Isnin, 27 Oktober 2014

JANGAN MEMBELA IDOLA HANYA SEMATA IA ADALAH 'BERHALA POLITIK'

Masalah Politik Malaysia ialah kerana Politikus menjadi Berhala-berhala Hidup yang di sembah puji oleh anak-anak buah mereka. Tanyalah kepada mana-mana anak-anak buah politikus, yang keluar daripada mulut mereka hanya perkataan baik sahaja mengenai bos-bos politik mereka waima pada masa mereka bercakap itu, bos-bos politik mereka sedang mabok Carlsberg sambil berpeluk cium dengan GRO di dalam bilik VVVIP di sebuah karaoke di Bukit Bintang. 

Betul lah tu. Bukankah mereka mengamalkan sunah akhlak yang baik yakni menjauhi ghibah, fitnah dan menjauhi sangka-sangkaan buruk? Cuma bahagian berkata benar sahaja mereka masih belum dapat hidayah dan inayah untuk mengamalkannya secara konsisten kecuali pada masa 24 jam sebelum mengundi sekali setiap lima tahun. 

Anda jangan hairan jika anak-anak buah Politikus sentiasa memviralkan gambar-gambar bos-bos mereka sedang solat dan mengambil wudhu'. Kata mereka, ianya untuk memberikan gambaran dan imej yang baik kepada bos-bos mereka. Malah jika ada sekalipun video lucah/ porno bos-bos mereka, dengan cepat mereka menghapal hadis-hadis, petikan-petikan ulama' muktabbar berserta mukasurat dan nama kitab dan ayat-ayat al Quran bagi menghalalkan segala kebatilan bos-bos mereka. Tapi setakat itu sahaja lah penghapalan mereka. 

Kita tak pernah pun membaca sebarang status dan komen positif daripada anak-anak buah politikus. Yang banyak disebarkan oleh mereka hanyalah persepsi negatif mengenai saingan politikal mereka. Apa yang menarik ialah, kaedah hipokrasi mereka. Di satu perspektif, mereka arahkan anak-anakbuah mereka memviralkan keburukan saingan mereka. Di satu perspektif lain pula mereka memberikan imej bahawa mereka terlebih alim wara' dari segala malaikat yang ada. 

Soalan-soalan yang kita tanyakan kepada mereka berkenaan dengan satu-satu fakta dan informasi biasanya diberikan jawapan klise yakni 'Saya setuju dan saya akan take note' atau jawapan klise, "Kita kena redho dan bersyukur" atau jawapan klise, "Anda berfikir di luar kotak" dan persoalan itu hanya terhenti di situ tanpa sebarang Tindakan.

Pada Politikus mereka tak pernah berbuat salah dan tak mampu melakukan sebarang kejahatan. Itu adalah suatu perkara yang Amat Mustahil , dakwa mereka! Selain itu mereka turut berjaya menipu diri mereka sendiri dengan bantuan daripada setan-setan yang bersarang di hati mereka, dengan dakwaan bahawa mereka bertindak demi kepentingan pengundi dan rakyat. (Tolong jangan gelak).

Bila kita fikirkan sejenak, adakah kita memerlukan Politikus? Atau mereka yang perlukan kita? Kelebihan Politikus kerana mereka mendapat Kuasa-kuasa Eksekutif dan Legislatif. Jika mereka tiada Kuasa-kuasa itu, apakah mereka diperlukan?

Politikus hanya gah kerana dengan kuasa-kuasa eksekutif dan legislatif itu, mereka mengumpul kekayaan demi kekayaan. Kerja dan peranan mereka hanya bermesyuarat dan luluskan projek-projek yang mereka akan pastikan diperolehi oleh kroni, nepotis dan anak2 buah mereka sahaja.

Kita mempunyai Pilihan Yang Lebih Baik dari keberadaan Politikus di kalangan kita. Ketaatan dan kesetiaan ada Had Batas Sempadan. Apa faedahnya membela dan melindungi Politikus atas nama Setia dan Taat jika mereka pun memandang amat rendah dan memperlekehkan kita?

Tahukah anda bahawa semua Politikus Malaysia tak kira dari pihak mana, sudah tertanam kuat dalam diri mereka yang mereka Lebih Berkuasa dan Menguasai Rakyat dengan kuasa-kuasa Eksekutif dan Legislatif? Malah Budaya anak-anak buah mereka pun terlebih sudu dari kuah. Mereka tetap akan memandang rendah dan hina kepada rakyat bawahan.

Sifat bongkak, ego, sombong, takkabur, angkoh sudah terlalu menebal dalam diri puak politikus. 

Dan kini mereka mencari jalan dan alasan untuk melarikan diri dari semua tanggungjawab mereka.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...