PERTEMBUNGAN IDEOLOGI di antara Demokrasi Raja Berperlembagaan dengan puak anarkis Sekular Republik semakin hangat dan semakin tegang. Puak PAS yang mendakwa menyokong gagasan Negara Islam pun sudah terkedu. Bila DS Najib menempeleng pemuka-pemuka puak anarkis sekular republik kerana menghalang Durian Runtuh kepada peneroka, ternyata PKR menjadi bertambah tolol di mata rakyat.
Rakyat DAP telah menilai sikap hipokrit rasis cauvinis DAP menganiayai dan menzalimi ahli Melayu nya senator Tunku Abdul Aziz Rahman Timbalan Pengerusi DAP kerana tidak menyetujui BUSUK 3.0. Kenyataan beliau ditafsirkan oleh penasihat seumur hidup ( tak tau lah berapa lama umurnya) Dr Chen Man Hin dan Lim Kit Siang sebagai menyalahi dasar perjuangan DAP. Kebebasan bersuara amalan DAP hanya setakat manis di bibir sahaja. Penganiayaan dan kezaliman DAP ke atas Tunku Abdul Aziz tidak terhenti setakat itu saja dan hanya terpencil kepada Tunku Abdul Aziz. Itu adalah amalan DAP ke atas semua rakyat Malaysia yang tidak menyokong aspirasi dan perjuangan peribadi cauvinis DAP.
Di pihak PAS pula, kita menyaksikan pelbagai gelagat memesongkan akidah dan kepercayaan umat Islam. Akhirnya Pok Nik dikritik dan dilabelkan sebagai Bapa Kafir oleh Tan Sri Rahim Noor bekas Ketua Polis Negara. Lalu PAS memberikan tempoh 24 jam kepada Tan Sri Rahim Noor untuk menarik balik kenyataan beliau. Notis 24 jam tersebut seharusnya juga diberikan oleh PAS kepada Hj Hadi Awang dan Pok Nik yang selama hampir berpuluh tahun mengkafirkan UMNO. Malah selama ini PAS melakukan amalan TAKFIR mengikut hawa nafsu serakah mereka. Barulah tindakan tersebut di lihat sebagai bijak dan bukan lelucon pak lebai malang. Hasan Ali lebih arif mengenainya kerana beliau di pecat serta merta kerana menghalang usaha-usaha pihak DAP mengkafirkan orang Islam. Bertambah malang bila lebai malang PAS sendiri mengatakan usaha mengkafirkan umat Islam tidak sepenting pengundi hantu.
Di pihak PKR pula kita melihat bagaimana Azmin eskrem dan Khalid G bergelut dengan skandal seks. Penasihat agama Khalid G pun di tangkap khalwat. Skandal-skandal tersebut membawa PKR ke jalan buntu bagi mengembalikan semula kepercayaan rakyat awam kepada mereka. Ketua Umum PKR tidak berada dalam zon selesa lagi. Setiap kali mulutnya berbicara, limapuluh jenis bencana menimpa PKR. Setiap bencana menyebabkan lima ratus ribu undi hilang dari PKR. Masaalah simpanan air bersih, banjir kilat, janji-janji yang belum tertunai serta skandal penyelewengan hasil pasir dan banyak lagi; menyukarkan lagi PKR ke Putrajaya.
Di pihak BN pula? Walaupun ada usaha-usaha mensabotaj DS Najib, namun rakyat dapat melihat dengan jelas program Transformasi Kerajaan adalah sebuah kejujuran yang boleh diyakini dan dipercayai. Lihat sahaja pada 11hb Mei lalu di mana seramai seratus duapuluh ribu orang menghadiri perhimpunan aman di stadium Bukit Jalil menyatakan sokongan kepada kepimpinan UMNO yang diterajui oleh DS Najib.
Jadi apa mao kata lagi? Undi je lah BN untuk kesejahteraan semua.
TEPUK DADA TANYA IMAN WA CAKAP SAMA LU
DAP ANTI ISLAM & MELAYU
PKR KAKI PENIPU
PAS MATI KUTU DI BULI SEKUTU