Selasa, 5 Februari 2013

#BMP231 - BAR COUNCIL DAH HILANG TELOR..

Hamba ingatkan Bar Council ada bertelor sebab selama empat tahun kuat berkokok macam-macam. Rupanya bila di saman dek ahlinya sendiri yang mahukan Majlis Peguam bertindak mengikut lunas-lunas Akta Profesion Guaman 1974, dengan pantas Bar Council minta setel-luar-mahkamah.

Paling besh menurut sumber maklumat, peguam yang di upah oleh Majlis Peguam dalam kes tersebut merayu-rayu kepada Kharul Azam (Buzze Azam) agar menerima sahaja permintaan Majlis Peguam untuk setel-luar-mahkamah. 

Menurut sumber lagi, si Tommy menawarkan Pakej Setelmen agar usul EGM 2012 yang menjadi pertikaian dan subjek saman dimasukkan ke dalam usul AGM pada bulan Mac ini. Apakejadahnya plak tur?

Khairul Azam menyaman Majlis Peguam supaya membatalkan EGM 2012 yang berkenaan.

Kenapa plak si Tommy dan Majlis Peguam macam nak sahihkan semula benda yang dipertikaikan kesahihannya melalui AGM pada bulan Mac ni?
 
Mana aci woo Tommy ... macma korang dah tahu plak yang apa korang buat dulu tu salah jadi korang nak perbetulkan semula dengan cara putarbelit lagi ke perjalanan AGM pada bulan Mac ni?
 
Apa kena daa dengan Majlis Peguam neyh.
Sepatutnya kalau Majlis Peguam dah tahu benda tu tak betul, BATALKAN SAHAJALAH EGM tersebut. Buat apa nak diusulkan lagi dalam AGM akan datang?
Itu bukan setelemn-luar-mahkamah tapi macam nak perbetulkan kembali kesilapan melalui AGM.

Amboi mentang-mentanglah takut nak berdepan dengan Keputusan mahkamah, memandai-mandai je nak perbetulkan balik melalui AGM pada bulan Mac neyh.

Takpa, korang dalam Majlis Peguam tunggu ler nanti apa yang akan berlaku pada Mac 2013 neyh. Dah lama sangat pepuak kroni Tommy dan geng Ambiga buat Majlis Peguam kadi balaci DAP.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...