais menghasut golongan mahasiswa Melayu. Universiti Bangsar Utama (UBU) ditubuhkan oleh Isham Rais sejak kembalinya beliau ke tanahair. 

Si penghasut utama itu mempunyai aliran pemikiran yang tersendiri. Antara graduan UBU adalah peneraju kepada UMNO Reform. Isham Rais dipergunakan oleh Anwar Ibrahim untuk menghasut para mahasiswa. Tidak mustahil beliau turut diperalatkan oleh pemimpin-pemimpin tamak dan bercita-cita tinggi di dalam UMNO.

Pada pandangan hamba penglibatan Isham Rais di dalam percaturan politik Melayu Islam lebih banyak merugikan Melayu Islam. 

Isham Rais tidak pernah mengandalkan bahawa beliau terikat kepada apajua nilai dan aliran pemikiran. Bagi beliau kehidupan ini tertumpu kepada 'pemberontakan dalaman' yang menjadi takrifan kepada pembebasan pemikiran dan tindakan seseorang. 

Sejak berumur 22 tahun sehinggalah beliau kembali ke tanahair, beliau pernah menjalani kehidupan sebagai seorang tanpa 'tanahair'.  Beliau cuba mentakrifkan semula nilai-nilai global. Bercita-cita membentuk semula pemikiran kritis dan rebelis. Beliau berhasrat menjadikan nilai pemberontakan sebagai nilai utama dalam kehidupan anak muda Melayu.

Beliau memandang UMNO sebagai lapuk dan tidak progresif. Malangnya beliau mencari tempat beliau dalam kehidupan ini melalui pendekatan ' tidak bertempat'.

Anak-anak muda Melayu yang telah dirosakkan oleh aliran pemikiran Isham Rais dan UBU amatlah parah. Malah kuasa politik Melayu Islam menjadi lemah gara-gara gerak kerja mereka. Terhakisnya kuasa politik Melayu Islam kerana mereka beranggapan bahawa keangkuhan dan kesombongan itu mampu melonjakkan Melayu menjadi lebih progresif. 

Mereka gagal melihat ke dalam budaya Melayu itu sendiri. Melayu Islam hanya mampu melonjak ke hadapan apabila Melayu Islam itu menyedari dan mengamalkan sepenuhnya budaya Melayu Islam yang merupakan budaya yang amat progresif.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...