Jumaat, 2 Januari 2015

PASCA BANJIR, SEORANG NENEK & SUKARELAWAN - KISAH AMAT MENYAYAT HATI




Kisah ini bermula dari sebuah rumah yang dilawati oleh pasukan sukarelawan Malaysian Bumiputera Brotherhood. sebuah NGO sukarelawan terdiri daripada anak-anak muda. Pengerusinya saudara Norafiq @ dikenali juga Afiqkltown. 

Paparan kisah ini bukan bertujuan nak menyalahkan sesiapa atau nak memalukan waris terdekat nenek berkenaan. Kita kena faham situasi mereka (mangsa banjir) bukan dalam keadaan mudah dan amat sulit. Kisah ini dipaparkan sebagai peringatan kepada kita semua bahawa sememangnya mangsa banjir amat memerlukan kehadiran kita membantu meringankan bebanan dan penderitaan yang mereka alami. 

Ianya juga sebagai teladan agar kita tidak terlalu pentingkan diri sendiri. Tidak terlalu merungut mengenai rungutan mangsa banjir. Peringatan agar pihak-pihak memberhentikan segera fitnah-mehnah dan adengan tuding menuding sesama sendiri. Ini adalah tanggungjawab bersama kita semua selaku warganegara Malaysia. Buangkanlah sentimen pemisahan politikal, agama dan ras. 

Bukan nenek itu sahaja yang memerlukan kita. Malah ramai lagi mangsa banjir memerlukan khidmat jasa bakti kepada kita. Ambe menyeru agar jangan kita jadikan kisah nenek ini dalam bentuk negatif. Tapi jadikanlah kisahnya sebagai satu seruan kepada kita semua agar meringankan tulang belulang kita membantu mangsa banjir. Luangkanlah sikit masa kita untuk membantu mereka. 

Sebak rasa di hati .... tak sanggup nak menulis .... biarlah gambar-gambar di bawah ini menyambung penceritaan ambe ... 














LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...