1. 'CALUN WIBAWA MENANG' , jelas PRK KERDAU dan MERLIMAU, takrifan dan tafsiran 'CALUN WIBAWA MENANG' wajib mematuhi syarat utama BERSIH SERBA SERBI dan faktor genetik serta latarbelakang sejarah mana-mana ahli keluarga dalam perjuangan parti.
2. Kedua-dua calon Barisan Nasional yang bertanding di PRK Kerdau dan Merlimau termasuk juga di PRK Tenang, amat jelas bahawa faktor bersih adalah pilihan utama pengundi. Ketiga-tiga calon Barisan Nasional ini menang kerana mereka BERSIH dan ayah mereka pernah berkhidmat sebagai wakil rakyat di kawasan terbabit. Di tambah faktor, sejarah di mana nenek moyang mereka merupakan peneroka asal dan membuka kawasan tersebut.
3. Ketiga-tiga calon Barisan Nasional tersebut mempunyai ramai ahli keluarga dan waris keluarga terdekat di dalam kawasan DUN-DUN tersebut. Ini menambahkan lagi peluang mereka untuk menang,
7. Selain daripada itu, JS tabik dan 'salute' pendekatan kempen turun padang dan dari rumah ke rumah mendekati serta meluangkan masa mendengar semua rintihan dan komplen rakyat di akar umbi pada ketiga-tiga PRK. Inilah faktor tambah nilai kemenangan BARISAN NASIONAL. Ada baiknya tradisi ini diteruskan dari masa ke semasa kerana bila rakyat berpeluang berpeluk, bersalaman tangan, nampak depan mata dan dapat bercerita dengan bebas kepada pemimpin teratas tanpa sekatan karenah birokrasi, rakyat akan dapat menilai lebih pragmatik dan mampu menolak dakyah jahat para pembangang negara.
APAKATA KALAU PAK MENTERI
ADAKAN KEMPEN TURUN PADANG
BERAMAI-RAMAI SETIAP SEBULAN SEKALI
BERSAMA RAKYAT
DI SETIAP KAWASAN DUN DAN PARLIMEN
GERENTI RAKYAT AKAN PANGKAH
BARISAN NASIONAL
PADA PRU 13 NANTI
DAN IANYA
AKAN MENJADI
1 BUDAYA TRADISI KECEMERLANGAN