Rabu, 7 September 2011

GAP SEPAK PENALTI MASUK GOL PAKATAN SOSIALIS PRO KOMUNIS!


Seperti amalan biasa, GAP membelasah dan terus membalun sesuka hatinya ke atas Pakatan Sosialis Pro Komunis. Jika dizahirkan tindakannya itu seolah-olah kita melihat pertandingan silat Melayu jenis ganas lawan silambam, taichi, wushu, tomoi gaya Utara dan tinju. 


Semput nafas Pakatan Sosialis Pro Komunis di balun terus menerus tanpa henti oleh GAP. Tindakan pergi melancong sambil tarik menarik ke Jerman oleh Khalid G menerima buah pukul GAP. Terjamin teramat sakit hati dan pedih hempedu Pakatan Sosialis Pro Komunis dengan buah pukul GAP. 

Betul lah apa yang GAP tuliskan, setelah 3 tahun 6 bulan bersamaan dengan 42 bulan bersamaan dengan 1,260 hari bersamaan dengan 30,240 jam, barulah terfikir oleh Khalid G untuk menccari pelabur. Baru hendak mencari. Belum dapat lagi. Berbincang sahaja. 

Anwar Ibrahim kemain gah berkata sebleum PRU 12, " Hari ini menang esuk harga petrol turun' begitu juga pada masa mereka pamirkan buku Jinggay ' 100 hari rakyat senang kami belanja rakyat bayar!' Bahkan berkokok masa memperkenalkan polisi C.A.T 'Apa susah sangat, dah ada kuasa, kami jamin perkhidmatan cepat!' cepat sedikit dari seekor siput babi.

Bila dipersoalkan dimanakah janji-janji lain, cepat pula mereka berikan jawapan ' Kami baru perintah 3 tahun!' Masa Jepun tengah 'power' Jepun mampu tawan seluruh Asia Tengara kurang dari 3 bulan sahaja. Mujurlah rakyat Malaysia ini lebih cerdik daripada Pakatan Sosialis Pro Komunis. 

Sebelum PRU 12, rakyat fikir, cemuh dan kritik serta hendak berikan pengajaran kepada Barisan Nasional. Ya betul. Tapi pengajaran kepada Barisan Nasional tempias teruk kepada rakyat juga. Akhirnya apa rakyat dapat daripada Pakatan Sosialis Pro Komunis?

Dana awam sudah banyak habis digunakan oleh Pakatan Sosialis Pro Komunis bagi agenda-agenda yang tidak membantu rakyat contohnya majlis keraian, billboard, demonstrasi jalanan, upah bloger, upah fesbuker dan buat siri ceramah cemuh sana cemuh sini. 

Harakahdaily mencemuh lagi polis mendakwa anggota polis mabok semasa serangan komunis. Sepatutnya KDN dan PDRM ambil tindakan ke atas Harakahgeli.

Sudah ramai bekas polis dan tentera merungut dan sedar jenis politik PAS apabila Mat Syabu keluarkan kenyataan sokong komunis. Sebenarnya Mat Syabu dan PAS yang sedang mabok. Mabok kuasa ! Mabok duit!

Jasa polis hutan KOMANDO VAT 69 dan tentera selepas 1957 sehingga 1989 lebih besar jasanya dan pengorbannya berbanding bekas Rejimen ke 10 PKM yang sudah tua dan kecewa kerana tidak diiktiraf. 

Bayangkan keras kepalanya bekas anggota PKM dan Rejimen ke 10 PKM, dari tahun 1948 -1989 hampir selama 41 tahun berjuang enggan terima kemerdekaan negara hanya semata UMNO yang mendapatkannya!

Setelah ramai jadi janda, ibu bapa kehilangan anak, adi kehilangan abang, anak kehilangan ayah, bekas PKM berani hendak mendabik dada kononnya merekalah pejuang kemrdekaan yang unggul dan patut di beri pengiktirafan?

Dari 1948 -1957 Komunis bukan menentang British tetapi menentang Persekutuan Tanah Melayu 1948 yang hendak merdeka. Kenapa komunis tidak angkat senjata pada 1946 sewaktu Malayan Union diisytiharkan? 

Jadi anda nilai sendirilah kenapa PKM meneruskan perjuangan menentang kemerdekaan Malaysia selepas 1957 sehingga 1989. Persoalannya mudah, British sudah beri kemerdekaan kenapa hendak lawan lagi? Melainkan niat dan tujuan perjuangan mereka bukanlah untuk kemerdekaan tetapi untuk menubuhkan sebuah negara Komunis.

Adakah jika pada hari ini kta menjadi sebuah negara komunis maka kita merdeka dalam ertikata sebenar? Tidakkah kita merdeka dalam ertikata sebenar selama 54 tahun ini? Oleh itu hendak dijustifikasikan di atas apa untuk mengiktiraf PKM sebagai pejuang kemerdekaan? 


DAYA SAING GLOBAL NEGARA NAIK KE KEDIDIKAN KE 21.

Pada hari ini, jika Mat Indera masih hidup, beliau pun akan mengagumi kejayaan demi kejayaan yang negara kecapi sebagai sebuah negara demokrasi berparlimen Raja Berperlembagaan. Daya saing global negara naik ke kedudukan ke 21 di kalangan 142 buah negara. 

Malaysia berada di tangga ke 6 dalam rantau Asia Pasifik dan ke 2 dalam ASEAN dengan skor 5.08 mata daripada 7 berbanding 4.88 tahun. 

AS mencatitkan penurunan tiga tahun berturut-turut, Manakala Switzerland kekal di tangga pertama.Kejayaan Malaysia itu disebabkan oleh polisi transformasi yang memberi impak positif kepada perkembangan memberangsangkan dalam tonggak persekitaran ekonomi makro dan institusi serta beberapa langkah kecekapan pasaran. 

Perkembangan tersebut berlaku secara konsisten dan berprestasi kukuh. Sektor kewangan Malaysia adalah cekap dan kukuh kerana dwi sistem perbankan, perbankan Islam dan komersil. Sektor kewangan Malaysia berada dalam ekonomi paling maju pada kedudukan tiga teratas.

Manakala pasaran barangan Malaysia adalah ke limabelas efisyen.Perkembangan ekonomi mikro Malaysia terus berkembang berada dalam kedudukan ke 29 walaupun negara mencata defisit 5% dari KDNK.

Perkembangan terakhir ini sewajarnya disyukuri. Pentadbiran DS Najib berjaya membuktikan mampu mengendali negara. Dalam kemelut politik dendam Pakatan Sosialis Pro Komunis yang tiada kesudahan, pentadbiran DS Najib masih mampu memberikan yang terbaik kepada rakyat Malaysia. 

TAHNIAH DS NAJIB!





MAT SYABU DIKANTOIKAN OLEH EDITOR BUKU 'PENGUKIR NAMA JOHOR'!

SAH ! Mat Syabu berbohong mengenai buku PENGUKIR NAMA JOHOR yang didakwanya menyokong kenyataan kontroversi bahawa Mat Indera adalah pejuang kemerdekaan. Editor buku tersebut telah megneluarkan kenyataan rasmi menempelak Mat Syabu dengan menyindir bahawa soal sejarah biarlah ditentukan oleh pakar sejarah yang ahli bukannya politikus seperti Mat Syabu. Pendedahan di buat oleh bloger BELANTAN

"Biarlah ahli sejarah yang arif dalam bidang sejarah menentukan siapakah sebenarnya pejuang kemerdekaan negara. Sebagai politikus (Mat Sabu) tidak layak mencampuri hal-hal sejarah kerana dia bukan orang yang arif dalam bidang itu. Ini kerana apabila orang yang bukan arif bercakap tentang sejarah, ia akan mengelirukan pemikiran masyarakat.

Editor buku tersebut menjelaskan bahawa penulis buku menyentuh mengenai Mat Indera sebagai membuka persoalan kepada umum unutk menilai samada Mat Indera adalah seorang pejuang kemerdekaan atau pengkhianat kerana penglibatan aktifnya dalam Parti Komunis Malaya serta serangan di Bukit Kepong pada 1950.

"Sebenarnya isi kandungan buku 'Pengukir Nama Johor' yang ditulis Ismail (Adnan) yang telah meninggal dunia tiga tahun lalu mengajak pembaca berfikir siapa sebenarnya Mat Indera yang terlibat dalam peristiwa berdarah Balai Polis Bukit Kepong 61 tahun lalu, sama ada hero atau pengkhianat negara?" katanya ketika dihubungi di sini.

Mat Syabu, Isapmudin Rais si komunis dan Aziz Bari telahpun menetapkan pada malam ini mengadakan forum berdasarkan kepada buku tersebut di KLSCAH dengan kehadiran terhad seramai 150 orang. Ketiga-tiganya ahli politkus dan bukan sejarahawan. mereka bertiga tidak mempunyai displin ilmu dan terlatih dalam bidang sejarah.


Kantoi lagi bloger pro pembangkang termasuklah Mat Syabu dengan kenyataan editor buku berkenaan yang dijadikan sandaran  mempertahankan kenyataan kontroversi Mat Syabu. Apalagi yang hendak disandarkan oleh mereka selepas ini? Eloklah mereka semua bersandar kepada pendapat ahli-ahli sejarahawan negara dan bukannya bersandar kepada halusinasi dan delusi mereka.


Akibat terlalu mengikuti emosi kebencian kepada UMNO, akhirnya terbukti mereka tersalah langkah dan semakin jelas sikap berdusta mereka. Lainkali bacalah betul-betul sebarang buku sejarah, Ini tidak, asik hendak main lompat terjun sesuka hati. Kantoi sudah !



PAKATAN SOSIALIS PRO KOMUNIS SEMAKIN KARAM BERSAMA KARPAL SINK?

Anda patut membaca entri terkini di Selangordaily dan blog Dr Novandri. Selangordaily menulis mengenai tindakan lucu Khalid pergi ke Jerman dalam misi menarik pelaburan untuk berjumpa Menteri & EXCO Jerman. Khalid G turut membawa bersama EXCO Kesihatan Selangor. Memang lawak. Kononnya Khalid G akan berurusniaga bagi memindahkan tekonologi solar Jerman untuk pasaran di Malaysia dan di Asia. ASia tu brader !

Bulan Ramadan Nurul Izzah buat lawak jadi Menteri Luar Negara berjumpa dan berbincangn dengan Menteri Luar Negera Jerman mengenai hubungan dua hala dan diplomatik Jerman-Malaysia. Bulan Syawal, Khalid G pula ke Jerman berlakun jadi Menteri Perdagangan (MITI). Anda memang patut baca artikel http://www.selangordaily.com/?p=2453

Dr Novandri pula mendedahkan bahawa Ketua Penerangan PKR Pulau Pinang sekali lagi melompat berang. Kali ini dengan permintaan PAS Pulau Pinang yang mahukan kerusi tambahan di negeri Pulau Pinang. Anwar Ibrahim baru saja meletakkan anak perempuan untuk bertanding kerusi Parlimen juga di Pulau Pinang. 

Disamping itu juga Dr Novandri mendedahkan bahawa Guan Eng semakin tertekan akibat masalah dalaman DAP Pulau Pinang. DAP Pulau Pinang yakin bahawa Guan Eng akan melarikan diri dari Pulau Pinang seperti bapanya Kit Siang bila kalah pada 1999. Baca seterusnya di sini http://novandri.blogspot.com/2011/09/terkini-pkr-mati-akal-dek-pas-dap.html

Bentrakan yang semakin membesar dalam Pakatan Sosialis Pro Komunis di Pulau Pinang bakal merebak ke serata tempat termasuk Selangor. PKR tidak akan mengalah kepada kehendak DAP, PAS tidak akan tunduk kepada PKR, DAP tetap mahu berdominasi malah memperkuatkan lagi usaha-usaha mereka untuk mengkaderkan Melayu masuk ke dalam DAP. Akhirnya, rakyat yang mengundi mereka akan rugi dan terus rugi. 

Dengarkata Mat Syabu bakal melepaskan jawatan Timbalan Presiden kerana memalukan PAS akibat kenyataannya yang menghina anggota polis yang terkorban dalam serangan tidak berperikemanusiaan di Bukit Kepang pada 1950. Waris anggota polis yang terkorban enggan berjumpa Mat Syabu dan wakil PAS.

Bersama-sama kita ucapkan SELAMAT TINGGAL KEPADA PAKATAN SOSIALIS PRO KOMUNIS untuk selamanya !

MAKIN TERUK PENYAKIT GILA MAT SYABU DAH BERJANGKIT KEPADA ISAP-MU-DIN RAIS.



Pasangan bahgia Isap-Mu-Din Rais PeyGayArr dan Mat Syabu bakal dinikahkan oleh Aziz Bari dalam suatu majlis terhad 150 orang di KLSCAH (Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall) pada malam ini. Ini semua gara-gara Isap-Mu-Din hendak tekel Mat Syabu kerana geramkan kegebuan pipi dan keboroian Mat Syabu. Aziz Bari tidak ada masalah menyatukan pasangan bahagia tersebut di hadapan 150 orang saksi. 'Wedding Of The Year Of Jukers'

PAS PUSAT sudah angkat bendera putih dan tidak mahu mempertahankan Mat Syabu di atas ketololannya. Terpaksalah Mat Syabu memohon simpati dan belas kasian daripada puak komunis marxis kekasihnya si Isap-Mu-Din Rais dan Liberal Demokrat Aziz Bari. 

Forum pernikahan idoelogi tersebut (Ajaran Sonsang + Marxis Komunis + Liberal Demokrat) akan menjadikan buku terbitan Kerajaan Negeri Johor mengenai Mat Indera. Justifikasi tersebut difikirkan perlu oleh kelompok tersebut memandangkang betapa kasihnya Isap-Mu-Din kepada Mat Syabu.  Siapa tak sayangkan buah hati pengarang jantung.

Isap-Mu-Din memang terkenal sebagai seorang aktivis Marxis Komunis sejak di UM sekitar 70an dan pernah mengepalai rusuhan menyerbu sebuah kedutaan bagi menunjuk perasaan. Gadingan Trio tersebut. Tidak hairan kenapa forum tersebut diadakan di KLSCAH dan dihadkan hanya kepada 150 orang peserta 'TER'awal'. 

Kita beruntung besar kerana berpeluang melihat gelagat trio BINTANG TIGA sayap Melayu  pro komunis mengadakan persembahan di KLSCAH untuk meraih simpati kelompok Cina saki baki komunis (bukan semua Cina Malaysia adalah komunis).

Ini merupakan bukti jelas bahawa pengabungan PKN dengan PSM yang menghasilkan anak luar nikah PKR merupakan sebuah parti sampah sarap semua ideologi politik yang memusnahkan institusi demokrasi. 

Dalam tahun 1945 -1989, kita melihat Melayu komunis mahu menghapuskan UMNO atas dasar Komunisma. Pada hari ini, kita juga berpeluang melihat Melayu pro komunis masih mahu menghapuskan UMNO atas dasar Komunisma. 

Sumbatkan saja Isap-Mu-Din, Mat Syabu dan Aziz Bari dan semua kelompok pro komunis dalam penjara. ISA kan saja kerana mereka adalah ancaman kepada negara kerana berfahaman komunis dan pro komunis.



PAKATAN SOSIALIS PRO KOMUNIS AYAM SAMBANG MANA NAK ADA TELO DATUK AZEEZ OIII.


Pakatan Sosialis Pro Komunis takde telo. Dato', kitaorang memang dah lama tahu Pakatan Sosialis Pro Komunis takde telo. Mereka spesis ayam sambang. Nak bertelo pun kena buat permanian berhadas secara berjadual. Berdasarkan kepada piawaian Jabatan Veteriner pun Pakatan Sosialis Pro Komunis ini spesis tak boleh bersenyawa.

Bagaimana mereka hendak bertelor, Dato' ... hampir semuanya sukakan kehidupan seks luar tabie' Lama kelamaan rakyat Malaysia ini banyak di impot dari luar negara jika mereka jadi KERA-jan. 

Kalau Dato' hendak tahu, salah satu sebab mereka marahkan BN dan UMNO dalam isu kempen KDN pemutihan PATI 6P ialah kerana mereka tidak dapat impot Bangla dan Indon jadi pemilih. Mereka cuba perlekehkan SPR sebab hendak SPR tunduk kepada kemahuan mereka. 

“Saya tak hairan, teguran dan kritikan yang membina, saya ambil jadikan panduan, tapi jenis yang sengaja cari salah ini, saya tak peduli, saya akan terus juga bekerja untuk misi-misi kemanusian akan datang, biar apapun orang kata,” jelasnya.

“Kalau berani, telefon pejabat saya, daftar nama, saya bawa, tengok kita pergi buat kerja atau cari publisiti murahan. Itu kalau beranilah,” katanya.

Dato Azeez teruskan saja usaha-usaha baik jangan dipedulikan Pakatan Sosialis Pro Komunis Ayam Sambang takde telor. Kalau mereka sertai misi Dato pun nanti menyusahkan rakyat Somalia. Sebabnya, orang PAS buat ceramah politik, orang PKR buat roadshow dan orang DAP ajak berdemo.


GEMPAR!!! RAKAMAN ROMPAKAN DI SEKSYEN 15 SHAH ALAM SELANGOR! PAKATAN HARAMJADAH GAGAL MENJAGA KESELAMATAN HARTABENDA & NYAWA ORANG AWAM!

MENGEJUTKAN ! DAN SUNGGUH MENGAIBKAN ! RAKAMAN KLIP VIDEO INI JELAS MENUNJUKKAN BAHAWA SHAH ALAM IBUNEGERI SELANGOR DI BAWAH PENTADBIRAN DAP PAS PKR TIDAK SELAMAT SAMA SEKALI ! 

TIDAK SEPERTI SEMASA DI ERA BARISAN NASIONAL ! LIHAT  SENDIRI KEGAGALAN PENTADBIRAN DAP PKR PAS DALAM MENJAGA KESELAMATAN HARTABENDA DAN NYAWA ORANG AWAM ! TU LA BANYAK SANGAT KRITIK PDRM SMAPAI SAMSENG BERANI MEROMPAK GUNA SENJATA MERBAHAYA ! TOLAK PAKATAN HARAMJADAH!!!

HOI MANA TERESA KOK ? RONNIE LIU? LIM KIT SIANG? KARPAL SINGH? KHALID SAMAD? NIK NAZMI? KAHLID GAGAP? MANA !!!! KAMU JANJI RAKYAT SELAMAT ! KAMU MUNGKIR JANJI !!!!!! TOLAK PAKATAN HARAMJADAH !!! ANDA SELAMAT !


TOLAK PAKATAN HARAMJADAH 
ANDA SELAMAT !

ELAKKAN KEJADIAN SEPERTI DI DALAM RAKAMAN ITU BERULANG DENGAN MENOLAK PAKATAN HARAMJADAH YANG MEMBUKA PINTU 
SAMSENG BESAR KEPALA!



MAT SABU SAKIT HATI BILA WARIS ANGGOTA POLIS YANG TERKORBAN DI BUKIT KEPONG ENGGAN BERJUMPA BELIAU.

Kesian Mat Sabu dan PAS. Semalam PAS dan Mat Sabu hendak berjumpa dengan waris salah seorang anggota polis yang tercedera dalam serangan komunis di Bukit Kepong. Penghinaan Mat Sabu dan PAS kepada semua anggota polis sebagai barua British telah mengguris hati waris tersebut. 

Keengganan waris tersebut berjumpa dengan Mat Sabu dan PAS merupakan bukti bahawa pada kali ini PAS telah tersilap langkah. Malah kenyataan Mustapha Ali dan Sallehuddin Ayob merupakan bukti PAS menyedari kesilapan Mat Sabu yang menjejaskan kewibawaan PAS. 

PAS masih berusaha untuk memperbaiki dan berdamai dengan waris anggota polis yang terkorban di Bukit Kepong bagi meminimakan kerosakan akibat kenyataan Mat Sabu yang menghina anggota Polis yang terkorban. Namun usaha mereka sia-sia. 

Pada kali ini PAS benar-benar memerangkap diri mereka sendiri. Kebenaran telah tersingkap. Kini semakin nyata dan jelas bahawa selama ini PAS yang banyak menolak hukum hakam ISLAM dan berkulitkan ISLAM tapi BERISIKAN AJARAN TOGHUT. 


PAS PUTAR BELIT LAGI FAKTA SEJARAH !



Sejarah tidak perlu di tulis semula. PAS masih berdegil dan akan terus berdegil dengan pendirian tongong mereka mengenai perjuangan menuntut kemerdekaan. Motif PAS ialah menafikan kejayaan UMNO mendapatkan kemerdekaan. Niat, motif, maksud dan tujuan PAS ialah memberi laluan kepada DAP dan pro komunis mengiktirafkan PKM sebagai pejuang kemerdekaan. 

Kenyataan Mustapha Ali dan Sallehudin (Din Pudu) sebenarnya bukan kenyataan mengiktiraf peranan UMNO di dalam menuntut kemerdekaan tetapi masih mempertahankan kenyataan Mat Sabu. PAS memang terkenal dengan sikap licik dan putar belit.


Jika pengiktirafan ini diberikan dan di buka melalui cara PAS, bermakna kejayaan UMNO dapat diperkecilkan. Natijahnya ialah membuka peluang kepada DAP untuk berhujah bahawa orang Melayu turut berhutang budi dengan pengganas komunis yang majoritinya adalah etnik Cina komunis. 

UMNO tidak boleh dipersalahkan jika berjaya memperolehi kemerdekaan melalui cara diplomasi. UMNO juga tidak boleh dipersalahkan jika pengganas komunis tidak di iktiraf sebagai pejuang kemerdekaan. UMNO juga tidak boleh dipersalahkan kerana memutuskan tidak mengangkat senjata kerana memikirkan kesengsaraan rakyat jika berlakunya perang menuntut kemerdekaan. 

Tawaran PAS agar suatu Kabinet di bentuk bagi menulis semula sejarah mengikut acuan dan fahaman Pakatan Sosialis Pro Komunis hanya mengundang kecelakaan besar. Sepatutnya PAS lebih memikirkan bagaimana hendak membangunkan ekonomi umat Islam bukannya menyibuk mengenai pengganas komunis.

Perjuangan menuntut kemerdekaan tidak boleh mengikut tafsiran PAS. Ini kerana PAS mengiktiraf pengganas komunis sebagai pejuang kemerdekaan. Di Malaysia perjuangan menuntut kemerdekaan hanya melalui cara diplomasi. Manakala perjuangan komunis yang mengangkat senjata bukan untuk menuntut kemerdekaan tetapi untuk menubuhkan sebuah negara komunis.

Adalah tidak benar pengganas komunis berjuang untuk menuntut kemerdekaan kerana mereka masih berperang dengan negara Malaysia yang merdeka selepas 1957 sehinggalah 1989. Apabila British sudah keluar dari Malaysia, pengganas komunis berterusan berperang dengan kerajaan tempatan yang merdeka. Pejuang taik kucing!

Kalu PAS benar-benar hendak mengiktiraf UMNO sebagai pihak yang berjaya menuntut kemrdekaan, tarik balik dan mohon maaf kepada UMNO di atas AMANAT HJ HADI TERLEBIH DAHULU!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...