Jumaat, 2 September 2011

DR XAVIER JEYAKUMAR BENGANG !

GAP mendedahkan Dr Xavier Jeyakumar pariah PKR yang cenderung kepada Sosialis Religus dan komunisma yang suka Melayu dibenarkan murtad dan yang cukup benci artikel 3 Perlembagaan Malaysia sedang bengang tahap berok tak dapat mengawan terhadap kakitangan awam Selangor yang enggan menuruti perintah-perintah puak komunis dan sosialis Pakatan Sosialis Pembangkang Rakyat. 


Menurut GAP bagaimana ribuan kakitangan awam Selangor dalam majlis perbandaran hendak mentaati perintah-perintah komunis dan sosialis dalam PKR yang bersifat luar tabi'ee belaka? Menurut GAP, protes kakitangan awam Selangor terhadap Pakatan Sosialis Pembangkang Rakyat semkain meningkat dan memuncak. Ahli Majlis Pakatan Sosialis Pembangkang Rakyat lebih sudu dari kuah dan cukup berlagak.

Pakatan Sosialis Pembangkang Rakyat tidak berminat untuk mentadbir tapi hanya berminat untuk MEMERINTAH. Mentadbir dengan Memerintah adalah dua perkara berbeza. Puak Soislais tidak dapat membezakan antara kerja-kerja mentadbir dengan kerja-kerja memerintah.

TAHNIAH KEPADA KAKITANGAN AWAM SELANGOR YANG SANGGUP MEMBANTAH PAKATAN SOSIALIS PEMBANGKANG RAKYAT!

REPUBLIK PENANG: BUKAN SAHAJA PEMIMPIN PAS DI BUANG SESUKA HATI DAP TAPI KAMPUNG PUN DIPERLAKUKAN CARA YANG SAMA.



Helo ! PKR dan PAS, maksudnya yang berbangsa Melayu beragama Islam di Pulau Pinang dan di mana saja di Malaysia ini, apa sudah jadi kepada kepentingan Islam dan Melayu di Pulau Pinang? 

Sampai bilakah Melayu PKR dan PAS sanggup diperbodohkan dan di buli oleh DAP?

Nampaknya Melayu PKR dan PAS yang berasal dari Pulau Pinang dalam dua ke tiga tahun sudah tidak mempunyai kampung halaman untuk pulang beraya. Malah untuk mengundi dalam Piliharaya pun sudah tidak ada Pusat Daerah Mengundi. 

Dahulu Melayu di tipu oleh Parti Komunis Malaya dan cuma jadi bahan pamiran sebagai Rejimen ke 10 PKM yang tidak pulang hasil. Kini, budaya membuli dan memperhambakan Melayu doleh PKM diteruskan oleh DAP pula. Rela pula Melayu PKR dan PAS jadi kuli dan budak suruhan DAP Sosialis yea sepertimana Rejimen ke 10 PKM yang sanggup gadai nyawa demi Chin Peng dalam PKM.


DAP MULA CARI PASAL DENGAN PAS PUSAT.


Hj Hadi Awang cuba menafikan peranan PENABAL RAJA DAP dalam kepimpinan PAS samada di negeri mahupun di peringkat Pusat, tapi ternyata perkara itu tidak dapat ditutupi oleh Hj Hadi dengan kenyataan pusingan U nya. Inilah yang didedahkan oleh bloger DR.NOVANDRI.

Semakin jelas peranan dominan DAP di dalam urusan campurtangan pemilihan pucuk pimpinan dalam PAS sehingga mampu memberi arahan kepada PAS PUSAT agar menukarkan Mat Jan MB Kedah atas alasan kesihatan. Kenapa Pok Nik Kelantan yang jauh lebih teruk keadaan kesihatannya berbanding Mat Jan tidak di suruh meletak jawatan? 

Mat Jan sendiri sudah mengakui bahawa beliau di paksa meletak jawatan. Kita sudah tentu dapat menyimpulkan ianya berpunca dari polemik penutupan pusat hiburan seluruh negeri Kedah.Hairannya, Hj Hadi Awang mengakui bahawa beliau akan mengadap KDYMM Sultan Kedah untuk perkenan baginda bagi menggantikan Mat Jan. Sejak bila pula PAS PUSAT mempunyai kuasa eksekutif untuk campurtangan dalam hal perlantikan MB di Kedah? Tidakkah perkara itu ditentukan oleh sidang khas DUN Kedah?

Perkara ini tidak sama dengan apa yang berlaku di Perak di mana berlakunya perubahan mendadak sokongan dari ADUN-ADUN. Di Perak, kerajaan boneka negeri tertubuh kerana adanya campurtangan istana yang mengesa parti yang bertelagah DAP dan PAS agar membuat perjanjian bertulis untuk menubuhkan kerajaan negeri.PAS tidak pandai berstrategi dalam politik. 

Memanglah DAP dan PAS PUSAT mencari nahas bala bencana dengan KDYMM Sultan Kedah nanti. Jangan terkejut jika baginda Sultan Kedah bakal murka terhadap Hj Hadi dan DAP. Mat Jan dan penyokongnya sudah tentu tidak akan berdiam diri dalam hal ini. Nampaknya DAP berjaya memecahkan perpaduan PAS. Korban Politik DAP lagi nampaknya, yea tak?


DAP SANG PENABAL RAJA AKAN MEMBERI LALUAN MUDAH KEPADA BN MENANG DI KELANTAN.


Peranan PENABAL RAJA yang sedang dimainkan oleh DAP akan membuka luang dan ruang seluas-luasnya kepada BARISAN NASIONAL untuk memenangi Kelantan dalam PRU 13. 2/3 kerusi Parlimen akan dimenangi dengan mudah oleh BN nanti. Itulah keputusan muktamad DAP. Janganlah melompat-lompat pula. KERUSI PARLIMEN bukan KERUSI DUN.

DAP akan memastikan PAS Kelantan menang majoriti mudah dalam PRN berasingan. Perkara ini telah dipersetujui oleh sekelompok berpengaruh kepimpinan PAS PUSAT.. Tapi segalanya akan bergantung kepada kejayaan DAP menukar kepimpinan PAS di Kedah. Cara yang sama akan dilakukan oleh DAP di Kedah sepertimana DAP tendang keluar dan memusnahkan pengaruh Dato Hasan Ali di Selangor. 

Kejayaan DAP dalam menukar kepimpinan PAS di Kedah akan menambahkah lagi kredibiliti DAP sebagai Dominan Penabal Raja. Natijah yang dikehendaki oleh DAP ialah menyakinkan pengundi Cina di samping mempengaruhi sejumlah 20% pengundi Melayu di kalangan ahli PAS (anak beranak PAS). 

Isu gosip Mat Jan MB Kedah akan ditukarkan oleh DAP bukanlah suatu isu kecil. Ianya akan membawa natijah yang lebih besar lagi. Kejayaan DAP memansuhkan dan mengecilkan kewibawaan Dato Hasan Ali merupakan kejayaan kedua terbesar selepas berjaya menabalkan Nizar sebagai MB Perak suatu masa dulu.

DAP tidak sesekali akan berminat untuk merebut jawatan PM tetapi amat berminat dalam menabalkan PM. Begitu juga dalam penabalan Menteri Besar. Ini adalah polisi Penabal Raja DAP bagi jangkamasa 10 tahun. Pada PRU 16 barulah DAP akan merebut jawatan PM apabila keseimbangan jumlah pemilih Cina dengan Melayu adalah pada kadar 49: 51. 

Menurut kajian yang dilakukan oleh Institut Hua Ren , Melayu hanya dapat dibudayakan semula dalam tempoh 15 tahun. Syarat-syaratnya ialah:-

1. Sentimen kebencian kepada UMNO berterusan. Untuk itu UMNO mestilah diberikan peluang untuk menang dalam PRU 13 dalam kadar di bawah paras margin 2/3 majoriti bagi kerusi Parlimen dengan kemerosotan undi Cina.

2. Kemenangan UMNO di dalam PRN Kedah, Perak, Selangor dikekalkan kepada kerusi-kersui tradisi tanpa penambahan baru. Ini kemudiannya akan di ubah melalui persempadanan semula. Isu SPR pada masa ini adalah begitu penting buat DAP bagi mencapai matlamat itu. 

3. UMNO mestilah diberikan kemenangan di Kelantan dengan menguasai kerusi Parlimen pada kadar majoriti mudah tetapi PAS mestilah dikekalkan kemenangan majoriti mudah kerusi DUN dalam PRN. Ini unutk memberikan laluan kepada strategi DAP sebagai Penabal Raja di Kelantan. 

4. Kesemua DUN di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor akan ditentukan oleh DAP yang berperanan sebagai Penabal Raja kekal pada kedudukan sama dengan penambahan majorirti undi Cina. 

5. DAP akan mengukuhkan kedudukan di Pulau Pinang dan tetap berperanan sebagai Penabal Raja di Kedah, Perak, Selangor dan Kelantan sebelum menyerang habis-habisan dalam PRN selepas PRU 13. 

Kepada ahli-ahli PAS di Kedah, Pulau Pinang, Perak , Selangor dan Kelantan jangan hendak mimpilah Hj Hadi atau siapa saja pemimpin dalam PAS boleh MERDEKA daripada pengaruh DAP. PAS PUSAT sudah dijajah sepenuhnya oleh DAP. 

Pemenjaraan Anwar Ibrahim memudahkan peranan Penabal Raja DAP. Kita tidak boleh lagi membiarkan DAP kelihatan BERKUASA. Jika DAP berjaya mencaturkan kedudukan jawatan MB Kedah, yakinlah dan percayalah peratusan undi Cina akan semakin berkurangan di pihak BN. Manakala, anak-anak PAS akan mula berkiblatkan DAP. 


SKRIP PERKAUMAN & KEBENCIAN PENYELAMAT PAKATAN SOSIALIS PEMBANGKANG RAKYAT SANG PENABAL RAJA


KEDAH bakal memperolehi seorang Menteri Besar baru menggantikan Mat Jan, begitulah khabar angin yang ditiupkan oleh gerombolan Rocky Bru (The Star & Malasnyakini). Samada Kedah memperolehi seorang MB baru atau tidak itu tidak penting. Dalam gosip ini, matlamat yang hendak di capai itu adalah penting. Mahfuz Omar atau seorang lagi pemimpin PAS Kedah yang sehaluan dengan Mat Sabu akan dijadikan pengganti.Mat Jan sudah menjadi liabiliti kepada DAP.

DAP sedang berlatih menjadi 'PENABAL RAJA' sebelum menjadi 'RAJA'. Oleh kerana Budaya Rakyat Malaysia yang begitu bergantung kepada Penilaian Kulit mudah bagi DAP untuk memainkan peranan PENABAL RAJA. Rakyat Malaysia memang mengamalkan 'JUDGE THE BOOK ITS COVER' seratus persen. Buatlah apasaja pun , penilaian rakyat Malaysia ialah berdasarkan kepada KULIT bukannya ISI. Sesuatu yang amat serius perlu di ambil kira oleh sesetengah pemimpin Tertinggi UMNO. 

Biarpun lah WHO mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara yang menyediakan kemudahan perubatan dan hospital terbaik di dunia baca di sini KAMALUDDIN'S BLOG atau membuat perbandingan kedaifan di Somalia baca disini PAPA GOMO : MISI BANTUAN KEMANUSIAAN DI SOMALIA ataupun mengenai kenyataan Mat Sabu dan Hj Hadi menyokong komunis dan kenyataan bidas Karpal Singh baca di sini GERAKAN ANTI-PKR (GAP)PISAU.NETNOVANDRI (minda intelek melayu)MEDIA PERMATANG PAUHMAT KILAU PENANG sebahagian besar 3.9 juta pemilih dalam PRU 2008 telah begitu sebati menilai KULIT BUKU UMNO & PEMIMPIN UMNO seperti yang digambarkan oleh Pakatan Sosialis Pembangkang Rakyat. 

Penialaian berdasarkan kepada nilai-nilai luaran dan tampak adalah lebih disukai oleh rakyat Malaysia. Oleh itu amat penting buat UMNO dan pemimpin UMNO menampilkan nilai-nilai luaran yang menyakinkan dan selari dengan ISI.. Isu penutupan aurat DS Rosmah masih laku dan laris di pasaran terbuka kerana BUDAYA MENILAI KULIT.

Kisah Altantuya masih hangat kerana sebahagian besar rakyat mempercayai fitnah versi Pakatan Sosialis Pembangkang disebabkan tiada tindakan undang-undang dilakukan oleh DS Najib dan DS Rosmah walaupun ada pengakuan dan pendedahan panas oleh RPK, Wikileaks dan beberapa pemimpin lain yang mengakui versi kisah Altantuya adalah fitnah semata-mata.  

Sebahagian besar rakyat Malaysia tidak menilai langsung segala kebaikan dan kerja-kerja kebajikan yang dilakukan oleh DS Rosmah. Di dalam PRU 13, 73% pengundi Cina akan mengundi DAP kerana KULIT DAP YANG TEBAL CAUVINISTIK. 

Adalah penting bagi pemimpin UMNO dan semua pemimpin BARISAN NASIONAL mula memikirkan kembali kaedah-kaedah penampilan luaran yang mampu menyakinkan kembali rakyat. Peranan inilah yang amat penting mereka lakukan. Mereka wajib tahu bagaimana untuk manipulasikan BUDAYA MENILAI KULIT ini. Tanyalah kepada Tun Dr Mahathir mengenainya. 


KELANTAN AKAN DIKURBANKAN OLEH DAP UNTUK MENGEKALKAN KUASA DI PULAU PINANG.

Mat Sabu awal-awal lagi sudah memberi amaran kepada PAS bahawa jika PAS tidak mahu menuruti kehendak DAP, PAS akan menjadi korban DAP. Sebenarnya samada PAS menuruti kemhauan DAP atau tidak bukan soalnya. Soalnya ialah DAP akan memastikan PAS berada dalam situasi terhutang budi untuk selamanya. 

Tidak susah. DAP hanya menawarkan pakej-pajek pnjaman kewangan melalui projek-projek pembangunan seperti jalanraya dan ladang-ladang rakyat. Sedikit demi sedikit lama-kelamaan PAS terjungkit. DAP memang sengaja memerangkap PAS melalui Mat Sabu.

Kesiannya PAS, sudahlah menjadi Lebai Malang kini bakal pula dijadikan ehem..ehem...ehemm ... kurban DAP.

SURAT DS NAJIB KEPADA RAKYAT BRITAIN.


PETIKAN DI AMBIL SEPENUHNYA DARIPADA BLOG TUN FAISAL.

Thank you for helping Malaysia’s riot victim, Britain

Images of a student being attacked shocked my country. But the public has made amends

Najib Razak

Like countless other Muslims around the world, Ashraf Haziq set off on his bicycle one afternoon during the holy month of Ramadan to buy food with which to break his fast. He never got the chance to eat it. Instead, he unwittingly became the global face of the riots that rocked London and the British nation.

Across the globe, millions watched in disgust as a YouTube video revealed the horror of a young Malaysian student being robbed by thugs who initially pretended to help him. Only moments before, another group of criminals had left Ashraf bleeding by the roadside after breaking his jaw and then stealing his bike.

In Malaysia this incident — so senseless, so callous and so brutal — shocked us to the core. Many of us have spent time in your city and have a great affection for it. But this was a side to London that none of us had seen before, and we began to wonder if it had changed, if our memories had become tinted with nostalgia, or even if we were mistaken in the first place.

But in the days that followed Britain showed its true face to the world. First came the very public anger towards Ashraf’s attackers. Tens of thousands of you in Britain took to the internet to express your revulsion at what you had seen. This wave of anger was followed by a huge outpouring of concern, assistance and support.

In an age where some still try to drive wedges between races and religions, the ordinary people of Britain did not hesitate to open their hearts to a young Malaysian Muslim.

And Ashraf himself went on to make clear that the feeling was mutual, demonstrating an admirable refusal to judge as he told the world that he loved London, that nothing would persuade him to leave it early and that he even felt sorry for his attackers.

At the United Nations last year, I called on world leaders to fight extremism of all kinds by establishing a global “Movement of the Moderates” — ordinary people of all races, religions and political persuasions prepared to stand up to the extremists and to defend the values they believe in.

It is those values — an acceptance of others, a strong sense of right and wrong, and, above all, a rejection of extreme and violent behaviour — that have been defended so vigorously by the people of Britain in recent weeks. What we have seen has been a truly heartening example of the moderates finding their voice, and I want to say, quite simply — thank you.

Thank you for helping a young Malaysian in his hour of need. And thank you for proving once again that London is a city where outsiders are welcome but extremists are not.

Najib Razak is Prime Minister of Malaysia

PENDEDAHAN WIKILEAKS MENGESAHKAN PEMBOHONGAN JAJAAN KISAH ALTANTUYA OLEH PAKATAN SOSIALIS PEMBANGKANG RAKYAT.

Dua perkara yang anda wajib tahu mengenai dua isu yang sedang hangat diperkatakan, pertama mengenai pendedahan Wikileaks berkenaan kisah DS Rosmah berada di lokasi pembunuhan Altantuya dan satu lagi mengenai kenyataan Karpal Singh membidas Mat Sabu.

Perkara pertama diulangi di sini di mana Wikileaks mendedahkan kabel rahsia yang di hantar dua minggu lepas ke Washington. Baca di bawha ini:-
Kehadiran Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada lokasi pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu "tidak masuk akal", menurut seorang diplomat Amerika Syarikat dalam sebuah kabel rahsia yang dihantar ke Washington DC tiga tahun lalu.

Kabel diplomatik itu dihantar oleh Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur dua minggu selepas penulis blog kontroversial Raja Petra Kamarudin membuat pengakuan bersumpah bahawa Rosmah berada di tempat kejadian pembunuhan itu pada 2006 Oktober.
 http://www.malaysiakini.com/news/174567 


Sudah tentulah media fitnah Pakatan Sosialis Pembangkang Rakyat menafikannya dan terus menuduh Wikileaks di bayar! Begitulah keadaan mereka apabila berhadapan dnegan Kebenaran Hakiki yang tidak mampu lagi mereka membantahnya. 

Sebelum pendedahan Wikileaks, sudah banyak pendedahan mengenai fitnah oleh Pakatan Sosialis dalam isu Altantuya ini terutama pengakuan RPK sendiri dan YB Zulkfilee Nordin serta pengakuan Tian Chua membuat gambar super imposed DS Najib dengan Altantuya. 

Segala pembohongan dan penipuan kisah dongengan Pakatan Soaislis Pembangkang Rakyat dalam isu Altantuya semakin terdedah. Adakah anda masih mahu mempercayai segala apa yang disampaikan oleh mereka? Jangan tertipu lagi. 

Dalam perkara kedua mengenai bidasan Karpal Singh kepada Mat Sabu pula, ianya lebih bersifat perkauman. Karpal Singh sudah tentunya tidak mahu rakyat Malaysia tahu sejarah penghijrahan kaum Sikh di Malaysia. 

Apakah sejarah migrasi kaum Sikh di Malaysia? Bloger mymassa mendedahkan bahawa Karpal Singh membidas Mat Sabu atas kepentingan kaum Sikh. Pihak British telah lama mengimpot masuk kaum Sikh sebagai askar dan polis untuk menjaga kepentingan British di Malaya. Kumpulan pertama Sikh yang di hantar ke Malaya merupakan pesalah politik yang di buang negeri kerana menentang British. 

Karpal Singh hanya mahu melindungi sejarah hitam kaum Sikh Malaysia sahaja yang pernah menjadi askar dan polis British. Lihat petikan Wikipedia

Despite the popular belief that Sikhs were brought to the then Malaya as police and soldiers, historically it is proven that Sikhs were actually sent to Malaya as political prisoners. The first few Sikhs to set foot in Malaya were Nihal Singh (better known as Bhai Maharaj Singh) and Kharak Singh, who were thrown out of India due to anti-British involvement somewhere around 1800. These prisoners were sent to the Outram Road prison in what is now Singapore. In 1865, it is believed that the process of migration of Sikhs to Malaysia started again but this time involved recruitment in the armed forces in the British Empire mainly as police, military and guards.
http://en.wikipedia.org/wiki/Sikhism_in_Malaysia 

Pihak SAS telah merekrut dan melatih pejuang gerila Melayu bagi persediaan menawan Malaya daripada Tentera Jepun. Pasukan tersebut dinamakan sebagai FORCE 136 berserta saki baki Rejimen Askar Melayu DiRaja. Ayahanda PM DS Najib merupakan anggota FORCE 136 yang berjaya.

Jadi, Pakatan Sosialis Pembangkang Rakyat lah yang paling dangkal dalam sejarah dan perlu kita ingat label golongan bangsawan kepada UMNO sebenarnya meleset kerana memang terbukti salah seorang pemimpin UMNO PM Malaysia yang ke 2 pernah berjuang menentang Jepun untuk membebaskan Malaya dari penaklukan Tentera Jepun.



WAJIB BACA! PENDEDAHAN PERTEMBUNGAN IDEOLOGI POLITIK DI MALAYSIA # 2

Terdapat 2 jenis idelogi politik yang bertentangan hebat sejak sebelum merdeka, iaitu :-

(a) Ideologi berhaluan kanan:- Demokrasi berparlimen Persekutuan Raja Berperlembagaan; yang berasaskan kepada komunal tetapi bersatu dan bergabung di bawah 1 parti bersifat perpaduan kerjasama komunal memilih jalan wassatiyah dan sentiasa progresif untuk bertransformasi mengutamakan kehendak dan kebajikan rakyat. 

(b) Ideologi berhaluan kiri / Revolusioner - Sosialis Demokrat & Komunis Marxis. Statik dalam gerakan, jumud dalam pemikiran dan bersifat ganas. Provokasi masal merupakan jalan perjuangan dan melakukan perubahan mendadak melalui keganasan , rusuhan dan pemberontakan bersenjata. Pemaksaan ideologi ke atas rakyat serta menubuhkan rejim anarkis.Terlalu angkuh dan sombong. Permusuhan yang ekstrim/ melampau.

Parti politik yang mewakili kumpulan (a) ialah BARISAN NASIONAL sebelumnya dikenali sebagai PERIKATAN yang antara lain mempunyai parti komponen 

Malaysian Chinese Association
Malaysian Indian Congress
Gerakan Rakyat Malaysia
People's Progressive Party
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu
Sarawak United People's Party
Parti Bersatu Sabah
Liberal Democratic Party
Parti Bersatu Rakyat Sabah
United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organisation
Parti Rakyat Sarawak



Manakala kelompok (b) diwakili oleh :-

Parti KeADILan Rakyat
Democrtic Action Party
Parti Rakyat Malaysia
Parti Sosialis Malaysia
Parti Islam Se Malaysia

Saya hanya ingin memperbincangkan terlebih dahulu mengenai kelompok (b) kerana kelompok (b) inilah yang paling banyak menimbulkan kekecohan dan mencetuskan pergeseran ideologi politik yang tidak berkesudahan sejak sebelum merdeka. Mereka enggan mengambil jalan kesederhanaan dan telah mengangkat senjata terhadap British kerana sifat kurang sabar mereka dan kurang memahami jalan perjuangan menuntut kemerdekaan. 


Dalam kelompok (b) hanya PAS merupakan parti yang paling kanan dan tertua, diikuti oleh DAP, PSM (yang kemudiannya bergabung dengan PKN [Parti KeADILan Nasional] dan termuda adalah PKR [gabungan antara PSM dengan PKN] )


PAS di awal penubuhan merupakan sebuah wadah yang juga ekstrim dan sentiasa berubah wajah mengikut kepimpinan yang mengepalainya. PAS pada mulanya adalah sebuah parti politik khusus memperjuangkan Negara Islam tetapi berdasarkan kepada fahaman Sosialisma Islam. 


DAP lahir daripada sikap dan budaya melampau sosialis demokrat yang menjadikan pertelingkahan peribadi antara PAP dengan Tunku Abdul Rahman sebagai asas perjuangan mereka. Oleh itu segala perkara dan isu yang dibangkitkan oleh DAP sentiasa berbaur perkauman melampau dan kebencian kepada UMNO. 


PSM sejak sebelum merdeka sentiasa berpegang kepada perjuangan ekstrim pihak berhaluan kiri dari PKMM, API dan AWAS.Mereka membenci UMNO kerana semata-mata pada pandangan mereka UMNO adalah anak emas British yang dipermudahkan jalan untuk menuntut kemerdekaan. Sebenarnya ianya bersifat peribadi terhadap pemimpin-pemimpin UMNO yang berjaya mendapat restu daripada kesemua Raja-raja Melayu. 


PKR pula pada asalnya dikenali sebagai gerakan Reformasi yang hanya berniat membenci Tun Dr Mahahtir kerana jatuhnya Anwar Ibrahim dari takhta kekuasaan.Kesempatan kebencian ini di ambil kesempatan oleh PSM untuk melebarkan pengaruh sosialisma ekstrim. Pergabungan dengan PKN adalah cara PSM mempromosikan ideologi Sosialisma ekstrim / Sosialisma Islam / Sosialis Religus kepada generasi muda yang terpengaruh dengan Gerakan Reformasi asal, 


Sepintas lalu pun kita dapat menilai bahawa perjuangan Pakatan Sosialis Pembangkang Rakyat sebenarnya menjurus kepada aspirasi politik sebelum merdeka. Mereka menghidupkan kembali api revolusi model kebangkitan komunisma dan sosialisma pada abad ke 20 dan bukanlah sesuatu yang baru pun. 


Kesemua isu-isu yang dibangkitkan oleh mereka berasaskan kepada ideologi sosialisma dan komunisma di benua Eropah, Amerika Latin, Timur Tengah dan Afrika pada tahun-tahun 1920an - 1960an. Dua model kejayaan komunisma di Rusia dan China dijadikan batu asas perjuangan mereka. 


Sosialisma wujud di muka bumi ini kononnya untuk menentang sistem kapitalis dan mengadakan Revolusi Suci demi kemanusiaan tanpa mengambilkira nilai-nilai agama. Di akhir abad ke 20 menyaksikan tumbangnya kerajaan-kerajaan sosialisma dan komunisma di Rusia dan Eropah Timur serta kegagalan ketara majoriti negara-negara Sosisliasma di Amerika Latin dan kejatuhan rejim-rejim sosialis di nusantara melalui laungan Reformasi. . 


Di awal abad ke 21 pula menyaksikan bagaimana kesan-kesan kejatuhan rejim-rejim sosialisma di Timur Tengah dan di Afrika yang membawa kepada pelbagai masalah sosial dan kebuluran kepada rakyat jelata.Kebangkitan Sosialisma di Malaysia diakibatkan oleh sentimen simpati kepada Anwar Ibrahim sahaja. Sentimen simpati ini dibakar oleh Anwar Ibrahim melalui ceramah-ceramah mengutuk dan membuat fitnah terhadap UMNO/ BARISAN NASIONAL. 


Sentimen tersebut diburukkan lagi dengan salah tafsir agama oleh pihak PAS dan sentimen perkauman oleh DAP di atas landasan ultra kiasu cauvinis. Manakala PSM telah menanam bibit-bibit sosialisma melalui Gerakan Reformasi dan pengabungan dengan PKN. 


Pertembungan ini disemarakkan kembali dengan adanya Anwar Ibrahim di pihak sosialis dan apabila mereka berjaya menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional disebabkan oleh faktor Anwar Ibrahim, sosialisma semakin berkembang pasca 2008. Disukai oleh golongan muda remaja dan profesional kerana iseologi Sosialisma di lihat sebagai penyelesaian dan jawapan kepada isu-isu berbangkit. 


Setelah tiga tahun, sosialisma semakin menguncup dan tercungap-cungap di dalam arus politik negara. Ini kerana Pakatan Sosialisma Pembangkang Rakyat gagal mencapai kata sepakat dan persetujuan bersama dalam banyak isu-isu yang membabitkan kebajikan rakyat.


Apabila ramai pengasas Reformasi asal meninggalkan PKR kerana sudah tidak mempercayai kepimpinan Anwar Ibrahim yang semakin menjelekkan mereka, perkembangan sosialisma terbantut. Ini di tambah pula dengan Polisi-polisi Transformasi pentadbiran DS Najib yang berjaya membuka mata dan minda rakyat mengenai kepincangan ideologi dan budaya politik kotor Pakatan Sosialisma Pembangkang Rakyat. 


Kini setelah terbukti segala pembohongan yang mereka rekacipta, rakyat semakin meluat dan meyampah dengan Pakatan Sosialis Pembangkang Rakyat. Kelihatan ini segala usaha mereka menemui jalan kebuntuan. Rakyat Malaysia tetap menolak REVOLUSI JALANAN yang mereka mahu pelopori. 


Apakah kesudahnnya nanti episod pertembungan. Tapi seluruh rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian dan menolak gagasan Sosialisma sepatutnya menghamburkan kata-kata ini kepada Pakatan sosialisma Pembangkang Rakyat ...." NEGARA SOSIALIS ? ....... TUNGGULAH PRU 13 NANTI .. KAMI KUBURKAN TERUS SOSIALISMA !" 


  

AL KISAH PAK SHEH.

  1. Tersebut al kisah akan empunya ceritera mengenai seorang Pak Sheh dengan RAT nya. Menurut empunya ceritera, suatu zaman dahulukala masa jaman sebelum dari sebelum dari sebelum dari nenek moyangnya sebelah mak datuk Pak Sheh lahir pada 16 hb September, tahun tiada ingat, tanah di hujung Benua, datanglah Pak Sheh berkampung seadanya.

  2. Awal mula Pak Sheh ini datang hendak mengaji kepada mualim nahu sastera tapi tiada mampulah Pak Sheh tamatkan pengajiannya keran sibuk bermain pantun dengan segala perjaka dalam negeri. Maka terpandanglah pada Pak Sheh ini pada perkiraannya hendak belajar menjadi Merak kerana teramat malu asalnya dari gagak.

  3. Berkelanalah Pak Sheh  belajar ilmu Merak di kuil Borobudor kerana penditanya sahaja yang ada ilmu tersebut yang diwarisi daripada Sang Garuda yang di buang ke laut Khalzum oleh Nabi Allah Sulaiman.Akan tetapi adiknya Sang Garuda, Sang Helang jualah yang gantikan Sang Garuda mengajarkan para pendita sekelian itu.  Hata belajarlah ia pada segala pendita-penditaraya yang ada di kuil Borobudor. Sampai khatam ilmunya tapi diberi ingat bahawa jika ia melanggar pantang maka tiada berubah menjadi  Merak lagi melainkan menjadi mahkluk paling huduh dinamakan Siluman Sesumpah Biawak Komodo. Setelah bertangis-tangisan dengan segala penditaraya, kembali jualah Pak Sheh ke Tanah Hujung Benua dengan harapan dapat menjadi orang-orang besar dan kaya-kaya.

  4. Arakian pada masa itu, Tanah Hujung Benua di perintah seorang orang bijak pandai dalam ilmu penyembuhan segala penyakit hingga ramailah orang Tanah Hujung Benua kesembuhan penyakit malas cuma penyakit alpa sahaja masih kekal. Handalnya pemerintah itu hingga mampu ubah masa jadi sama seluruh negara. Maka, dipersembahkanlah orang yang terpedaya dengan ilmu rupa-rupa merak Pak Sheh itu kepada pemerintah bahawa dalam negeri ada seorang yang handal jua mampu jadi pengganti. 

  5. Dipersetujuilah akan segala biduanda negeri bahawa diterimalah Pak Sheh masuk ke dalam istana Seri Perdana jadi penolong bantu mana yang patot rakyat jelata dan negeri. Bersoraklah sekelian rakyat dalam negeri. Maka dengan ilmu rupa-rupa merak, Pak Sheh mula makin alpa , banyaklah adu domba dan onar di buat sehingga habis di pancung segala biduanda yang baik-baik. Habislah segala khazanah negeri dibalunnya sesuka hati kerana gembira ramai terpedaya dengan ilmu rupa-rupa meraknya.

  6. Ahirnya tibalah jua saat di mana habis semua pantang ilmunya di langgar maka tiadalah menjadi lagi ilmu rupa-rupa meraknya sehingga di usir keluar dari istana. Mengamuklah Pak Shehlalu berjumpalah dengan Mahadewataraya di ujung utara negeri mohon bantu. Kata Mahadewataraya tiada perlu runsinglah kerana walaupun tiada menjadi ilmu rupa-rupa merak itu akan ilmu tipu-tipu dan taksob Mahadewataraya diperturunkan akan tetap terpesona segala orang walaupun jelas rupa wajah huduhnya kini menjadi makhluk Sesumpah Biawak Komodo kerana melanggar pantang, amat sukalah hati Pak Sheh. Serata negeri dan pelosok dunia jaja kata. Apa onar di buat Pak Sheh segeralah Mahadewataraya beri jampi-jampi serapah taksob. 

  7. Sehinggalah ke wektu ini, arakian adanya, Pak Sheh tersangkutlah di Istana Pengadilan di Duta Kayangan dek kerana alpanya suka menderma benihnya merata tempat. Hata tersangkutlah benihnya di dalam pasu kunyit milik penolongnya yang mengancem. Lalu diperbuatkan olehnya lapur adu. Maka di sini dululah Hikayat Al Kisah Pak Sheh, tunggu saja lah sambungannya nanti pabila selesai perkara adu-aduan tersebut di Istana Pengadilan.


JANJI KOSONG MANIFESTO PILIHANRAYA PAKATAN PEMBANGKANG.

KITA KAJI SEMULA SEMUA JANJI-JANJI MANIS DAN MIMPI YANG DI JUAL OLEH PKR & PAS PADA PRU 12 DAN KITA LIHAT SAMADA MEREKA BENAR-BENAR MENGOTAKAN JANJI-JANJI TERSEBUT. 

SUPAYA PADA PRU 13 RAKYAT SELANGOR, TERUTAMA ORANG MELAYU BERAGAMA ISLAM TIDAK LAGI TERTIPU DAN TERBELIT DENGAN DAKYAH DNA PENIPUAN POLITIKAL PKR DAN PAS UNTUK KALI KEDUA. 

JIKA PAS DAN PKR TERUS BERKUASA DI SELANGOR, SELANGOR AKAN MENJADI HUB UTAMA MELAYU DIHAPUSKAN DAN UMAT ISLAM TERUS MENERUS DIMURTADKAN SECARA HALUS OLEH DAP YANG RASIS.



Ternyata berdasarkan kepada Manifesto Pakatan Sosialis Pembangkang sebelum 2008 dengan apa yang telah dilaksanakan oleh mereka sehingga kini, MANIFSTO 2008 ADALAH JANJI KOSONG DAN PALSU SEKOSONG KEPALA OTAK PEMIMPIN MEREKA DAN SEPALSU ANWAR IBRAHIM !


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...