Khamis, 2 Ogos 2012

MELAYU JANGAN LUPA KEJAHATAN DAP - YB ZUL.


Kit Siang Menyambung Perjuangan Cauvinis Kuan Yew 

Lee Kuan Yew sering mendakwa orang Melayu hanya berjumlah 39 % sementara bukan Melayu 51 % dan melayakkan Lee Kuan Yew menjadi Perdana Menteri Malaysia sebagaimana saranan Ramanathan. Lee Kuan Yew mempersoalkan orang Melayu sebagai penduduk jati Malaysia, mereka sebenarnya adalah juga pendatang sebagaimana Cina dan India. Contoh yang diberikan ialah Syed Jaafar Albar, ahli politik Johor yang mempunyai darah campuran keturunan Arab.

Lee Kuan Yew menyalahkan Tunku dalam kegagalan konsep "Malaysian Malay". Tunku dikatakan telah terpengaruh dengan ketuanan Melayu yang diperjuangkan oleh beberapa pelampau Melayu dari 'ultra Malay' dan 'Young Turk'.

Sebaliknya, Lee Kuan Yew mewar-warkan konsep "Malaysian Malay" dan mendapat sambutan banyak parti di Semenanjung Malaysia, Sabah danSarawak, kecuali MCA. Gagasan Lee Kuan Yew meliputi Singapura, Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak.

Sebelum 1963, PAP hanya bertanding di Singapura sahaja dan Perikatan bertanding di Semenanjung Malaysia sahaja. Tapi pada 1963, Tan Siew Sin mendesak Perikatan bertanding di Singapura, namun UMNO kalah teruk. Tan Siew Sin merupakan Presiden MCA dan Menteri Kewangan Malaysia ketika itu. Pada 1964, Lee Kuan Yew mengarahkan PAP bertanding dalam pilihan raya kebangsaan di Semenanjung Malaysia bagi menentang MCA.

UMNO mahu Perlembagaan Singapura diubah bagi menjamin masa depan orang Melayu. Sedangkan Lee Kuan Yew sebagai pemimpin Singapura yang ada autoriti dalam pentadbiran negeri Singapura enggan berbuat demikian. Sebaliknya Lee Kuan Yew berjanji akan memperbaiki kehidupan orang Melayu melalui peluang pekerjaan, pendidikan dan skim perumahan.

Dalam projek perumahan, perkampungan Melayu di Singapura telah dihapuskan. Akibatnya, beberapa pergaduhan berlaku. Julai 1964, kira-kira 114 persatuan orang Melayu bertemu dengan Othman Wok iaitu Menteri Hal Ehwal Sosial Singapura bagi membincangkan kepincangan orang Melayu Singapura.

Tatkala itu, 12,000 orang Melayu mengadakan perarakan di jalan raya Singapura. Akhirnya tercetus rusuhan kaum antara Melayu dengan Cina di Singapura . Lebih 22 orang terbunuh, 200 cedera dan 1130 ditangkap. Bulan Ogos pula, sekali lagi pergaduhan berlaku. 8 terbunuh dan 60 cedera.

Kejadian ini meyakinkan Tunku bahawa dengan mengekalkan Singapura dalam Malaysia bakal mengundang rusuhan perkauman yang lebih dashyat lagi.

Oleh sebab inilah Tunku memisahkan Singapura & Malaysia kerana pergolakan yang berlaku dan kerana itu jugalah, Lee Kuan Yew Pernah menangis Di hadapan Puteri Elizaberth, atas kebijaksanaan Tunku, Lee Kuan Yew Hampir sedikit lagi akan dapat Malaysia.

sumber Rezqeen Hill & KL Chronicle

DAP MUSUH ISLAM & MELAYU 
PKR KAKI PENIPU
PAS JUAL HUDUD ISLAM & MELAYU 

RAFIZI PENJAHAT DI ANGKAT HERO -BAHAYA BUDAYA HEDONISMA PAKATAM.

Si Penjahat & Pemfitnah Di Angkat Menjadi HERO 
Komunis Pembunuh Di angkat menjadi HERO 
Peliwat Di angkat Menjadi Hero 
Pencetus 13 Mei 1969 Di angkat Menjadi Hero 
Sungguh Bahaya Budaya Hedonisma Pakatam 

RAFIZI dan rakannya yang sengaja melanggar perundangan negara BAFIA sudah di tangkap. Gambar mereka berdua bergari tangan kerana kesalahan jenayah disebarluaskan di dalam media sosial. Mereka berdua di anggap HERO pula. Kononnya, mereka berdua mendedahkan penyelewengan. Bayaran khidmat guaman untuk kedua orang tersebut sedang rancak di lobi oleh Regim Pakatam. Nampaknya Dana Awam bakal dibelanjakan lagi secara hangus bagi membela kedua OKT (Orang Kena Tuduh) oleh Regim Pakatam. 

Amatlah melucukan bila kedua orang tersebut di julang dan di puji oleh puak Pakatam sebagai HERO kerana memfitnah dan melanggar peruntukan BAFIA. Kita semua tahu pendedahan oleh keduanya adalah bermotifkan politik jahat. Berniat jahat, Berniat curang. Bukanlah matlamat dan niat mereka mahu mendedahkan sebarang penyelwengan pun. 

Tindakan keduanya adalah bersifat fitnah semata-mata. Mengakibatkan orang yang di fitnah kini di dakwa di mahkamah. Kerana mahu dibuktikan bahawa pendedahan berkenaan adalah fitnah semata-mata. Berapa banyak kejahatan yang sudah dilakukan oleh keduanya yang di julang sebagai Hero oleh puak Pakatam?

Akhirnya kedua orang tersebut menerima padah buruk akibat Politik Kebencian yang diamalkan oleh puak Pakatam. Bagi menutup kekantolan dan ke-MALU-an tersebut terpaksalah puak Pakatam melakukan satu kebodohan lagi yakni menjulang keduanya sebagai Hero! Puak Pakatam berjaya mengaibkan diri mereka sendiri berulangkali. 

Dan kebodohan itu puak Pakatam mahu rakyat mengiktirafnya. 

Adakah puak Pakatam yang menjulang penjahat, pemfitnah, pembohong dan penipu hendak diberikan kepercayaan menerajui m,asa depan negara ini ?

Mahukah kita melihat cucu cicit kita di kemudian hari nanti hidup dalam budaya menjulang tinggi penjahat, penipu, pemfitnah dan pembohong ?

Minta dijauhkan lah. 

TEPUK DADA TANYA IMAN WA CAKAP SAM A LU
DAP MUSUH ISLAM & MELAYU
PKR KAKI PENIPU
PAS JUAL HUDUD, ISLAM & MELAYU 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...