Selasa, 21 Januari 2014

TERKINI DI TELUK BAHANG PULAU PINANG, KITA PAKAT TENGOK JE LA MELAYU KENA BANTAI DEK REGIM CAUVINIS DAP KIASU YEA @NajibRazak


"Makluman bahawa Bahagian Penguatkuasaan MPPP telahpun trima arahan utk robohkan semua premis2 peniaga-2 yg d bina ats kaki d bahu jalan d kampung Telok Bahang pd 21/1/2014, jam 9.00 pagi ini...apa komen anda"




gambar-gambar dipetik dan diambil dari laman ABCD (Asalkan Bukan Cauvinis DAP) di fesbuk. 

Gambar yang merakam kejadian berlaku pada pagi ini sejak jam 9 pagi tadi. 

jadi Apakah Tindakan PEMANDU serta politikus lain dan ngo lain dalam hal sebegini ?

Adakah kita masih selesa dan nyaman hanya melihat TANPA MENGAMBIL SEBARANG TINDAKAN MENEGUR DAN MENGKRITIK REGIM CAUVINIS DAP KIASU ?


PENTADBIRAN TRANSFORMASI NAJIB KETINGGALAN SEMAKIN JAUH @ NajibRazak.

Di awal peralihan kuasa dan pentadbiran dari Pak Lah kepada DSN, memberikan sinar baru di hujung terowong. Berbekalkan namabaik ayahandanya dan semangat akar-umbi yang mahu berubah, DSN menjanjikan Transformasi jentera kerajaan dan parti. Kemudian ................. berlakulah satu persatu kegagalan yang tak dapat dibaikpulih.

Pada hari ini BN tidak berada pada kedudukan yang lebih baik berbanding selepas PRU12. Sebaliknya, UMNO berada dalam keadaan hanya bertambah kerusi Parlimen sahaja, tiada peningkatan sokongan dari Gen Y seperti yang dijanjikan oleh Ketua Pemuda UMNO sejak selepas 2008. Statistik yang dikemukakan oleh KJ pun begitu mencurigakan status sahihnya.

Selepas PRU 13, dan PAU 2013, keadaan masih tidak banyak berubah untuk Maju Ke Hadapan, sebaliknya keadaan semakin mengundur kebelakang bagi UMNO dan BN. Kejayaan yang diharapkan dan dijanjikan melalui Pelan Transformasi nampaknya lebih gah atas kertas dan statistik berbanding pada realitinya. Oleh kerana, pendukung dan perlaksana transformasi yang diterajui oleh PEMANDU mengatakan ianya suatu bentuk inteligen luarbiasa, tidak salah ambe berpendapat bahawa sejak 2009, transformasi gagal sepenuhnya mencapai objektif dan sasaran politikal untuk BN dan UMNO.

Proses Peremajaan UMNO yang dilaungkan oleh KJ lebih bersifat Genosid UMNO dikalangan Gen Y. Usaha Najib untuk menaiktaraf BN selaku Kuasa Gantian dan Hegemoni Bersepadu untuk semua kaum, hanya meletakkan BN semakin kehilangan kerusi di Parlimen. Agak anih, kerana Najib masih berfikir beliau diterima ramai. Sedangkan realitinya, beliau semakin menjadi bahan lucu dan lawak oleh puak PR dan jentera propaganda PR.

BN yang cuba dijenamakan semula oleh tangki septik Najib akhirnya menjadi sisa kumbahan IWK sahaja dimata rakyat. Kejayaan ? Memang ada, tapi terlalu jauh dan sukar untuk diraikan kerana ditenggelamkan oleh ketidakcekapan tangki septik Najib mengwar-warkannya kepada rakyat. Menjadi sia-sialah segala usaha Najib kerana Najib pada setiap masa dan saat ditipu hidu-hidup oleh Tangki Septik nya sendiri. Dan beliau sendiri gagal untuk memperakui bahawa beliau adalah mangsa penipuan tim nya sendiri.

Terlalu banyak isu pengulangan yang gagal ditangani dengan diselesaikan dengan baik oleh Najib dan timnya sendiri. Penasihat-penasihatnya hanya berfungsi dalam radius dan kawasan kompleks JPM sahaja dan tidak berfungsi langsung diluar kawasan berkenaan. Katalain, Najib dan timnya hilang kawalan sepenuhnya keatas perjalanan dan kawalselia pentadbiran seluruh negara. 

Sebenarnya mengikut pendapat peribadi ambe, Najib dan timnya sudah hilang kawalan keatas negara dan rakyat negara ini sejak sebelum dan selepas PRU13. Ternyata Najib tidak mampu berhadapan dengan serangan propaganda PR dan sekaligus membuktikan tim dan penasihat beliau tidak kreatif dan tidak inovatif langsung. 

Jadi apakah pilihan buat Najib ? Wajarkah beliau meletak jawatan atas kasih sayang beliau kepada rakyat dan negara? Adakah itu solusi yang muktamad? Atau Najib hanya perlu menyusun kembali pentadbirannya dengan memecat penasihat serta pegawai-pegawai serta anggota timnya yang tak berfungsi ?

Ambe meletakkan beberapa persoalan pokok dan utama kepada Najib seperti berikut:-
  1. Berapa lama Najib mampu menipu dirinya sendiri ?
  2. Adakah semua impian Najib dikongsi bersama oleh rakyat jelata dan di semua peringkat kepimpinan parti dalam BN/UMNO?
  3. Adakah Kepimpinan Najib masih di lihat sebagai Cahaya Di Hujung Terowong seperti pada 2009 atau sudah di pandang sepi oleh rakyat?
Kita tahu majoriti rakyat muak dengan gaya dap kiasu, pkr lgbtx dan pas syiah, namum di mata rakyat, sekadar memberikan nafas melepasi bibir atas untuk Najib terus berkuasa, bukanlah suatu nostalgia indah yang Najib impikan pun.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...