Assalamualaikum wbt kepada semua pembaca dan pelawat.
Jangan bimbang, blog ni masih belum ditutup. Ambe masih aktif berblog. Bulan Muharram baru saja berlalu. Ada banyak perkara yang ambe pertimbangkan semula. Terlalu banyak percanggahan yang ambe melihat. Oleh itu, sebelum ambe menulis semuanya, ambe perlu meneliti dan mengkaji setiap satu rantaian peristiwa untuk melihat ke mana halatujunya.
Pertama, yang ambe ketemui pepatah ini, "Apa yang dilihat, apa yang didengar dan apa yang dirasai dalam politik jangan dipercayai bulat-bulat". Musuh mengambil kesempatan diatas reaksi emosi yang tak terkawal. Dan musuh mencari jalan untuk menujudkan suasana 'Konflik Tak Berkesudahan'. Sebuah kota dan kubu yang kuat takkan mampu dimusnahkan dengan kekuatan dan serangan dari luar. Tapi amat mudah dihancur-leburkan kekuatan minda dan jatidiri penghuninya. Itu kata seorang pakar perang di zaman kegemilangan China dahulu. Sejarah adalah guru terbaik. Tapi berapa ramaikah kita yang mengambil teladan dan pelajaran daripada Sejarah?
Kesatuan Soviet Rusia tumbang dan terguling kerana Reformasi dan Polisi pembaharuan ekonomi dan keterbukaan. Sehingga memecahkan susunatur dan menghancurkan kekuatannya melalui wilayah-wilayah otonomi. Seterusnya, politik yang tidak stabil dinegara-negara Timur Tengah yang dicetuskan oleh Arab Spring. Malaysia pula tidak terkecuali kerana untuk kesekian lamanya, Malaysia sebuah negara Islam yang bebas dari pengaruh Liberalisma, Pluralisma, Syiah, Wahhabi dan kemiskinan. Satu-satu kubu pertahanan kuat bagi Ahlissunnah wal jamaah.
Malangnya, apabila rakyat terkesima dan terpecaya tipudaya dan muslihat DAP PKR PAS, membuat kekuatan asas politik Melayu terpecah menjadi empat. Ini membuka peluang luas kepada musuh seperti IMF memperkenalkan dasar-dasarnya kepada kerajaan BN. Ianya berpunca daripada Polisi Keterbukaan dibawah pentadbiran Pak Lah yang dikuasai sepenuhnya oleh menantunya. Kini menantunya menjadi Menteri KBS dan Ketua Pemuda UMNO. Beliau ialah seorang yang lahir diluar negara dan membesar diluar negara. Mana mungkin beliau mampu menjiwai apakah itu yang dinamakan Ibu Pertiwi?

Diperingkat awal, pihak musuh memberikan persepsi buruk dan gambaran 'kejumudan' UMNO dan BN yang menjadi segala punca 'penderitaan' dalam cerita khayalan mereka. Kerana alah malu dan hilang punca, pemimpin UMNO/ BN mula merasakan 'perlu' adanya suatu 'Transformasi'; agar kepercayaan rakyat kembali pulih. Malangnya, disinilah musuh-musuh seperti IMF menyusup masuk melalui pemikiran Liberal Progresif.
Pada awalnya, ambe bersangka baik dan melihat GTP dan Transformasi sebagai Penawar yang dicari untuk memulihkan semangat dan jatidiri UMNO. Disitu, ambe agak tersilap dan terkhilaf kerana ambe tidak memandang kepada SIAPA PUNYA IDEA. Selama ini ambe fikir Transformasi adalah cetusan dan ilham daripada Najib sendiri. Rupanya tidak. Idea asalnya bukan datang daripada beliau. Ianya datang daripada Omar Ong , KJ dan Idris Jala. Kesemua mereka ini berjiwa Liberal Progresif dan bukan nasionalis tulen diperalatkan idealisma mereka oleh IMF. Begitulah liciknya permainan helah musibat musuh. Mereka sendiri pun mungkin tidak menyedari mereka diperalatkan dan dimanipulasikan oleh IMF.
Tak perlu kita menyalahkan pemimpin dan parti politik kerana kita sendiri yang perlu sedar dan bangkit. Bukan melawan pemerintah dan kerajaan, tetapi menentang musuh durjana yang bersarang didalam kedua belah pihak. Sebelum keadaan menjadi lebih parah lagi.
Selagi kita tidak sedar bahawa KUASA POLITIK sebenarnya ditangan kita, selagi itu kita bergantung harap kepada pemimpin sahaja. Pemimpin takkan mampu melakukan apa-apa melainkan ada desakan positif yang membina daripada akar umbi. Artikel ini bertujuan untuk menyedarkan semua rakyat Malaysia bahawa Penyelamat dan Adiwira sebenar ialah setiap diri anda sendiri.