ADA OTAK FIKIR LAH ......
Kita ni sokmo dimomokkan dengan slogan-slogan politikal yang lapuk dan Politikus Melayu ini mudah sangat berfikir guna emosi dari berfikir guna otak.
Ini kerana otak-otak politikus Melayu ini sudah tak berfungsi dan dimakan anai-anai.
Otak-otak mereka sudah terlalu tercemar dengan pelbagai fahaman dan tercemar oleh kecintaan melampau kepada duniawi.
Politikus Melayu cuma 'Bijak dan Cerdik' menyalahkan Melayu dalam serba-serbi dan suka berkhayal kononnya merekalah yang 'membantu menolong' Melayu.
Politikus Melayu masakini masih 'Pingsan dan Pitam' dalam keadaan Komatos Terlebih Syok Sendiri kerana kejayaan Melayu kecapi pada hari ini diatas 'Pengorbanan' pemimpin-pemimpin Melayu terdahulu sejak 1947-1982.
Ambe mencabar semua politikus Melayu pada masakini dan termasuklah semua politikus kaum lain, berikan senarai detil dan terperinci , apakah pengorbanan yang telah mereka lakukan? Ada ?
Kalau takat tinggal anak-bini dan kawin bini baru serta berjaya mendapatkan kontrak dan tender untuk anak-anak buah sendiri, itu bukan Pengorbanan tapi Mengorbankan Hak Orang Lain.
Kalau takat pernah di tahan di bawah I.S.A. dan di pernah di tuduh dalam mahkamah, itu bukan Pengorbanan tapi Drama Selfie Melampau saja untuk Fofuler.
Selepas 1982, tiada pengorbanan dibuat oleh kelompok elitis/bangsawan Politikus Melayu, Cina, Tamil untuk kesenangan RAKYAT umumnya dan untuk keselamatan serta kesejahteraan MELAYU khasnya.
Kelompok Elitis/ Bangsawan Politikus masakini lebih suka Cakap Kosong berbanding Berkorban.
Yang mereka lakukan sekarang ialah Budaya Kowtim dengan harapan Pengkowtiman itu akan menundukkan saingan dan para pengkritik mereka. SILAP BESO ler deme !
Cuba fikirkan kenapa politikus Malaysia masakini GAGAL SERBA SERBI membangunkan dan menstabilkan Ekonomi, Keharmonian dan Respek sesama sendiri? Mereka gagal kerana mereka lebih utamakan Kepentingan Diri dan Kerjaya Politikal mereka sendiri.
Mereka tidak suka Berkorban tapi amat sukahati Mengorbankan Hak-hak penyokong setia demia kepentingan kerjaya politikal mereka.
Politikus Malaysia gagal merancang dengan baik dan gagal mengawal kelompok kapitalis dan pemakan riba dalam negara dan menghalang mereka dari terus menyekat rezeki serta terus menghisap darah rakyat.
Malah Politikus Malaysia gagal menjaga dan memelihara serta melindungi hak-hak Rakyat.
Kerana itu, kita wajib memilih dan mengundi calon-calon yang mampu berkorban demi kepentingan kita, hamba rakyat jelata.