Jika anda membaca dua entri terkini daripada bloger pro BN dari utara, Media Permatang Pauh dan Minda Intelek Melayu (Dr Novandri) telah mengulas mengenai kenyataan Mufti Pulau Pinang berkenaan dengan larangan penggunaan pembesar suara bagi pembacaan al Qur'an sebelum masuk waktu Subuh di semua surau dan masjid di Pulau Pinang. Menurut kenyataan Mufti Pulau Pinang, larangan itu adalah bersifat NASIHAT HUKUM dan bukan FATWA. Baca di sini
mediapermatangpauh.blogspot.com dan di sin
i novandri.blogspot.com.
Daripada pembacaan, saya memahami kenyataan Mufti tersebut seperti berikut:-
1. Larangan tersebut adalah bersifat NASIHAT HUKUM dan bukan FATWA. Oleh itu ianya tidak tertakluk kepada seksyen 48- 54 EPAI 2004. Adakah ini benar? Secara tersirat samada FATWA atau NASIHAT HUKUM apabila ianya bersangkutan dengan permasalahan Hukum Syara' seksyen 48-54 masih terpakai dan perlu di rujuk kepada YDPA dan Majlis Fatwa Kebangsaan untuk pengesahan dan keseragaman hukum bagi permaslahatan ummah.
2. Larangan tersebut berdalilkan sebuah hadis baginda Rasulullah s.a.w. yang menegur perbuatan sekelompok jemaah yang sedang meninggikan suara pembacaan al Qur'an mereka DI DALAM MASJID yang menyebabkan terganggunya ibadat baginda Rasullullah s.a.w. yang sedang melakukan ibadat.
3. Sehubungan dengan itu, Mufti meminta agar Surat Pekeliling yang dikeluarkan oleh JHEAIPP di tarik balik. Saranan ini amat dialu-alukan.
Apakah ISUNYA DISINI?
Isunya ialah mengenai AMALAN PEMBACAAN al Quran Sebelum masuk waktu suboh dengan menggunakan pembesar suara di surau-surau dan di masjid-masjid sebagai tanda kepada umat Islam bahawa sebentar lagi hendak masuk waktu Subuh.
Bandingkan suasana yang berlaku di dalam hadis baginda Rasullullah s.a.w. dengan suasana yang berlaku di dalam isu berkenaan, Adakah sama ? Dalam Hadis baginda Rasullullah s,a,w, dapat kita fahami asbab dan musababnya ialah bahawa :-
1. Suasana itu berlaku di dalam masjid dan bukan di waktu sebelum suboh tetapi di dalam waktu di mana terdapatnya jemaah lain yang sedang melakukan ibadat-ibadat khusus dan sunat yang lain.
2. Baginda Rasullullah s,a,w, pun sedang melakukan IBADAH pada masa itu dan terganggu dengan suara yang ditinggikan.
3. Tetapi suasana di dalam hadis itu tidak timbul di dalam suasana ianya berlaku di suatu masa sebelum masuk waktu Suboh.
4. Baginda Rasullullah s.a.w. tidak akan membuat teguran melainkan baginda diberikan ilham untuk menegur dan ini dapat difahamkan di atas 4 Sifat Wajib pada sekelian Rasul dan Nabi iaitu Siddiq, Fatonah, Amanah & Tabligh. dan bersesuaian dengan manhaj bahawa Rasul itu maksum. Oleh itu difahamkan bahawa teguran baginda Rasulullah s,a,w itu di buat atas sifat Kerasulan menegur perbuatan ibadah (membaca al Qur'an) yang dilakukan atas sifat riya dan takkabur sehingga mengganggu jemaah lain yang sedang beribadat. Oleh itu teguran baginda Rasullullah s.a.w. itu tidak boleh difahamkan sebagai melarang Pembacaan al Qur'an dengan suara yang tinggi dalam amalan ibadat sunat sebelum waktu Suboh untuk memberi alamat kepada umat Islam agar bangun bersedia untuk solat Suboh kerena pada masa itu mana ada manusia lain yang sedang beribadah pun dalam masjid dan surau. Pada masa berkenaan pun semua manusia sedang nyenyak tidur. Manusia yang masih berjaga dan 'beribadah' pun hanya mereka yang terlibat dalam kegiatan-kegiatan maksiat. Mana ada kuil, gereja dan wat yang melakukan ibadah mereka pada waktu itu pun.
Demikianlah hujah pada dasar Ilmu Musthalah hadis dan Usul Fiqh dalam kaedah mengeluarkan Hukum Syara'.
Lagipun di dalam isu ini amat jelas terdapatnya unsur-unsur syubahat daripada puak pemerintah Sosialis bertaraf Kafir Harbi yang memusuhi agama Allah SWT & Rasul Nya. Sememangnya terdapat usaha-usaha mengelirukan umat Islam dan ini bagi menguntungkan pihak Sosialis. Jika ianya tidak diselesaikan dnegan baik maka pihak Sosialis akan menggunakannya untuk menguatkuasakan Larangan Azan dan ibadah-ibadah lain umat Islam bagi melaksanakan AGENDA MURTAD. Oleh itu adalah elok segala permasalahn hukum samada ianya bersifat Nasihat Hukum atau Fatwa dirujukkan terlebih dahulu kepada YDPA dan Majlis Fatwa Kebangsaan. Penerangan sewajibnya diberikan terlebih dahulu bagi kefahaman umat sebelum ianya dilaksanakan. Harap maklum.