Wan Ahmad Wan Omar ~ Butirannya Telah DipUtarbelitkan oleh PKR bagi Memfitnah Pengerusi SPR
TERDAHULU kita dikejutkan dengan pendedahan sensasi oleh Sapudin Nasution yang mendesak Pengerusi SPR meletak jawatan atas alasan kononnya Pengerusi SPR adalah ahli UMNO. Butiran yang diberikan oleh PKR seperti berikut:-
No KP 490101035179
No Keahlian UMNO 2374564
Kod Cawangan KUBANG BUNGGOR
Kod DUN 02213 (CHETOK)
Kod Bahagian 022 (PASIR MAS)
PASIR MAS, 6 Mei 2012 - Ahli UMNO Cawangan Kubang Bunggor, Wan Ahmad bin Wan Omar mengecam tindakan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail menggunakan identiti beliau sehingga dikaitkan sebagai Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad bin Wan Omar. Peniaga kedai makan berusia 63 tahun itu kesal dengan tindakan tanpa usul periksa parti itu yang menggunakan maklumat peribadi dari kad pengenalannya untuk mendesak Timbalan Pengerusi SPR itu meletakkan jawatan. Wan Ahmad berkata nombor kad pengenalannya 490101-03-5179 telah digunakan oleh Saifuddin untuk dimuatkan kedalam kenyataan media PKR yang dikeluarkan pada 27 April lalu. Sambil menegaskan tindakan tersebut sebagai tidak bertanggungjawab, beliau melahirkan rasa simpati kepada Datuk Wan Ahmad yang dituduh sebagai ahli UMNO atas dasar nama yang sama dengannya. "Sebenarnya, ahli UMNO Cawangan Kubang Bunggor itu adalah saya dan nombor kad pengenalan itu milik saya," kata Wan Ahmad. Sebelum itu, kenyataan media PKR turut menggunakan maklumat nombor kad pengenalan yang sama dengan peniaga kedai makan Pasir Mas ini dalam desakan agar Timbalan Pengerusi SPR itu meletakkan jawatan atas dasar Datuk Wan Omar adalah ahli UMNO. Malah nombor keahlian UMNO, kod cawangan, kod DUN dan kod bahagian yang dikeluarkan oleh kenyataan media PKR itu juga menggunakan maklumat dari peniaga kedai makan Pasir Mas tersebut. Datuk Wan Omar juga pernah menafikan dakwaan PKR bahawa beliau adalah ahli UMNO sekaligus menuntut Setiausaha Agung PKR itu memohon maaf secara terbuka. Saifuddin turut mempertahankan dakwaannya dengan alasan sudah mengemukakan bukti kepada umum.
PKR sudah amat terdesak. Tanpa melakukan pembohongan, penipuan, pendustaan dan memfitnah pihak-pihak lain, PKR fikir ianya mampu menyelamatkan PKR, DAP dan PAS serta Pakatan Rakyat yang semakin rapuh dan di tolak rakyat.
Sebab itulah hamba selalu katakan, jika ianya datang daripada PAS DAP PKR jangan mudah terpedaya kerana pepuak itu bukannya tau bercakap benar pun. Semanjang menipu ... berbohong ... berdusta ... dan memfitnah.
Pengerusi SPR patut saman atau mengambil tindakan undang-undang ke atas PKR kerana memfitnah beliau.
TEPUK DADA TANYA IMAN WA CAKAP SAMA LU
DAP ANTI ISLAM & MELAYU
PKR KAKI PENIPU
PAS MATI KUTU DI BULI SEKUTU